Tuesday, July 15, 2008

MAKSIAT DIPANTAI LEMAN, KUALA KEDAH

Real Story

La iLah ha il LalLAH……….

Pemuda dan Pemudiku

13 Julai 2008, 4.00 petang, hari Ahad, aku sebagai Pengerusi Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kubang Rotan, terima laporan dalam mesyuarat ada perbuatan maksiat para remaja Islam secara berleluasa telah berlaku dikawasan belukar sepanjang Pantai Leman, Seberang Kota Kuala Kedah hingga ke Kubang Jawi.

Penduduk tempatan meminta agar PKWR mengambil tindakan serperti memaklumkan kepada pejabat Agama, pihak keselamatan atau langkah berikutnya membersihkan kawasan belukar sepanjang pantai.

14 Julai 2008, 5.30 petang aku bersama Hj Yazid Hashim, Ahli Majlis MBBAS, Ahmad Hj Saleh, AJK PKWR dan Lee Hock Seng, Pembantu Setia PAS Kubang Rotan telah bertolak ke lokasi dengan menaiki kereta kancil YB Nasir Mustafa. (Dia tak dapat pergi kerana ada undangan majlis baca Yasin kat Sultan sambut 50 tahun jadi Raja)

Menyusuri jalan pantai yang penuh semak samun, jalan makin kecil masih tak jumpa pasangan yang merendek (buat maksiat).

Yang jumpa ialah kaki skodeng (mengendap) bersembunyi dalam semak, menanti mangsa untuk melihat lakonan panas remaja Islam.

Kami terpaksa turun kereta, jalan dah dipenuhi belukar, tiggal lorong kecil yang sesuai dengan motor sahaja. Aku telefon Ramli Shafie, Setiausaha PKWR kalau nak nak mai jangan mai dengan kereta tetapi mai dengan motor, malangnya dia dah bertolak dengan kereta Fadzil Baharum, Setiausaha DPPKK.

Tunggu beberapa ketika sampai, Mazhar Yusof (Art), AJK PKWR dengan motornya, balik dari tempat kerja. Mat Salleh dengan Lee Hock Seng Pinjam Motor Art untuk meninjau dilorong kecil.

Aku dok sembang dengan Hj Yazid dan Art macam mana nak buat masalah maksiat yang dok berlaku, sambil ditiup angin petang yang sedap, sekali-sekala bau selut Pantai Leman menusuk kelubang hidung, air laut dalam proses kembali pasang.

Tengah dok sembang sampai orang Kampung dekat situ bersama anak kecil menaiki motor, lepas tu sampai pula Mat Nor Kubang Jawi, Art tumpang motor Mat Noor masuk dalam lorong kecil yang penuh semak.

Aku terus sembang pula dengan Hj Yazid dan Orang Kampung yang sampai, lepas tu sampai pula Bang Mat Tiang, sembang lagi macam mana nak selesai masalah, macam idea diberi.

Ada Minta Tauliah nak jadi pencegah maksiat

Ada suroh buboh papan tanda melarang melakukan maksiat

Ada suroh tolak semak samun sepanjang pantai

Depa yang masuk lorong dalam semak sampai balik…. Aku tanya, “apa macam ada ka orang dok beromen”.

Depa kata, “ada, baru dok muqadimah”

Aku minta pinjam motor kat Orang Kampung yang datang bersembang dengan kami.

Start, motor aku pula masuk kelorong dalam semak, 5 minit jumpa sepasang, lepas tu jumpa lagi, lepas tu jumpa lagi………….. Oooooo ….oh……. Ni tak boleh jadi, aku patah balik.

Berhenti kat pasangan pertama (yang betina pakai tudong), Tanya depa, “Buat apa ni” Depa jawab “Saja, Pak Cik, ambil angin petang” Aku Tanya balik, “awat yang mai ambil angin petang dalam semak cik oiii…, pi balik”

Rupanya depa patuh……. Ambil motor dan balik, yang betina celapak naik dibelakang lah (takan nak tinggal dalam semak tu pulak).

Lepas pasangan berikutnya…….. aku hambat balik pulak, masa ni aku rasa Mat Salleh sampai dan dia sempat ambik gambar.

Selepas halau……… keluar dengan motor dari lorong semak samun.

Kami sambung sembang.

Azizi Abdullah. AJK DPPKK kata, “Kawasan ni jadi macam Singpore le…”

Lee Hock Seng dengar, dia terus jampuk (mencelah), “itu Singapore, biar kat depa la, ini tempat kita mana boleh perintah Islam buat kotor macam tu, nak kencing pun kita dak tunjuk kat orang ooooo….(sambil menggaya orang jantan kencin)”

Dia tambah lagi, “Saya bila kawan dengan Laset (YB Nasir) pun dah kurang buat jahat, oooooooo….”

Aku tepuk dahi, “malu, Cina kapiaq Lee, boleh cakap macam tu”

Pemuda dan Pemudiku hasil dari real story di atas, kita tidak perlu tauliah nak tangkap yang buat maksiat. Kita tak perlu papan tanda cegah maksiat, kita tak perlu orang pejabat agama turun mengendap dan tangkap dan kita tak perlu tolak semak samun tu, kalau nak tolak kena tolak bersih sampai Kuala Perlis.

  1. Yang kita perlu ialah kepekaan penduduk setempat terhadap amal maaruf nahi mungkar, aku bukan suroh katok mereka yang dok beromen, Cuma kalau geng lebai yang dok sembahyang dimasjid, lepas Asar cuba la pi bersembang di tempat banyak maksiat lepas tu tengot anak remaja yang nak merendek tu tegor dan nasihat mereka.
  2. Yang kita perlu ialah mereka yang dok mengaji kuliah (kilik kitab sampai kitab bau ketiak, ketiak bau kitab) – amalkan apa yang dipelajari dengan melihat sekitaran kita kelaku kelayak remaja dan halanglah mereka dari terjerumus lebih jauh.
  3. Yang kita perlu ialah kesedaran semua umat Islam sekitar, bahawa kerja kotor yang dibuat oleh remaja ini, jika tidak dihalang akan mendatang musibah pada generasi akan datang dan ia adalah tanggung jawab semua pihak untuk mencegahnya.
  4. Yang kita perlu ialah tindakan Dewan Pemuda PAS Kawasan, yang lama dah dok Usrah……… awat hang je Puad nak masuk syurga akhirat, biar anak remaja baya hampa masuk syurga dunia, terjun neraka di akhirat.
  5. Kerjasama sama semua pihak amat diperlukan untuk membendung gejala maksiat ini, dan insyaAllah kami di PKWR Kubang Rotan pandang serius gejala maksiat ini…… mari sama-sama kita bersih unsur maksiat sepanjang pantai Leman, Seberang Kota, Kuala Kedah (Berhampiran Marina Castle yang dibina zaman Tun Mahathir) dan seluruh Kedah ini.
  6. Kepada orang luar kawasan mari lah melawat, menghirup udara petang sambil tolong cegah maksiat. Relax dapat pahala dapat insyaAllah, Cuma jangan skodeng je………….

3 comments:

K.A said...

Assalamualaikum
Ana mwakili penduduk muda kbg rtn mengucapkn tahniah diatas keprihatinan ustadh dalam menyelesaikan masalah ini.Persoalan saya skrg sampai bla kegiatan maksiat sprti ini akan terus berleluasa.Adakh kt hndk tunggu Allah menurunkan bala baru kt hndk sama2 btindak.Jadi saya cdgkan apa kt ust:
1.buat balai pencegah maksiat kt situ
2.buat papantanda yg menggambrkan azab dan keburukan maksiat.
3.boh banyak lampu kt tmpt tu spy tk kelam sgt
4.Ptg sgl semek samun yg ada kat situ
5.Buat satu kempen nama dia Allah benci maksiat/Belia atau kami Tak Nak maksiatkt pantai tu kt utk bdk skol atau rmja.Buatla mcm aktiviti ukt bg depa sedaq .
Ana hrp ust blehlah berhubung dgn ana di alamat k.a_mujahid@yahoo.com atau d friendster ana untuk mengetahui kegiatan jenayah lain yg kin bermaharajalela di kbg rtn.Smg usaha kt dinilai Allah sbg amaln
SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

malaysia baru said...

Setahun telah berlalu....
Apakah masalah maksiat masih lagi berterusan?

nassarudin bakar said...

7 TAHUN SELEPAS TU..MASIH DOK LAGU TU JUGAK..