Wednesday, August 4, 2010

DR. ZUL........ AYUH HUNUSKAN SENJATA BARU KITA!!!

Entah apa, tiba-tiba teringat aku kepada Dr. Zulkifli Ahmad, Pengerusi Lajnah Seni dan Budaya, Lajnah yang di ketuainya ini adalah Lajnah yang baru di tubuhkan oleh PAS.
Pelancarannya telah dilakukan semasa Muktamar yang lalu. Lihat muka beliau bukanlah muka orang seni, tetapi muka seorang pemikir dan penyelidik. Racun pun dia selidik, inikan pulak manusia.

Tetapi, bila bersama PAS letaklah dimana, insyaAllah menjadi, walaupun ada sinis dari sahabat-sahabat ketika beliau dijemput memberi ucap utama dalam program Mobilisasi Demokrasi baru-baru ini.

Ketika beliau memberikan fakta-fakta berkaitan pola pilihanraya di Malaysia yang telah dikajinya dan mengulas mengenai erti demokrasi menurut kacamata Al-Quran.

Ada suara gurauan yang mengusik, "Letak orang tak kena tempat tu.. sepatutnya bukan pegang Lajnah Seni Sheikh.....". Beliau hanya tersenyum dan meneruskan kupasannya dengan serius, yang kadang-kadang diselang seli cuitan kepada hadirin.

Harapan ku, sebagai penyelidik beliau akan dapat mengkaji kemahuan generasi baru mengenai hiburan dan menampilkan satu hiburan alternatif yang sekarang kebanyakkan kuning lagi barat kepada satu hiburan kontemporari dengan acuan Islam. Lebih-lebih lagi dalam suasana bahang Pilihanraya Umum mula terasa kepanasannya, mencungkil bakat baru dan lama sekurang-kurangnya menghasil sebuah album yang mampu memberi motivasi kepada petugas PAS khususnya dan Pakatan Rakyat Amnya untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional serta mengajak seluruh rakyat bangun menumbang rejim BN.

Jika di Lubnan, Parti Hezbollah, walaupun dalam keadaan bertempur bertarung nyawa dengan Israel, masih mampu mengadun nasyid-nasyid yang mampu menyemarak perjuangan tentera mereka menentang penindasan.

Tonton dan dengarlah salah satu nasyid Hezbollah yang mencerita kehebatan Saidina Ali, yang di gelar oleh Rasulullah s.a.w sebagai Haidar (Singa) yang mempunyai pedang bernama Zulfikar, antara yang menjadi pendorong mereka menentang kekejaman Israel dengan mengingatkan ketangkasan Saidina Ali di medan tempur.



Alangkah sedapnya jika kita ada nasyid mengenai pilihanraya, kewajipan mengundi, hak rakyat, BN rasuah dan sebagainya. Semoga nasyid versi PAS akan menjadi top dan meletup-letup ke seluruh pelusuk negara dari Perlis hingga ke Sabah yang akan menjadi alunan zikir setiap penentang kebobrokan UMNO/BN sehingga ia tersungkur dengan senjata baru PAS ini.

Dan senjata itu, sekarang berada ditangan Dr. Zulkifli Ahmad, Pengerusi Lajnah Seni dan Budaya, PAS Pusat.

Semoga berjaya dihunus oleh Dr. Zul, dalam masa terdekat. InsyaAllah.

5 comments:

golongan 30an pas said...

abg aris

terus terang saya katakan,saya telah mengikuiti perkembanagn dr zul sejak saya mula mengenal pas tahun 98(ya selepas episod itu).
saya suka sangat baca apa2 bahan dari dr zul,apabila dr zul di letakan sebagai pengarah penyelidikan pas puat,saya sungguh berbangga kerana komen2 positif dr pelbagai kaum terhadap tulisan,idea dan analisanya.

tapi malangnya sejak kes perpaduang timbul,habis pakar2 ini di sunyikan dan di lantik perpadaung2 sana sini ke jawatan lantikan di pusat termasuk pengarah penyelidikan sekarang yakni ustaz abd rahman(saya pun kenal dulu ngajar di U bangi.infact ketua gerak saraf pusat pun di perpaduangkan kepada ustaz ABC.

sejak itu saya sudah tawakuf dan cuma melihat dari luar.tidak lagi aktif kerana pendapat grass root tidak di hiraukan malah di ketepikan pemimpin yg lantang bersuara bagi pihak grass root.


ya saya dari selangor.

ALI MAIDIN said...

memang ada konspirasi "mengsenikan" Dr Zul supaya beliau berkhayal dengan nasyid supaya mudahlah "puak tu" berzina dengan Umno!!!!!!

walausiapapunaku said...

Aikkk...biaq betui!!

Kenapa semasa Al-Marhum Ustaz Fadhil masih ada, Saudar Zul hanya diletak Pengarah Penyelidikan Pas Pusat di bawah bidang kuasa Presiden sahaja tidak dilantik diketengahkan sebagai Ajk Pas Pusat sekian lama? Beliau menjadi Ajk sejurus selepas Al-Marhum sudah tiada lagi.

Pasti ada sesuatu yg Al-Marhum tahu dan mungkin tidak semua dari kita mengetahuinya.

Fikir2kan!

Anonymous said...

sapa ? Abu Iman? sapa tu? pengasas?...oooo...JIM...besa dengaq!

ermmm...gitu! patut la...!!

ok bro...tq!..clear..clear!~!

Anonymous said...

Duk tunggu Dr Zul apa lagi.Awat di Kedah ni tak dak orang dah ka.Yang berlambak duk ada tu duk taruh wat apa.