11 hari lagi, kita akan menyambut 1 syawal. Tiba-tiba terlihat iklan, jualan murah pada 10 sehari berturut-turut sehingga malam raya seperti berikut: Baju kanak-kanak sehelai RM1.00, minyak masak sebotol 5 liter RM1.00, beras cap rambutan 10 kg RM1.00, Kuih-mueh sebalang RM0.50 dan lain-lain lagi bahan keperluan yang dijual luarbiasa murahnya - aku rasa akan pecah kedai yang membuat tawaran seperti itu, silap haribulan terpaksa panggil FRU.
Nah sekarang Allah swt menawarkan ganjaran bonus 1,000 bulan kepada sesiapa yang mendapat malam Lailatur Qadr.
Kejarlah ia sebagai bekalan perbelanjaan di kehidupan selepas mati nanti. Iaitu satu kehidupan yang kekal abadi.
ADUN Kubang Rotan, WR Mohd Nasir Mustaffa menawarkan pakej perlumbaan ini di 10 buah masjid dalam dun Kubang Rotan, ADUN Anak Bukit, YB Amirudin Hamzah menawarkan pakej Tetap di Masjid Putih Sungai Baru (Lama) dan ADUN Pengkalan Kundor, YB Phahrolrazi Zawawi menawarkan pakej pilihan di masjid-masjid dalam DUN Pengkalan Kundor.
Mungkinkah akan pecah masjid-masjid yang dinyatakan kerana manusia akan merebut bonus tersebut???.
Dengarlah iklan yang dirakam di dalam Surah Al-Qadr oleh Allah swt kepada kita semua. Iklan disampaikan oleh Abd Basit Abd Samad
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
[5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
No comments:
Post a Comment