Assalamualaikum
Seluruh lapisan masyarakat dijemput hadir ke Majlis Pelancaran Kelab Penyokong PAS Kawasan Kuala Kedah.
Perasmian oleh YB Hj Phahrolrazi Zawawi, Exco Kerajaan Negeri Kedah.
Ceramah Umum bersama YB. Dr, Mujahid Yusof Rawa dan Mr. Hu Phang Chaw
Aturcara:- 8.00 mlm : Jamuan Untuk Petugas dan Ahli Kelab
8.15 mlm : Solat Isyak berjemaah (Penganut Islam)
8.30 mlm : Acara Perbarisan Ahli Kelab
8.45 mlm : Ketibaan Pimpinan PAS dan Perarakan masuk Dewan bersama tarian Singa
9.00 mlm : Majlis Perasmian dan Ceramah dimulakan.
12.00 mlm: Bersurai
"Mereka sudah datang kepada kita, menjadi tugas dan tanggungjawab kitalah mempamer keadilan, kesempurnaan, kebaikan, kejujuran, keluhuran, kesopanan, keunggulan Islam - Jangan kita pula terikut dengan mereka atas alasan siasah syariah yang batil sehingga akhirnya mereka hairan melihat kita yang lebih camca dari bubur".
3 comments:
Aku suka benda2 macam ni.
Assalamu`laikum Tuan Hj Aris...
Mungkin tuan dah tak perasan ana nie,, Ana Loyar Rosidi Hussain ..made in Penang.. Ingat dak.. dulu kita pi haji sekali.. duduk di hotel Hira` sekali di Mekah .. La ni dengaq kata dah runtuh dah .. Tok Arab nak pembangunan baru.. Keluarga sihat kot no... Lama sungguh tak sembang ngan enta .. Ana la ni kerap juga pi Alog Stag.. ada ofis di sana .. 2-3 kali seminggu.. Ana jadi part time lecturer di Kidu.. Mungkin kita boleh jumpa insyaallah selepas ini. Zaujah enta tentu ingat zaujah ana, Ainon.. Kirim salam pada semua kelurga enta... Bila tengok gambag enta dlam profile terkenang masa di Madinah dulu... A`lakullihal.. kita berjiran di alam siber Insya allah... Masuklah blog ana tp masih baru lagi dan masih dok constuct lagi.. Ma`assalamah ...
Sabtu lalu saya menghadiri majlis kawin anak jiran di KL yang dibuat di Kubang Pasu. Sempat juga menjengah sahabat-sahabat lama Pas di sekitar bandar Jitra yang begitu pesat membangun sejak saya meninggalkannya pada pertengahan tahun 1986 akibat arahan pindah 24 jam oleh Sanusi Junid, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika itu.
Dalam sembang-sembang itu, dapatlah saya merumuskan satu perkara. Anggota Pas terlalu tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan PR masa kini. Selagi jualan arak dan perimis judi tidak dikawal dan dihadkan, tiada program dakwah dan pengisian Islam secara aktif dan terlalu lembik dengan pegawai kerajaan yang berlindung atas nama Sultan dalam melambat-lambatkan pentadbiran kerajaan PR masa kini, anggota Pas masih belum berpuas hati. Bagi anggota Pas, matlamat utama mengambilalih kerajaan dari BN ialah untuk melaksanakan Islam. Jika Islam sekarang ini sama dengan zaman BN, baik tak payah bekerja keras lawan BN. Tak payahlah anggota Pas menghabiskan duit dan masa jika MB Kedah bukan main slow dan berhujah macam Hamid Othman untuk melewat-lewatkan pelaksanaan Islam di Kedah
Sebaliknya anggota Umno melihat Umno sukar kembali berkuasa di Kedah semula. Terperanjat saya apabila mendengar orang Umno sendiri hilang keyakinan itu walaupun mereka mendapat sokongan dari Kerajaan Pusat untuk merampas kembali Kerajaan Kedah. Hujah mereka ialah kerana mereka kalah dengan stail MB Kedah. MB Kedah boleh ditemui di pejabatnya bila-bila masa pun. "Zaman Mahathir Khalid, mampuih tak dapat" kata anggota Umno. Alamak, hal jumpa MB pun Umno sudah rasa tak boleh tawan semula Kedah. Kelakar kan.
"Bukan itu sahaja", kata anggota Umno lagi " bila jawatan kuasa tender dah putuskan sapa dapat projek, depa suroh kita semua balik. Had dulu sapa dapat tender kena duduk sat, kena bincang berapa kamsyen kena peruntukkan. Tetapi kerajaan baru ni langsung tak mahu rasuah. Mampus, geng Umno tak leh buat macam ini" sambung mereka.
Demikianlah perbezaaan antara dua nilai anggota Umno dan Pas dalam menilai prestasi kerajaan baru . Anggota Pas tidak puas hati kerana Islam belum berjalan di Kedah. Tetapi anggota Umno kagum dengan kerajaan baru kerana mudahnya berjumpa MB dan tiada amalan rasuah dalam Jawatan kuasa Tender.
Anggota Pas masih boleh bersabar lagi tetapi jika mereka dengar pimpinan negeri menerima rasuah, "nahas kau", katanya. Maka janganlah rasuah wahai pemimpin Kedah walaupun hadiah sebutir jam dari Sultanah.
Post a Comment