Wednesday, July 30, 2008

Benang Yang Kusut Lagikan Terungkai....

Assalamualaikum wr. wb.

Pemimpinku yang disanjungi dan dikasihi.

Setiap benang yang kusut, akan dapat dirungkai tanpa memutuskan benang yang sedang dirungkai. Dengan syarat orang yang duduk bersama-sama merungkai benang tersebut adalah orang yang dapat mencari punca kekusutan benang tersebut dan sedar bahawa benang yang ditangan adalah kusut.

Selain berusaha mencari punca kekusutan benang itu, orang yang ingin sama-sama merungkai itu hendak mempunyai jari jemari yang dapat mencengkam kemas lembaran benang yang kecil dan jarinya perlu pulak mempunyai deria rasa yang tinggi dan mengetahui ketika mana perlu memegang dan ketika mana perlu melepas benang. Jari yang memegang benang hendaklah berhati dan secara yang lembut menarik keluar kekusutan itu satu persatu.

Tidak harus dilupakan juga, orang tersebut juga perlu mempunyai deria pengalihatan yang tajam, daya penumpuan yang jitu. Paling utama janganlah orang yang ‘panas baran’ dibenarkan merungkai bersama. Kerana jika usaha untuk merungkai benang di lihat beliau semakin kusut, takut-takut benang yang masih boleh digunakan akan dibakar hidup-hidup (Opppsss…. Maaf benang mana ada hidup).

Diingatkan juga semasa merungkai itu, boleh bercakap tapi fokus kepada persoalan benang yang kusut, jangan cakap sampai tak ketahuan punca, bila tak ketahuan punca macam mana nak cari punca.

Apabila ada benang yang memang tak dapat dirungkai lagi, terpaksa kerat le…. Tapi selepas itu sambung semula dengan segera jangan biar lama, bimbang benang tu akan ditiup angin sepoi bahasa hilang entah kemana. Selepas itu, benang kusut yang dibuka lembaran demi lembaran itu hendaklah di pintal kepada satu gelung secara tindih menindih dengan cermat dan tersusun. Ingatan lagi masa gulung tariklah benang itu dengan tegang (awas tegang sangat putus pula – kendur sangat kusut semula)

Akhirnya ketua kepada juru rungkai benang yang kusut itu, ambil gelung benang ini, simpan dalam tempat yang selamat untuk digunakan dihari mendatang.

Jika ada orang tanya mengenai punca kekusutan dan atau apa-apa hal mengenai benang yang kusut itu, hanya orang yang tahu sahaja dibenarkan menerangkannya. Bimbang bukan benang yang kusut selepas ini tetapi otak pula yang kusut.

Confucius mengatakan,

“Jika adik beradik sama-sama memandang rendah kepada kepentingan harta benda nescaya hati dendam (‘yuan’) tidak akan berbangkit. Jika adik beradik sama-sama bersabar ketika mengeluarkan kata-kata nescaya rasa marah (‘fen’) akan lenyapnya dengan sendiri.

(Hadis dah banyak pemimpin ku yang dikasihi menghafalnya)

Aku sayang jamaah ini – aku sayang pimpinanku
Selamat bermesyuarat – semoga diberi petunjuk dan diberkati Allah - Ameen

Aris Awang
Ahli Badan Perhubangan PAS Negeri Kedah


1 comment:

PASKP said...

salam..abg aris, sy suka baca tulisan2 a.aris kerana ia mempunyai nilai muhasabah diri agar tidak tergelincir dari dasar perjuangan....cuma satu kalau boleh warna font tulisan hijau ditukar kpd warna yg agak gelap spt hitam, coklat dan sbg....warna hijau memang elok tetapi agar memberi kesukaran utk membaca...syuran jazilan