Sunday, August 15, 2010

Aku Sokong Bakar Haq 100%

Copypaste dari: Penarik Beca

Walaupun saya tidak mempercayai agama Sikh, tetapi saya tidak berhak mencela apa-apa pun ajaran agama itu seperti kesh (rambut yang tidak dipotong), kanga (sikat), kara (gelang ditangan kanan), kirpan (pisau kecil yang tidaklah begitu tajam) dan kachha (seluar dalam pendek). Lebih dari itu, saya tidak boleh mencela dan menghina kitab suci agama Sikh, Guru Granth Sahib.

Tetapi semalam, dengan begitu kurang ajar dan biadab Karpal Singh berkata:
"Nik Aziz should realise we do not live in primitive times. In the present time and age, the punishment of stoning to death, which is a cruel and unjust punishment, does not, and cannot have a place" (lihat Malaysiakini semalam "Karpal locks horns with Nik Aziz over baby dumping")
Kalau Karpal hentam Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, itu saya tak payah jawab. Biar Nik Aziz jawab sendiri.

Masalahnya Karpal menghina hukum Islam - tidak kiralah sama ada hukum itu bersumber dari al-Quran atau hadith. Itu kurang ajar dan biadab yang keterlaluan.

Oleh kerana Karpal bukan beragama Islam, takkan nak berhujjah guna nas-nas dalam Islam pula. Dan, saya pun tidak peduli sama ada dia hormat atau tak hormat agama kita. Tetapi, mulut jangan kurang ajar.

Karpal hendaklah jangan kurang ajar dalam hak orang lain yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Perkara 11 (1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan, tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.

Walaupun tidak dilaksanakan, apa-apa hukum di dalam Islam adalah sebahagian dari amalan agama Islam (lihat ayat "berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya").

Saya peduli apa tafsiran orang-orang yang kononnya pakar. Kalau orang kata kefahaman saya mengenai Perkara 11(1) itu salah, itu pun tafsiran depa. Saya peduli apa. Kalau depa mengaji undang-undang dan pandai guna jargon undang-undang pun, belum tentu tafsiran depa betul dan muktamad. Tiap-tiap hari ada tafsiran yang berbeza.

Bagi kita yang beragama Islam, persoalan yang lebih besar yang mesti kita persoalkan ialah adakah perbuatan membuang bayi tidak primitif? Tidak kejam? Bersetubuh sana-sini tanpa ikatan perkahwinan tidak primitif? Tidak anti-sosial? Tidak zalim?

Adakah satu hari nanti bila bersepah-sepah anak luar nikah yang lahir dari perut anak perempuan orang atau dari perut bini orang yang bersetubuh dengan lelaki lain, itu semua tak zalim, tak primitif dan tak anti-sosial?

Adakah yang dikatakan adil, tidak primitif dan constitutional itu ialah kita mengizinkan wujudnya sehingga berpuluh-puluh juta anak luar nikah di dalam masyarakat kita? Bila kita mencapai persetujuan sedemikian, agaknya tidak adalah lagi sesiapa yang membuang bayi kerana masyarakakat telah menerimanya sebagai sesuatu yang bertamadun dan tidak primitif.

Dan, tidak adalah lagi keperluan kepada undang-undang seperti undang-undang Islam kerana masyarakat sudah mengiktiraf bahawa perbuatan bersetubuh sana-sini tanpa ikatan perkahwinan adalah perbuatan yang bertamadun yang sesuai dengan doktrin kebebasan memilih, hak demokratik dan hak asasi.

Persoalannya, adakah orang-orang yang lebih yakin kepada undang-undang Islam tidak ada tempat dalam doktrin kebebasan memilih, hak demokratik dan hak asasi.?

Saya tidak ada hak memilih undang-undang di dalam agama saya? Saya tidak ada hak memilih undang-undang yang diwajibkan oleh Tuhan saya, Pencipta saya?

Mengapa saya tidak ada hak, tidak boleh dan dilemparkan kata-kata kurang ajar dan biadab apabila saya memilih undang-undang Tuhan saya yang saya yakin lebih baik?

Islam tidak menjatuhkan hukuman dengan mudah - bukan main tuduh gitu-gitu lepas tu terus heret dan rejam dengan batu. Islam menyusahkan proses menjatuhkan hukuman. Contohnya, untuk membuktikan seseorang itu berzina memerlukan empat saksi yang dipercayai. Lantaklah kalau sesiapa yang rasa dia bagus sangat nak mempersendakan syarat itu. Yang penting, hukuman tidak boleh dijatuhkan dengan mudah untuk memastikan kezaliman tidak berlaku.

Bagi saya, saya hanya yakin kepada undang-undang yang bertuhankan Allah s.w.t.

Walaupun saya dipaksa patuh dan tidak dibenarkan memilih apa yang saya nak pilih (paksa macam tu bertamadun dan constitutional pulak), saya sama sekali tidak selesa dengan undang-undang yang mungkin dicipta oleh kaki-kaki mabuk atau kaki-kaki zina atau kaki pukul bini atau sekurang-kurangnya kaki-kaki berlagak yang jakun dengan dirinya sendiri yang kononnya pakar undang-undang.

Saya sama sekali tidak selesa dengan undang-undang yang bergantung kepada kepetahan si peguam berhujah atau lebih buruk lagi bergantung kepada kehendak Perdana Menteri jahat yang dipaksakan ke atas hakim yang bertuhankan gaji dan jawatannya.

Saya juga tidak peduli kalau orang-orang seperti Karpal rasa bagus sangat undang-undang yang mungkin dicipta oleh kaki-kaki botol atau kaki jahat jenis lain yang kononnya pakar undang-undang. Itu depa punya fasal.

Bagi mereka agama mereka, bagi saya agama saya. Tetapi, jangan kurang ajar!

3 comments:

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr said...

amat bersetuju dengan pendapat saudara...100% setuju

Anonymous said...

Bagi saya Karpal amat jauh dari mengenali Islam sebab pemimpin Islam sibok berpolitik hingga tak sempat mendakwah beliau sepatutunya menyampaikan dakwah kepada Karpal dan terangkan padanya tentang Islam dan berdoa agar di sendiri memelok Islam

Anonymous said...

Saya di fahamkan MB kedah ni Sama ada dia dah Over Dose dakwah atau Kurang di dakwah kan.KEDAH umpama di perentah ala Azizan baca
http://kedahsenget.blogspot.com