Wednesday, March 4, 2009

JOHARI BAHAROM ARAH JABATAN SUSUN PROGRAM DI BUKIT SELAMBAU

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Johari bin Baharom telah mengarahkan agar majlis-majlis perasmian dan berbagai aktiviti perlu diadakan di seluruh DUN Bukit Selambau oleh setiap jabatan di negeri Kedah dengan menjemput pemimpin BN untuk merasmikannya, demikian menurut laporan yang diberikan oleh Pengarah-Pengarah Jabatan Peringkat Negeri Kedah.

Pengarah-pengarah jabatan ini menjadi serba-salah, lalu akhirnya mereka bertanya kepada EXCO kerajaan Negeri apakah tindakan yang mereka perlu lakukan. Untuk pengetahuan, Johari adalah Boss kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan yang baru diwujudkan di Kedah selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan di Kedah sejak 8 Mac 2008 lalu.

Jawapannya adalah mudah sahaja: Begini bunyinya.

"Pilihanraya Umum atau Kecil di Malaysia adalah perlawanan antara parti Politik bernama Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat (PR) atau Bebas untuk mendapat mandat daripada rakyat memerintah negeri, oleh itu seluruh jentera kerajaan tidak akan digunakan atau dibenar digunakan oleh kerajaan Kedah yang ada sekarang samada oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional."

Oleh itu, arahan yang dikeluarkan oleh Johari Baharom berdasarkan laporan oleh Pengarah-Pengarah Jabatan Peringkat Negeri adalah satu kerja kotor, menyalahi etika, menyeleweng, salahguna kuasa dan salah disisi undang-undang serta benda yang paling tidak disukai oleh UMNO iaitu derhaka.

Arahan rasmi telah dikeluarkan kepada semua Jabatan supaya tidak terlibat dalam kempen pilihanraya Kecil Bukit Selambau atas nama kerajaan negeri.

Sehubungan dengan itu, seluruh rakyat diharap dapat menjadi mata telinga kepada Kerajaan Negeri agar Jabatan samada peringkat Negeri dan Persekutuan tidak digunakan sepanjang kempen pilihanraya di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.

Soalannya? Jika BN gunakan juga Jabatan-Jabatan Peringkat Persekutuan untuk tujuan kempen mereka di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang You apakah tindakan kita sebagai rakyat.... kerana kita tahu itu adalah satu penyelewengan.

Adakah kami perlu lapor pada pihak polis?

Jawapannya, Kalau rajin repotlah pada polis atau pemantau pilihanraya.

Tapi tindakan yang paling bijak oleh pengundi ialah dengan cara!!!

UNDI CALON KEADILAN di Bukit Selambau
UNDI CALON PAS di Bukit Gantang
UNDI CALON KEADILAN di Batang Ai

Sementara oleh rakyat terbanyak ialah dengan cara kempen dengan apa cara yang sesuai agar pengundi di ketiga-tiga kawasan pilihanraya menolak BN.

Selamat Mengundi dan Bertugas.

1 comment:

Pengundi Atas Pagar said...

Kerajaan BN Perak nampaknya telah berkuasa setelah dilantik oleh Paduka Sultan Perak tetapi ketidak-stabilan politik di Perak masih juga berlaku. Ini mungkin kerana kealpaan pihak yang berkenaan membetulkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak setelah berlakunya krisis Menteri Besar dengan Paduka Sultan Perak pada tahun 1977. Sekiranya undang-undang tersebut dikemaskinikan dahulu nescaya masaalah yang berlaku kini tidak wujud.

Kuasa yang telah digunakan oleh Speaker Perak untuk menggantung Menteri Besar Perak dan ahli Exconya dari menghadiri Dewan Undangan Negeri tidak mengejutkan kerana hanya inilah sahaja yang tinggal oleh Pakatan Rakyat setelah tidak berkuasa lagi. Barangkali Menteri Besar Perak pasti meminta pandangan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dalam menangani masaalah yang rumit ini

Masaalahnya, sampai bilakah masaalah di Perak ini akan berterusan? Adakah selepas pilihanraya Parlimen Bukit Gantang baru muncul penyelesaian bagi krisis ini. Kami harap krisis ini akan cepat diselesaikan supaya masaalah ekonomi yang kian mencengkam dapat ditangani segera.

Kamarulzaman Baharom
http://www.tuntutwangandasegera.com/