Saturday, March 14, 2009

TIGA HARI OTAK SERABUT

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

10 Mac 2009, Keluar berita Pak Lah Badawi dan Anwar Ibrahim bertemu di Madrasah Nurul Iman, yang diasaskan oleh Hj Mahmud Abd Rahman (Mahmud Al-Majzub) di Hulu Langat Selangor. Otak aku berligar berpusing macam pernah dengar nama ini, search di internet jumpa laman madrasah Nurul Iman, baca mengenai pengasasnya dan cawangan-cawangan yang ada dan sah ianya bermula di Batu 5, Sik, Kedah.

Untuk confirm, selepas Zohor berjamaah di surau Tambak Bunga hari yang sama, aku terus telefon Anuardi, Setiausaha PAS Kawasan Sik mengenai status Hj Mahmud Abd Rahman. Sdr Anuardi jawab macam dulu, tidak ada apa-apa perubahan dan Tuan Guru Hj Salleh Sik pun menyatakan ajaran dan pegangannya masih macam dulu sejak tahun 1979.

Berita juga menyatakan bahawa Majlis yang dihadiri itu adalah sempena Maulidur Rasul dan Tamat Latihan Kerohanian selama 40 tahun (1969-2009). Jika pegangannya masih macam dulu seperti yang telah di fatwa sebagai salah disisi syariat Islam oleh Majlis Fatwa Negeri Kedah sejak 25 April 1979, untuk pengetahuan antara yang menganggotai Jawatankuasa Fatwa tersebut ialah Almarhum Tuan Guru Hj Yahya Junid dan Al-Marhum Ustaz Hj Azahari Abd Razak, kedua-dua mereka adalah bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah dan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS.

Kemudian selepas itu, ianya dikembangkan pula di Hulu Langat, Selangor. Selepas itu pihak Majlis Fatwa Negeri Selangor pula pada 25 Oktober 1995 juga menyatakan ajaran beliau adalah menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Gazzete fatwa tersebut telah ditandatangani oleh Almarhum Ustaz Hj Ishak Baharom, Mufti Selangor ketika itu.

Tiga hari otak aku terus serabut bertanya,

1. Adakah kedua-dua tokoh politik utama Malaysia ini mengiktiraf ajaran yang dibawa oleh Hj Mahmud itu?
2. Adakah Hj Mahmud Majzub ini sudah kembali ke pangkal jalan?
3. Jika ia sudah kembali kepangkal jalan, Alhamdulillah, tetapi bila?
4. Apakah kedua-dua tokoh politik itu tidak mengetahui bahawa ajaran itu telah difatwa menyeleweng?
5. Apakah kedua-dua fatwa yang ditelah dikeluarkan itu terbatal dengan sendirinya apabila kedua-dua negeri telah diperintah oleh Pakatan Rakyat?
6. Adakah fatwa yang dikeluarkan oleh Negeri Kedah (1979) dan Selangor (1995) silap?
7. Adakah mereka tidak sedar, segala gerakgeri mereka di lihat dan akan menjadi ikutan masyarakat, lebih-lebih lagi dalam soal agama?

Yang paling aku bimbangi ialah, selepas ini bagi orang awam apabila disiarkan dalam TV temuramah dengan Pak Lah yang mengaku Hj Mahmud ini sebagai Tuan Guru. Maka selepas ini ramailah ibubapa yang cenderung kepada pengajian agama di pihak UMNO akan menghantar anak mereka ke pondok tersebut.

Begitu jugalah di pihak Pakatan Rakyat, masyarakat awam yang cenderung kepada agama pun akan ramai menghantar anak kepondok tersebut. Sedangkan dua fatwa dari dua negeri telah termaktub dan masih belum ditarik balik, serta tidak pernah terdengar beliau telah kembali ke pangkal jalan.

InsyaAllah, aku akan mohon Dewan Ulamak PAS Kedah besok (14 Mac 2009 jam 3 petang) dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kedah meneliti kedudukan ajaran Hj Mahmud Majzub ini, kalau beliau telah kembali kepangkal jalan, Alhamdulillah. Itu yang kita pohon dari Allah.

Tetapi, jika beliau masih dengan pegangan beliau, dan masih di dapati menyeleweng oleh Dewan Ulamak maka bagi aku, tindakan kedua-dua tokoh politik itu adalah silap, dan secara tidak langsung telah mengiktiraf salah satu ajaran salah di Malaysia yang akhirnya menyebabkan masyarakat awam keliru serta terdedah kepada bahaya penyelewengan dan penyimpangan kepada generasi anak-anak mereka.

Semoga Allah mengampuni dosaku dan akan hilang serabut otak ku besok, setelah berjumpa dengan Dewan Ulamak PAS Kedah yang sekarang di Ketuai oleh Sheikh Mohamad bin Abdullah (Pak Long) yang mengantikan Tuan Guru Hj Abd Rahim bin Abd Rahman (Sheikh Rahim).

Klik disini untuk membaca pandangan Dewan Ulamak PAS mengenai kesufian
klik disini untuk membaca Fatwa Kerajaan Negeri Selangor

11 comments:

amni said...

saya juga ada bincang dgn kawan2 ttg hal ini.
bimbang ttg aqidah patutnya lebih berbanding bimbang ttg kuasa

Unknown said...

Bismillahhirrahmanirrahim

Siapa sebenarnya Syeikh Mahmud Al-Kedahi?

1)Tarekat di madrasah nurul iman pimpinan "Syeikh Muhyiddin" Abdul Qadir Mahmud Al-Kedahi/Mahmud "al-Majzub" ini telahpun difatwakan menyeleweng oleh bekas mufti selangor, Dato' Haji Ishak Bin Haji Baharom (semoga Allah mengampuninya dan merahmatinya) pada tahun 1995. Ia difatwakan dibawah nama ajaran Aurad Ismailiah.
Rujukan:
http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiBukuPanduanFatwa/FatwaWartaKerajaanSelangor25%201991-1997.htm
Fatwa Kerajaan Selangor diwartakan pada 25 Oktober 1995

2)Fatwa ini boleh juga didapati di dalam website rujukan rasmi fatwa di Malaysia :
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=445

3)Tarekat ini juga telah disenaraikan dalam "AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN" (nombor 45: Tarikat Aurad Ismailiah) yang boleh didapati pada website JAKIM berikut:
http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html

4)Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada 25.4.1979 memutuskan mengharamkan ajaran yang dibawa oleh En. Mahmud bin Abd. Rahman dan para pengikutnya kerana membawa, mengajar dan menyebarkan ajaran salah disisi syariat Islam kepada masyarakat Islam.
Ini disalin dari booklet bertajuk:
Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor oleh JAIS

Unknown said...

5)Berikut saya pastekan dari booklet JAIS penerangan mengenai fatwa berkaitan.
(Dengan kerjasama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor)

Booklet berkenaan bertajuk:
Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
(Diterbitkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor)
Cetakan Pertama - 2000
Cetakan Ketujuh - 2006

Aurad Ismailiah
(Ajaran Mahmud bin Hj Abd. Rahman)

Latar belakang
1. Beliau berasal dari Bt. 5, Sik, Kedah.
2. Selepas ajarannya difatwakan haram di Kedah beliau telah berpindah ke Selangor.
3.Ajaran beliau berkembang di Surau Nurul Iman Bt. 12 3/4, Jalan Sg. Long, Hulu Langat..
5. Semasa di Kedah, ajaran ini berkembang di Kg. Hangus, Kupang dan Kg. Kijang Baling.
6. Beliau selalu bertapa di Gua Bukit Enggang Kedah yang dianggap Gua Hira dan batu besar di dalamnya dianggap Hajarul Aswad.

Ciri- Ciri Kesalahan
1. Pengikut dikehendaki membayangkan wajah guru ketika berzikir dan bersuluk.
2. Semasa berpuasa dan bersuluk, pengikut tidak dibenarkan memakan yang berdarah dan minum seteguk air sahaja bila dahaga.
3. Semasa upacara berzikir, guru akan memukul lantai menggunakan rotan menyempurnakan rentak ratib.
4. Kemuncak ratib ialah apabila pengikut-pengikut melompat tidak sedarkan diri.
5. Mendakwa menerima wahyu dari langit.
7. Menganggap diri dan amalan mereka lebih suci dan tinggi martabatnya dari orang-orang lain yang tidak mengikut ajaran itu.
8. Membuat pengakuan dan dakwaan yang aneh seperti dia tidak siuman semasa hendak menerima ajaran itu ketika bertapa di Gua Bukit Enggang, beribadat dalam gua yang digali, dianugerahkan oleh Allah kepadanya mengenal yang hak dan yang batil tanpa belajar serta Allah memperlihatkan kepada dunia ini yang penuh dengan dosa.
10. Lafaz zikir yang asalnya "Lailahaillallah" telah diubah di dalam masa berzikir kepada lafaz yang lain daripada yang asal.
11. Di dalam berzikir (beratib) diangkat suara dan diselangselikan dengan pukulan rotan untuk menyamakan rentak irama ratib itu dan berlaku kelakuan-kelakuan yang melanggar adab zikir, ada yang menari, ada yang menyulu, ada yang tonggeng buyung, ada yang terselak kain, ada yang menangis. Kejadian-kejadian ini mengikut dakwaan En. Mahmud menunjukkan pengikut-pengikutnya banyak dosa. Tetapi mengikut dakwaan pengikut-pengikut mereka ketika itu telah sampai puncak kelazatan.
12. Zikir (ratib) yang tiada ketahuan itu dikatakan zikir isi, manakala zikir orang kebanyakan yang terang lafaznya dikatakan zikir kulit.

Aku berlindung dengan Allah dari kesesatan dan kejahilan dan aku berlindung dengan Allah dari tipudaya syaitan
Wallahualam

"Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. " [Asy-Syu'araa':210-211]

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. " [Al-Baqarah:208]

Anonymous said...

hendaklah anda bertaubat kepada Allah yang maha agong..sesiapa yang memusuhi wali-waliku akan ku istihar perang baginya (hadis qudsi)..buta matakah tuan..dah buta hati jangan lah buta mata..bukankah yang memfatwakan sesat semuanya sudah dilenyapkan dari bumi Allah..Allah yang maha kuasa..jangan tanya kepada manusia, tetapi bertanyalah kepada Allah dengan solat taubat, hajat dan isthikharah.minta Allah tunjukkan jalan yang benar..nak berjuang bukan dengan pas ka apa ka..serabot otak..lagi serabut bahana api nereka titis dalam otak..jangan fikir dengan kepala otak hang yang tak bersih..perbanyakkan selawat ke atas nabi..permulaan 40 ribu dalam seminggu..insyaalah anda diberikan petunjuk..mohon rahmat Allah sentiasa..ingat Neraka menanti kita semua..Bertaubat!!

Anonymous said...

selawat 40 ribu pun hang tanya kenapa itu ini..haa api neraka dah menanti anda lah..selawat atas nabi Muhammad S.A.W pun hang nak komen...minta syaafat nabi lah..jangan sombong..kalah iblis ni..iblis takabbur dan enggan sahaja..ni lebih jahat iblis hang semua ni..kartun otak hang ni..taubat!!

Rarme said...

Macam ni ke komen dan akhlak org yg telah solawat 40 ribu kali dlm seminggu

Rarme said...

Akhlak ...

Rarme said...

Semoga mencontohi nabi dlm berakhlak.... Banyak solawat sepatutnya semakin baik akhlak..

han9840 said...

Nasib baik pas kslah

han9840 said...

Hang ni penipu besaq

Anonymous said...

Sheikh Mahmud Al kedahi guru murobi walau Di hina di fitnah beliau tetap Sabar hanya Orang tertentu yang faham