Thursday, July 31, 2008

Kenyataan Akhbar Presiden PAS



Berikut adalah kenyataan media Tuan Guru Presiden PAS setelah mempengerusikan mesyuarat JK PAS Pusat siang tadi bersekali dengan Majlis Syura Ulamak PAS:

PAS TOLAK TAWARAN UMNO
TETAPI AKAN TERUSKAN PERBINCANGAN
DEMI KEPENTINGAN NEGARA DAN UMMAH

PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri. Oleh itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama disemua peringkat tidak lagi berbangkit.

Walaubagaimanapun PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik , NGO, institusi-institusi dan mana-mana individu demi kepentingan negara dan ummah.

Dalam pada itu PAS mengulangi pendiriannya kekal bersama Pakatan Rakyat dengan memainkan peranan yang aktif dan positif selaras dengan perjuangannya.


DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)
31 Julai 2008

klik disini untuk lihat pandangan dari Ali Mydeen

Wednesday, July 30, 2008

Benang Yang Kusut Lagikan Terungkai....

Assalamualaikum wr. wb.

Pemimpinku yang disanjungi dan dikasihi.

Setiap benang yang kusut, akan dapat dirungkai tanpa memutuskan benang yang sedang dirungkai. Dengan syarat orang yang duduk bersama-sama merungkai benang tersebut adalah orang yang dapat mencari punca kekusutan benang tersebut dan sedar bahawa benang yang ditangan adalah kusut.

Selain berusaha mencari punca kekusutan benang itu, orang yang ingin sama-sama merungkai itu hendak mempunyai jari jemari yang dapat mencengkam kemas lembaran benang yang kecil dan jarinya perlu pulak mempunyai deria rasa yang tinggi dan mengetahui ketika mana perlu memegang dan ketika mana perlu melepas benang. Jari yang memegang benang hendaklah berhati dan secara yang lembut menarik keluar kekusutan itu satu persatu.

Tidak harus dilupakan juga, orang tersebut juga perlu mempunyai deria pengalihatan yang tajam, daya penumpuan yang jitu. Paling utama janganlah orang yang ‘panas baran’ dibenarkan merungkai bersama. Kerana jika usaha untuk merungkai benang di lihat beliau semakin kusut, takut-takut benang yang masih boleh digunakan akan dibakar hidup-hidup (Opppsss…. Maaf benang mana ada hidup).

Diingatkan juga semasa merungkai itu, boleh bercakap tapi fokus kepada persoalan benang yang kusut, jangan cakap sampai tak ketahuan punca, bila tak ketahuan punca macam mana nak cari punca.

Apabila ada benang yang memang tak dapat dirungkai lagi, terpaksa kerat le…. Tapi selepas itu sambung semula dengan segera jangan biar lama, bimbang benang tu akan ditiup angin sepoi bahasa hilang entah kemana. Selepas itu, benang kusut yang dibuka lembaran demi lembaran itu hendaklah di pintal kepada satu gelung secara tindih menindih dengan cermat dan tersusun. Ingatan lagi masa gulung tariklah benang itu dengan tegang (awas tegang sangat putus pula – kendur sangat kusut semula)

Akhirnya ketua kepada juru rungkai benang yang kusut itu, ambil gelung benang ini, simpan dalam tempat yang selamat untuk digunakan dihari mendatang.

Jika ada orang tanya mengenai punca kekusutan dan atau apa-apa hal mengenai benang yang kusut itu, hanya orang yang tahu sahaja dibenarkan menerangkannya. Bimbang bukan benang yang kusut selepas ini tetapi otak pula yang kusut.

Confucius mengatakan,

“Jika adik beradik sama-sama memandang rendah kepada kepentingan harta benda nescaya hati dendam (‘yuan’) tidak akan berbangkit. Jika adik beradik sama-sama bersabar ketika mengeluarkan kata-kata nescaya rasa marah (‘fen’) akan lenyapnya dengan sendiri.

(Hadis dah banyak pemimpin ku yang dikasihi menghafalnya)

Aku sayang jamaah ini – aku sayang pimpinanku
Selamat bermesyuarat – semoga diberi petunjuk dan diberkati Allah - Ameen

Aris Awang
Ahli Badan Perhubangan PAS Negeri Kedah


Husam kata sudah-sudahlah, jangan mengarut!

Perhatian
Copy paste dari terjemahan secara bebas dari Tek asal dalam posting sebelum ini oleh Sdr Abu Bakar (penarikbeca.blogspot.com) atas permintaan ramai sahabat di pendalaman Malaysia, tanpa izin beliau.


Aris Awang


Kebelakangan ini, begitu banyak diperkatakan tentang kerjasama PAS dan Umno kononnya untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Kita telah tegaskan sebelum ini bahawa PAS amat menyedari niat tersembunyi di sebalik kesemua cadangan Umno itu. Kita juga telah menegaskan dengan jelas bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan pertemuan antara PAS dan Umno adalah semata-mata 'muqabalah' atas dasar peribadi antara beberapa pemimpin PAS dan rakan-rakan mereka di dalam Umno. Ia bukan pertemuan rasmi atau 'muzakarah' di peringkat parti antara PAS dan Umno.

PAS, sama ada pemimpin atau penyokong akar umbinya, yang telah menempuhi senario politik Malaysia selama lebih 50 tahun, tidak naif dan mudah ditipu oleh Umno. Kita semakin matang dan telah masak dengan putar belit politik Malaysia. Jalan yang kami pilih menjadikan kami semakin tangkas untuk membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan.

Lantaran itulah, kami merasa amat geli hati apabila membaca laporan akhbar mengenai apa yang didakwa sebagai tawaran Umno Perak hari ini yang dikemukakan oleh Ketua Perhubungannya, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali supaya PAS dan Umno membentuk kerajaan campuran di negeri itu.

Saya ingin mengulangi penegasan bahawa PAS tidak berminat untuk berkerjasama dengan Umno sama ada di peringkat pusat atau mana-mana negeri. PAS begitu selesa dengan pakatannya dengan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat dan tidak akan meningalkan pakatan ini, tidak kira semanis mana pun tawaran yang digula-gulakan oleh Umno.

Sama seperti nasihat saya kepada Tan Sri Muhammad Muhammad Taib baru-baru ini, saya juga ingin menasihati Datuk Seri Mohd Tajol Rosli supaya memberi tumpuan untuk menyimpan tenaga demi menyelamatkan kapal Umno yang sedang tenggelam, tanpa mengheret PAS untuk turut tenggelam bersama mereka.

Haji Husam Musa
29 Julai 2008
(Alih bahasa secara bebas oleh Sdr Abu Bakar - disedut dari blog beliau tanpa izin)

Let all these nonsense stop!

Lately, much has been talked about with regards to Pas working together with UMNO supposedly for the sake of Malays and Islam.

We have mentioned earlier that Pas is fully aware about the hidden motives behind all these proposals from UMNO. We have also specifically reiterated that as far as the interface between Pas and UMNO is concerned, what happened before were mere "Muqabalah" ie meetings on personal basis between some leaders in Pas with their counterparts in UMNO. It was never meant to be an official meeting, or "muzakarah", at party level between Pas and UMNO.

Pas, its leaders and grassroot supporters, having been in Malaysian political scenario for over 50 years, are not naive and cannot be easily duped by UMNO. We have matured, and become well versed, with the intricacies of Malaysian politics. The path that we have taken have made us wise enough to differentiate between friends and foes.

As such, I am greatly amused reading news report about the purported offer from Perak UMNO today, made by its chief, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, for Pas and UMNO to form a join government in Perak.

I would like to reiterate here that Pas is not interested to work with UMNO either at Federal level or any states level for that matter. Pas is very comfortable with its alliance with PKR and DAP in Pakatan Rakyat, and will not abandon this alliance no matter how sweet is the offer that comes from UMNO.

I would also like to advise Datuk Seri Mohd Tajol Rosli, just as what I have advised Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib recently, that UMNO should better focus their energies and efforts to salvage the sinking ship of UMNO, without dragging along PAS on their way down.

Tuesday, July 29, 2008

Pandangan Azizi Hj Abdullah - Isu Muqabalah (Muzakarah)

Seorang kawan saya, pemberita akhbar The Star baru-baru ini memberitahu, dia mungkin dipanggil untuk memberi penerangan kepada Pemimpin dan AJK Pusat Pas bagaimana sepatutnya menghadapi media.

Inisiatif itu dilakukan oleh salah seorang AJK Dewan Pemuda Pas.

Saya sangat mengalu-alukan kerana dalam banyak perkara kita melihat Pas masih tidak mampu memenuhi cara dan etika dengan media, terutama apabila membuat sidang akhbar. Sedangkan orang-orang media kebanyakannya ingin mencari peluang kelemahan dan ‘kesilapan’ melalui ‘sidang press’ itu.

Saya mendapat tahu, ada sidang media, orang Pas mengeluar kenyataan dalam bahasa Arab atau banyak menggunakan istilah Arab. Ada sidang media, pihak Pas tidak menyediakan kertas ‘ sidang akhbar’, yang menyebabkan pemberita terlalah-lalah mencatat. Sedangkan mana-mana press, kertas sidang akhbar itulah yang penting bari pemberita.

Contoh paling terdekat, Buletin Utama TV3 25 Julai 2008, Presiden Pas mengatakan, bukan ‘Muzakarah’ tapi ‘Muqabalah.’ Apabila pemberita bertanya apa benda muqabalah itu, Presiden Pas menjawab, “Itu kena tengok kamuslah.”

Menjelang kempen Pilihanraya ke 12 atau ke 11 yang lalu, saya sering dijemput berceramah. Saya sering terlalah-lalah mencari nama-nama yang harus disebut ketika hendak berucap, kerana itu adalah protokol dalam ucapan. Tak seorang pun jawatankuasa majlis memberitahu siapa yang akan datang dan siapa yang turut ada di dalam majlis itu untuk disebut dari peringkat atas hingga ke jawatan bawah.

Tetapi lain pula apabila saya hendak berceramah di majlis Pas, yang dikelola oleh bekas pemimpin Umno. Sebelum naik ke pentas, mereka akan memberi senarai nama dengan jawatannya sekali yang patut disebut.

Tidak bersedia dan tidak mengatur acara dengan baik menyebabkan majlis atau persidangan akhbar menjadi keliru dan hasilnya apa yang tersiar juga menjadi keliru, mudah diputar belit.

Apabila soal muzakarah antara Pas dengan Umno menjadi hebuh sekarang, kita telah melihat bagaimana dari segi moral dan imejnya, Umno telah berjaya. Apa yang berlaku di dalam Pas, antara pemimpin dengan pemimpin, terutama Mursyid Am dengan Presiden, antara Ketua Pemuda dengan ahli-ahli bawahan sudah bercelaru. Saya tidak mengatakan Umno yang betul tetapi sangat jelas Pas sudah diperkotak katek dan dipermain hanya kerana kelemahan Pas menghadapi media.

Memang semua orang tahu, termasuk pemimpin Pas yang Umno dalam keadaan tersepit, menggelupur mencari ruang hendak menyelamatkan diri, tetapi kerana pemimpin Pas tidak pandai menghadapi media, maka gambaran yang dilihat oleh orang awam, ahli bawahan ialah, Pas bersedia dan Pas sangat perlu kepada penyatuan melalui Umno.

Di kalangan pemimpin Pas kita melihat, mereka sangat ghairah dan beria-ria sangat hendak ditemuramah. Mereka menjadikan pintu terbuka kepada pemberita bersoal jawab, malah ketika dalam keadaan kelamkabut keluar dari persidangan atau mana-mana mesyuarat, mereka sanggup berhenti dua minit untuk menjawab soalan pemberita. Kadang-kadang yang sepatutnya atas nama peribadi menjadi suara jawatan tertinggi, manakala yang sepatutnya suara jawatan tertinggi, menjadi suara peribadi.

Soal muzakarah, walaupun dikatakan sudah ditutup pintunya, kita yakin yang menutup pintunya ialah hendak bermuzakarah. Tetapi kita akan lihat bagaimana media menggunakan kebijaksanaan mereka di atas kelemahan pemimpin Pas, maka muzakarah yang ditukar kepada muqabalah ini akan berterusan, kerana ini agenda Umno.

Adakah pemimpin Pas akan mejawab,’ No komen?’ atau ia akan berhenti sekejap untuk menjawab soalan pemberita atau kononnya ingin memberi penjelasan?

Saya lihat isu muzakarah ini pada satu peringkat Umno sudah berjaya memporakperandakan pemikiran dan pendirian ahli Pas. Jika pemimpin Pas tidak berhati-hati, tidak membuang tabiat suka sangat diwawancara, ditemuramah dan menjawab soalan press, maka Pas akan mengulangi kesilapannya yang lebih buruk.

Mursyid Am Pas seharusnya jangan terlalu banyak bercakap dan memberi pandangan, kecuali dalam kuliah-kuliah. Saya sangat bimbang pandangan dan teguran yang remeh temeh, ia akan menjadi fatwa mufti yang tidak dipeduli oleh golongan artis. Presiden Pas juga harus mendapat persetujuan dari barisan AJK lain, dan mestilah perkara pokok, perkara penting apabila hendak bercakap kepada media.

Bagi saya, temuramah eksklusif dengan mana-mana akhbar perdana tidak harus dilayan. Tapi itulah yang sering terjadi. Siapapun tahu, temuramah di dalam akhbar milik Umno selalunya menjadi ‘bola tanggung’ kepada mereka sedangkan untuk menjawabnya sudah tidak ada peluang lagi. TV juga, Pempimpin Pas harus waspada apabila siaran bersifat tertunda dengan siaran langsung.

Apakah pemimpin Pas bersedia dalam hal ini?

Isu muzakarah ini sudah bermula sejak zaman Dato’ Asri lagi. Malah menurut Mursyid Am, Pas sudah serik dengan tipu helah BN terhadap Pas pada satu ketika dulu. Tapi anihnya pemimpin Pas tetap melayannya.

Saya melihat hal ini berlaku adalah kerana:

1. Pemimpin Pas mebuat komen ‘ingin menafikan’ tetapi cara komennya menyebabkan press boleh memutar belit.

2. Pemimpin Pas ingin memberitahu press bahawa dia terlibat dalam isu yang tidak dipersetujui. Tapi cara dia memberitahu memberi ruang kepada press untuk menyatakan dia sudah turut serta. Ini satu kesilapan.

3. Pemimpin Pas harus sedar, antara komen peribadi dengan komen atas jawatan, jika didedahkan kepada umum, ia sama saja. Rakyat, terutama ahli Pas tidak melihat pemimpin Y itu memberi komen atas nama peribadi walaupun Y berjawatan X. Maka apapun kategori komen, ahli akan mengatakan komen Y = Y+X.

4. Komen tidak harus dibuat hanya ketika keluar dari Parlimen dalam keadaan berjalan. Komen tidak harus dibuat ketika pemberita menyoal sewaktu hendak masuk ke dalam kereta.

5. Pemimpin Pas haruslah ingat, berbaik dan ramah mesra dengan pemberita berlainan sekali dengan berbaik dan ramah mesra pemimpin Umno. Ada tulisan pemberita menyebut, pemimpin Umno X atau Y mudah ditemui, mudah berbicara dan sangat mesra. Pemimpin Pas tidak boleh mengguna kaedah ini untuk merapatkan jurang antara pemberita dengannya, dengan harapan ucapannya akan selalu keluar di dalam akhbar. Pemimpin Pas kenalah ingat, apa saja yang ditulis oleh pemberita tersebut, tidak semestinya akan disiar bulat-bulat, kerana ia bergantung pula kepada Ketua Editornya dan Ketua Editornya akan disunting pula oleh orang yang lebih atas.

Masakan imej dan isu pemimpin Pas hendak diutamakan?

Oleh itu, kita rasa cukuplah isu muzakarah ini sebagai isu terakhir yang menunjukan kita sangat tidak kena dengan cara kita bermedia. Muzakarah tidak menguntungkan Pas. Muqabalah pun tidak menghuntungkan Pas. Tidak payah menyimpul awan gemawan untuk menjadi selimut Umno. Marilah kita menyimpul aqidah untuk jadi selimut di kamar akhirat.

7 perkara sebagai renungan

Semalam, Isnin 25 Rejab 1429/ 28 Julai 2008 adalah giliran aku bertugas di PKWR Kubang Rotan. Sampai sahaja di PKWR, buka Laptop untuk kemas kini blog PKWR Kubang Rotan yang baru sahaja dipublish.

Assalamualaikum…….. datang Pak Tuan Syed Ya minta cop YB atas dokumen tuntutan subsidi. Panggil kerani …….. pumm…. Cop…… dia pun bersalam dan minta diri, nak pi market berdekatan PKWR.

Nak mula sambung kemas kini blog PKWR….. Handphone pula bunyi…..

Isteri telefon minta hantar ke hospital……….

Bagi tahu kerani kena pi hospital………. Sambar sebuah buku sebagai bekalan bimbang kena tunggu lama dihospital

Sampai hospital lapor diri di wad kecemasan………. Betul kena tunggu lama

Baca buku yang disambar tadi

Sekali sekala ada orang lalu-lalang tegur, “awat tunggu sapa Ustaz …… ”

(dalam hati Ustaz pun ustaz lah………)

“Orang pempuan masuk wad kecemasan, mungkin kena operate kut?” aku menjawab

Aku balas Tanya balik, “mai tengok sapa?”

Sambung baca buku semula, sedang disekeliling macam-macam jenis manusia sakit yang ada – atas kerusi roda, atas katil, kaki tergantung disimen, mata ditampal, muka terbakar macam-macam…………

Sehari suntuk tak kisah pasai muzakarah/muqabalah UMNO-PAS

Jam 5.00 petang …….. masih tak boleh keluar

Send massage kat YB Nasir, Li Dagin dan Aziz….. minta tunggu Ustaz Man Pak Lang Men untuk bincang soalan Dewan yang akan bersidang bulan Ogos ni dan bagi tau mungkin tak sempat hadir perjumpaan yang diatur.

6.30 ptg YB Nasir call………. “kita tangguh esoklah mesyuarat tu”

“OK” aku jawab, sambung baca buku

Emmm…….. banyak juga yang sempat dibaca

Antara yang boleh dikongsi sebagai bahan renungan

  1. Sesungguhnya Allah mengutuskan Nabi Muhamad dengan membawa kebenaran untuk mengeluar hambaNya dari penyembahan sesamanya kepada penyembahan terhadap Allah, dari perjanjian dengan hambaNya kepada persetiaan kepadaNya, dari ketaatan terhadap sesamanya menuju ketaatan kepada Tuhannya dan dari kepimpinan sesamanya kepada kepimpinan Allah.
  2. Orang yang rela (ketika melihat) atas perbuatan sesuatu kaum, seperti orang yang ikut serta bersama mereka dan atas setiap orang yang ikut serta atas kebatilan akan mendapatkan dua dosa. Dosa kerana perbuatannya dan dosa kerana kerelaannya atas perbuatan tersebut.
  3. Jangalah sekali-kali anda menjadi pesuruh orang lain, sebab Allah telah menciptamu dalam keadaan merdeka.
  4. Sesungguhnya mengajak kepada kebaikan dan mencegah mungkar tidak akan mendekatkan seseorang kepada ajalnya dan tidak akan mengurangi rezekinya. Namun akan melipat gandakan pahala serta membesarkan kebaikannya. Manakala yang lebih afdal dari keduanya adalah perkataan benar yang diserukan dihadapan seorang pemimpin yang zalim.
  5. Janganlah anda menganggap sama antara orang yang melakukan kebaikan dan orang yang melakukan kejahatan. Ketahuilah sikap yang demikian ini akan menaikkan semangat bagi orang yang melakukan kebaikan untuk berbuat kebaikan dan akan menjadi pelajaran bagi yang melakukan kejahatan atas kejahatannya.
  6. Seorang hamba tidak akan merasakan nikmat keimanan, sehingga meninggalkan kebohongan baik hanya sekadar senda gurau mahupun bersungguh-sungguh.
  7. Kehancuran manusia itu ada dalam 3 perkara, Kesombongan, ketamakan dan sifat hasad dengki.

Banyak lagi yang dibaca……… semoga dapat diamalkan

Tunggu punya tunggu…….. isteri keluar……. Dibenar pulang………. Esok kena datang semula…….. untuk pemeriksaan lanjut.

Sampai dirumah lepas isyak……… letih jugak.

Message Handphone bunyi……. “Baca dak lagi tulisan Mahfuz di Harakahdaily?”Dari Ustaz Zul Perlis, AJK Pemuda Pusat. Aku balas semula, ringkas “Dak lagi………”

Jam 12.00 malam kena masuk bengkel (cari rezeki)………. Hari ni kena uli 2 guni tepung gandum(tepung mahal sekarang) Lebih kurang 3.00 pagi habis kerja, .

Balik mandi…….. mengadap Tuhan sat……. bergegas buka internet, Harakahdaily……… cari berita Mahfuz jumpa kenyataan Bang Mat Sabu, copy paste ke blog aku……… lepas tu yang Mahfuz pun copy paste juga……… bukan apa tanda setuju la tu

Kemudian tulis sikit………. Posting ke blog ………. Masuk bilik tidor.

MAHFUZ MINTA MAAF

Kepada,

Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS si atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas ketelanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat pribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian. Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS. Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka.

Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila muzakarah tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu. Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti. Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas “pembohongan” ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor Universiti Tempatan yang telah mengingatkan bahawa jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita. Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.

Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia. Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada. Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.

Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku. Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

Maafkanlah saya.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena.

SUMBER: Harakahdaily

Elak idea yang boleh gugat parti - Mohamad Sabu

Harakahdaily
Mon | Jul 28, 08 | 11:44:38 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru semua peringkat kepimpinan mahupun ahli PAS agar bertenang dan memperteguhkan kekuatan parti bagi menghadapi segala cabaran dan ancaman.




Beliau berpendirian bahawa pendapat serta pandangan mana-mana individu yang boleh menggugat perpaduan parti perlu dielak.

"Semua ahli diminta bertenang dalam menilai kenyataan serta pandangan para pimpinan parti, dan terus bersama menguatkan kerjasama Pakatan Rakyat," ujarnya kepada Harakahdaily hari ini.

Mohamad Sabu berkata, semua pihak perlu menumpukan perhatian memperteguhkan Pakatan Rakyat khususnya dalam membantu lima buah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

Beliau mengingatkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan serta dipertahankan dengan air mata, peluh dan darah yang komited memperjuangkan dasar Islam.

"Jemaah ini akan tetap teguh dan tegas dalam perjuangan dasar Islam.

"Kita tidak akan mengkhianati Pakatan Rakyat dengan parti-parti lain khasnya orang bukan Islam," katanya.

Sunday, July 27, 2008

PAS MUNGKIN AKAN SUKAR DIPERCAYAI LAGI SELEPAS INI

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Apa yang saya tulis diblog ini adalah pendapat peribadi saya. Saya tidak menulis atas kapasiti sebagai ahli jawatankuasa PAS Pusat. Tulisan ini menggambarkan betapa frustnya saya ( dan mungkin juga ahli-ahli PAS yang lain ) apabila Dato’Presiden PAS mengakui bahawa terdapat pertemuan antara Timbalan Presiden PAS dengan Presiden UMNO di Parlimen .

Terus terang sebagai ahli Jawatankuasa PAS Pusat ,saya tidak mempunyai pengetahuan langsung pertemuan antara Timbalan Presiden PAS dengan Presiden UMNO di Parlimen. Presiden PAS menyatakan ianya dimaklumkan kepada beliau dan Majlis Syura Ulama’. Saya kurang faham dengan alasan ini. Setahu saya Majlis Syura akan hanya dilibatkan jika isu ini melibatkan soal hukum. Saya tidak nampak pertemuan dengan UMNO melibatkan soal hukum . Ia lebih kepada isu strategi- di bawah bidangkuasa Jawatankuasa PAS Pusat.

Tidak mengapa, saya akan bertanyakan hal ini di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat nanti.

Saya tidak pernah percaya kepada UMNO. Atas dasar itu saya menyokong PAS sejak dibangku sekolah lagi . Saya orang Johor. Saya menyokong PAS ketikamana orang di negeri saya masih memandang PAS sebagai satu parti yang begitu asing. Saya menyokong PAS kerana yakin bahawa Parti tersebut ingin mendaulatkan Islam. UMNO adalah parti yang banyak jenayahnya terhadap Islam. Kesalahan ulung UMNO adalah mencipta Islam hadhari. Presiden PAS menulis sebuah buku bagi menyerang Islam Hadhari kerana Islam Hadhari telah membawa umat Islam keliru dengan Islam yang diajar oleh Allah dan RasulNya.

Pilihanraya yang lepas UMNO bermatian-matian ingin merampas Kelantan- sebuah negeri yang diperintah oleh PAS . Kelantan adalah benteng terakhir untuk Islam didaulatkan di negara ini. Saya mengakui saya masih belum berpuashati dengan perlaksanaan Islam di Kelantan. Gelagat sesetengah pemimpin PAS di Kelantan amat memualkan hati saya meskipun saya adalah ahli dan pemimpin PAS. Kelantan bukan model yang terhebat di dalam mendaulatkan Islam di negara ini. Ini tidak pelik kerana berdasarkan sistem federalism yang diamalkan di negara ini kuasa Kerajaan Kelantan untuk menegakkan Islam di dalam erti kata yang sebenarnya terhalang oleh banyak halangan . Namun siapa boleh menafikan bahawa Kelantan telah banyak berusaha melaksanakan Islam yang jauh lebih baik jika dibandingkan sebelum PAS mengambil alih pada tahun 1990.

Saya penuh yakin Tuan Guru Nik Aziz telah berusaha keras untuk mendaulatkan Islam di Kelantan. Moga Allah merahmati beliau di atas usaha murninya itu.
Atas dasar itu saya sama sekali tidak boleh menerima tindakan UMNO yang bermatian-matian ingin merampas Kelantan dari PAS. Sahabat saya Y.B Salahudin menyatakan kepada saya semasa tempoh kempen pilihanraya yang lalu, beliau dapat meraskan betapa cemasnya pemimpin PAS dengan serangan hebat UMNO yang ingin merampas balik Kelantan.

Bagaimanapun kuasa Allah menentukan segala-galanya. Hasrat dan niat jahat UMNO ingin merampas Kelantan menyaksikan Kerajaan PAS kekal dengan selesa di Kelantan sebaliknya lima buah negeri yang diperintah oleh BN/UMNO sebelum pilihanraya yang lepas dirampas oleh Pakatan Rakyat.

Saya juga tidak akan lupa betapa jahatnya UMNO menggunakan taktik paling kotor untuk menjatuhkan Kerajaan PAS di Trengganu. Rakyat Trengganu yang menyokong PAS didera dengan hebat seperti menarik balik royalti petroleum. Menteri Besar Trengganu yang sekarang ini dan UMNO Trengganu juga tidak pernah bersuara menentang tindakan zalim UMNO Pusat menarik balik royalti petroleum. Kini lepas Mahathir tidak berkuasa baru mula berani bercakap. Saya tidak hormati langsung Menteri Besar seperti ini. Apabila Pemimpin Pas Trengganu berjumpa beliau baru-baru ini ianya amat memualkan saya.

Telah menjadi pengetahuan umum sokongan orang bukan Islam menentukan kemenangan Pakatan Rakyat dan menumbangkan UMNO/BN. Meskipun media tajaan UMNO tidak henti henti cuba melakarkan PAS sebagai parti yang melampau/ekstrem dan pelbagai lakaran yang negatif, orang bukan Islam tetap menyokong PAS. Sokongan kaum India menyebabkan Dr Mariah menjadi calon PAS yang menang dengan manjoriti yang paling besar . Meskipun saya kalah di Tangjung Karang namun sokongan pengundi Cina dan India memihak kepada saya.

Sokongan kaum non muslim kepada PAS Alhamdulillah berterusan selepas pilihanraya. Di Puchong telah ada penyokong PAS dari kaum India yang telah memeluk Islam. Ini satu perkembangan yang amat memberangsangkan. Ada kaum India yang membubarkan cawangan MIC dan menubuhkan kelab penyokong PAS. Calon tajaan PAS di Ulu Tiram , Johor saudari Kumutha meminta ahli PAS mendoakan agar beliau terus bersama kepimpinan Ulama PAS. Permintaan kaum bukan Islam untuk menubuhkan kelab penyokong PAS semakin hari semakin meningkat. Malahan ahli-ahli kelab penyokong PAS merayu ingin menjadi ahli PAS dan meminta PAS bertindak segera menerima mereka sebagai ahli.

Malangnya semuanya ini kini mula bertukar sedikit demi sedikit apabila PAS terjebak sekali lagi dengan permainan licik UMNO. UMNO mencanangkan dan memainkan gendang muzakarah. PAS yang kita tahu dipimpin oleh orang-orang yang baik malangnya termakan dengan umpan jahat dan busuk UMNO. Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja baik dan digelar al-amin Baginda juga mempunyai sifat fathonah ( bijaksana ). Di dalam politik fathonah amat berguna.

Orang bukan Islam mula bertanya adakah PAS telah mengkhianati sokongan mereka. Semasa pilihanraya lalu kami menolak politik perkauman UMNO dan tertarik dengan mesej PAS iaitu “PAS FOR ALL” yang sesuai dengan sifat Islam yang universal. Tapi, keluh orang bukan Islam, kenapakah PAS kini mula bercakap senada dengan UMNO. Hanya beberapa bulan pilihanraya berlalu, kenapakah PAS bersedia merapati UMNO semula. UMNO yang semakin lemas kini cuba diselamatkan oleh PAS.

Ini keluhan yang serius. Pemimpin PAS khususnya Presiden dan Timbalannya harus peka dengan keluhan ini . Meringankan hal ini “is at our own peril”

Ya, Pakatan Rakyat adalah satu Pakatan yang longgar. Banyak kelemahan di sana sini. KEADILAN ada kelemahannya. DAP ada kelemahannya. PAS juga ada kelemahannya. Tetapi di sana ketiga-tiga Parti tersebut ada kekuatan yang dikongsi bersama. Kekuatannya adalah ketiga-tiga benci dan menentang kezaliman yang UMNO lakukan. Ketiga-tiganya bencikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ketiga-tiganya mejuarai isu rakyat Ketiga-tiganya sedang berusaha keras ingin menunaikan janji kepada rakyat sepertimana yang dinyatakan di dalam manifesto mereka. Kekuatan inilah yang akan melahirkan satu ledakan yang kuat yang akan menghancurkan UMNO pada masa pilihanraya umum yang akan datang.

Saya tidak pasti orang bukan Islam, Parti KEADILAN dan DAP akan terus mempercayai PAS selepas ini. Saya harap mereka masih percaya. Tapi secara realistik saya yakin mereka ,kalau pun tidak hilang kepercayaan kepada PAS , tetap kurang percaya kepada PAS.

Kalau mereka hilang kepercayaan kepada PAS saya berani mengatakan ianya akibat percaturan salah sesetengah pemimpin PAS dan PAS terpaksa membayar harga yang mahal terhadap percaturan salah tersebut.

Adakah PAS boleh dianggap mengkhianati sokongan orang bukan Islam ? Hanya masa yang menentukan !!!
posted by hanipamaidin @ 11:26 AM

Saturday, July 26, 2008

Adakah 126 Ribu Ahli PAS Masih Menganggur Selepas PR Memerintah


Allah Hu Akbar..........

Pemuda dan Pemudi ku……..

Sekarang mari kita ahli dan penyokong PAS di Kedah ini berfikir apakah tugas kita selepas PAS (Pakatan Rakyat) dapat memerintah Kedah

Ahli PAS di Kedah sekarang seramai 130 ribu orang, paling ramai di Malaysia.

Adakah kita hendak menjadi Menteri Besar? Tak boleh dah, Menteri Besar seorang sahaja – sudah lantik.

Adakah kita hendak menjadi EXCO? Tak boleh dah, EXCO 10 orang sahaja – sudah lantik.

Adakah kita hendak menjadi petugas tetap di Wisma Darulaman? Tak boleh dah, petugas tetap lantikan politik hanya sekitar tak sampai 100 orang.

Adakah kita hendak menjadi Ahli Lembaga Pengarah GLC? Tak boleh dah, ALP GLC hanya sekitar 300 orang – sudah lantik

Adakah kita hendak menjadi Ahli Majlis Daerah? Tak boleh dah, AMD hanya tak lebih 300 orang – sudah lantik

Adakah kita hendak menjadi Ketua Kampung? Juga tak boleh, Ketua Kampung hanya sekitar tak sampai 3,000 orang.

Campur semua jawatan yang boleh diisi dengan ada imbuhan (gaji dan elaun) adalah sekitar tak sampai 4,000 jawatan sahaja. Itu tidak lagi di tolak jawatan yang diberi kepada PKR dan DAP.

Haaaa….?????!!!!! Banyak tu sahaja, habis kami yang berbaki 126,000 orang lagi macam mana?

Kami nak buat apa?

Pemuda dan Pemudiku.

Berhenti membaca sekejap, selepas itu, fikirkanlah apakah sebab kamu menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) ini?

Adakah kerana orang di kampong kamu semua PAS, maka kamu pun jadi PAS?

Adakah kerana minat dengan parti politik pembangkang?

Adakah kerana melalui parti politik kamu boleh jadi glamour?

Adakah kerana saja-saja?

Adakah kerana berselisih pendapat dalam UMNO maka masuk PAS?

Adakah kerana tak dapat tempat dalam UMNO maka lari masuk PAS?

Adakah kerana nak cari makan dalam PAS?

Bagiku sudah tentu jawapan ialah “Tidak” , kita menyertai PAS bukan untuk tujuan di atas, tetapi bertujuan untuk mencapai perkara yang dinyatakan dalam Muqadimah Perlembagaan PAS iaitu:

“Bahawa dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan Al-AMRU BIL MA’RUF WAN NAHYU ‘ANIL MUNKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang di namakan “PARTI ISLAM SEMALAYSIA”.

Oleh itu pemuda dan pemudiku.

Tugas kamu yang pertama ialah kepada dirimu sendiri, sempurnakanlah ketaqwaanmu kepada Allah, dan selepas itu jika kamu berilmu maka jadilah dirimu samada seorang Murabbi, Naqib, Dai’e untuk membawa kaum keluarga dan masyarakat terdekatmu (kampong/ taman) kepada menyempurnakan ketaqwaan kepada Allah.

Jika kamu orang yang tidak berilmu, maka hadirkan dirimu sekurang-kurang ada jadual tetap kemajlis ilmu sekurang-kurang seminggu sekali, kerana inilah tempat yang dihurungi malaikat yang akan insyaAllah berupaya meletakkan kamu dilandasan menuju kesempurnaan ketaqwaan kepada Allah swt.

Selepas itu iltizamkan dirimu dengan aktiviti PAS di mana-mana cawangan yang kamu berada sebagai Amilin PAS dengan lebih gigih.

Sedarlah pemuda dan pemudi ku, jika kerja-kerja penyempurnaan ketaqwaan kepada Allah dapat dilakukan oleh beribu-ribu cawangan dalam Negeri Kedah kepada seluruh ahli masing-masing dengan baik, ia adalah satu kerja yang membantu secara langsung memberi kekuatan kepada pemerintahan kita untuk bergerak lebih laju kepada kesempurnaan ketaqwaan kepada Allah di dalam segenap sendi pemerintahan negeri.

Bayangkan pemuda dan pemudi ku! Bayangkan!

Jika gelombang kesempurnaan ketaqwaan kepada Allah bergerak secara serentak diseluruh negeri Kedah ini, maka tidak ada mana-mana benteng kekufuran yang akan mampu bertahan.

Persoalannya? Adakah usaha menggerakkan kearah kesempurnaan ketaqwaan kepada Allah ini telah kamu gerakkan dicawangan kamu wahai pemuda dan pemudiku?

Tugas kamu yang kedua ialah menyempurnakan kebaktian kepada sesama manusia.

Apakah maksud berbakti kepada manusia?

  1. Mengasihi mereka
  2. Membimbing mereka
  3. Membantu mereka
  4. Menjaga kebajikan mereka

Cuba semak semula, apakah tugas ini telah disempurnakan oleh kita samada dalam bentuk individu dan jamaah?

Apabila kita mengatakan kita mengasihi manusia, maka kita mesti membimbing mereka kepada syurga Allah swt.

Apabila kita mengatakan kita mengasihi manusia, maka kita mesti membantu mereka bila mereka dalam kesusahan.

Apabila kita mengatakan kita mengasihi manusia, maka kita mesti menjaga kebajikan mereka.

Persoalannya?

Kami mana ada jawatan apa peringkat kerajaan negeri.

Persoalannya?

Kami bukan dibayar gaji oleh kerajaan negeri!!!

Ingin aku tanya kembali kepada kamu, adakah pernyataan yang sama kamu akan nyatakan dihadapan RabullJalil di Padang Mahsyar kelak.

Ketika kamu disoal……..

Mengapa kamu membiarkan anak isterimu mendurhakai Ku?

Mengapa kamu membiarkan ada muda dikampung mu tenggalam dengan maksiat?

Mengapa kamu membiar kawan-kawan yang masih kafir, tetap dengan kekafirannya sedang Aku telah memberi peluang kepada kamu untuk mendakwah mereka?

Mengapa kamu membiarkan kemelaratan hidup anak yatim, fakir miskin, orang kurang upaya dikampung kamu?

Apakah yang kamu akan jawab dimahsyar kelak??? Tidakkah kamu teringinkan ganjaran syurga seluas langit dan bumi yang dijanjikan Allah dengan kerja kebaktian kepada sesama manusia.

Tidak kamu ingat lagi ayat Al-Quran yang bertanya kepada kita? Mahukah Aku tunjukkan satu perniagaan yang tidak akan merugi.

Ayuh pemuda dan pemudi ku teruskan tugas dengan lebih tangkas kerana inilah peluang dan ujian Allah untuk kita membuktikan ketaqwaan kita kepadaNya.

Tugas kamu yang ketiga, ialah merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri dan Negara.

Carilah kerja, jadikanlah kerjamu sebagai bidang profesionalmu. Buangkan sifat malas bekerja, kerana ini amat dikeji oleh Allah. Usahakanlah dirimu menjadi orang yang sentiasa tangan di atas bukan tangan yang di bawah.

Untuk menjadi orang tangan di atas kamu memerlukan wang, untuk mendapat wang kamu perlu bekerja.

Pemuda dan pemudiku

Keterikatan yang mendalam kepada dunia ghaib daripada dunia lahir kadang-kadang telah menyebabkan umat Islam bersikap negative tentang hal keduniaan yang akhirnya mengambil bentuk kepuasan diri dan kemalasan.

Apabila kita berusaha dan bekerja, bijak membahagi masa untuk jamaah dan pekerjaan wang ada ditangan sudah tentu tidak akan timbul lagi,

Nak pelekat poster? Upah…. Tak dak, ….. tak jalan.

Nak atur kerusi dan persiapan majlis? Upah…. Tak dak, …. tak siap

Nak jaga keselamatan? Upah…. tak dak, ….. tak selamat

Kalau dulu, yang ada duit hulur kepada yang tak duit, tak payah guna duit parti. Tetapi mengapa sekarang budaya itu 3 bulan ini sudah kendur.

Mengapa????

Pandanglah ke akhirat dan jadikan akhirat sebagai motivasi untuk bergerak dibumi ini.

Jika Muqadimah Perlembagaan PAS berjaya direalisasikan oleh seluruh ahli dan cawangan PAS, sebenarnya tiada istilah menganggur yang sengaja dijadikan tajuk artikel ini.

Sambung kemudiaan…………..

Thursday, July 24, 2008

ALHAMDULILLAH HIRABIL 'ALAMIN

KOTA BHARU, 23 Julai: Pemimpin tertinggi PAS menegaskan tidak pernah berbangkit PAS hendak bergabung atau berkongsi kuasa dengan Umno bahkan akan kekal dalam Pakatan Rakyat.
Apa yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PAS adalah bersemuka (muqabalah) dengan para pemimpin Umno untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Tujuh daripada 13 anggota anggota Majlis Syura Ulamak Rabu lalu mengambil masa kira-kira sejam lima minit membincangkan kekeliruan berhubung ‘muzakarah’ yang dikatakan telah berlaku antara pemimpin PAS dan Umno baru-baru ini.

Pertemuan tertutup itu dipengerusikan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bermula kira-kira pukul 4.05 minit petang tadi di JKR 10, kediaman rasmi MB Kelantan.

Hadir sama dalam pertemuan itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun Din, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Muhammad Daud dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Ketika bertemu dengan media, tiga pemimpin utama PAS, Datuk Nik Abdul Aziz, Datuk Seri Abdul Hadi dan Datuk Dr Harun Din berkata, PAS tetap komited dengan Pakatan Rakyat.

Wednesday, July 23, 2008

Majlis Syura Bincang Isu PAS-UMNO


KUALA LUMPUR, 23 Julai: Isu hubungan antara PAS dengan Umno dijangka akan selesai hari ini apabila Majlis Syura Ulamak, badan tertinggi dalam PAS bermesyuarat hari ini, 23 Julai di Kota Bharu.

Fokus mesyuarat ini dijangka satu sahaja iaitu isu muzakarah antara PAS dengan Umno yang sudah ditafsirkan sebagai usaha perlahan-lahan PAS untuk berbaik-baik dengan Umno dan meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ia sudah menjadi sebegitu ekoran pendedahan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dia sudah tiga kali bertemu dengan para pemimpin PAS yang boleh ‘membuat keputusan’.

Mursyidul Am PAS (Pengerusi Majlis Syura), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mempengerusikan mesyuarat yang akan diadakan petang esok di JKR 10, kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan itu.

Ia juga bakal disertai oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Harun Din dan juga anggota Majlis Syura yang lain.

Antara anggotanya adalah Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sumber: Akhbar Siasah

Monday, July 21, 2008

Nik Aziz: PAS akan berpecah jika muzakarah diteruskan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Mengasihani

Pemuda dan Pemudiku sehingga saat ini aku masih bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat.

Kepada Naib Presiden PAS Hj Husam Musa dan Hj Mohammad Sabu, Hj Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub jangan hanya jadi "tongkoi kayu " dalam isu ini...... lakukan sesuatu supaya keadaan kembali tenang demi keutuhan jamaah.

Aku juga heran mana nak letak buku karangan Presiden iaitu "Hadharah Islamiyah bukan Islam Hadahri" selepas ini.

Lagi dahsyat kalau aku tanya...... nak letak mana ucapan TG Presiden ketika tahun 1981 di Banggol Pradung, Terengganu.

Maaf cakap...... aku rasa dibohongi oleh kepimpinan selama ini, jika hasrat tersebut diteruskan.

sudah 26 tahun aku pegang dengan kukuh hujah pimpinan ulamak (mula 1982)yang aku sanjungi , sehingga hari ini apa yang diucapkan mereka, kerana aku jahil, tiba-tiba apakah sebab laparkan jawatan maka hujah lain pulak digunakan, mengapa tidak sejak 1982 dulu...... kan senang.

Adakah tak jumpa hadis baru lagi semasa itu??????

Adakah kerana ada sedikit masalah di Selangor selepas berkahwin 3 bulan dengan PKR dan DAP, maka keingin melonjak-lonjak nak cari bini baru....... sabaq la sat, biasa le baru kahwin.

Kalau bini anak dara yang baru kahwin pun dah tak berapa nak boleh kawal, apa akan jadi kahwin dengan bini orang yang merenyam, gatai, mata duitan, ligat dan segala macam lagi.

Nak dakwah??????????? Sekali lagi aku tanya? awat dulu tak terfikir nak dakwah????

Maaf kasar sikit......... nak bagi darah naik sikit

Tolong selami hasrat TG Nik Abd Aziz di bawah. Wahai Pemuda dan Pemudiku.

21-07-2008 06:40:02 PM
KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata sebarang usaha untuk mengadakan muzakarah antara PAS dan Umno perlu dihentikan segera kerana jika ia diteruskan, parti berteraskan Islam itu bakal menghadapi perpecahan.

Beliau mendakwa muzakarah itu merupakan gimik Umno semata-mata untuk menjatuhkan PAS.
"Saya nak tanya kepada orang PAS sama ada nak jaga PAS atau Islam. Kalau nak jaga PAS, ini (muzakarah) bukan caranya dan jika nak jaga Islam juga bukan ini caranya kerana berkawan dengan Umno seperti menghancurkan Islam," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mendedahkan Umno telah mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali dengan PAS bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan keagamaan dan orang Melayu.

Abdullah berkata bagaimanapun pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS itu tidak disertai Nik Aziz.

Nik Aziz berkata jika muzakarah itu menjadi realiti, PAS akan menjadi seperti "kera sumbang" dan tidak lagi dipercayai oleh sekutunya daripada Pakatan Rakyat termasuk penyokong PAS sendiri.

"Bila berlaku begini, orang PAS akan marah kepada PAS dan orang Pakatan (Rakyat) akan juga marah kepada PAS. Kiri kanan semua orang marah dan akhirnya PAS jadi kera sumbang.
"...dengan itu saya memang tidak bersetuju diadakan muzakarah ini tetapi akan bersetuju sekiranya pertemuan itu untuk menarik Umno masuk PAS," katanya.

Ketika ditanya adakah beliau kecewa kerana tidak dijemput menghadiri pertemuan dengan pemimpin tertinggi Umno, Nik Aziz berkata beliau tidak kecewa tetapi "tidak gembira" dengan kenyataan pemimpin PAS dan Perdana Menteri mengenai isu itu.

"Saya tidak `happy' dan tidak gembira dengan kenyataan pemimpin Umno dan PAS mengenai muzakarah ini," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak bercadang untuk bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berbincang mengenai perkara itu.

Nik Aziz bagaimanapun menafikan wujud ketidaksefahaman antara beliau dengan pemimpin PAS yang lain berhubung isu itu dan juga menafikan wujudnya masalah dalaman parti itu.

"Persefahaman tetap ada dan kalau pecah-belah seronoklah Umno dan sebab itu kita mesti bersatu dan apa yang saya katakan ini sebagai reaksi balas sahaja dan terpulanglah kepada penyokong (untuk menilainya)," katanya.

Nik Aziz juga berkata terpulang kepada perwakilan untuk membincangkan mengenai isu itu pada muktamar PAS yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Boleh jadi dibincangkan tetapi terpulanglah kepada perwakilan untuk membincangkan isu ini," katanya.

Beliau juga menafikan pertemuannya dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat baru-baru turut membincangkan isu muzakarah itu dan menurutnya perbincangan hanya berkisar mengenai bagaimana untuk mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. BERNAMA

Thursday, July 17, 2008

Ukuran Pencapaian bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS)


Qul A’uzubiRab biNaas……….

Ceritayan.blogspot yang menceritakan mengenai YB Ir Hj Amirudin Hj Hamzah tak puas hati dan kecewa kerana tak dapat gelaran Datuk.

Saya sudah diberitahu oleh Anuardi dari Sik, siapa Encik ceritayan.blogspot ini. Terima kasih Anuardi, saya merasa tidak penting siapa beliau, yang penting beliau adalah seorang manusia.

Siapakah manusia?

1. Manusia pertama ialah Adam asal dari Tanah Hitam

2. Manusia berikutmya ialah Hawa dari di keluar dari Adam

3. Manusia berikutnya berkembang yang juga dari saripati tanah yang disimpan sebagai air mani di dalam testis dan ovum di dalam ovari .

4. Manusia terjadi hasil percantuman air mani lelaki yang busuk keluar melalui lubang kencing ke dalam ovum seorang wanita.

5. Manusia setelah bergelut diruang gelap bernama rahim penuh kasih sayang Allah, dikeluarkan kebumi melalui lubang tempat buang air kecil ibu mereka (tidak kira ia Geoge Bush atau Aris Awang semua serupa)

6. Manusia dilahirkan ke bumi dalam keadaan telanjang bulat, penuh berlumuran darah beserta uri.

7. Manusia terpaksa mengharap belas kasihan ibubapanya untuk meneruskan survival kehidupannya yang telah sedia dicampak naluri kasih sayang dalam hati manusia lain yang melihat bayi – subhanalLAH.

8. Manusia setiap hari bawa tong najis kemana sahaja – tong taik telinga, tong taik hidung, tong taik pusat, tong taik mata, tong taik kalat (yang tak masuk jawi), tong taik kuku dan tong taik pungkoq. Manusia kentut busuk sebab angin kentut keluar dari taik.

9. Manusia sejak itu mulalah hidup dibumi ini, melentang, menyuluq, merangkak, betatih, bejalan rebah, bejalan, berlari, belajar, berkerjaya paling lama….. biasanya sekarang ini hidup sekitar 777,600 jam sahaja. (Kira sendiri berapa ratus ribu jam yang telah kita habiskan ke garisan penamat yang mustahil dapat berpatah balik)

10. Manusia lepas itu akan mati – setiap hari kita lihat manusia mati, ada mati ditempat tidur, ada mati dalam majlis keramaian, ada mati atas jalan, ada mati mukmin, ada mati kapiaq, ada mati munafik ikut pilihan masing-masing dan berbagai jenis kematian lagi.

11. Lepas mati manusia masuk ke alam barzah, dibangkit di Padang Mahsyar, diberi buku catatan, dihisab di hadapan Rabul Jalil.

12. Manusia yang jahat didunia akan dimasukkan kedalam neraka setelah diteliti amalnya walau sebesar zarah.

13. Manusia yang baik di dunia akan dimasukkan ke dalam syurga setelah diteliti amalnya walau sebesar zarah.

14. Manusia akan hidup dalam kehidupan yang kedua ini, kekal abadi.

Itulah manusia, dan kita akan sampai kesempadan kematian ke kehidupan kedua ini dalam tempoh yang sudah tidak lama lagi.

Oleh itu Encik ceritayan.blogspot ukuran pencapaian bagi ahli-ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) bukanlah ukuran pencapai seperti yang digambar oleh Encik yang diasuh oleh UMNO selama 50 tahun kepada ahlinya.

  1. Ukuran pencapaian dalam asuhan Parti Islam SeMalaysia (PAS) kepada ahlinya ialah setakat mana seseorang ini mampu merealisasikan ketundukannya kepada Allah swt samada dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, negeri, negara dan dunia ini.
  2. Ukuran pencapaian dalam asuhan Parti Islam SeMalaysia (PAS) kepada ahli ialah kemampuan seseorang itu berjaya mencapai tahap siddiqin, syuhada dan solehin di akhirat nanti.

Oleh itu, apa-apa gelaran-gelaran, kemegahan, pangkat dan keasyikan bukanlah natijah utama kepada ukuran tahap pencapaian bagi ahli-ahli PAS.

Ahli PAS akan merasa sedih jika Islam tidak dapat dilaksanakan.

Ahli PAS akan merasa kecewa jika pembaziran wang rakyat berleluasa

Ahli PAS akan merasa gelisah jika sepanjang pemerintahan PAS gagal menarik anak muda kepada akhlak yang sempurna.

Ahli PAS akan muram durja jika gejala rasuah dan salah gunakuasa kalangan kakitangan kerajaan masih tidak dapat dibendung.

Ahli PAS akan makan hati jika judi halal, judi haram, arak halal, arak haram masih bersepah.

Ahli PAS akan meradang jika ada kakitangan kerajaan sabotaj pemerintahan yang ada.

Ahli PAS akan berang jika pemimpin UMNO masih berusaha tidak membenarkan Syariat Islam ditegakkan dimuka bumi Malaysia ini.

………. dan banyak lagi perkara yang ahli PAS seramai 130 ribu orang di Kedah ini yang akan tak seronok jika perkara berkaitan Islam tidak dapat dizahirkan akibat system feudal yang masih mencengkam.

Akhirnya Ahli PAS tidak ada rasa apa-apa jika tidak pegang apa-apa jawatan dalam kerajaan dan tidak dianugerah apa-apa gelaran didunia ini, kerana yang penting ahli PAS mahu seperti yang disebut di atas.

“Tukang tampal poster yang ikhlas dan taqwa lebih mulia disisi Allah berbanding dengan pemimpin utama jamaah yang kurang ikhlas dan taqwanya” ucapan TG Hadi Awang Tahun 1986. (ucapan ini sukar difahami oleh pencinta dunia golongan sekularis)

Oleh itu, adalah satu keanihan dan menampakkan kebodohan yang amat sangat, jika dikatakan oleh ceritayan.blogspot bahawa ADUN Anak Bukit mengungkap pernyataan di bawah:-

Dalam pada itu, ADUN Anak Bukit yang tidak disenaraikan dalam senarai penerima anugerah sempena jubli emas dilaporkan oleh orang-orang kananya begitu kecewa dan sedih.”

Untuk makluman kepada mereka yang tidak tahu, YB Amirudin ialah Pengerusi Lajnah Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Kedah.

Semoga selepas ini, kita akan bersama-sama mendidik rakyat Kedah menukar ukuran pencapaian bukan lagi dengan kemegahan, pangkat dan keupayaan material.

Kepada Encik ceritayan.blogspot teruslah menulis dan didoakan semoga lebih memahami asas perjuangan PAS yang didokongi oleh Allahyarham Cikgu Yaakob, bekas Setiausaha PAS Kawasan Sik sekitar tahun 1980an yang juga kawanku….. Al-Fatihah.

“Dunia ini tiga dimensi, akan selamatlah mereka yang dapat menginterpretasinya dari ketiga-tiga dimensi secara serentak – mengurus kebaikannya, mencegah keburukannya dan menangkis tipudayanya”

Wednesday, July 16, 2008

Catatan Syed Husein Alattas 17 Tahun Lalu Yang Masih Releven

Orang Islam mesti diingatkan supaya menjauhkan diri dari was­-was syaitan. Dan betapa was-was itu akan merosakkan ibadat yang ditunjukkan oleh Allah SWT. Ibnul Qayyim dalam bukunya WAS­WAS menulis dan ‘mendedahkan bidang-bidang di mana biasanya manusia mudah diganggu oleh was-was syaitan menerusi gerak-geri dan perbuatan dalam menempuh kerja-kerja peribadatannya. Ingatlah jangan sampai Wawasan 2020 nanti jadi was-was dua kosong dua kosong.

Ahad 3 Ogos 1991

Saya (Syed Husien Al-Attas) tidur semalam di Sungai Golok untuk menulis politik Kelatan. Kenapa ke Golok? Kenapa tidak Kota Bahru? Mcntang-mentanglah beras Siam, mangga Siam, kembar Siam dan ayam Siam, ada nama, dan orang Siam pula terkenal kerana lemah lembut dan berbudi bahasa, maka saya mesti tidur di Golok untuk tulis pasal Kelantan?

Pertama kerana Tok Guru dah jadi Menteri Besar, geng-geng maksiat ramai berhijrah ke Golok dan di antaranya Golok merupakan syurga dunia kepada lelaki yang tidak takutkan AIDS, tidak takut pada dosa kerana wanita di sana seperti ikan di pasar. Pusat hiburan sex terbesar, segala-galanya murah dan mudah didapati. Golok oh Sungai Golok.

Sungai Golok dengan Kota Bahru macam Singapura dengan Johor Bahru, yang satu seberang sungai, yang satu seberang selat. Apa yang tak boleh dibuat di Singapura dan tak dapat di pulau itu ada di Johor Bahru. Johor Bahru pun sudah mula nak jadi macam Golok. Johor Bahru oh Johor Buruk.

Saya ke Kota Bahru disebabkan Kelantan kini menjadi fokus utama, terutama mengenai Tok Guru Nik Aziz, imam besar ‘Serambi Mekah’ dengan Al Sultan. Kononnya mengikut cerita dari mulut ke mulut Tuanku murka, Tuanku tersinggung kerana sikap Tok Guru ‘Serambi Mekah’ tidak hadir sama ke majlis meraikan jelitawan dari Thailand yang menggayakan fesyen negara mereka di malam Royal Gala Dinner di perkarangan Konsul Besar di Raja Thai bukannya di istana.

Menteri Besar Kelantan ‘tokse keleh’ ‘tok gemar’ tengok benda­benda yang mendedahkan ‘aurat’. Lepas itu Tok Guru menyuarakan secara terbuka dan dilapurkan pula oleh media massa bahawa beliau tak mahu tengok benda-benda yang diharamkan mengikut pandangan syariat. Mendedah ‘aurat’ itu haram. Apabila ‘haram’ hukumnya berdosa. Mana boleh ‘ulil amri’ buat dosa macam tu? Nik Aziz telah dilambangkan sebagai pemimpin Islam, kerajaan PAS adalah kerajaan parti Islam. Ini yang jadi kecoh ni. Inilah punca problem retak jadi belah. Kisah raja murka dengan Menteri Besar perkara biasa, kalau nak tahu tanya Tan Sri Mohd Taib.

Nik Aziz telah mengharamkan apa-apa yang patut diharamkan. Inilah yang ‘tidak syok’ ni mengeluarkan beberapa fatwa mengenai ‘aural’ dan sebagainya. Pendek kata Nik Aziz benar-benar hendak menjadikan Kelantan sebuah negara Islam.

Sepatutnya orang-orang yang berjiwa Islam tentu suka macam ini punya pemimpin. Pemimpin yang macam inilah, baru mengancam. "Doh nak buak gapo? Tukang kipas sultan ramai. Bila lagi nak kipas sultan? Bila lagi nak cari peluang kasi sultan murka? Mana tahu dengan cara macam ini Nik Aziz boleh jatuh. Tan Sri Mohd Yaakub dulu pun jatuh disebabkan sultan murka. Kelantan tak macam negeri lain, yang penting bagi mereka Menteri Besar tak boleh buat sultan murka. Biar mati kerajaan jangan mati adat.

Sebenamya pertunjukan ‘ratu cantik’ ke? ‘catwalk’ ke..? ‘fashion show’ ke...? dan menggayakan pelbagai pakaian adalah perkara biasa. Bukan setakat menggayakan ‘pakaian malam’ malah para pragawati yang cantik manis turut menggayakan ‘bikini’ yang bukan setakat nampak peha malah sebahagian yang tersembunyi turut terdedah. Siapa yang tak terancam tengok mak we macam itu punya ‘cun’? (comel loteh) kata puak-puak Kelantan, bukan satu ramai pulak tu. Padahal tiap-tiap malam pun kalau nak tengok mak we-mak we menggayakan pakaian boleh. Yang penting ada hasil ada sen.

Sebab yang jadi kecoh kerana ada unsur-unsur politik, ada tukang karut-marut, ada dalang yang tak boleh tengok orang senang. Dan yang terpenting Tok Guru tak mahu‘compromise’ tak mahu jadi ulama ‘yes man', ‘ulama siang hari.

Seandainya Tok Guru boleh tutup sebelah mata duduk sebelah raja menyaksikan pertunjukan tidaklah jadi hal. Kemudian dari itu pembukaan hotel terkemuka pun Tok Guru tak pergi juga.
Pertunjukan di malam Royal Gala Dinner itu menjadi isu besar. Bukan kerana awek-awek yang cun, bukan kerana persembahan yang canggih, bukan kerana jelitawan Siam yang comel lote, bukan..! bukan, tetapi kerana ada dalang politik yang hendak menggugat kerajaan PAS. Dalam waktu yang sama merenggangkan hubungan baik, hubungan mesra antara Al Sultan dan Menteri Besar, itu saja.

Mendedahkan ‘aurat’ di kalangan masyarakat kaum berdarjat tidak mengapa, ‘no problem’. Timbulnya masalah ‘haram’ bila ditonton oleh rakyat jelata, tapi di hotel-hotel besar diadakan secara tertutup, yang cuma ditonton oleh golongan tertentu sahaja tidak mengapa. Isu inilah yang dimainkan oleh ‘desperado’ untuk mengeruhkan suasana politik Kelantan supaya rakyat tidak dapat tcrima Tok Guru jadi Menteri Besar.

Kebetulan Nik Aziz pulak sudah menyekat wanita menyertai musabaqah membaca Quran. Mengeluarkan fatwa bahawa mak yong juga haram. Jadi bila timbul perkara macam ini ada fatwa lain pula orang kata double standard. Inilah yang buat orang ramai jadi bengang.
Saya ucapkan tahniah di atas tindakan tegas Nik Aziz yang mengatakan perkara yang haram itu haram walaupun mendapat tentangan ramai. Siapa yang mahu menjalankan hukum Tuhan jangan takut jadi tak popular.

Kita semua umat Islam diwajibkan menentang kemungkaran, menentang dengan perbuatan, menentang dengan kata-kata dan menentang dengan hati. Perkara yang ditegah oleh Allah kita mesti tentang, bukan tugas Nik Aziz seorang saja. Ini fardu kifayah.

Apa yang ditakutkan oleh segolongan manusia Kelantan ialah apabila PAS kembali ke pangkuan Barisan Nasional. Satu perkara yang mungkin terjadi nanti Kelantan akan jadi bandar kembar dengan Mekah. Dan jika perkara ini berlaku, apa akan jadi pada Tengku Razaleigh?
Habislah Lu, sorrylah brother, ini semua akibat Lu pergi Gua Musang dengan Musa Hitam.. Tanyalah diri sendiri siapa yang telah menggelapkan masa depan politikmu? Siapa? Gua dah cakap dah dulu lagi, tapi Lu tak caya sama Gua, Lu percaya orang lain. Tak apalah macam mana pun, Gua caya sama Lu. Apa yang akan jadi dengan nasib Semangat S46 ramai dah tahu, tak ada masa depan, sebab itulah dua Adun cepat-cepat kata mereka masih dalam UMNO dan Ibrahim Ali cerdik dia sedar 4 kali 6 (4x6) itu lambang liang lahad tanah perkuburan. Dulu lagi Gua sudah cakap sama Lu.

Tunggu lama-lama gelap masa depan. Mereka dah nampak politik Kelantan kini keruh, tak ada pemimpin yang canggih. Nak harapkan Annuar Musa, senator yang dilantik jadi menteri tu bukan boleh harap sangat. Ada yang berkata kalau BN nak jaga image, kena letak muka-muka baru bertanding di dua kawasan. kalau itu juga biar PAS lawan 46 saja.

Ramai yang marah bila Tok Guru memerintah Kelantan mengikut seleranya, mengikut mimpi dan visinya. Tok Guru mahu Kelantan jadi negeri model suka hati dialah. Kuasa berada ditangannya, takkan Saddam Hussein dan Almarhum Ayatullah Khomeini saja yang boleh tunjukkan kehandalan mereka?

Kalau Dr. Mahathir boleh perintah Malaysia ikut visinya tanpa memikirkan apa orang lain kata hingga UMNO pecah dua dan Mahathir dianggap diktator kenapa tidak Tok Guru Nik Aziz?
Tok Guru Nik Aziz memang lain dari Menteri-Menteri Besar yang lain. Mungkin beliau sudah belajar dari Tan Sri Mohd Taib dan Rahim Tambi Chik. Kejadian di negeri Cik Siti Wan Kembang mungkin satu rahmat kepada rakyat Malaysia. Siapa tahu dalam hati kecil Dr. Mahathir beliau menghormati Tok Guru. Tok Guru yang ada prinsip yang tak peduli. Hilang kerusi Menteri Besar tak jadi hal, yang penting jangan hilang maruah. Jangan hilang harga diri.

Angkara siapa? Punca dari siapa? Perbuatan siapa yang menyebabkan kerajaan negeri Kelantan terpaksa meluluskan rang undang-undang serta membuat pindaan di atas perlembagaan negeri bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri? Tanyalah penganalisa politik yang jujur.

Pada pendapat saya, ini adalah satu tindakan yang baik kerana dengan cara ini saja kerajaan dapat membantu pengundi-pengundi di negeri Kelantan untuk mengajar ahli politik yang ‘oportunis. Mereka mesti diajar, jangan sesuka hati menggunakan pengundi untuk kepentingan diri, jangan jadi ‘double agent’ dah menang main lompat-lompat. Saya percaya PAS tak setuju dengan ahli politik sumpah-sumpah yang boleh tukar-tukar warna di tempat yang berlainan.

Catatan oleh Pak Habib - Ahad 3hb. Ogos 1991

http://www.shalattas.com/news.php?extend.58 (maaf Pak Habib saya copy paste tanpa izin)

Tolong cetak dan sebarkan

Debat Hari ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak

Kalau nak banding Datuk Seri Anwar dengan Datuk Sabri Cik, boleh kat Anwar malam ni.

Anwar ada hujah yang mantap, Sabri asyik dok ungkit cerita lama.

Dengan hujah yang diberi ada keyakinan rakyat, kalau Pakatan Rakyat memerintah boleh turunkan harga minyak.

Pak Lah kena panggil Sabri dan tagih janji Sabri untuk cari Menteri Penerangan lain, kerana dia gagal malam ini.

ANWAR MENANG - SABRI KALAH

Tuesday, July 15, 2008

MAKSIAT DIPANTAI LEMAN, KUALA KEDAH

Real Story

La iLah ha il LalLAH……….

Pemuda dan Pemudiku

13 Julai 2008, 4.00 petang, hari Ahad, aku sebagai Pengerusi Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kubang Rotan, terima laporan dalam mesyuarat ada perbuatan maksiat para remaja Islam secara berleluasa telah berlaku dikawasan belukar sepanjang Pantai Leman, Seberang Kota Kuala Kedah hingga ke Kubang Jawi.

Penduduk tempatan meminta agar PKWR mengambil tindakan serperti memaklumkan kepada pejabat Agama, pihak keselamatan atau langkah berikutnya membersihkan kawasan belukar sepanjang pantai.

14 Julai 2008, 5.30 petang aku bersama Hj Yazid Hashim, Ahli Majlis MBBAS, Ahmad Hj Saleh, AJK PKWR dan Lee Hock Seng, Pembantu Setia PAS Kubang Rotan telah bertolak ke lokasi dengan menaiki kereta kancil YB Nasir Mustafa. (Dia tak dapat pergi kerana ada undangan majlis baca Yasin kat Sultan sambut 50 tahun jadi Raja)

Menyusuri jalan pantai yang penuh semak samun, jalan makin kecil masih tak jumpa pasangan yang merendek (buat maksiat).

Yang jumpa ialah kaki skodeng (mengendap) bersembunyi dalam semak, menanti mangsa untuk melihat lakonan panas remaja Islam.

Kami terpaksa turun kereta, jalan dah dipenuhi belukar, tiggal lorong kecil yang sesuai dengan motor sahaja. Aku telefon Ramli Shafie, Setiausaha PKWR kalau nak nak mai jangan mai dengan kereta tetapi mai dengan motor, malangnya dia dah bertolak dengan kereta Fadzil Baharum, Setiausaha DPPKK.

Tunggu beberapa ketika sampai, Mazhar Yusof (Art), AJK PKWR dengan motornya, balik dari tempat kerja. Mat Salleh dengan Lee Hock Seng Pinjam Motor Art untuk meninjau dilorong kecil.

Aku dok sembang dengan Hj Yazid dan Art macam mana nak buat masalah maksiat yang dok berlaku, sambil ditiup angin petang yang sedap, sekali-sekala bau selut Pantai Leman menusuk kelubang hidung, air laut dalam proses kembali pasang.

Tengah dok sembang sampai orang Kampung dekat situ bersama anak kecil menaiki motor, lepas tu sampai pula Mat Nor Kubang Jawi, Art tumpang motor Mat Noor masuk dalam lorong kecil yang penuh semak.

Aku terus sembang pula dengan Hj Yazid dan Orang Kampung yang sampai, lepas tu sampai pula Bang Mat Tiang, sembang lagi macam mana nak selesai masalah, macam idea diberi.

Ada Minta Tauliah nak jadi pencegah maksiat

Ada suroh buboh papan tanda melarang melakukan maksiat

Ada suroh tolak semak samun sepanjang pantai

Depa yang masuk lorong dalam semak sampai balik…. Aku tanya, “apa macam ada ka orang dok beromen”.

Depa kata, “ada, baru dok muqadimah”

Aku minta pinjam motor kat Orang Kampung yang datang bersembang dengan kami.

Start, motor aku pula masuk kelorong dalam semak, 5 minit jumpa sepasang, lepas tu jumpa lagi, lepas tu jumpa lagi………….. Oooooo ….oh……. Ni tak boleh jadi, aku patah balik.

Berhenti kat pasangan pertama (yang betina pakai tudong), Tanya depa, “Buat apa ni” Depa jawab “Saja, Pak Cik, ambil angin petang” Aku Tanya balik, “awat yang mai ambil angin petang dalam semak cik oiii…, pi balik”

Rupanya depa patuh……. Ambil motor dan balik, yang betina celapak naik dibelakang lah (takan nak tinggal dalam semak tu pulak).

Lepas pasangan berikutnya…….. aku hambat balik pulak, masa ni aku rasa Mat Salleh sampai dan dia sempat ambik gambar.

Selepas halau……… keluar dengan motor dari lorong semak samun.

Kami sambung sembang.

Azizi Abdullah. AJK DPPKK kata, “Kawasan ni jadi macam Singpore le…”

Lee Hock Seng dengar, dia terus jampuk (mencelah), “itu Singapore, biar kat depa la, ini tempat kita mana boleh perintah Islam buat kotor macam tu, nak kencing pun kita dak tunjuk kat orang ooooo….(sambil menggaya orang jantan kencin)”

Dia tambah lagi, “Saya bila kawan dengan Laset (YB Nasir) pun dah kurang buat jahat, oooooooo….”

Aku tepuk dahi, “malu, Cina kapiaq Lee, boleh cakap macam tu”

Pemuda dan Pemudiku hasil dari real story di atas, kita tidak perlu tauliah nak tangkap yang buat maksiat. Kita tak perlu papan tanda cegah maksiat, kita tak perlu orang pejabat agama turun mengendap dan tangkap dan kita tak perlu tolak semak samun tu, kalau nak tolak kena tolak bersih sampai Kuala Perlis.

  1. Yang kita perlu ialah kepekaan penduduk setempat terhadap amal maaruf nahi mungkar, aku bukan suroh katok mereka yang dok beromen, Cuma kalau geng lebai yang dok sembahyang dimasjid, lepas Asar cuba la pi bersembang di tempat banyak maksiat lepas tu tengot anak remaja yang nak merendek tu tegor dan nasihat mereka.
  2. Yang kita perlu ialah mereka yang dok mengaji kuliah (kilik kitab sampai kitab bau ketiak, ketiak bau kitab) – amalkan apa yang dipelajari dengan melihat sekitaran kita kelaku kelayak remaja dan halanglah mereka dari terjerumus lebih jauh.
  3. Yang kita perlu ialah kesedaran semua umat Islam sekitar, bahawa kerja kotor yang dibuat oleh remaja ini, jika tidak dihalang akan mendatang musibah pada generasi akan datang dan ia adalah tanggung jawab semua pihak untuk mencegahnya.
  4. Yang kita perlu ialah tindakan Dewan Pemuda PAS Kawasan, yang lama dah dok Usrah……… awat hang je Puad nak masuk syurga akhirat, biar anak remaja baya hampa masuk syurga dunia, terjun neraka di akhirat.
  5. Kerjasama sama semua pihak amat diperlukan untuk membendung gejala maksiat ini, dan insyaAllah kami di PKWR Kubang Rotan pandang serius gejala maksiat ini…… mari sama-sama kita bersih unsur maksiat sepanjang pantai Leman, Seberang Kota, Kuala Kedah (Berhampiran Marina Castle yang dibina zaman Tun Mahathir) dan seluruh Kedah ini.
  6. Kepada orang luar kawasan mari lah melawat, menghirup udara petang sambil tolong cegah maksiat. Relax dapat pahala dapat insyaAllah, Cuma jangan skodeng je………….

Saturday, July 12, 2008

BERSYUKUR MEMPUNYAI PEMIMPIN SEPERTI TUAN GURU HJ ABD HADI AWANG

Alhamdulillah hi Rabil A'lamin........

Gembira terhadap Presiden yang telah menunjukkan sikap sebenar dalam memperjuangkan Islam yang suci ini.

Tahniah!

Takbir 7 kali

Allah hu Akbar!!!
Allah hu Akbar!!!
Allah hu Akbar!!!
Allah hu Akbar!!!
Allah hu Akbar!!!
Allah hu Akbar!!!
Allah hu Akbar!!!

Daripada Aris bin Awang dan Seluruh Keluarga

ASOBIYYAH KAH KITA?

Allah hu Akbar………….

Pemuda dan Pemudiku,

Jauhkan dirimu dari bersikap asobiyyah.

Apa ciri-ciri asobiyyah?

Antara ciri asobiyyah ialah kita tetap akan mempertahankan kumpulan kita walaupun kumpulan kita melakukan segunung kesalahan dan akan menghentam kumpulan lawan kita walaupun kumpulan itu hanya melakukan sekelumit kesalahan.

Kadang-kadang kita tidak sedar, kita telah berlaku tidak adil kepada manusia, hanya akibat mereka tidak ada dalam kumpulan kita, maka kita tidak merasa bersalah dan berdosa untuk membedal mereka sekuat hati dan perasaan kita.

Kadang-kadang kita juga tidak sedar, kita telah tidak berlaku adil kepada manusia, apabila manusia dari kumpulan kita melakukan kesalahan kita mempertahankan dan membela kesalahan yang dilakukan dengan sekuat kudrat yang ada dan lebih teruk lagi apabila kita sendalkan hujah dengan ayat Al-Quran dan Hadis Nabi yang mulia, dari lidah kita yang kotor dan jijik.

Ingin ku pertegaskan ciri asobiyyah tidak boleh ada kepada kita, pemuda-pemudiku yang memperjuangkan politik Islam, tetapi ianya menjadi makanan enak kepada mereka yang mengambil jalan politik sekular.

Contoh ketara ciri-ciri asobiyyah yang real didepan mata kita, cuba ku ketengahkan kepada mu pemuda dan pemudi sebagai sempadan pemisah untuk kita berlaku adil kepada manusia selepas ini.

  1. Akuan bersumpah oleh Balasubramaniam dan Raja Petra terhadap Mohd Najib Abd Razak – Tanpa mengira apa latar belakang mereka yang membuat akuan bersumpah, kita gunakan sepenuhnya untuk menghentam dan mengodam semahunya musuh kita.
  2. Repot polis oleh Saiful Bukhari Azlan dia kena liwat - Tanpa payah berfikir panjang kita terus mengatakan ianya fitnah, kerana repot tersebut kena kepada batang tubuh individu dari kumpulan kita.
  3. Abdullah Badawi dan Mahadzir Khalid naik jet peribadi – Tanpa fikir panjang kita pukul bedal habis-habisan dalam ceramah, walaupun mungkin beliau naik dengan Agong atau Sultan ketika itu.
  4. Sejak lama aku diasuh oleh PAS tidak setuju Al-Quran dipertandingkan dan lebih-lebih lagi menghantar qariah dalam mana-mana pertandingan – Tanpa segan silu aku pun hentam perkara tersebut sejak umur baligh 15 tahun sehingga sekarang.
  5. “Syed Abd Razak Syed Zain Al-Barakbah ……. kah…kah nak tebang balak diUlu Muda pakai helicopter oleh Syarikat Serawak……… mana boleh hutan akan rosak juga dan syarikat Serawak tu bukan ada pengalaman, lebih lucu lagi Pak Tuan Syed kata pokok balak biaq lama-lama pun akan mampoeh (mati) jugak akhirnya….. membazir namanya tu….”. itulah isi antara isi ceramah ketika itu. Helmi lah tukang bantai Pak Tuan yang paling sakan sekali………… sekarang kita pulak guna ayat sama, Cuma mudah-mudahan ia adalah hanya strategi untuk dapat RM100 juta pampasan dari pemerintah Persekutuan.
  6. Mahfuz, Nasir, Hj Nan, Zul Che Harun, Zul Ya, Puad dan Aku bawa sampah hempas atas meja Datuk Bandar, Mahfuz lagi dahsyat bawa air ikan….. pasai isu sampah. Sekarang aku yang dok menyabarkan orang taman sebelah kampong aku supaya jangan buat benda sama akibat sampah yang tak dikutip. Harap lepas injek RM3 juta dan tau cari duit sendiri masalah akan selesai.
  7. Aku sendiri memetik klip dari TV3 dalam isu babi di Melaka dan ditayang dimerata tempat dan mendapat sambutan yang cukup memberansangkan dari orang Melayu Islam. Tetapi berlaku pula isu sama di Selangor dalam versi yang agak berbeza selepas pilihanraya ke 12. Aku cuba bayangkan kalaulah Selangor masih lagi bukan Pakatan Rakyat memerintah, sudah tentu isu itu aku akan balun habis-habisan. Adilkah aku? Tidakkah aku bersifat asobiyyah? Apakah ini ciri politik Islam yang aku perjuangkan?

Persoalannya, apakah sikap kita dalam banyak lagi persoalan yang akan berlaku selepas ini apabila kesalahan dilakukan oleh musuh dan apabila kesilapan yang dilakukan oleh pihak kita.

Semoga kita tidak lagi bersikap asobiyyah, berlaku adillah kepada manusia walaupun ia musuh kita.

Ia adalah mudah untuk dicakap dan ditulis, tetapi perkara yang amat sukar dibuktikan dalam tindakan.

Semoga pemuda-pemudi ku selepas ini, kita tidak lagi menyuburkan sikap asobiyyah dalam diri kita kepada mana-mana manusia samada ianya musuh atau kawan kita.

Yang penting. perkara yang baik hendak dikatakan baik, perkara yang buruk hendaklah dikatakan buruk, perkara samar hendaklah dikatakan samar dan perkara terang hendaklah dikatakan terang walau dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Tugas kita sekarang ialah mencerdikkan rakyat, bukan memperbodohkan rakyat dengan lakonan dan sandiwara.

Lebih meloyakan diriku jika berlaku ulamak Pakatan Rakyat pulak selepas ini mungkin, mula mencari ayat Quran dan Hadis untuk mengiakan apa sahaja kesilapan dan kesalahan yang mungkin dilakukan oleh Pemerintah Pakatan Rakyat, yang dulu dan sekarang secara istiqamah dilakukan oleh pihak agawan dalam UMNO.

Semoga hujah “Peperangan itu tipu muslihat” dan “Kita berjuang untuk tegak Islam, maka semua yang kita buat berdasarkan niat baik kita itu, maka ia ……” tidak akan menyebabkan kita berlaku zalim kepada manusia.

Ingatlah kita kepada kisah real politik pemerintahan Islam ketika zaman Saidina Umar Al-Khatab apabila seorang Yahudi mengadukan pertelagahannya dengan Saidina Ali.

Saidina Umar memanggil Saidina Ali dan Yahudi tersebut kehadapan pengadilan. Apabila Saidina Umar melihat ketidakpuasan dan kekecewaan diwajah Saidina Ali, ia menjangka bahawa ia telah menyinggung Saidina Ali kerana memanggil beliau bersama Yahudi keperbicaraan tersebut. Namun Saidina Ali berkata kepada Saidina Umar, “Aku tidak senang kerana Engkau tidak bersikap sama kepadaku dan kepadanya. Engkau memperlihatkan sikap lebih hormat kepadaku dan memanggilku dengan nama julukanku, tetapi Engkau tidak melakukan hal yang sama kepadanya.”

Jangan panic! Jangan gabra! semua persoalan yang berputar sekarang adalah landasan untuk kamu pemuda dan pemudi ku mencari gali kebenaran hakiki dari asas sistem politik Islam yang dibina oleh Junjungan Besar Rasulullah saw yang sekarang tenggelam dalam lumpur sisa-sisa penjajahan dan penyimpangan.

Friday, July 4, 2008

KEPADA YANG TERKENA FITNAH

SubhanalLah…. Maha Suci Allah

Pemuda dan Pemudi ku

Apakah yang akan kamu lakukan jika fitnah telah terpalit ke atas mukamu, ketika kamu berusaha keras untuk mendaki tangga kekuasaan seperti yang berlaku kepada Mohd Najib bin Abd Razak dan Anwar bin Ibrahim?

Pemuda dan Pemudiku, bagiku ianya cukup mudah………. Jika kita kembali kepada akhlak Islam.

Bagi yang terkena fitnah tersebut…….. letaklah jawatan.

Bagi yang terkena fitnah tersebut…….. buangkan sementara hasrat mendaki puncak kuasa.

Bagi yang terkena fitnah tersebut……... umumkanlah sedia diadili dengan saksama oleh pihak berwajib mengikut hukum Al-Quran dan Sunnah NabiNya.

Bagi yang terkena fitnah tersebut……… janganlah merasakan dirinya seorang sahaja yang mampu mentadbir Malaysia ini (Ada lagi mereka yang masih bersih tidak terfitnah dan mampu).

Bagi yang terkena fitnah …….. berserahlah kepada Allah swt

Bagi yang terkena fitnah……. jangan ada langsung fikiran gila kuasa sehingga sanggup buat apa sahaja.

Bagi yang terkena fitnah……. mengundur diri bukan bermakna berjiwa kecil, tetapi sebenarnya adalah berjiwa besar seperti Nabi Yusuf yang difitnah tetapi sanggup memilih penjara walaupun dirinya benar.

Bagi yang terkena fitnah…… dunia ini sementara…. akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi.

Bagi yang terkena fitnah……. mungkin didunia ini tercela, tetapi diakhirat terpuji dengan syarat tetap berada di landasan keredaanNya.

Bagi yang terkena fitnah……. penyataan mengundur diri mendaki puncak kuasa secara automatik akan mengendurkan fitnah yang melanda

Bagi yang terkena fitnah….. menangislah kepada Allah swt


Pemuda dan Pemudiku berdoalah kepada Allah semoga aku dan kamu semua dihindarkan Allah dari gejala fitnah.

Pemuda dan Pemudiku elakkan dirimu mula terjebak dengan mencintai harta orang lain, wanita orang lain, jawatan orang lain dan unsur-unsur kemaksiatan.

Pemuda dan Pemudiku gagahkan dirimu menahan nafsu syahwat untuk tidak melayari laman web lucah walau sedetik…….. kerana jika kamu terjebak dengan perkara maksiat itu, adakah kamu tidak malu didepan Allah Azzawajalla untuk menyeru manusia kepada kebaikkan tetapi dirimu sendiri terpalit noda dan dosa.

Sesungguhnya unsur fitnah bermula dari jiwa dan nurani yang kotor….. oleh itu marilah kita kembali kepada akhlak Islam untuk berjuang membersihkan hati nurani manusia melalui jihad menegakkan kembali sebuah masyarakat yang mendapat rahmat Tuhan di bawah payung sistem pemerintahan Islam.

“Ukuran kejayaan kekuasaan bukanlah hanya semata-mata boleh mendaki puncak kuasa, tetapi ukuran kejayaaan kekuasaan ialah sejauh mana kita dapat mengembalikan sistem pemerintahan berdasar Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulamak dan Qias dimuka bumi ini”