Tuesday, March 10, 2009
Album Demo PPSMI
Assalamualaikum warahmatulLAH
Untuk sahabat-sahabat dari Kedah yang menyertai demonstrasi PPSMI, jika nak lihat gambar sendiri sila klik gambar di Slaid Show untuk pergi ke Flickr mungkin gambar hangpa ada di Flickr tiada di Slaid Show aku..... gambar lain banyak lagi yang aku tak upload kerena tak celuih.
Kalau nak gambar hangpa minta la, kat YB Naset Mustaffa, kerana aku pinjam kamera dia. Ada setengah gambaq aku tangkap masa mata tengah pejam dan tak reti nak tarik zoom mai dekat. Sebab tu aku nampak FRU haluih-haluih ja masa hari tu............
Zul Che Harun.... masa aku jumpa atas titi hari tu tengah dok kutip batu, nak punggai FRU, aku bagi tau kat dia.... YB Naset kata ibadat kita hari ini, tak termasuk melontaq..... rukun yang ada ialah tawaf istana, berlari anak, cekup hidung, tenyeh mata, ghagaeh bukit, loncat pagar, terjun longkang, mengendap balik tembok dan makan garam je.... kalau melontar juga kira tak aci... dia pun tak jadi la melontaq.
Yang aku heran YB Ustaz Izat Shauki pi lomoq muka dia jadi seropa dengan 'Jemuan' aku pun tak tau dia pakai rukun mana satu. Hangpa tau ka 'Jemuan' tu menatang apa.... sebenarnya aku pun tak tau. Sorang lagi yang juga dari kawasan Pokok Sena, Hj Mahfuz bejalan tetonggek-tonggek.... lepas tu wek....wek keluar ayaq liuq belenja..... pakai rukun mana satu aku pun tak tau la..... aku rasa depa ni tambah rukun, pasai Mazhab Pokok Sena ni dia lain sikit.
Yang geng Baling pula..... pi ragaeh Pokok Mengkudu.... lepas tu boleh jadi pengedar daun mengkudu pulak, buat ubat cegah cekek rengkung.... aku pun pekena juga..... depa kata lebih korang daun Ketum...... lepaih kena daun Mengkudu berasa la lega sikit, serbu semula ke kawasan istana...... prup-prup kena tembak lagi.....
Antara geng Kedah yang sempat aku jumpa ialah YB Naset, Mat Wira, Mat Toy kerana mai sekali. Mat Toy kami ambik dekat kedai nasi Kandar Subaidah, Butterworh. Geng Kola mai sebiji bas, Pak Mat Mara, dari Pekan Kuala Kedah (70 tahun) rebah dua kali kena tembak gas.
Antara yang aku jumpa ialah Geng Pemuda Negeri, Geng Muslimat Negeri, Geng Baling, Geng Sik, Geng Merbok, Geng Pokok Sena, Geng Sungai Petani, Geng Kulim/Bandar Baru, Geng Aloq Setar, Geng Jerlun, Geng Kubang Pasu, Geng Langkawi, Geng Pendang, Geng Jerai, Geng Padang Terap dan Geng Padang Serai. Boleh kata semua kawasan ada wakel, kera OK la...
Jumpa Ust Musoddak, Ketua Pemuda Negeri Kedah sedang teriak sampai merah mata, mungkin kerana tiada Ilham aku rasa. Begitu juga Helmi, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah dok meratit dalam masjid, sampai merah mata dan belenja ayaq hidung, sambil dok cekup....
Sementara, Sanusi, Setiausaha Politik MB Kedah dan anak YB Ustaz Taib Azamudin, aku jumpa masa atas titi dok terkerisin tengok trak FRU, dengan baju basah lincun.... pasai kena tembak ayar ka.... pasai peluh sebab lari bedesup-desup ka, aku tak tau la pulak...
Kalau nak tengok video, dapatkan dari YB Cikgu Ya Jeneri, yang disebut oleh UMNO antara orang sasaran yang akan dibeli oleh mereka...... tawaran jawatan ialah jadi PM ganti Najib... tak pecaya tanya dia, aku mana tau.
Aku juga sempat jumpa dengan Bang Mat Sabu di Bukit Gantang.... aip silap di stesyen keretapi dekat Masjid Negara, makan nasi goreng dan teh tarik dengan Bang Razak, geng dilarang melarang, YB Naset, Geng Melaka dan banyak lagi sebelum zohor, bila azan pakat pi solat zohor di masjid negara.... lepas itu berpecah....
Jumpa dengan Kak Normah isteri Bang Mat dengan anak dara dia.... masa balik dari istana dalam kawasan masjid negara.... kata kat dia, "tak boleh ambik gambar ni, pasai muka nampak come pun tak kena gas dan sembur ni...." Tak dan habeh cakap.... terus dengaq.... keting! keting! keting!..... bunyi A .......... seruuuuuu, FRU sembur ayaq, lari lintang pukang..... menyelamatkan diri... prup-prup tembak pulak gas pemedih mata..... masuk dalam kolam masjid dan sekelilingnya.
Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang menamatkan program hari itu dengan ucapan didalam masjid ketika diluar masjid dihujani tembakan water-canon dan gas, sekumpulan polis cuba masuk kedalam masjid, tetapi berjaya dihalang akhirnya keluar loy sahaja dari kawasan masjid dengan diiringi oleh Unit Amal kerana bimbang di kute oleh orang ramai.
Panjang lagi kalau nak tuleh.... apapun syabas diucapkan kepada semua Anggota Unit Amal, peserta demonstrasi, pemuda Wilayah Persekutuan dan Selangor, Pejuang Bahasa, Pemimpin PAS, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang yang antara orang terawal yang terkena tembakan gas.
Semoga ianya menjadi salah satu amalan yang dikira sebagai ibadah sepanjang kita hidup atas muka bumi Allah swt, dengan kita pulangkan segala amal baik yang kita lakukan itu untuk kesinambungan hidup anak cucu yang akan mewarisi bumi Allah ini, serta mengikhlaskannya hanya semata-mata untuk Allah swt.
Maaf menggunakan bahasa Kedah..... kerana memang khas untuk geng Kedah, sebab lebih 400 kilometer geng Kedah telah pergi hanya untuk menunaikan panggilan kepimpinan.... oleh itu jangan kepimpinan menghampakan kami. Tidak ada apa yang kami mahu.... yang kami mahu ialah Islam dibawah pimpinan yang Muttaqin demi keredaan Allah di dunia dan di akhirat nanti dan selagi kami yakin kerja yang di arah, strategi yang diatur diyakini ada ganjaran Pahala disisi Allah.
Nota: Cerita mengenai Demo PPSMI ini lambat dipublish ke blog kerana, sebok sikit lepas balik Demo - sampai balik dari KL kena buat persiapan program Motivasi Rakyat oleh Hj Mohd Sabu di Tambak Bunga (Mazhar kurang bantu kali ini kerana dia sebok mengaji Bahasa Arab di Insaniah), lepas itu ada kebakaran rumah yang menyebab kematian seorang ibu tua di Kubang Siam, lepas itu ibu mertua Abd Hamid Bahari meninggal dunia sakit barah hati, lepas itu pergi ke UPU Taman Ria Jaya untuk persiapan PRK Bukit Selambau kerana PAS Kuala Kedah bertugas di situ, selepas selesai semua tu baru ambik kamera dari YB Nasir Mustaffa untuk publish dalam blog.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment