Soalan: Apakah yang menyebabkan seseorang itu berani menyatakan kebenaran, ke satu tahap yang tidak dapat difikir oleh manusia?
Jawapan: Apabila dia amat-amat meyakini, bahawa ada kuasa lain yang lebih hebat akan melindunginya dan dia menuju kearah itu, iaitu Tuhan Pencipta manusia.
Apabila keyakinan itu sudah mantap dalam diri, maka perjuangan untuk kebenaran, untuk kebajikan, untuk keadilan, untuk keamanan bukan lagi bertujuan meraih undi manusia, tetapi hanya bertujuan meraih reda Allah.
Kita kata kita beriman dan yakin kepada Allah:-
Cubalah renung sedalam-dalamnya kedalam diri kita.........
1. Apakah benar ucapan ALLAH HU AKBAR (Allah Maha Besar) kita telah realisasikan dalam kehidupan?
2. Apakah benar ucapan SUBAHANALLAH (Maha Suci Allah) telah kita terjemahkan menjadi kenyataan?
3. Apakah benar ucapan ALHAMDULILLAH (Segala Puji Hanya Kepada Allah) telah kita laksanakan?
Jawablah persoalan itu dengan penuh keinsafan, apabila 3 frasa ringkas itupun kita belum dapat sempurnakan tuntutannya, maka bagaimanakah untuk menghadapi kezaliman dan keruntuhan akhlak pimpinan hanya peringkat lokal disekeliling kita.
Walaupun begitu, kita masih belum terlambat. Usahalah untuk mencapai iman yang bukan sekadar di lidah, tetapi dipemikiran dan dihati yang akan kemudian diterjemah apabila ianya diperlukan. Seperti yang berlaku kepada manusia pemberani yang bernama Ahmadinejad, Presiden Iran. Ikuti ucapannya di UN pada 23 September 2010 baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment