Saturday, September 8, 2012

SENTIMEN YANG MERUGIKAN

Iran satu-satunya negara Islam di dunia yang berjaya membuat pecutan dalam bidang Sains dan Teknologi yang mengejutkan, bahkan bukan hanya berligar dalam dunia Islam, sekarang telah menyaingi negara-negara kuasa besar kajian saitifik dunia dan telah diiktiraf menduduki tempat pertama dalam rankings kepesatan pembangunan sains dan teknologi di dunia. 

Malang ada setengah kita yang masih sentimen yang bukan-bukan menyebabkan tidak mahu melihat walau sebelah mata mengenai kepesatan bidang sains dan teknologi yang berlaku di Iran dan tidak pernah berfikir untuk mencontohinya.

Mungkin alasan adalah:-

Aqidah mereka sesat! fahaman sesat itu akan di bawa balik dan di kembangkan di sini!

 Persoalannya:-

1. Adakah kemajuan bidang sains dan teknologi yang di capai oleh mereka juga sesat? 

2. Apakah jika kita membuat kesimpulan bahawa mereka sesat, maka belajar dari mereka dalam hal-hal keduniaan juga tidak boleh?

3. Apakah kita menganggap ilmu aqidah yang diberikan oleh Guru Agama kita lemah, sehingga pelajar kita dengan mudah akan terpengaruh dengan ajaran sesat mereka itu?

4. Adakah kita tidak terfikir dengan kita pergi belajar sains dan teknologi dari mereka, kita akan berpeluang mengambil kesempatan mendakwah mereka untuk kembali kepada aqidah yang sohehah seperti kita? dan bukankah hujah pegangan kita lebih kuat serta muktabar?

Bagi aku, kita janganlah terlalu sentimen, asingkan persoalan aqidah mereka dan yakinlah bahawa aqidah sohehah pelajar kita akan mampu dipertahankan, ilmu dalam bidang saintifik kita perolehi dari mereka dan rakyat mereka didakwah kembali kepada aqidah yang sohehah seperti kita.

Cubalah! jangan sentimen yang merugikan. 

Berikut adalah Laporan Kajian mengenai prestasi Iran dalam bidang Sains dan Teknologi di dunia sekarang ini.
 
A. Laporan Institute for Scientific Information (ISI),

1.Iran berjaya meningkat pengeluaran penerbitan akademik hampir sepuluh kali ganda 1996-2004, dan telah menduduki tempat pertama di seluruh dunia dari segi kadar pertumbuhan pengeluaran saintifik (diikuti oleh China dengan peningkatan 3 kali ganda). 

2. Iran, China, India dan Brazil adalah negara-negara membangun di kalangan 31 negara menyumbang 97.5% daripada jumlah produktiviti saintifik dunia. Baki 162 membangun negara menyumbang pengeluaran saintifik di dunia kurang daripada 2.5%.  

3. Menurut Thomson Reuters, Iran telah menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa dalam bidang sains dan teknologi sejak 20 tahun yang lalu, peningkatan sains dan teknologi lima kali ganda 2000-2008. Kebanyakan pertumbuhan ini dalam bidang kejuruteraan dan kimia.

4. 25% daripada artikel saintifik yang diterbitkan pada tahun 2008 oleh Iran di terbit dan dikaji di peringkat antarabangsa.   

5. Enam negara teratas di dunia sekarang ini yang menerbitkan penulisan saintifik ialah Iran, AS, UK, Kanada, Jerman dan Perancis. 



B. Laporan Pusat Penyelidikan Sains Kanada (METRIX) 

1. Iran menduduki peringkat tertinggi seluruh dunia dari segi pertumbuhan produktiviti dalam bidang saintifik dengan indeks pertumbuhan 14.4 diikuti oleh Korea Selatan dengan indeks pertumbuhan 9.8 .  

2. Kadar pertumbuhan Iran dalam sains dan teknologi adalah 11 kali lebih daripada pertumbuhan purata pengeluaran dunia pada 2009 dan dari segi jumlah keluaran setiap tahun, Iran telah pun melepasi jumlah pengeluaran saintifik negara-negara seperti Sweden, Switzerland, Israel, Belgium, Denmark, Finland, Austria atau yang Norway.  

3. Kadar pertumbuhan tahunan  Sains dan teknologi  Iran sebanyak 25% serta berjaya menggandakan jumlah pengeluaran setiap tiga tahun dan pada kadar ini akan sampai ke tahap pengeluiaran tahunan Kanada pada tahun 2017.  

4. Keupayaan saintifik Iran meningkat  paling pantas dalam 20 tahun yang lalu dan kajian mendapati ia meningkat  sebahagian disebabkan pencerobohan Iraq yang dibantu USA terhadap Iran.  Laporan meramalkan  kemajuan saintifik Iran sebagai tindak balas kepada pengasingan antarabangsa dan boleh kekal maju jika tidak dimusnahkan, jika dibiar semua itu akan membawa kepada kualiti kehidupan lebih tinggi  bagi penduduk Iran. 

5. Sektor yang paling pesat berkembang di Iran adalah fizik, sains kesihatan awam, kejuruteraan, kimia dan matematik. Keseluruhan pertumbuhan kebanyakannya berlaku selepas tahun 1980 dan telah menjadi lebih pesat sejak 1991 dengan pecutan yang ketara pada tahun 2002 dan lonjakan mendadak sejak tahun 2005. 

6. Laporan telah menunjukkan bukti bahawa kemajuan sains dan teknologi Iran selain program nuklear adalah sebab utama Amerika Syarikat benci terhadap Iran, kerana kemungkinan akan menjadi kuasa besar pada masa hadapan. Beberapa komuniti saintifik Iran melihat sekatan sebagai konspirasi barat untuk menghentikan usaha Iran yang semakin meningkat dalam bidang sains moden dan mendakwa bahawa sesetengah negara (Barat) mahu memonopoli teknologi moden.  



C. Laporan oleh National Science Foundation, Amerika Syarikat bertajuk "Petunjuk Sains dan Kejuruteraan: 2010"

1. Iran mempunyai kadar pertumbuhan  tertinggi di dunia dalam bidang Sains dan Teknologi; dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 25.7%

2. Laporan ini juga menyatakan bahawa kadar pertumbuhan yang sangat pesat diterajui oleh pertumbuhan dalam instrumen saintifik, farmaseutikal, komunikasi dan semikonduktor.
 
3. Kadar penerbitan Iran dalam jurnal sains antarabangsa telah melonjak empat kali ganda dalam dekad yang lalu. Walaupun ia masih agak rendah berbanding dengan negara-negara maju, ini meletakkan Iran pada kedudukan pertama negara-negara Islam.
 
D. Laporan Dari Berbagai Sumber

1. Laporan oleh SJR (A Spanish sponsored scientific) Iran menduduki tempat 20 di dunia dalam penerbitan saintifik berdasar jumlah jurnal pada tahun 2010 (lonjakan besar daripada kedudukan 40 beberapa tahun sebelum).
 
2. Laporan  Institute for Scientific Information (ISI), Iran menduduki tempat 32, 46 dan 56 masing-masing dalam bidang Kimia, Fizik dan Biologi di kalangan semua  negara-negara pengeluar berasaskan sains dan teknologi. Iran menduduki tempat ke15 pada tahun 2009 dalam bidang nanoteknologi.
 
3. Laporan Science Watch 2008 menyatakan Iran mempunyai kadar pertumbuhan  tertinggi di dunia untuk kajian dalam sains perubatan, alam sekitar dan ekologi. Menurut sumber yang sama, Iran sepanjang tempoh 2005-2009, telah menghasilkan 1.71% kertas kajian kejuruteraan di dunia, 1.68% kertas kajian kimia di dunia dan 1.19% jumlah keseluruhan kertas kajian sains di dunia.
 
4. Laporan yang sama Iran telah meningkat dua kali ganda dalam sains biologi dan penyelidikan kesihatan. Iran tahun 2008 telah meningkat pengeluaran  dalam sains fizikal 10 kali ganda dalam tempoh sepuluh tahun. Begitu juga keluaran kejuruteraan Iran telah berkembang kepada 1.6% daripada pengeluaran dunia menjadi lebih besar daripada Belgium atau Sweden dan hanya kurang sedikit daripada Rusia. 

5. Dalam bidang  kejuruteraan Iran sudah mendahului India, Korea Selatan dan Taiwan terutama dalam prestasi penyelidikan kejuruteraan. 


6. Laporan kerajaan Perancis "
L'Observatoire des sciences et des techniques (OST) 2010", Iran mempunyai kadar pertumbuhan  terpantas di dunia dalam pengeluaran artikel saintifik antara 2003 hingga 2008 meningkat sebanyak 219% .  Bidang saintifik yang paling pesat berkembang di Iran adalah sains perubatan pada kadar 344%, kimia 128%biologi 342%, ekologi 298%,   fizik182% , sains asas 285%, kejuruteraan 235% dan matematik 255%

7. Laporan sama mendapati kadar pertumbuhan bidang sains Iran  melebihi 200% berbanding dengan Korea Selatan dan Taiwan hanya pada kadar pertumbuhan 31% dan 37%.

8. Satu analisis bibliometric timur tengah dikeluarkan oleh bahagian profesional Thomson Reuters pada tahun 2011 yang bertajuk "Laporan Penyelidikan Timur Tengah" membandingkan penyelidikan saintifik di negara-negara timur tengah dengan dunia untuk dekad pertama abad ini. Dari segi pertumbuhan dalam penyelidikan saintifik, Iran telah menduduki tempat pertama dengan peningkatan 650%  

9. Laporan tahun 2011, oleh institusi  saintifik tertua di dunia dan juga institusi akademik terkemuka Britain, iaitu Royal Society dengan kerjasama  Elsevier menerbitkan satu kajian yang dinamakan "Ilmu, rangkaian dan negara" membuat pengukuran landskap saintifik global. Menurut kaji selidik tersebut Iran mengalami kadar pertumbuhan  terpantas di dunia dalam bidang sains dan teknologi. Dalam tempoh 1996-2008, Iran telah meningkat pengeluaran produk saintifik sebanyak 18 kali ganda.

sumber laporan: klik disini , disini, disini, disini

No comments: