Tuesday, July 29, 2008

7 perkara sebagai renungan

Semalam, Isnin 25 Rejab 1429/ 28 Julai 2008 adalah giliran aku bertugas di PKWR Kubang Rotan. Sampai sahaja di PKWR, buka Laptop untuk kemas kini blog PKWR Kubang Rotan yang baru sahaja dipublish.

Assalamualaikum…….. datang Pak Tuan Syed Ya minta cop YB atas dokumen tuntutan subsidi. Panggil kerani …….. pumm…. Cop…… dia pun bersalam dan minta diri, nak pi market berdekatan PKWR.

Nak mula sambung kemas kini blog PKWR….. Handphone pula bunyi…..

Isteri telefon minta hantar ke hospital……….

Bagi tahu kerani kena pi hospital………. Sambar sebuah buku sebagai bekalan bimbang kena tunggu lama dihospital

Sampai hospital lapor diri di wad kecemasan………. Betul kena tunggu lama

Baca buku yang disambar tadi

Sekali sekala ada orang lalu-lalang tegur, “awat tunggu sapa Ustaz …… ”

(dalam hati Ustaz pun ustaz lah………)

“Orang pempuan masuk wad kecemasan, mungkin kena operate kut?” aku menjawab

Aku balas Tanya balik, “mai tengok sapa?”

Sambung baca buku semula, sedang disekeliling macam-macam jenis manusia sakit yang ada – atas kerusi roda, atas katil, kaki tergantung disimen, mata ditampal, muka terbakar macam-macam…………

Sehari suntuk tak kisah pasai muzakarah/muqabalah UMNO-PAS

Jam 5.00 petang …….. masih tak boleh keluar

Send massage kat YB Nasir, Li Dagin dan Aziz….. minta tunggu Ustaz Man Pak Lang Men untuk bincang soalan Dewan yang akan bersidang bulan Ogos ni dan bagi tau mungkin tak sempat hadir perjumpaan yang diatur.

6.30 ptg YB Nasir call………. “kita tangguh esoklah mesyuarat tu”

“OK” aku jawab, sambung baca buku

Emmm…….. banyak juga yang sempat dibaca

Antara yang boleh dikongsi sebagai bahan renungan

  1. Sesungguhnya Allah mengutuskan Nabi Muhamad dengan membawa kebenaran untuk mengeluar hambaNya dari penyembahan sesamanya kepada penyembahan terhadap Allah, dari perjanjian dengan hambaNya kepada persetiaan kepadaNya, dari ketaatan terhadap sesamanya menuju ketaatan kepada Tuhannya dan dari kepimpinan sesamanya kepada kepimpinan Allah.
  2. Orang yang rela (ketika melihat) atas perbuatan sesuatu kaum, seperti orang yang ikut serta bersama mereka dan atas setiap orang yang ikut serta atas kebatilan akan mendapatkan dua dosa. Dosa kerana perbuatannya dan dosa kerana kerelaannya atas perbuatan tersebut.
  3. Jangalah sekali-kali anda menjadi pesuruh orang lain, sebab Allah telah menciptamu dalam keadaan merdeka.
  4. Sesungguhnya mengajak kepada kebaikan dan mencegah mungkar tidak akan mendekatkan seseorang kepada ajalnya dan tidak akan mengurangi rezekinya. Namun akan melipat gandakan pahala serta membesarkan kebaikannya. Manakala yang lebih afdal dari keduanya adalah perkataan benar yang diserukan dihadapan seorang pemimpin yang zalim.
  5. Janganlah anda menganggap sama antara orang yang melakukan kebaikan dan orang yang melakukan kejahatan. Ketahuilah sikap yang demikian ini akan menaikkan semangat bagi orang yang melakukan kebaikan untuk berbuat kebaikan dan akan menjadi pelajaran bagi yang melakukan kejahatan atas kejahatannya.
  6. Seorang hamba tidak akan merasakan nikmat keimanan, sehingga meninggalkan kebohongan baik hanya sekadar senda gurau mahupun bersungguh-sungguh.
  7. Kehancuran manusia itu ada dalam 3 perkara, Kesombongan, ketamakan dan sifat hasad dengki.

Banyak lagi yang dibaca……… semoga dapat diamalkan

Tunggu punya tunggu…….. isteri keluar……. Dibenar pulang………. Esok kena datang semula…….. untuk pemeriksaan lanjut.

Sampai dirumah lepas isyak……… letih jugak.

Message Handphone bunyi……. “Baca dak lagi tulisan Mahfuz di Harakahdaily?”Dari Ustaz Zul Perlis, AJK Pemuda Pusat. Aku balas semula, ringkas “Dak lagi………”

Jam 12.00 malam kena masuk bengkel (cari rezeki)………. Hari ni kena uli 2 guni tepung gandum(tepung mahal sekarang) Lebih kurang 3.00 pagi habis kerja, .

Balik mandi…….. mengadap Tuhan sat……. bergegas buka internet, Harakahdaily……… cari berita Mahfuz jumpa kenyataan Bang Mat Sabu, copy paste ke blog aku……… lepas tu yang Mahfuz pun copy paste juga……… bukan apa tanda setuju la tu

Kemudian tulis sikit………. Posting ke blog ………. Masuk bilik tidor.

2 comments:

kiambang said...

kalau ada masa mai sat kaw jerai nii..tolong pebetoi adik beradik ipaq duai..dok buat hai banyak sangat dah ni..tanah markaz ni tolong peringat depa tentang tanah wakaf..wakafa billahi shahida...
kalau nak pebetoi apa-apa, nak tegoq apa-apa pun, masuk mesyuarat, bincang..tentu ada kesan yang baik..jangan dok pi buat demontrasi depan wisma..tu stail sapa pulak...meruntuh PAS buleh la lagu tu.. bukan nak bg kesan kat MB saja.. buat bagui maneh laaa.... anak cucu tok guru tersohor..hantaq pi pahala terus menerus ke kuboq.jgan kirim beban...kesian tok-tok guru...tolong sat arihhh

Aris Awang said...

Assalamualaikum wr. wb.
Maha suci Allah

Saya cuba dapatkan email "Tuan/Puan Kiambang" tetapi tiada.

Saya telah usaha selesaikan sekadar terdaya.

Sekarang perkara tersebut di bawah perhatian dan bidang kuasa SU BPPNK - sila rujuk kepadanya untuk mengetahui perkembangan lanjut.

Sekian, terima kasih

Aris bin Awang
Sahabatmu dalam Islam