Tuesday, October 25, 2011

Apakah Pergolakan Akan Berlaku di Musim Haji Ini?

Kematian Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan bin Abdul Aziz al-Saud, yang merupakan pewaris takhta kerajaan, menyebabkan kekosongan pengganti di Arab Saudi.

Calon utama pewaris takhta Raja Saudi ketika ini adalah Putera Nayef bin Abdul Aziz al-Saud (gambar sebelah), namun ia masih perlu mendapat kelulusan dari Dewan Kerabat DiRaja Saudi. Dewan tersebut adalah yang mengawasi masalah pewarisan dalam pemerintahan.

Pengarah Institut Hubungan Teluk, Ali al-Ahmad dalam wawancaranya dengan Press TV Ahad, (23 Oktober 2011) menyatakan, bahawa kematian Putera Sultan akan menimbulkan perebutan kuasa di Arab Saudi.

Dikatakannya, "Putera Nayef dikenali sebagai ahli politik yang kasar dan merupakan sosok yang menentang segala bentuk pembaharuan dan dia juga bertanggung jawab atas pelbagai pelanggaran hak asasi kemanusiaan di Saudi."

"Banyak warga Arab Saudi yang khuatir jika Putera Nayef menjadi Raja Arab Saudi kerana penindasan keras terhadap rakyat juga akan semakin meningkat. Namun demikian, munculnya Nayef sebagai Raja Saudi dapat membantu mempercepatkan proses perubahan di negara ini," tegas al-Ahmad.

Selanjutnya beliau menjelaskan, jika Nayef menjadi Raja, media massa Barat khususnya Amerika Syarikat akan mendakwa bahawa dia sebagai seorang reformer. Namun rakyat Saudi tidak akan dapat melupakan semua kejahatan yang dilakukan Nayef selama ini. Tidak ada elemen dan lapisan dalam masyarakat Saudi, telah tidak menjadi mangsa kejahatan Nayef.

Menurutnya, akan lebih mudah bagi masyarakat, aktivis politik dan hak asasi manusia Arab Saudi untuk melawan Nayef yang sudah tidak mungkin bersembunyi di balik imej Barat atau dengan aksi lakunan baik seperti yang dilakukan Raja Abdullah dengan kata-kata dan janji-janjinya.

Terjemahan dari sumber
Anak Kepada Putera Mahkota yang paling berpengaruh ialah Putera Bandar

Tuesday, October 18, 2011

SOALAN DEWAN WR NASIR, ADUN KBG ROTAN

Berikut adalah Soalan yang akan dikemukakan dalam sidang DUN Negeri Kedah oleh Wakil Rakyat (WR MOHD NASIR MUSTAFA, ADUN Kubang Rotan) bulan November nanti:-

Terima Kasih kepada seluruh warga Kubang Rotan dan AJK Soalan Dewan yang telah memberi input untuk soalan pada kali ini:-

A. SOALAN BERTULIS

1. PEMBANGUNAN INSAN

Sila nyatakan mengenai pembangunan Insan di Kedah sejak 3 tahun yang lalu (2008—2011) terhadap perkara di bawah-

a. Agensi pelaksana
.

b. Jenis program / kekerapan
.

c. Modul
yang digunakan.

d. Jumlah peserta
setiap program.

e. Jumlah peruntukan
yang dikeluarkan.

2. PEMBANGUNAN USAHAWAN BELIA

Sila nyatakan secara terperindi usaha-usaha ke arah pembangunan usahawan belia yang telah dilakukan sejak 2008 hingga 2011:-

a. Agensi pelaksana

b. Jumlah penerima manfaat

c. Peruntukan yang telah dibelanjakan

3. JABATAN ZAKAT

Nyatakan perkara berkaitan Zakat bagi Negeri Kedah seperti berikut:-

a. Jumlah kutipan 2009 dan 2010.

b. Kaedah agihan dan jumlah penerima mengikut asnaf dan Daerah.

c. Pusat hemodialisis zakat mengunakan asnaf mana?

d. Perancangan Jabatan Zakat Negeri Kedah untuk menangani isu kemiskinan dengan mengunakan wang zakat.

4. SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN

Nyatakan perkara berkaitan Syarikat Perbadanan Negeri Kedah (PKNK dan MBI) serta semua Syarikat Bekaitan Kerajaan (GLC) termasuk Agensi Korporat seperti berikut:-
a. Senaraikan keseluruhan nama syarikat aktif/ tak aktif , Lembaga
Pengarah dan CEOnya bagi tahun 2011.

b. Nyatakan ringkasan Penyata Untung Rugi setiap syarikat dan aktiviti yang telah dijalankan.

c. Berapakah jumlah sumbangan setiap syarikat yang dapat menjana keun tungan yang telah disalurkan ke dalam akaun Kerajaan Negeri tahun 2010 dan 2011?

d. Senarai masalah-masalah yang telah dikenal pasti bagi setiap syarikat.

B. SOALAN LISAN

1. MAKTAB MAHMUD

Nyatakan perkara berkaitan Maktab Mahmud seperti berikut:-
a. Berapakah jumlah Maktab Mahmud sekarang dan di daerah mana?

b. Berapakah jumlah guru dan kategori Maktab Mahmud?

c. Berapakah Peruntukan kepada Maktab Mahmud sejak 2006 - 2011?

d. Apakah perancangan fizikal, korikulum dan mutu alumninya?

2. MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

Sehingga kini, setiap kali hujan yang agak lebat, banjir kilat sering melanda hingga melimpahi kawasan kampong, taman perumahan dan atas jalan di sekitar Bandar Alor Setar, mohon penjelasan berikut:-

a. Apakah punca utama berlakunya banjir kilat tersebut, terutama di kawasan sekitar perumahan baru dibina?

b. Apakah langkah penyelesaian (segera/ jangka sederhana/ jangka panjang) yang telah dan sedang dilakukan?

c. Pohon nyatakan bilakah kali terakhir perparitan di kawasan di bawah diselenggarakan:
i. Di km 8- km10 jalan Kuala Kedah
ii. Sepanjang kiri kanan Lebuhraya Sultanah Bahiyah dari lampu isyarat MADA Ampang Jajar sehingga lampu isyarat Masjid Aman
iii. Jalan Putera dan kawasan perindustrian Mergong.

c. Bilakah jangkaan tarikh akhir masalah pembayar cukai tersebut dapat diselesaikan?

Sunday, October 9, 2011

CONTOHILAH MEREKA JIKA ITU LEBIH BAIK... APA SALAHNYA

Rahbar: Puncak Kemajuan Bisa Dicapai dengan Para Elit Terpelajar Yang Cinta Negara dan BangsaSetiap Tahun seluruh pemuda yang terpilih dikumpulkan diseluruh Iran untuk mendengar nasihat khusus daripada Pemimpin Tertinggi mereka, tahun ini ianya telah berlangsung pada 5 Oktober 2011 yang lalu, kalangan pemuda ini digelar Pemuda Teladan (Pemuda Contoh). Berikut adalah intisari nasihat yang disampaikan oleh beliau:-

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Sayyid Ali Khamenei dalam pertemuan dengan para pemuda teladan mengatakan, untuk mencapai puncak kemajuan, kehormatan dan kebanggaan, Iran memerlukan para pemuda dan kelompok teladan yang beriman, peduli dan mencintai negara dan masyarakatnya serta mencintai jatidiri dan masa depan mereka.

Menjelaskan sejumlah pengalaman sejarah, Ayatollah Khamenei menyatakan bahwa ‘kekuatan tanpa dilandasi keimanan dan ketaqwaan' akan menghasilkan kezaliman dan kebuasan. Beliau menambahkan, di dunia yang penuh gelombang saat ini, manusia manapun yang ingin menjaga dirinya, mencegah keganasan ketenteraan dan keamanan, membendung serangan siber, budaya dan moral yang dilancarkan oleh kubu keangkuhan dunia, pasti memerlukan kalangan pemuda yang terpelajar yang hanya mementingkan kemajuan, kemuliaan dan kebanggaan negara dan umatnya.

"Iman dan taqwa adalah faktor paling penting yang mampu menciptakan perasaan ini secara mendalam," tambah beliau.

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam menegaskan bahwa dalam masalah keilmuan tak ada kata permusuhan dengan pihak asing.

"Seperti yang sudah berulang kali saya katakan bahwa untuk memperoleh ilmu kita siap berguru. Tetapi menjadi murid tidak untuk selamanya. Kita ingin rakyat Iran sampai ke posisi dimana bangsa-bangsa lain berguru kepadanya," lanjut beliau.

Menyinggung sikap merasa lekeh dan rendah diri di hadapan Barat yang menguasai jiwa para pemimpin rejim Pahlevi, Ayatollah mengatakan, "Meski memiliki masa lalu yang cemerlang dan kaya akan pemikiran dan budaya, Iran dipandang tidak berarti oleh Barat. Akan tetapi, revolusi Islam telah mengusir pemikiran reaksionis itu. Sekarang, selain berhasil mencapai kemajuan yang hebat, berkat rasa tanggung jawab, tekad, dan kemauan kuat para pemuda contoh dan masyarakat umum, negara ini insya Allah akan mencapai kemajuan-kemajuan yang lebih besar."

Di bagian lain pembicaraannya, selain menekankan soal pentingnya pelaburan sebesar mungkin untuk produksi ilmu, inovasi sains dan pemanfaatan produksi dalam negeri yang berkualiti, Ayatollah Khamenei menegaskan, kemajuan-kemajuan yang dicapai rakyat Iran dalam 33 tahun terakhir adalah berkat keimanan dan kecintaan besar para pemuda contoh kepada negeri mereka. Karena itu, meski ada tekanan dan intimidasi (gertakkan) yang menyeluruh dari pihak asing, ratusan tokoh dan ilmuan seperti Syahid Shahriari terus bekerja keras penuh pengorbanan dan menciptakan karya-karya besar di berbagai bidang.

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam menyebut gerakan keilmuan dalam beberapa tahun terakhir ini dan wacana yang memandang produksi ilmu sebagai norma mulia sebagai buah yang dihasilkan oleh diskusi keilmuan yang sudah berjalan sejak lebih dari sepuluh tahun lalu.

Seraya mengapresiasi pertumbuhan kuantiti dan kualiti makalah ilmiah yang ada, beliau menandaskan, jangan pernah menjadikan peningkatan jumlah makalah ilmiah sebagai tujuan.

Sebab, yang harus dijadikan landasan adalah kualiti makalah, dan yang lebih penting dari itu adalah orientasi makalah ilmiah dengan tujuan untuk memenuhi kebutuhan negara.


Apakah tujuan saya meletakkan artikel ini di blog ini?

Tujuan saya bukan untuk menjadikan pemuda Islam Malaysia menjadi syiah, tetapi untuk memberitahu bahawa penekanan kepada iman dan taqwa oleh pemimpin nombor satu mereka telah menyebabkan Iran adalah antara negara yang paling pantas perkembangan sains dan teknologinya di dunia dalam berbagai bidang ilmu seperti aeroangkasa, nuklear, perubatan, bioteknologi. kimia industri dan ketenteraan. Anggaran kepantasan peningkatan 1000% dalam tempoh 10 tahun mengikut analisis yang dibuat oleh pakar dari UK. Lebih membanggakan ramai daripada 2 juta penuntut dalam bidang sains adalah wanita.

Menjadi masalah kepada kita, kadang-kadang ialah kita Ustaz tetapi tidak yakin dengan ilmu sebagai Ustaz, maka kita akan mula mengejar dunia dalam pemerintahan kita untuk menunjuk kepada mereka yang tidak Ustaz bahawa akupun hebat dalam bab-bab dunia ini... akhirnya dunia tidak kemana... dahi pula sudah lama tidak diletak dibumi ketika sujud. Maka jadilah kita semakin angkuh dan sombong bukan sahaja kepada manusia... dibimbangi kepada Tuhan pencipta kita.

Semoga semua yang diungkapkan mungkin tidak pernah berlaku dan jadikanlah sebagai peringatan kepada kita walaupun ianya tidak pernah berlaku. Aku mohon ampun kepada Mu ya... Allah, janganlah jadikan aku tergolong dari kalangan itu, kerana aku juga dipanggil Ustaz walaupun aku bukan Ustaz, tetapi dikira sebagai golongan Ustaz

Betullah seperti kata Al-Marhum Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor. "Sentiasalah mengingatkan mati, kerana sebenarnya orang yang sentiasa mengingati mati adalah seorang yang akan sentiasa berusaha mencapai tahap hidup yang sempurna untuk dunia ini dan akhiratnya"

Tidakkah kita teringin menghantar graduan kita ke negara mereka, yang dipencilkan oleh dunia namun dengan jati diri dan keyakinan dapat bangun menguasai sains dan teknologi. Sekurang-kurang mencari apakah rahsia mereka, jika tidak mahu menjadi mereka sekalipun...

Berikut adalah petikan sumber mengenai kemajuan Sains dan Teknologi di Iran:-

1. Ranking Dunia dalam bidang Sains

2. Sains dan Teknologi di Iran

3. Kapal Selam buatan Iran

4. Military Flying Boat

5. Jurnal Saintifik Iran Peringkat Antarabangsa

6. Video mengenai Sains dan Teknologi di Iran