Saturday, August 21, 2010

Setelah Menghayati Cerita Dalam Surah Yaasiin Aku Wajib Mempertahan TG Nik Aziz

Hayatilah Bacaan Surah Yaasiin ayat 13- 32 oleh Sheikh Sadaqat Ali

Mengisahkan zaman pemerintahan seorang raja bernama Anticus dalam wilayah Turki. Rakyat negeri itu diutuskan 2 orang Rasul dan selepas itu diutus pula seorang lagi untuk menyeru agar menerima perintah Allah, tetapi di tolak oleh rakyat negeri mentah-mentah sehingga hendak membunuh ketiga-tiga Rasul itu.

Ketika itu datanglah seorang lelaki dari hujung negeri meleraikan cubaan membunuh itu, dan menjelaskan bahawa para rasul ini tidak pernah meminta upah dan menerangkan dengan cukup jelas dakwah yang disampaikan.

Rakyat negeri terus mengerumuninya, sehingga beliau terjatuh dan akhir beliau dinjak sehingga terburai perutnya. Lalu mati.

InsyaAllah, Aku sanggup mempertahan Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat dan apa yang diperkatakan mengenai hudud dalam usaha membalas kenyataan Karpal Sigh dan olokkan pemimpin UMNO sama seperti lelaki dari hujung negeri dalam surah Yaasiin itu.

Untuk ahli UMNO apa yang diperkatakan oleh TG Nik Aziz, bukan lagi atas sentimen kepartian, walaupun Karpal adalah dari DAP sekutu Pakatan Rakyat. tetapi perkara itu adalah kebenaran yang perlu disampaikan kepada siapa sahaja.

Amat malang jika pemimpin UMNO dan ahli UMNO bertepuk tangan seolah-olah Pakatan Rakyat akan berpecah, tanpa berfikir untuk mencari satu usaha yang serius menjelaskan kepada orang bukan Islam mengenai keadilan peraturan yang turunkan oleh Allah swt sehingga mereka menerimanya

Apakah pemimpin dan ahli UMNO, jika turut berada di zaman nabi yang diceritakan di dalam surah Yaasiin itu akan turut sama menginjak perut lelaki dari hujung negeri yang mempertahankan 3 orang rasul sehingga terburai perutnya???

Perkara peraturan Allah bukan sentimen kepartian, tetapi ia merentasi segala sempadan............... menuju ke sempadan akhirat.

Lebih anih lagi..... jika ada pemimpin dan ahli UMNO membaca surah Yaasiin sekurang-kurangnya setiap malam Jumaat, dan ada setengah menghafalnya... namun tidak pernah mahu menghayati kisah yang diceritakan untuk menjadi pedoman dalam kehidupan di dunia yang sementara ini.

Mengapakah liat sangat untuk mengarahkan polis dan jabatan penjara memberi kerjasama merealisasikan perlaksanaan Hukum Allah yang adil di Kelantan?



وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلاً أَصْحَابَ الْقَرْيَةِ إِذْ جَاءهَا الْمُرْسَلُونَ

[13] Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),

إِذْ أَرْسَلْنَا إِلَيْهِمُ اثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوا إِنَّا إِلَيْكُم مُّرْسَلُونَ

[14] Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.

قَالُوا مَا أَنتُمْ إِلاَّ بَشَرٌ مِّثْلُنَا وَمَا أَنزَلَ الرَّحْمن مِن شَيْءٍ إِنْ أَنتُمْ إِلاَّ تَكْذِبُونَ

[15] Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".

قَالُوا رَبُّنَا يَعْلَمُ إِنَّا إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ

[16] Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,

وَمَا عَلَيْنَا إِلاَّ الْبَلاَغُ الْمُبِينُ

[17] "Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".

قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِن لَّمْ تَنتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُم مِّنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ

[18] Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".

قَالُوا طَائِرُكُمْ مَعَكُمْ أَئِن ذُكِّرْتُم بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ

[19] Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".

وَجَاء مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ
[20] Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
اتَّبِعُوا مَن لاَّ يَسْأَلُكُمْ أَجْراً وَهُم مُّهْتَدُونَ

[21] "Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".

وَمَا لِي لاَ أَعْبُدُ الَّذِي فَطَرَنِي وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

[22] Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?

أَأَتَّخِذُ مِن دُونِهِ آلِهَةً إِن يُرِدْنِ الرَّحْمَن بِضُرٍّ لاَّ تُغْنِ عَنِّي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئاً وَلاَ يُنقِذُونِ

[23] "Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.

إِنِّي إِذاً لَّفِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ

[24] "Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.

إِنِّي آمَنتُ بِرَبِّكُمْ فَاسْمَعُونِ

[25] "Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",.

قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ قَالَ يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ

[26] (Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -

بِمَا غَفَرَ لِي رَبِّي وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُكْرَمِينَ

[27] "Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan".

وَمَا أَنزَلْنَا عَلَى قَوْمِهِ مِن بَعْدِهِ مِنْ جُندٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَمَا كُنَّا مُنزِلِينَ

[28] Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.

إِن كَانَتْ إِلاَّ صَيْحَةً وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ خَامِدُونَ

[29] (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.

يَا حَسْرَةً عَلَى الْعِبَادِ مَا يَأْتِيهِم مِّن رَّسُولٍ إِلاَّ كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُون

[30] Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.

أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّنْ الْقُرُونِ أَنَّهُمْ إِلَيْهِمْ لاَ يَرْجِعُونَ

[31] Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan).

وَإِن كُلٌّ لَّمَّا جَمِيعٌ لَّدَيْنَا مُحْضَرُونَ

[32] Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).