Saya menerima banyak pertanyaan dari pengundi Islam dari UMNO di Bukit Selambau yang ragu-ragu untuk mengundi calon beragama Hindu setelah mereka benci dengan tingkah laku pemimpin UMNO/BN dan ingin mengundi calon PAS, tetapi PAS tidak meletak calon, sebaliknya PKR yang meletakan calonnya iaitu S. Manikumar seorang yang beragama Hindu.
Saya bukan seorang Ustaz, oleh itu di bawah saya lampirkan soalan dari seseorang dan dijawab oleh Ustaz Ali Muda mengenai persoalan mengundi seorang calon bukan Islam (soal jawab ini diajukan sebelum pilihanraya ke 12 lalu, oleh sebab itu dalam jawapan di gunakan singkatan BA, sila gantikan BA dengan PR (Pakatan Rakyat)).
Assalamualaikum wbt Ustaz ALI MUDA,
Saya ingin menanyakan beberapa soalan kepada ustaz berkenaan dengan hukum kita sebagai pengundi Islam yang mengundi pengundi bukan Islam sedangkan kita ketahui bahawa kita sebagai seorang yang muslim dilarang untuk memilih seorang bukan Islam sebagai ketua atau pemimpin.
1. Adakah kita boleh memilih calon bukan Islam (contohnya dari DAP/KeAdilan) sekiranya pemimpin itu bersatu di bawah BA (Barisan Alternatif) dan bukan bersama BN ?
2. Bagaimana sekiranya ada calon dari UMNO/BN(seorang yang kita ketahui beragama Islam) bertanding dengan calon Keadilan (bukan beragama Islam),mana satukah calon yang harus kita pilih berdasarkan prinsip kita menurut perspektif Islam. Apakah hukumnya jika kita tersilap memilih pemimpin(imam) kita?
3. Apakah pandangan ustaz apabila perkataan Islam dipadamkan dari parti politik dan sebarang pertubuhan? UMNO menjelaskan bahawa nama Islam harus dimansuhkan untuk mengelakkan nama Islam itu dari disalahgunakan oleh parti politik atau mana² pertubuhan kerana ada yang beranggapan bahawa Islam bukan parti. Sila perjelaskan ustaz.
4. Minta penjelasan ustaz mengenai "Pangkah PAS masuk syurga, pangkah UMNO masuk neraka". Benarkah ada di kalangan pimpinan PAS pernah berkata sedemikian rupa?Dan bolehkah kita sebagai seorang muslim berkata sedemikian kepada orang UMNO semata-mata untuk meraih undi. Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga ustaz boleh menjawab segala soalan ini dengan jelas.. Segala usaha ustaz untuk menjawab hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya.
JAWAPAN:
1. Harus untuk kita memilih calon yang bukan beragama Islam untuk memberi kemenangan kepada sebuah gagasan perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman seperti yang diperjuangkan oleh BA. Tidak salah kita bekerjasama atau memohon pertolongan orang bukan Islam dalam usaha yang murni seperti membanteras kezaliman, di mana selagi kerajaan sedia ada tidak ditumbangkan, kezaliman akan terus berleluasa terutama terhadap segolongan rakyat yang tidak bersetuju dengan arus perdana. Selagi tidak ditumbangkan, tidak mungkin akta2 yang zalim itu dapat dimansuh atau dipinda, tak mungkin ISA yang memberi kuasa kepada polis dan menteri dalam negeri menjadi hakim, dapat dihapuskan. Oleh itu, harus hukumnya untuk kita mengundi calon bukan Islam yang sama perjuangannya dengan kita. Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Dan bertolong-tolonganlah kamu dalam perkara kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkata dosa dan pencabulan/permusuhan" (Surah al-Maidah: 2). Nabi s.a.w. juga pernah meminta pertolongan drp seorang kafir musyrik yang bernama Abdullah bin `Uraiqit untuk menunjuk jalan menuju ke Yathrib (kemudiannya dinamakan Madinah) semasa berhijrah untuk menyelamatkan diri drp cubaan membunuh oleh musyrikin Mekah dan untuk mengembangkan dakwah dalam fasa yang lebih luas. Sebaliknya, menyokong calon2 yang hanya berperanan mempertahankan dasar sekularisme dan undang2 zalim, tak kira calon itu beragama Islam (sudah tentu Islam yang jahil) atau pun bukan beragama Islam, adalah tidak harus dan boleh membawa dosa. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang2 yang zalim, nanti kamu disambar api neraka" (Surah Huud: 113) dan juga larangan berkerjasama dalam perkara dosa dan pencabulan seperti dalam ayat al-Maidah: 2 di atas.
2. Atas prinsip hendak memperjuangkan keadilan dan membanteras kezaliman, adalah wajib menyokong calon yang sama2 memperjuangkan prinsip yang mulia itu, w/pun calon itu bukan beragama Islam. Sebaliknya calon yang cuba mengekalkan sistem sedia ada yang korup, zalim dan menindas itu adalah tidak harus disokong w/pun kebetulan ia beragama Islam. Agama adalah perkara lahiriah semata-mata, apabila seseorang itu mengaku beragama Islam, maka kita tak boleh menafikan keIslamannya, tetapi dalam sirah Nabi s.a.w. pun ramai orang Islam yang tak beramal dengan tuntutan Islam dan mereka itu dikenali sebg munafiq. Kalau zaman baginda ada munafiq, zaman ini lebih ramai lagi. Sebenarnya orang munafiq ini lebih bahaya drp orang kafir kerana kita keliru terhadap orang munafiq itu tetapi jelas terhadap orang kafir. Jadi secara jelasnya, adalah menjadi tuntutan syariat Islam yang memperjuangkan keadilan, calon BA sama ada drp DAP atau Keadilan hendaklah disokong w/pun bukan beragama Islam dan calon BN hendaklah ditolak w/pun beragama Islam. Kesilapan memilih pemimpin adalah tanggungjawab kita yang akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak. Tangan, kaki, mata, telinga, hati bahkan seluruh anggota kita akan disoal dan akan bersaksi di hadapan Allah s.w.t. terhadap semua amal kita di dunia ini, termasuk amal ketika mengundi (rujuk Surah Yaasiin: 65). Begitu juga semua amal kita walaupun sebesar zarah (sama ada yang baik atau yang jahat), akan kita terima akibat dan balasannya yang adil drp Allah s.w.t. (rujuk Surah al-Zalzalah: 6 -8)
3. Memakai nama Islam adalah satu perkara yang harus dan tiada larangan terhadapnya s/ada dalam al-Quran atau Sunnah, apatah lagi nama itu dipakai kerana untuk perjuangan menegakkannya, bukan untuk mencari duniawi. Ini telah saya bahaskan secara panjang lebar dalam sebuah rencana saya yang bertajuk "Penggunaan nama 'Islam' pada pandangan Islam" (sila rujuk arkib tulisan saya di laman Minda Rakyat atau Tranung Kite). UMNO cuba menggunakan undang2 untuk mengharamkan nama itu disebabkan ia sudah terdesak dengan sangkaan kononnya dengan nama 'Islam' itulah maka sokongan terhadap UMNO merosot teruk. Kalau benar begitu, kenapa UMNO juga tidak menggunakan nama 'Islam' untuk dapat sokongan yang lebih baik. Kalau UMNO tak nak pakai, kenapa larang orang lain pakai?
4. Setahu saya tak ada pemimpin Pas atau mana2 orang Pas yang beriktikad sedemikian, kononnya pangkah PAS automatik dapat masuk syurga dan pangkah UMNO automatik akan ke neraka. Sebenarnya itu hanyalah karut marut orang2 UMNO untuk menuduh Pas membawa 'ajaran sesat'. Saya yakin, semua ahli Pas faham bahawa perjuangan mereka untuk menegakkan Islam menurut al-Quran dan sunnah itulah yang boleh menjadi sebab untuk mendapatkan syurga, tapi mereka tak boleh beli syurga Allah s.w.t. dengan sekadar mengundi Pas tetapi tidak melakukan kebajikan yang lain. Begitu juga, saya yakin, ahli Pas juga faham bahawa pangkah UMNO/BN adalah salah satu sebab seseorang itu boleh dicampakkan ke neraka (perhatikan ayat 113 drp Surah Huud di atas), tetapi mungkin juga dia tak dimasukkan ke neraka jika dia bertaubat dan mengubah pendirian sebelum matinya. Syurga dan neraka hanya milik mutlak Allah s.w.t., bukan milik sesiapa, tetapi Nabi s.a.w. sentiasa menjanjikan syurga bg orang yang memperjuangkan Islam (apatah lagi jika mati atas perjuangan itu) dan sentiasa menjanjikan neraka bg orang yang menghalang orang lain drp mendekati agama Allah s.w.t.. Ini bukan rasuah syurga seperti disangka oleh sesetengah orang yang jahil tapi perasan dirinya alim, tetapi janji Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dalam al-Quran dan hadis2 sahih. Perjuangan Islam tetap wujud sampai akhir zaman, cuma nama wadah atau landasannya sahaja berbeza antara zaman, tempat dan orang.
Semoga seluruh pengundi Islam di Bukit Selambau dapat menerima jawapan di atas dengan pemikiran yang jelas dan hati yang jernih dan elakkan dari kekeruhan yang cuba dimainkan oleh BN agar pengundi Islam yang ingin menolak BN tidak keluar mengundi.
Oleh itu itu saya menyeru kepada seluruh Ahli UMNO yang sudah insaf akan kezaliman UMNO/BN janganlah lagi ragu-ragu untuk mengundi S. Manikumar dari Parti Keadilan Rakyat yang berada di baris nombor 4 dalam kertas undi dan kepada Ahli dan penyokong PAS yang memang sudah memahami sejak dahulu lagi dalam kaedah usul-fiqh yang telah dibahaskan di dalam usrah-usrah kita mengenai soal "Memilih Dua Kemudharatan" tanpa syak dan ragu akan memberikan undi kepada calon Parti Keadilan Rakyat pada 7 April 2009 nanti.
Selamat Mengundi Untuk Tolak Geng Rasuah