"Kebijaksanaan adalah seperti barang tercicir bagi umat Islam, lalu dimana umat Islam menjumpai kebijaksaan, maka merekalah yang paling layak untuk mengambilnya" *
Oleh itu:-
Oleh itu:-
- Belajarlah dari Jepun walaupun majoriti rakyatnya beragama Shinto
- Belajarlah dari Thailand walaupun majoriti rakyatnya beragama Budha
- Belajarlah dari England walaupun majoriti rakyatnya beragama Kristian
- Belajarlah dari China dan Cuba walaupun majoriti rakyatnya berfahaman Komunis
- Belajarlah dari Amerika Syarikat walaupun majoriti rakyatnya berfahaman Kapitalis
- Belajarlah dari Rusia walaupun majoriti rakyatnya berfahaman Sosialis
- Belajarlah dari India walaupun majoriti rakyatnya beragama Hindu
- Belajarlah dari Switzerland walaupun ramai rakyatnya tiada agama
- Belajarlah dari Iran walaupun majoriti rakyatnya bermazhab Syiah
Kita tidak gusar akan terpengaruh atau mengambil ajaran dan pegangan mereka secara semberono, namun kita bijak menggarap kebijaksanaan mereka disegi siasah, sains teknologi, ekonomi, pengurusan, tatacara kemasyarakatan, hubungan antarabangsa, sistem pendidikan, pencapaian inovasi, displin kajian saintifik, falsafah, sejarah dan seumpamanya demi kemajuan umat Islam.
Buanglah sikap pesimis!
Apakah ciri seorang berfahaman pesimisma?
Pesimisma adalah fahaman yang menganggap bahwa segala sesuatu yang ada pada dasarnya adalah buruk atau jahat. Kata pesimisma berasal dari bahasa Latin pessimus yang artinya terburuk.
Penganut faham ini akan melihat bahwa hidup selalu penuh dengan kejahatan, sekalipun secara nyata kehidupan ini ada kebaikan dan ada kejahatan. Dengan demikian, gambaran hidup yang ditampilkan adalah suram dan tiada harapan. Perasaan sedih, kemurungan, putus asa, absurd, sakit, dan kematian, dipandang sebagai bersifat yang mendasar. Salah seorang ahli falsafah yang memegang fahaman ini adalah Schopenhauer, (1788 - 1860) warga Jerman.
Pesimis: Pilih separuh kosong. Optimis: Pilih separuh penuh |
Contoh yang paling biasa digunakan ialah soalan kepada keadaan "Adakah gelas disebelah separuh kosong atau separuh penuh?".
Tahap situasi seperti ini dinilai sebagai sesuatu yang baik atau sesuatu yang buruk ianya bolehlah menggambarkan sikap samada optimis atau pesimis seseorang individu itu.
Sepanjang sejarah kemanusiaan, membuang sikap pesimis mempunyai kesan ke atas kemajuan semua bidang pemikiran.
Optimislah!
Terokailah dunia ciptaan Allah, Tuhan kepada sekelian manusia tanpa mengira agama dan aliran pemikiran mereka. Mana yang baik ambillah, mana yang buruk tinggalkan.
Kuasa memilih di akal dan pemikiran kita, bukan ditangan mereka!
Berani dan bijaksana, jangan pesimis !!!
*Riwayat
At-Tirmidzi, no 2687 ; Hadith ini lemah dari sudut sanad ; Syeikh
Nasirudin al-Albani menyatakan bahawa hadith ini sangat lemah ;
bagaimanapun menurut Al-Qaradhawi, maksud hadith adalah tepat dan
disokong oleh dalil-dalil shohih dari al-quran dan hadith lain. Justeru,
ini boleh dipegang (Lihat : Thaqafatuna ; Bayna al-Infitah wal Inghilaq
, hlm 41)
No comments:
Post a Comment