Orang Islam mesti diingatkan supaya menjauhkan diri dari was-was syaitan. Dan betapa was-was itu akan merosakkan ibadat yang ditunjukkan oleh Allah SWT. Ibnul Qayyim dalam bukunya WASWAS menulis dan ‘mendedahkan bidang-bidang di mana biasanya manusia mudah diganggu oleh was-was syaitan menerusi gerak-geri dan perbuatan dalam menempuh kerja-kerja peribadatannya. Ingatlah jangan sampai Wawasan 2020 nanti jadi was-was dua kosong dua kosong.
Ahad 3 Ogos 1991
Saya (Syed Husien Al-Attas) tidur semalam di Sungai Golok untuk menulis politik Kelatan. Kenapa ke Golok? Kenapa tidak Kota Bahru? Mcntang-mentanglah beras
Pertama kerana Tok Guru dah jadi Menteri Besar, geng-geng maksiat ramai berhijrah ke Golok dan di antaranya Golok merupakan syurga dunia kepada lelaki yang tidak takutkan AIDS, tidak takut pada dosa kerana wanita di
Sungai Golok dengan Kota Bahru macam Singapura dengan Johor Bahru, yang satu seberang sungai, yang satu seberang selat. Apa yang tak boleh dibuat di Singapura dan tak dapat di pulau itu ada di Johor Bahru. Johor Bahru pun sudah mula nak jadi macam Golok. Johor Bahru oh Johor Buruk.
Saya ke Kota Bahru disebabkan Kelantan kini menjadi fokus utama, terutama mengenai Tok Guru Nik Aziz, imam besar ‘Serambi Mekah’ dengan Al Sultan. Kononnya mengikut cerita dari mulut ke mulut Tuanku murka, Tuanku tersinggung kerana sikap Tok Guru ‘Serambi Mekah’ tidak hadir sama ke majlis meraikan jelitawan dari Thailand yang menggayakan fesyen negara mereka di malam Royal Gala Dinner di perkarangan Konsul Besar di Raja Thai bukannya di istana.
Menteri Besar Kelantan ‘tokse keleh’ ‘tok gemar’ tengok bendabenda yang mendedahkan ‘aurat’. Lepas itu Tok Guru menyuarakan secara terbuka dan dilapurkan pula oleh media
Nik Aziz telah mengharamkan apa-apa yang patut diharamkan. Inilah yang ‘tidak syok’ ni mengeluarkan beberapa fatwa mengenai ‘aural’ dan sebagainya. Pendek kata Nik Aziz benar-benar hendak menjadikan Kelantan sebuah negara Islam.
Sepatutnya orang-orang yang berjiwa Islam tentu suka macam ini punya pemimpin. Pemimpin yang macam inilah, baru mengancam. "Doh nak buak gapo? Tukang kipas sultan ramai. Bila lagi nak kipas sultan? Bila lagi nak cari peluang kasi sultan murka? Mana tahu dengan cara macam ini Nik Aziz boleh jatuh. Tan Sri Mohd Yaakub dulu pun jatuh disebabkan sultan murka. Kelantan tak macam negeri lain, yang penting bagi mereka Menteri Besar tak boleh buat sultan murka. Biar mati kerajaan jangan mati adat.
Sebenamya pertunjukan ‘ratu cantik’ ke? ‘catwalk’ ke..? ‘fashion show’ ke...? dan menggayakan pelbagai pakaian adalah perkara biasa. Bukan setakat menggayakan ‘pakaian malam’ malah para pragawati yang cantik manis turut menggayakan ‘bikini’ yang bukan setakat nampak peha malah sebahagian yang tersembunyi turut terdedah. Siapa yang tak terancam tengok mak we macam itu punya ‘cun’? (comel loteh) kata puak-puak Kelantan, bukan satu ramai pulak tu. Padahal tiap-tiap malam pun kalau nak tengok mak we-mak we menggayakan pakaian boleh. Yang penting ada hasil ada sen.
Sebab yang jadi kecoh kerana ada unsur-unsur politik, ada tukang karut-marut, ada dalang yang tak boleh tengok orang senang. Dan yang terpenting Tok Guru tak mahu‘compromise’ tak mahu jadi ulama ‘yes man', ‘ulama siang hari.
Seandainya Tok Guru boleh tutup sebelah mata duduk sebelah raja menyaksikan pertunjukan tidaklah jadi hal. Kemudian dari itu pembukaan hotel terkemuka pun Tok Guru tak pergi juga.
Pertunjukan di malam Royal Gala Dinner itu menjadi isu besar. Bukan kerana awek-awek yang cun, bukan kerana persembahan yang canggih, bukan kerana jelitawan
Mendedahkan ‘aurat’ di kalangan masyarakat kaum berdarjat tidak mengapa, ‘no problem’. Timbulnya masalah ‘haram’ bila ditonton oleh rakyat jelata, tapi di hotel-hotel besar diadakan secara tertutup, yang cuma ditonton oleh golongan tertentu sahaja tidak mengapa. Isu inilah yang dimainkan oleh ‘desperado’ untuk mengeruhkan suasana politik Kelantan supaya rakyat tidak dapat tcrima Tok Guru jadi Menteri Besar.
Kebetulan Nik Aziz pulak sudah menyekat wanita menyertai musabaqah membaca Quran. Mengeluarkan fatwa bahawa mak yong juga haram. Jadi bila timbul perkara macam ini ada fatwa lain pula orang kata double standard. Inilah yang buat orang ramai jadi bengang.
Saya ucapkan tahniah di atas tindakan tegas Nik Aziz yang mengatakan perkara yang haram itu haram walaupun mendapat tentangan ramai. Siapa yang mahu menjalankan hukum Tuhan jangan takut jadi tak popular.
Kita semua umat Islam diwajibkan menentang kemungkaran, menentang dengan perbuatan, menentang dengan kata-kata dan menentang dengan hati. Perkara yang ditegah oleh Allah kita mesti tentang, bukan tugas Nik Aziz seorang saja. Ini fardu kifayah.
Apa yang ditakutkan oleh segolongan manusia Kelantan ialah apabila PAS kembali ke pangkuan Barisan Nasional. Satu perkara yang mungkin terjadi nanti Kelantan akan jadi bandar kembar dengan Mekah. Dan jika perkara ini berlaku, apa akan jadi pada Tengku Razaleigh?
Habislah Lu, sorrylah brother, ini semua akibat Lu pergi Gua Musang dengan Musa Hitam.. Tanyalah diri sendiri siapa yang telah menggelapkan masa depan politikmu? Siapa? Gua dah cakap dah dulu lagi, tapi Lu tak caya sama Gua, Lu percaya orang lain. Tak apalah macam mana pun, Gua caya sama Lu. Apa yang akan jadi dengan nasib Semangat S46 ramai dah tahu, tak ada masa depan, sebab itulah dua Adun cepat-cepat kata mereka masih dalam UMNO dan Ibrahim Ali cerdik dia sedar 4 kali 6 (4x6) itu lambang liang lahad tanah perkuburan. Dulu lagi Gua sudah cakap sama Lu.
Tunggu lama-lama gelap masa depan. Mereka dah nampak politik Kelantan kini keruh, tak ada pemimpin yang canggih. Nak harapkan Annuar Musa, senator yang dilantik jadi menteri tu bukan boleh harap sangat.
Ramai yang marah bila Tok Guru memerintah Kelantan mengikut seleranya, mengikut mimpi dan visinya. Tok Guru mahu Kelantan jadi negeri model suka hati dialah. Kuasa berada ditangannya, takkan Saddam Hussein dan Almarhum Ayatullah Khomeini saja yang boleh tunjukkan kehandalan mereka?
Kalau Dr. Mahathir boleh perintah
Tok Guru Nik Aziz memang lain dari Menteri-Menteri Besar yang lain. Mungkin beliau sudah belajar dari Tan Sri Mohd Taib dan Rahim Tambi Chik. Kejadian di negeri Cik Siti Wan Kembang mungkin satu rahmat kepada rakyat
Angkara siapa? Punca dari siapa? Perbuatan siapa yang menyebabkan kerajaan negeri Kelantan terpaksa meluluskan rang undang-undang serta membuat pindaan di atas perlembagaan negeri bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri? Tanyalah penganalisa politik yang jujur.
Pada pendapat saya, ini adalah satu tindakan yang baik kerana dengan cara ini saja kerajaan dapat membantu pengundi-pengundi di negeri Kelantan untuk mengajar ahli politik yang ‘oportunis. Mereka mesti diajar, jangan sesuka hati menggunakan pengundi untuk kepentingan diri, jangan jadi ‘double agent’ dah menang main lompat-lompat. Saya percaya PAS tak setuju dengan ahli politik sumpah-sumpah yang boleh tukar-tukar warna di tempat yang berlainan.
http://www.shalattas.com/news.php?extend.58 (maaf Pak Habib saya copy paste tanpa izin)
No comments:
Post a Comment