Monday, March 30, 2009

UNDI CALON HINDU

Menolak Rasuah Tugas Bersama

Saya menerima banyak pertanyaan dari pengundi Islam dari UMNO di Bukit Selambau yang ragu-ragu untuk mengundi calon beragama Hindu setelah mereka benci dengan tingkah laku pemimpin UMNO/BN dan ingin mengundi calon PAS, tetapi PAS tidak meletak calon, sebaliknya PKR yang meletakan calonnya iaitu S. Manikumar seorang yang beragama Hindu.

Saya bukan seorang Ustaz, oleh itu di bawah saya lampirkan soalan dari seseorang dan dijawab oleh Ustaz Ali Muda mengenai persoalan mengundi seorang calon bukan Islam (soal jawab ini diajukan sebelum pilihanraya ke 12 lalu, oleh sebab itu dalam jawapan di gunakan singkatan BA, sila gantikan BA dengan PR (Pakatan Rakyat)).


Assalamualaikum wbt Ustaz ALI MUDA,

Saya ingin menanyakan beberapa soalan kepada ustaz berkenaan dengan hukum kita sebagai pengundi Islam yang mengundi pengundi bukan Islam sedangkan kita ketahui bahawa kita sebagai seorang yang muslim dilarang untuk memilih seorang bukan Islam sebagai ketua atau pemimpin.


1. Adakah kita boleh memilih calon bukan Islam (contohnya dari DAP/KeAdilan) sekiranya pemimpin itu bersatu di bawah BA (Barisan Alternatif) dan bukan bersama BN ?

2. Bagaimana sekiranya ada calon dari UMNO/BN(seorang yang kita ketahui beragama Islam) bertanding dengan calon Keadilan (bukan beragama Islam),mana satukah calon yang harus kita pilih berdasarkan prinsip kita menurut perspektif Islam. Apakah hukumnya jika kita tersilap memilih pemimpin(imam) kita?


3. Apakah pandangan ustaz apabila perkataan Islam dipadamkan dari parti politik dan sebarang pertubuhan? UMNO menjelaskan bahawa nama Islam harus dimansuhkan untuk mengelakkan nama Islam itu dari disalahgunakan oleh parti politik atau mana² pertubuhan kerana ada yang beranggapan bahawa Islam bukan parti. Sila perjelaskan ustaz.


4. Minta penjelasan ustaz mengenai "Pangkah PAS masuk syurga, pangkah UMNO masuk neraka". Benarkah ada di kalangan pimpinan PAS pernah berkata sedemikian rupa?Dan bolehkah kita sebagai seorang muslim berkata sedemikian kepada orang UMNO semata-mata untuk meraih undi.
Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga ustaz boleh menjawab segala soalan ini dengan jelas.. Segala usaha ustaz untuk menjawab hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya.

JAWAPAN:

1. Harus untuk kita memilih calon yang bukan beragama Islam untuk memberi kemenangan kepada sebuah gagasan perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman seperti yang diperjuangkan oleh BA. Tidak salah kita bekerjasama atau memohon pertolongan orang bukan Islam dalam usaha yang murni seperti membanteras kezaliman, di mana selagi kerajaan sedia ada tidak ditumbangkan, kezaliman akan terus berleluasa terutama terhadap segolongan rakyat yang tidak bersetuju dengan arus perdana. Selagi tidak ditumbangkan, tidak mungkin akta2 yang zalim itu dapat dimansuh atau dipinda, tak mungkin ISA yang memberi kuasa kepada polis dan menteri dalam negeri menjadi hakim, dapat dihapuskan. Oleh itu, harus hukumnya untuk kita mengundi calon bukan Islam yang sama perjuangannya dengan kita. Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Dan bertolong-tolonganlah kamu dalam perkara kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkata dosa dan pencabulan/permusuhan" (Surah al-Maidah: 2). Nabi s.a.w. juga pernah meminta pertolongan drp seorang kafir musyrik yang bernama Abdullah bin `Uraiqit untuk menunjuk jalan menuju ke Yathrib (kemudiannya dinamakan Madinah) semasa berhijrah untuk menyelamatkan diri drp cubaan membunuh oleh musyrikin Mekah dan untuk mengembangkan dakwah dalam fasa yang lebih luas. Sebaliknya, menyokong calon2 yang hanya berperanan mempertahankan dasar sekularisme dan undang2 zalim, tak kira calon itu beragama Islam (sudah tentu Islam yang jahil) atau pun bukan beragama Islam, adalah tidak harus dan boleh membawa dosa. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang2 yang zalim, nanti kamu disambar api neraka" (Surah Huud: 113) dan juga larangan berkerjasama dalam perkara dosa dan pencabulan seperti dalam ayat al-Maidah: 2 di atas.

2. Atas prinsip hendak memperjuangkan keadilan dan membanteras kezaliman, adalah wajib menyokong calon yang sama2 memperjuangkan prinsip yang mulia itu, w/pun calon itu bukan beragama Islam. Sebaliknya calon yang cuba mengekalkan sistem sedia ada yang korup, zalim dan menindas itu adalah tidak harus disokong w/pun kebetulan ia beragama Islam. Agama adalah perkara lahiriah semata-mata, apabila seseorang itu mengaku beragama Islam, maka kita tak boleh menafikan keIslamannya, tetapi dalam sirah Nabi s.a.w. pun ramai orang Islam yang tak beramal dengan tuntutan Islam dan mereka itu dikenali sebg munafiq. Kalau zaman baginda ada munafiq, zaman ini lebih ramai lagi. Sebenarnya orang munafiq ini lebih bahaya drp orang kafir kerana kita keliru terhadap orang munafiq itu tetapi jelas terhadap orang kafir. Jadi secara jelasnya, adalah menjadi tuntutan syariat Islam yang memperjuangkan keadilan, calon BA sama ada drp DAP atau Keadilan hendaklah disokong w/pun bukan beragama Islam dan calon BN hendaklah ditolak w/pun beragama Islam. Kesilapan memilih pemimpin adalah tanggungjawab kita yang akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak. Tangan, kaki, mata, telinga, hati bahkan seluruh anggota kita akan disoal dan akan bersaksi di hadapan Allah s.w.t. terhadap semua amal kita di dunia ini, termasuk amal ketika mengundi (rujuk Surah Yaasiin: 65). Begitu juga semua amal kita walaupun sebesar zarah (sama ada yang baik atau yang jahat), akan kita terima akibat dan balasannya yang adil drp Allah s.w.t. (rujuk Surah al-Zalzalah: 6 -8)

3. Memakai nama Islam adalah satu perkara yang harus dan tiada larangan terhadapnya s/ada dalam al-Quran atau Sunnah, apatah lagi nama itu dipakai kerana untuk perjuangan menegakkannya, bukan untuk mencari duniawi. Ini telah saya bahaskan secara panjang lebar dalam sebuah rencana saya yang bertajuk "Penggunaan nama 'Islam' pada pandangan Islam" (sila rujuk arkib tulisan saya di laman Minda Rakyat atau Tranung Kite). UMNO cuba menggunakan undang2 untuk mengharamkan nama itu disebabkan ia sudah terdesak dengan sangkaan kononnya dengan nama 'Islam' itulah maka sokongan terhadap UMNO merosot teruk. Kalau benar begitu, kenapa UMNO juga tidak menggunakan nama 'Islam' untuk dapat sokongan yang lebih baik. Kalau UMNO tak nak pakai, kenapa larang orang lain pakai?


4. Setahu saya tak ada pemimpin Pas atau mana2 orang Pas yang beriktikad sedemikian, kononnya pangkah PAS automatik dapat masuk syurga dan pangkah UMNO automatik akan ke neraka. Sebenarnya itu hanyalah karut marut orang2 UMNO untuk menuduh Pas membawa 'ajaran sesat'. Saya yakin, semua ahli Pas faham bahawa perjuangan mereka untuk menegakkan Islam menurut al-Quran dan sunnah itulah yang boleh menjadi sebab untuk mendapatkan syurga, tapi mereka tak boleh beli syurga Allah s.w.t. dengan sekadar mengundi Pas tetapi tidak melakukan kebajikan yang lain. Begitu juga, saya yakin, ahli Pas juga faham bahawa pangkah UMNO/BN adalah salah satu sebab seseorang itu boleh dicampakkan ke neraka (perhatikan ayat 113 drp Surah Huud di atas), tetapi mungkin juga dia tak dimasukkan ke neraka jika dia bertaubat dan mengubah pendirian sebelum matinya. Syurga dan neraka hanya milik mutlak Allah s.w.t., bukan milik sesiapa, tetapi Nabi s.a.w. sentiasa menjanjikan syurga bg orang yang memperjuangkan Islam (apatah lagi jika mati atas perjuangan itu) dan sentiasa menjanjikan neraka bg orang yang menghalang orang lain drp mendekati agama Allah s.w.t.. Ini bukan rasuah syurga seperti disangka oleh sesetengah orang yang jahil tapi perasan dirinya alim, tetapi janji Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dalam al-Quran dan hadis2 sahih. Perjuangan Islam tetap wujud sampai akhir zaman, cuma nama wadah atau landasannya sahaja berbeza antara zaman, tempat dan orang.

Semoga seluruh pengundi Islam di Bukit Selambau dapat menerima jawapan di atas dengan pemikiran yang jelas dan hati yang jernih dan elakkan dari kekeruhan yang cuba dimainkan oleh BN agar pengundi Islam yang ingin menolak BN tidak keluar mengundi.

Oleh itu itu saya menyeru kepada seluruh Ahli UMNO yang sudah insaf akan kezaliman UMNO/BN janganlah lagi ragu-ragu untuk mengundi S. Manikumar dari Parti Keadilan Rakyat yang berada di baris nombor 4 dalam kertas undi dan kepada Ahli dan penyokong PAS yang memang sudah memahami sejak dahulu lagi dalam kaedah usul-fiqh yang telah dibahaskan di dalam usrah-usrah kita mengenai soal "Memilih Dua Kemudharatan" tanpa syak dan ragu akan memberikan undi kepada calon Parti Keadilan Rakyat pada 7 April 2009 nanti.

Selamat Mengundi Untuk Tolak Geng Rasuah

Saturday, March 28, 2009

Pengajaran Dialog Cicit Rasulullah saw.

Seseorang berkata kepada Ali bin Husain (cicit Rasulullah saw) : "Aku sangat mencintaimu karena Allah".

Ali bin Husain (cicit Rasulullah saw) menunduk lalu berkata: "Ya Allah aku berlindung kepadaMu jika aku dicintai karenaMu sedangkan Engkau membenciku."

Beliau (Ali) lalu berkata, "Aku juga mencintaimu karena Dia yang engkau mencintaiku karenaNya."

Fakta terpenting dalam dialog di atas dan yang menjadi pelajaran sangat berharga bagi kita semua adalah perhatian pada bahaya yang mungkin mengancam dalam situasi seperti ini, yaitu ketika seseorang dicintai karena Allah.

Karena itu, ketika lelaki tersebut datang kepada cicit Rasulullah saw. dan mengutarakan isi hatinya bahwa ia mencintai cicit Rasulullah saw karena Allah, beliau tidak menjawab dengan kata-kata terima kasih atau menjawab dengan mengatakan, "Aku bersyukur kepada Allah karena kecintaan ini." Tetapi beliau malah menadahkan tangan kepada Allah dan mengatakan, "Ya Allah! Aku berlindung kepadaMu, jika aku dicintai orang karenaMu sedangkan Engkau membenciku."

Ini adalah ancaman dan bahaya besar yang mengintai kita. Jangan sampai orang menyangka kita tulus dalam berbuat hanya untuk Allah sementara kita sebenarnya tidak ikhlas, lahir dan batin tidak sama, atau kita justeru telah melakukan hal-hal yang mendatangkan murka Allah. Jika itu terjadi, orang lain mencintai kita karena Allah sedangkan Allah membenci kita -naudzu billah.

Friday, March 27, 2009

IDEA 2001 - SUDAH DILANCARKAN SECARA RASMI????

Pada tahun 2001, aku membaca sebuah kertas dasar sebuah pertubuhan yang disusun dan dibincangkan secara maya dan akhirnya apa telah capai kata sepakat ianya dipublishkan ke laman web untuk tatapan ramai. Aku telah print dan simpan kertas dasar tersebut.

Selepas itu, aku kerat dan tampalkan di kulit belakang planer 2001 satu huraian mengenai "Tugas kita adalah memantau dua gagasan besar politik yang terdapat di Malaysia iaitu BN dan BA....... akhir dua gagasan besar ini akan di satukan" itu lebih kurang bunyi ayat tersebut.

Planer tersebut aku bawa kemana-mana sahaja aku pergi sepanjang tahun 2001 dan satu hari kebetulan aku berjumpa dengan seseorang yang telah keluar dari pertubuhan di atas menyertai PAS sejak 1999.

Aku bertanya beliau, "1. Adakah ini bermakna pertubuhan yang enta sertai dulu lebih tinggi dari ke dua-dua gagasan yang disebut itu? 2. Adakah ahli-ahli dari pertubuhan itu telah diserap dikedua-dua gagasan tersebut atau hanya di dalam PAS sahaja? 3. Adakah enta bersetuju dengan gagasan tersebut?"

Dia tidak jawab sepatahpun, aku tunggu jawapannya sejak dari tahun 2001, hingga sekarang 2009 sudah hampir lapan tahun. Tidak mempunyai jawapan.

Rupa-rupanya jawapan telah mula terserlah sejak akhir-akhir ini, sehinggakan mereka yang amat tidak suka kepada gagasan-gagasan idea mereka-mereka itu sejak dulu, sudah terpengaruh tanpa sedar dengan hujah-hujah yang diketengahkan melalui lisan individu-individu yang mereka thiqah dan hormati.

Bijakkkk........ Bijakkkk

video

Ia bukan sangkaan lagi, jika gerakan ini tidak dihalang, perjuangan suci Islam yang ingin kita tegakkan akan terbantut sekali lagi seperti tahun 1969 dahulu dan mungkin ucapan Ir. Hj Phahrolrazi Zawawi, YDP Kawasan Kuala Kedah di Muktamar Agung PAS tahun 2007, telah menjadi kenyataan.

Wednesday, March 25, 2009

Pesanan Untuk Kita Yang Bernama Manusia

1. Kita wajib memberikan perhatian pada persoalan kesucian diri, karena yang menyelamatkan manusia dalam kehidupannya adalah kesucian diri dan yang menghancurkannya adalah sebaliknya, kekotoran jiwa, seperti kotornya akhlak yang bersumber dari hawa nafsu serakah, iaitu pembohong, kedekut, boros, zalim, rasuah, seks bebas dan berbagai lagi. Ingatlah, dunia ini dibuat kotor oleh orang-orang yang akhlaknya tercemar.

2. Para pemuda, remaja putra dan putri! Masa-masa yang sedang kamu lalui sekarang ini adalah masa-masa yang paling tepat untuk melakukan penyucian diri. Kamu harus lebih bersih dari yang lain. Harus selalu menjaga kesucian. Negara mana pun akan makmur dan merdeka karena bantuan Allah swt dengan kesucian jiwa itu, dan dengan itu pula negara kita akan maju dan mampu mengatasi masalah-masalah yang dihadapinya sekarang akibat angkara mereka yang berjiwa kotor, iblis bertopengkan manusia.

3. Semua harus bergerak menuju Allah swt. Semua harus melangkah menuju Allah swt. dan semua harus bergantung kepada Allah swt. Usahakan secara bersungguh memelihara kesucian diri dan menjauhi hal-hal yang dapat mengotorinya, ketika ditengah khalayak ramai dan ketika bersendirian.

4. Mereka yang berurusan di bidang kewangan, kotoran yang berhubungan dengan kewangan mengancamnya. Mereka yang bergerak di bidang politik dan sosial, kotoran politik dan sosial sedang mengancamnya. Mereka yang berhadapan dengan urusan hawa nafsu, sedang terancam oleh kotoran yang menimpa hawa nafsu yang ada dalam dirinya. Mereka yang memilki kekuasaan, terancam oleh kotoran kezaliman dan aniaya. Mereka yang memiliki posisi menentukan, terancam oleh kotoran yang membuatnya berkhianat. Karena itu, semua kita manusia wajib berhati-hati. Harus terus mengontrol dirinya jangan sampai jatuh pada kotoran-kotoran itu; dan alat kontrol itu adalah TAQWA YANG SEBENAR-BENAR TAQWA.

SELAMAT BERTUGAS MENDAULATKAN ISLAM

Saturday, March 14, 2009

Sanggahan Terhadap Pandangan Dr. M Mengenai PPSMI

Kita Dicipta Oleh Allah Dan Akan Kembali Kepada Allah

Adalah mudah untuk seseorang faham sesuatu perkara apabila di terangkan kepadanya dalam bahasa yang digunakan oleh otaknya untuk berfikir dan juga bahasa yang digunakannya apabila bermimpi. Itulah yang dinamakan Bahasa Ibunda sekadar yang aku faham. Aku tidak pernah menentang siapapun nak belajar bahasa asing, tetapi yang aku tentang ialah mengajar anak-anak kecil dan remaja Sains dan Matematik atau apa-apa pelajaran pun dalam Bahasa lain daripada bahasa yang digunakan oleh otak mereka ketika sedar dan lena.


Jika kita tanya soalan ini kepada Dr. Mahathir sudah tentu dia marah:


他 真 的 那?

Untuk mengikuti sanggahan terhadap Pandangan terkini Dr. Mahathir mengenai PPSMI sila pergi ke laman Faisal Tehrani, sila klik di sini

TIGA HARI OTAK SERABUT

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

10 Mac 2009, Keluar berita Pak Lah Badawi dan Anwar Ibrahim bertemu di Madrasah Nurul Iman, yang diasaskan oleh Hj Mahmud Abd Rahman (Mahmud Al-Majzub) di Hulu Langat Selangor. Otak aku berligar berpusing macam pernah dengar nama ini, search di internet jumpa laman madrasah Nurul Iman, baca mengenai pengasasnya dan cawangan-cawangan yang ada dan sah ianya bermula di Batu 5, Sik, Kedah.

Untuk confirm, selepas Zohor berjamaah di surau Tambak Bunga hari yang sama, aku terus telefon Anuardi, Setiausaha PAS Kawasan Sik mengenai status Hj Mahmud Abd Rahman. Sdr Anuardi jawab macam dulu, tidak ada apa-apa perubahan dan Tuan Guru Hj Salleh Sik pun menyatakan ajaran dan pegangannya masih macam dulu sejak tahun 1979.

Berita juga menyatakan bahawa Majlis yang dihadiri itu adalah sempena Maulidur Rasul dan Tamat Latihan Kerohanian selama 40 tahun (1969-2009). Jika pegangannya masih macam dulu seperti yang telah di fatwa sebagai salah disisi syariat Islam oleh Majlis Fatwa Negeri Kedah sejak 25 April 1979, untuk pengetahuan antara yang menganggotai Jawatankuasa Fatwa tersebut ialah Almarhum Tuan Guru Hj Yahya Junid dan Al-Marhum Ustaz Hj Azahari Abd Razak, kedua-dua mereka adalah bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah dan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS.

Kemudian selepas itu, ianya dikembangkan pula di Hulu Langat, Selangor. Selepas itu pihak Majlis Fatwa Negeri Selangor pula pada 25 Oktober 1995 juga menyatakan ajaran beliau adalah menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Gazzete fatwa tersebut telah ditandatangani oleh Almarhum Ustaz Hj Ishak Baharom, Mufti Selangor ketika itu.

Tiga hari otak aku terus serabut bertanya,

1. Adakah kedua-dua tokoh politik utama Malaysia ini mengiktiraf ajaran yang dibawa oleh Hj Mahmud itu?
2. Adakah Hj Mahmud Majzub ini sudah kembali ke pangkal jalan?
3. Jika ia sudah kembali kepangkal jalan, Alhamdulillah, tetapi bila?
4. Apakah kedua-dua tokoh politik itu tidak mengetahui bahawa ajaran itu telah difatwa menyeleweng?
5. Apakah kedua-dua fatwa yang ditelah dikeluarkan itu terbatal dengan sendirinya apabila kedua-dua negeri telah diperintah oleh Pakatan Rakyat?
6. Adakah fatwa yang dikeluarkan oleh Negeri Kedah (1979) dan Selangor (1995) silap?
7. Adakah mereka tidak sedar, segala gerakgeri mereka di lihat dan akan menjadi ikutan masyarakat, lebih-lebih lagi dalam soal agama?

Yang paling aku bimbangi ialah, selepas ini bagi orang awam apabila disiarkan dalam TV temuramah dengan Pak Lah yang mengaku Hj Mahmud ini sebagai Tuan Guru. Maka selepas ini ramailah ibubapa yang cenderung kepada pengajian agama di pihak UMNO akan menghantar anak mereka ke pondok tersebut.

Begitu jugalah di pihak Pakatan Rakyat, masyarakat awam yang cenderung kepada agama pun akan ramai menghantar anak kepondok tersebut. Sedangkan dua fatwa dari dua negeri telah termaktub dan masih belum ditarik balik, serta tidak pernah terdengar beliau telah kembali ke pangkal jalan.

InsyaAllah, aku akan mohon Dewan Ulamak PAS Kedah besok (14 Mac 2009 jam 3 petang) dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kedah meneliti kedudukan ajaran Hj Mahmud Majzub ini, kalau beliau telah kembali kepangkal jalan, Alhamdulillah. Itu yang kita pohon dari Allah.

Tetapi, jika beliau masih dengan pegangan beliau, dan masih di dapati menyeleweng oleh Dewan Ulamak maka bagi aku, tindakan kedua-dua tokoh politik itu adalah silap, dan secara tidak langsung telah mengiktiraf salah satu ajaran salah di Malaysia yang akhirnya menyebabkan masyarakat awam keliru serta terdedah kepada bahaya penyelewengan dan penyimpangan kepada generasi anak-anak mereka.

Semoga Allah mengampuni dosaku dan akan hilang serabut otak ku besok, setelah berjumpa dengan Dewan Ulamak PAS Kedah yang sekarang di Ketuai oleh Sheikh Mohamad bin Abdullah (Pak Long) yang mengantikan Tuan Guru Hj Abd Rahim bin Abd Rahman (Sheikh Rahim).

Klik disini untuk membaca pandangan Dewan Ulamak PAS mengenai kesufian
klik disini untuk membaca Fatwa Kerajaan Negeri Selangor

Friday, March 13, 2009

UCAPAN AHLI PARLIMEN PAS TAHUN 1967 MENGENAI BAHASA IBUNDA

Elok juga direnungi dua perenggan terakhir ucapan bekas Yang Dipertua Agung PAS, Almarhum Ustaz Hj Asri Muda, di bawah ini sewaktu menentang Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan (1967) - yang terus mengagungkan bahasa Inggeris - di Parlimen, pada bulan Mac, 1967 di hadapan Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abd Rahman.

"Tuan Yang Dipertua, saya percaya, bahawa suara hati yang saya kemukakan di Dewan ini, itulah juga suara hati yang lahir daripada nurani tiap-tiap seorang anggota Dewan yang berjiwa dan bersemangat cintakan bahasa kebangsaan, cinta sejati, cinta bersih bukan cinta celupan, tetapi Tuan Yang Dipertua, keadaan yang mengikat dan kepentingan yang mengelilingi mereka itulah sahaja yang saya rasa mungkin menyebabkan mereka tidak berani membuat tentangan; hati membangkang, seradang-radangnya, mulut membungkam seribu bahasa, hanya tangan terangkat ke atas menyatakan setuju pada zahirnya, tetapi menyerah kalah pada hakikatnya.

"Akhirnya, Tuan Yang Dipertua, saya berani menyatakan di sini bahawa tentulah bangkangan yang saya kemukakan ini akan ditindas atau akan dikalahkan dengan jumlah kepala-kepala penyokong kerajaan dalam Dewan ini nanti, tetapi, Tuan Yang Dipertua, biarlah sejarah mencatatkan bahawa kelulusan rang undang-undang ini adalah tambahan daripada dosa-dosa jenayah politik Umno yang telah begitu banyak untuk diadili oleh mahkamah sejarah keturunan bangsa Melayu yang akan datang kelak."

Tuesday, March 10, 2009

UMNO GUNA DEWAN ORANG RAMAI DIBUKIT SELAMBAU SEBAGAI MARKAZ PILIHANRAYA

Pihak parti pembangkang UMNO, sebagai sebuah parti komponen BN Kedah telah menyalah gunakan Dewan Orang Ramai milik Kerajaan Negeri di Taman Ria Jaya, berikut adalah gambar yang sempat di rakam.

Diharap pihak kerajaan melalui Majlis Daerah Sungai Petani, dapat mengambil tindakan terhadap terhadap masalah tersebut dengan segera.

Cuma pesan aku, pihak UMNO ini cekap menipu, jika silap cara tindakan diambil kepada mereka, mereka akan eksploit seluruh dunia mengatakan mereka di zalimi menggunakan RTM dan Media Prima dan akhirnya akan digunakan sebagai bahan kempen di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Sebab itu bukti ini dipamirkan awal-awal agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil yang dapat mengambarkan UMNO jahat, hak rakyat terbanyak banyak digunakan sewenang-wenang oleh mereka.



Album Demo PPSMI


Assalamualaikum warahmatulLAH

Untuk sahabat-sahabat dari Kedah yang menyertai demonstrasi PPSMI, jika nak lihat gambar sendiri sila klik gambar di Slaid Show untuk pergi ke Flickr mungkin gambar hangpa ada di Flickr tiada di Slaid Show aku..... gambar lain banyak lagi yang aku tak upload kerena tak celuih.

Kalau nak gambar hangpa minta la, kat YB Naset Mustaffa, kerana aku pinjam kamera dia. Ada setengah gambaq aku tangkap masa mata tengah pejam dan tak reti nak tarik zoom mai dekat. Sebab tu aku nampak FRU haluih-haluih ja masa hari tu............

Zul Che Harun.... masa aku jumpa atas titi hari tu tengah dok kutip batu, nak punggai FRU, aku bagi tau kat dia.... YB Naset kata ibadat kita hari ini, tak termasuk melontaq..... rukun yang ada ialah tawaf istana, berlari anak, cekup hidung, tenyeh mata, ghagaeh bukit, loncat pagar, terjun longkang, mengendap balik tembok dan makan garam je.... kalau melontar juga kira tak aci... dia pun tak jadi la melontaq.


Yang aku heran YB Ustaz Izat Shauki pi lomoq muka dia jadi seropa dengan 'Jemuan' aku pun tak tau dia pakai rukun mana satu. Hangpa tau ka 'Jemuan' tu menatang apa.... sebenarnya aku pun tak tau. Sorang lagi yang juga dari kawasan Pokok Sena, Hj Mahfuz bejalan tetonggek-tonggek.... lepas tu wek....wek keluar ayaq liuq belenja..... pakai rukun mana satu aku pun tak tau la..... aku rasa depa ni tambah rukun, pasai Mazhab Pokok Sena ni dia lain sikit.

Yang geng Baling pula..... pi ragaeh Pokok Mengkudu.... lepas tu boleh jadi pengedar daun mengkudu pulak, buat ubat cegah cekek rengkung.... aku pun pekena juga..... depa kata lebih korang daun Ketum...... lepaih kena daun Mengkudu berasa la lega sikit, serbu semula ke kawasan istana...... prup-prup kena tembak lagi.....

Antara geng Kedah yang sempat aku jumpa ialah YB Naset, Mat Wira, Mat Toy kerana mai sekali. Mat Toy kami ambik dekat kedai nasi Kandar Subaidah, Butterworh. Geng Kola mai sebiji bas, Pak Mat Mara, dari Pekan Kuala Kedah (70 tahun) rebah dua kali kena tembak gas.


Antara yang aku jumpa ialah Geng Pemuda Negeri, Geng Muslimat Negeri, Geng Baling, Geng Sik, Geng Merbok, Geng Pokok Sena, Geng Sungai Petani, Geng Kulim/Bandar Baru, Geng Aloq Setar, Geng Jerlun, Geng Kubang Pasu, Geng Langkawi, Geng Pendang, Geng Jerai, Geng Padang Terap dan Geng Padang Serai. Boleh kata semua kawasan ada wakel, kera OK la
...

Jumpa Ust Musoddak, Ketua Pemuda Negeri Kedah sedang teriak sampai merah mata, mungkin kerana tiada Ilham aku rasa. Begitu juga Helmi, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah dok meratit dalam masjid, sampai merah mata dan belenja ayaq hidung, sambil dok cekup....


Sementara, Sanusi, Setiausaha Politik MB Kedah dan anak YB Ustaz Taib Azamudin, aku jumpa masa atas titi dok terkerisin tengok trak FRU, dengan baju basah lincun.... pasai kena tembak ayar ka.... pasai peluh sebab lari bedesup-desup ka, aku tak tau la pulak...


Kalau nak tengok video, dapatkan dari YB Cikgu Ya Jeneri, yang disebut oleh UMNO antara orang sasaran yang akan dibeli oleh mereka...... tawaran jawatan ialah jadi PM ganti Najib... tak pecaya tanya dia, aku mana tau.


Aku juga sempat jumpa dengan Bang Mat Sabu di Bukit Gantang.... aip silap di stesyen keretapi dekat Masjid Negara, makan nasi goreng dan teh tarik dengan Bang Razak, geng dilarang melarang, YB Naset, Geng Melaka dan banyak lagi sebelum zohor, bila azan pakat pi solat zohor di masjid negara.... lepas itu berpecah....


Jumpa dengan Kak Normah isteri Bang Mat dengan anak dara dia.... masa balik dari istana dalam kawasan masjid negara.... kata kat dia, "tak boleh ambik gambar ni, pasai muka nampak come pun tak kena gas dan sembur ni...."
Tak dan habeh cakap.... terus dengaq.... keting! keting! keting!..... bunyi A .......... seruuuuuu, FRU sembur ayaq, lari lintang pukang..... menyelamatkan diri... prup-prup tembak pulak gas pemedih mata..... masuk dalam kolam masjid dan sekelilingnya.

Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang menamatkan program hari itu dengan ucapan didalam masjid ketika diluar masjid dihujani tembakan water-canon dan gas, sekumpulan polis cuba masuk kedalam masjid, tetapi berjaya dihalang akhirnya keluar loy sahaja dari kawasan masjid dengan diiringi oleh Unit Amal kerana bimbang di kute oleh orang ramai.


Panjang lagi kalau nak tuleh.... apapun syabas diucapkan kepada semua Anggota Unit Amal, peserta demonstrasi, pemuda Wilayah Persekutuan dan Selangor, Pejuang Bahasa, Pemimpin PAS, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang yang antara orang terawal yang terkena tembakan gas.



Semoga ianya menjadi salah satu amalan yang dikira sebagai ibadah sepanjang kita hidup atas muka bumi Allah swt, dengan kita pulangkan segala amal baik yang kita lakukan itu untuk kesinambungan hidup anak cucu yang akan mewarisi bumi Allah ini, serta mengikhlaskannya hanya semata-mata untuk Allah swt.


Maaf menggunakan bahasa Kedah..... kerana memang khas untuk geng Kedah, sebab lebih 400 kilometer geng Kedah telah pergi hanya untuk menunaikan panggilan kepimpinan.... oleh itu jangan kepimpinan menghampakan kami. Tidak ada apa yang kami mahu.... yang kami mahu ialah Islam dibawah pimpinan yang Muttaqin demi keredaan Allah di dunia dan di akhirat nanti dan selagi kami yakin kerja yang di arah, strategi yang diatur diyakini ada ganjaran Pahala disisi Allah.

Nota: Cerita mengenai Demo PPSMI ini lambat dipublish ke blog kerana, sebok sikit lepas balik Demo - sampai balik dari KL kena buat persiapan program Motivasi Rakyat oleh Hj Mohd Sabu di Tambak Bunga (Mazhar kurang bantu kali ini kerana dia sebok mengaji Bahasa Arab di Insaniah), lepas itu ada kebakaran rumah yang menyebab kematian seorang ibu tua di Kubang Siam, lepas itu ibu mertua Abd Hamid Bahari meninggal dunia sakit barah hati, lepas itu pergi ke UPU Taman Ria Jaya untuk persiapan PRK Bukit Selambau kerana PAS Kuala Kedah bertugas di situ, selepas selesai semua tu baru ambik kamera dari YB Nasir Mustaffa untuk publish dalam blog.

Wednesday, March 4, 2009

JOHARI BAHAROM ARAH JABATAN SUSUN PROGRAM DI BUKIT SELAMBAU

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Johari bin Baharom telah mengarahkan agar majlis-majlis perasmian dan berbagai aktiviti perlu diadakan di seluruh DUN Bukit Selambau oleh setiap jabatan di negeri Kedah dengan menjemput pemimpin BN untuk merasmikannya, demikian menurut laporan yang diberikan oleh Pengarah-Pengarah Jabatan Peringkat Negeri Kedah.

Pengarah-pengarah jabatan ini menjadi serba-salah, lalu akhirnya mereka bertanya kepada EXCO kerajaan Negeri apakah tindakan yang mereka perlu lakukan. Untuk pengetahuan, Johari adalah Boss kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan yang baru diwujudkan di Kedah selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan di Kedah sejak 8 Mac 2008 lalu.

Jawapannya adalah mudah sahaja: Begini bunyinya.

"Pilihanraya Umum atau Kecil di Malaysia adalah perlawanan antara parti Politik bernama Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat (PR) atau Bebas untuk mendapat mandat daripada rakyat memerintah negeri, oleh itu seluruh jentera kerajaan tidak akan digunakan atau dibenar digunakan oleh kerajaan Kedah yang ada sekarang samada oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional."

Oleh itu, arahan yang dikeluarkan oleh Johari Baharom berdasarkan laporan oleh Pengarah-Pengarah Jabatan Peringkat Negeri adalah satu kerja kotor, menyalahi etika, menyeleweng, salahguna kuasa dan salah disisi undang-undang serta benda yang paling tidak disukai oleh UMNO iaitu derhaka.

Arahan rasmi telah dikeluarkan kepada semua Jabatan supaya tidak terlibat dalam kempen pilihanraya Kecil Bukit Selambau atas nama kerajaan negeri.

Sehubungan dengan itu, seluruh rakyat diharap dapat menjadi mata telinga kepada Kerajaan Negeri agar Jabatan samada peringkat Negeri dan Persekutuan tidak digunakan sepanjang kempen pilihanraya di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.

Soalannya? Jika BN gunakan juga Jabatan-Jabatan Peringkat Persekutuan untuk tujuan kempen mereka di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang You apakah tindakan kita sebagai rakyat.... kerana kita tahu itu adalah satu penyelewengan.

Adakah kami perlu lapor pada pihak polis?

Jawapannya, Kalau rajin repotlah pada polis atau pemantau pilihanraya.

Tapi tindakan yang paling bijak oleh pengundi ialah dengan cara!!!

UNDI CALON KEADILAN di Bukit Selambau
UNDI CALON PAS di Bukit Gantang
UNDI CALON KEADILAN di Batang Ai

Sementara oleh rakyat terbanyak ialah dengan cara kempen dengan apa cara yang sesuai agar pengundi di ketiga-tiga kawasan pilihanraya menolak BN.

Selamat Mengundi dan Bertugas.

Monday, March 2, 2009

Malu Kat Budak Umur 16 Tahun (Tingkatan 4)

Tunjukkanlah Kami Jalan Yang Lurus

Petikan Buku Sejarah Tingkatan 4, Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, cetakan 2005, muka surat 85.

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan

Sebelum lahirnya kerajaan awal, pemerintahan di setiap petempatan awal di Asia Tenggara diterajui oleh seorang ketua. Pada masa itu gelaran raja belum digunakan. Gelaran tersebut mula digunakan apabila muncul kerajaan awal yang dipengaruhi oleh sistem beraja di India. Dalam sistem tersebut, raja berada di puncak pemerintahan. Dibawahnya terdapat kerabat diraja dan selepas itu, pembesar, termasuk ahli agama, iaitu Brahmin. Kemudian terdapat pula rakyat daripada perlbagai golongan dan yang paling bawah ialah hamba.

Raja berkuasa mutlak dalam semua asperk pemerintahan yang meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara. Perintah raja menjadi undang-undang wajib dilaksanakan. Sesiapa yang melanggar perintah bermakna mereka menderhaka dan tidak akan diampunkan. Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah.

Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku adil. Ketakutan ini timbul kerana wujudnya kepercayaan bahawa raja merupakan bayangan Tuhan. Maka, lahirlah konsep dewa-raja dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara. Sehubungan dengan itu, raja tuhan atau dewa-raja turut dipercayai memiliki kesaktian, maka kemudiannya lahirlah unsur mitos dan lagenda tentang asal-usul raja untuk memperkuat kedudukan dan status raja sebagai pemerintah.

Bagi mengukuhkan lagi kedaulatan raja, diwujudkan perlabagai adat istiadat seperti pertabalan raja. Upacara pertabalan ini dipimpin oleh golongan Brahmin tanpa mengira sama ada raja tersebut menganut agama Hindu atau Buddha. Tujuan adat istiadat diwujudkan adalah untuk membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah.

Selanjutnya baca pula.........

Petikan Buku Sejarah Tingkatan 4, Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, cetakan 2005, muka surat 111.

Penentangan Terhadap Islam

Islam juga ditentang kerana ajarannya yang menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia. Prisnsip ini amat bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Arab Jahilliyah yang mewujudkan perbezaan darjat antara golongan atasan dengan bawahan. Selain itu, mereka juga menolak konsep persaudaraan Islam yang sangat bertentangan dengan konsep assabiah yang menjadi pegangan mereka. Begitu juga dengan amalan dan akhlak yang keji seperti mencuri, merompak dan menindas yang menjadi kebiasaan mereka tetapi dilarang sama sekali oleh Islam.

Itulah kenyataan jelas dan terang sebab wujudnya sistem pemerintahan beraja di Asia Tenggara yang mewarisi sistem beraja Hindu yang mengkasta manusia, sedang dalam sistem Islam manusia adalah sama taraf melainkan tahap taqwanya kepada Allah swt yang diakui sendiri oleh Penulis Buku Teks untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Jangan pula selepas ini buku teks itu pula akan diharamkan pelajar membacanya, kerana berlawanan dengan anutan yang dipegang oleh UMNO.

Aku tetap memilih sistem pertama yang diketengahkan oleh Junjungan Besar Rasulullah saw, dan tidak akan mengikut sistem yang telah menyimpang yang dilakukan oleh Dinasti Umaiyah, Abassiyah dan berikutnya.

Oleh itu, bagiku, adalah tidak layak kepada sesiapa yang menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Rasulullah saw, tiba-tiba ia seolah-olah mempertahan ajaran agama Hindu.

Semoga pelajar Islam, Tingkatan 4 yang menghadhami buku sejarah Tingkatan 4 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2005 akan berjaya meletakkan kembali ajaran awal Junjungan Besar Muhammad saw di landasannya Sirathal Mustaqim.

Ingatlah....
Jadi Hamba - akhirnya Mati
Jadi Presiden - akhirnya Mati
Jadi Raja - akhirnya Mati
Jadi Rakyat - akhirnya Mati
Jadi Miskin - akhirnya Mati
Jadi Kaya - akhirnya Mati
Jadi Segak - akhirnya Mati
Jadi Jahat - akhirnya Mati
Jadi Baik - akhir Mati
Jadi BN - akhirnya Mati
Jadi PAS - akhirnya Mati
Duduk, berdiri, tidur, jaga, makan, jalan, berak, kencing, demam, sihat, kuat, .... apa-apa je.... akhirnya Mati
Persoalannya
Bersediakah kita untuk kehidupan selepas Mati, dengan menjadi dunia sebagai Jambatannya???


PEMERINTAHAN FIRAUN, HAMAN DAN QARUN AKAN DIKUPAS OLEH MOHD SABU

BELAJAR MASAKAN CINA DALAM BAHASA CINA

Saya amat berhajat untuk mengajar Hishamudin bin Husin bin Onn, Menteri Pelajaran Malaysia sejenis masakan China yang amat lazat iaitu ayam masak mangga.

Oleh itu, saya harap adalah sesiapa menghantar resepi masakan dalam Bahasa Mandrin ini kepada beliau secepat mungkin, sudah tentu Hishamudin akan cepat mahir belajar resepi masakan Cina ini kerana mengikut logik beliau, kita mesti belajar dalam bahasa ibunda satu pengetahuan itu barulah kita boleh kuasai dengan cepat sesuatu pembelajaran seperti ajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

鸡用芒果

这份食谱来自用英语写的一个非常好中国菜谱。
服务4 - 6人。

成份

方向

  1. 结合面粉, 1个杯子(250ml)水,在一个中等大小碗的盐和发酵粉。 敲打与扫直到混和。 让的立场15分钟。
  2. 切开敏感和无骨的鸡成1/4英寸(1 cm)宽带材。 混合他们入面粉混合物。
  3. 切姜成如薄酥饼薄的切片。 切葱成1/2英寸(1.5cm)片断。 排泄芒果和裁减入1/2英寸宽(1.5cm)小条。
  4. 加热在铁锅的菜油在高温,直到它到达375F (190C)。 每次增加鸡,一小条。 烹调直到金黄,在大约3到5分钟之内。
  5. 把大约1把大汤匙(15ml)油留在铁锅。 使热降低到媒介。 加姜到在铁锅的油。 搅动油煎,直到姜是浅褐色的。
  6. 结合保持的3/4杯子(180ml)水、醋、雪利酒、酱油、糖、玉米淀粉、肉汤和麻油。 同时小心地增加到姜。 烹调并且搅动,直到混合物煮沸。 加葱。 减少热量并且煨3分钟。
  7. 混合鸡和芒果入酱油混合物。 烹调并且引起2分钟。 直接服
Resepi di atas amat mudah dipelajari jika diterjemah terus kedalam Bahasa Malaysia, rasa-rasa tak sampai 5 minit kita sudah boleh cuba memasak, tetapi kalau terpaksa belajar Bahasa Mandrin hanya semata-mata nak tahu resepi itu rasa-rasa 2 tahun baru boleh tahu.....


Hubungi Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah untuk tempahan tempat duduk:-

Sdr Mohd Shukri Omar - 019-4793880
Sdr Ramli Shafie - 017-4262270