Pemuda dan Pemudi ku....
Sejak dari bulan Ramadhan lagi perasaanku meronta-meronta untuk mengucapkan penghargaan kepada Petugas KCS dan berhasrat memproklamirkannya ke dalam dunia tanpa sempadan untuk dikongsi bersama oleh seluruh masyarakat dunia, dan hari ini ianya telah terlaksana untuk diproklamirkan. Tahniah anda semua Petugas KCS cukup hebat! Jika ada lagi kalung maharaja Parsi sudah tentu akan ku kalungkan ke leher kamu semua.
Ini adalah disebabkan aku melihat Petugas KCS amat hebat berdasarkan alasan berikut:-
a. Ubudiah LilLAH: Ku perhatikan sejak dari mula sehingga kini kerja-kerja yang dilakukan oleh Petugas KCS benar-benar terserlah sebagai perhambaan diri kepada Allah swt dengan penuh keimanan, mereka menyedari bahawa mereka adalah hamba Allah dan mengetahui bagaimana kedudukan seseorang hamba terhadap tuannya. Ini telah memberi signifikan dari sudut sifat diri mereka, tujuan hidup mereka serta cara kerja buat mereka. Memahami apakah tujuan mentadbir organisasi iaitu sama ia menjadi ibadah atau sebaliknya maksiat dan penderhakaan kepada Allah swt.
b. Mas'uliah: Mereka mempunyai pertanggungjawaban (akauntabiliti) kepada diri, keluarga, organisasi, negara dan yang paling utama ialah terus kepada Allah swt dan memahami bahawa kerja mereka sentiasa dintip dan dicatat setiap saat dan ketika oleh 2 malaikat Allah dikiri dan kanan dan akhirnya diperhitungkan dimahkamah Rabul Jalil yang perjalanan akhir samada syurga atau neraka Allah swt. Mereka menyedari bahawa mereka adalah khalifah Allah di atas muka bumi ini, dengan kepercayaan seperti itu, maka Petugas KCS ini telah muncul sebagai petugas organisasi yang cemerlang.Sejak dari bulan Ramadhan lagi perasaanku meronta-meronta untuk mengucapkan penghargaan kepada Petugas KCS dan berhasrat memproklamirkannya ke dalam dunia tanpa sempadan untuk dikongsi bersama oleh seluruh masyarakat dunia, dan hari ini ianya telah terlaksana untuk diproklamirkan. Tahniah anda semua Petugas KCS cukup hebat! Jika ada lagi kalung maharaja Parsi sudah tentu akan ku kalungkan ke leher kamu semua.
Ini adalah disebabkan aku melihat Petugas KCS amat hebat berdasarkan alasan berikut:-
a. Ubudiah LilLAH: Ku perhatikan sejak dari mula sehingga kini kerja-kerja yang dilakukan oleh Petugas KCS benar-benar terserlah sebagai perhambaan diri kepada Allah swt dengan penuh keimanan, mereka menyedari bahawa mereka adalah hamba Allah dan mengetahui bagaimana kedudukan seseorang hamba terhadap tuannya. Ini telah memberi signifikan dari sudut sifat diri mereka, tujuan hidup mereka serta cara kerja buat mereka. Memahami apakah tujuan mentadbir organisasi iaitu sama ia menjadi ibadah atau sebaliknya maksiat dan penderhakaan kepada Allah swt.
c. Itqan: Ianya berkaitan amal soleh (akhlak) mereka yang merujuk kepada kualiti kerja yang diterjemahkan sebagai ketekunan, komitmen dan kesungguhan dalam kerja. Tidak memberi ruang berlakunya penyelewengan dan sikap sambil lewa dalam setiap kerja yang dilakukan oleh mereka.
Inilah 3 ciri utama yang aku lihat terpancar kepada Petugas KCS.
Siapakah petugas KCS yang ku maksudkan itu, mereka tidak lain dan tidak bukan ialah....
Hj Yazid (Bang Jid), Razak Kola, Lee Dagin, Aziz, Art, Shukri Kabir, Mat Kedai, Kak Puziah, Mail Beras, Kak Ashah, Azizi Ikan Kerin, Fadzil, Jamen Pejabat, Mail Awang, Rosna, Cikgu Aji, Bad, Ah Kang, Razak Sentu, Puad Mergong, Pak Tam Kaya, Pak Cik Lah, Hamid, Mat Et Letrik, Saubari, Rodzi, Mat Tengku, Hafizan, Anis, Siti Nur Zahirah, Mat Leha, Zul ZMD , Firdaus Masjid, Cobi Kak Basah.... dan ada lagi yang tak sempat di catat.
Ya!!! inilah petugas KCS, yang jika ada lagi kalung Maharaja Parsi nescaya akan ku kalungkan ke leher mereka dengan penuh bangganya.
Apakah yang kumaksudkan Petugas KCS itu?
Petugas KCS yang ku maksudkan itu ialah, Petugas Kerja Cara Sukarela yang membantu tanpa jemu dan penat untuk menjayakan kerja-kerja di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kubang Rotan, walaupun PAS sudah memerintah negeri.
Mereka ini sejak PKWR Kubang Rotan dibentuk yang sebelum itu Majlis Tindakan DUN Kubang Rotan, tetap sama komitmen samada sebelum dan selepas PAS memerintah Kedah. Tidak pernah menghilang rasa pertanggungjawaban mereka untuk menegakkan cita-cita Islam di bumi ini dan terus bergerak dengan penuh semangat membantu Hj Yazid Hj Hashim sebagai Pengarah MTD dan YB Mohd Nasir Mustaffa sebagai Wakil Rakyat Kubang Rotan tanpa sebarang upah.
Sudah tentu ianya anih kepada orang yang bukan PAS, apabila dikatakan kerja tanpa upah tetapi komitmen mereka melebihi KCS yang diupah beribu-ribu RM namun satu ketika dulu ingin dihadiahkan Berus Jamban oleh Sdr Zulkifli Yahaya akibat terlalu lembab dalam kerja, yang dibimbangi diwarisi sehingga sekarang......... kerja sepatutnya seminggu selesai, ambil masa 2 tiga bulan. Lee Hock Seng kata makan gaji buta, Lah Kadiak kata makan duit rakyat , Zul Ya kata kerja macam berus jamban sekali tonyoh sekali berus karat taik, huuuhhhhh...........!!!!! bukan main nak saman, tetapi orang dok tengok tahap kerja masih sama dan ada yang macam nak sabotaj je........
Teruskan wahai sahabatku Petugas KCS melazimkan kerja-kerja cara sukarela demi Allah untuk cita-cita kita yang satu, dan untuk upahnya bantinglah tulang empat keratmu mencari rezeki Allah di Kedai kepada yang ada kedai, di Meja Ayam yang menjual ayam proses, di Meja daging kepada yang menjual daging, bersama simen dan konkrit kepada yang bekerja sebagai kontraktor, di sawah ladang kepada yang bersawah, menempuh gelora gelombang kepada yang bekerja sebagai nelayan, membasuh telor kepada yang menjual Char Koey Teow.....
Aku gembira, aku bangga, aku seronok, bersama Petugas KCS Pusat Khidmat Kubang Rotan samada secara rasmi ataupun tidak seperti Bang Mat Sabu (Penasihat) , Hj Nan, Wazir, Cikgu Di (Adik Ust Ibrahim), Lan Jan, Teh, Lee Hock Seng, Gopal, Hj Ta, Teh Din, Ust Nizam, Bang Balia, Yon Indah Jati, Cikgu Ton, Agus Bengkiang, apa lagi ..... maaf lupa leeee.
Semoga segala jasa baik kamu semua akan diberi ganjaran oleh Allah swt, dan kepada yang masih jauh dari hidayahNya akan didekatkan kepada hidayahNya dalam waktu yang terdekat InsyaAllah.
Taniah Petugas KCS Ku...............bang Rotan
Harapan semoga KCS (Kedah Civil Servant) tirulah budaya kerja Amilin PAS dan semoga EXCO dari PAS akan berupaya menerap budaya kerja tersebut kepada semua KCS tinggalkanlah budaya kerja cara UMNO yang merugikan rakyat. Gaji anda dari dari wang rakyat, untuk kesejahteraan rakyat dan akan dipersoalkan diakhirat nanti.
Kepada KCS yang berdedikasi tahniah diucapkan, semoga terus maju jaya dalam kerjaya... Ameen Ya Rabb.
"Tidak akan bersopan santun orang yang tidak berakal, tidak akan berharga orang yang tidak bersemangat dan tidak akan malu orang yang tidak beragama"
Kata-Kata Cucunda Rasulullah saw, Saidina Hassan
1 comment:
aku cuba memahami apa yang dimaksudkan...... teruskan jika itu menguntngkan.
Post a Comment