Thursday, December 31, 2009

Penarikbeca, Jiwo Kelate dan Perakkite.

Maksud Hadis:-

Dari Muawiyah bin al-Hakam As-Sulami, ia berkata:
Ketika aku sedang shalat bersama Rasulullah saw. tiba-tiba ada seorang yang bersin, maka aku berkata, “Semoga Allah merahmati mu.”
Kemudian orang-orang memandangku. Aku berkata, “Celakalah Ibumu, kenapa kalian memandang ku?”
Mereka kemudian memukul-mukul paha mereka. Ketika aku melihat mereka, ternyata mereka sedang menyuruhku untuk diam, dan aku pun diam.
Ketika Rasulullah saw. selesai shalat; demi Bapak dan Ibuku, sungguh aku belum pernah melihat —sebelum dan sesudah kejadiaan itu-– seorang pengajar yang lebih baik pengajarannya dari pada beliau. Demi Allah, beliau tidak membenciku, tidak memukulku, dan tidak memarahiku.
Beliau bersabda, “Sesungguhnya dalam shalat ini tidak layak ada sedikitpun perkataan manusia. Shalat ini hanyalah untuk bertasbih,bertakbir, dan membaca al-Quran.”
Hadis Riwayat Muslim.

Maksud Al-Quran:-

"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai- Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."
(Al-Mâidah: 54).

Tidak mungkin penarik beca (Abu Bakar Rashid), Jiwo Kelate (Wan Johari) dan Perakkite (tak ingat namanya) ingin memporak perandakan PAS dan perjuangan Islam yang mereka dokongi.

Adalah tidak manis perkataan yang agak keterlaluan dikeluarkan kepada mereka, walaupun kadang-kadang mereka juga dilihat agak keterlaluan (mungkin?) dalam penulisan.

Bagiku penulisan mereka terjadi begitu, bukan kerana apa...... tetapi ialah kerana sayangkan perjuangan Islam yang mereka dokongi. Samaada teguran itu kita anggap sebagai beruang sayangkan tuannya apabila melihat lalat hinggap dihidung tuannya yang sedang tidur dengan nyenyak, maka beruang itu kerana terlalu kesian kepada tuannya kerana diganggu lalat, lalu menampar lalat tersebut. lalat terbang... muka tuannya yang terkena tamparannya, sehingga menyebabkan terkejut dari dibuai mimpi yang indah dan kembali kealam realiti.

Adalah tidak patut, tuan yang cerdik itu menghambur caci nista kepada beruangnya, yang sudah semesti bodoh dari tuannya. Dan adalah tidak cerdik lagi jika tuannya bergusti dengan beruang itu yang sudah tentu tuan beruang akan kalah, kecuali mengambil senapang dan menembak tepat kejantung beruang tersebut. Namun adakah patut perbuatan hendak menyelamat tuan sendiri dibalas dengan hukum bunuh?.

Sesesungguhnya, kata-kata lebih tajam dan berbisa dari pedang yang tajam. Lebih-lebih lagi dari tuan yang dikasihi.

Peribahasa mengatakan,
1. "Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia?..........."
2. "Menutup bangkai gajah dengan nyiru................"
3. "Tiada angin masakan pohon bergoyang............"
4. "Bila kentut bau taik"
5. "Sapa berak tengah jalan........... ooooooiiiiii!!!!!!" tak dak sapa mengaku............

Oleh itu buatlah beratus konvensyen blogger sekalipun, apabila kualiti kita sudah semakin luntur, mana mungkin blogger akan mengatakan kualiti kita baik.

Perbaikilah kualiti kepimpinan, insyaAllah tanpa disuruh, diarah, diajak, dipengaruhi, dipujuk, mereka akan mengangkat setinggi-tingginya.

Sesunguhnya hikmah yang paling besar mengapa Junjungan Mulia Muhammad saw hanya memerintah selama 10 tahun di Madinah.

Kepada Penarikbeca, Jiwo Kelate dan Perak Kite, ungkap mudah tapi payah untuk dipraktikan yang aku persembahkan kepada kamu ialah, "Sabar".

Bukan kamu-kamu sahaja yang pernah kena seperti itu, bahkan aku dan kawan seperjuangan seluruh PAS Kedah pernah di tuduh bodoh termasuklah Al-Marhum Ustaz Fadzil Nor, kerana hanya menang 1 kerusi (Bukit Raya) pada tahun 1990.

Ungkapan yang masih tergiang hingga sekarang dalam majlis ceramah Perasmian dihadapan puluhan ribu muslimin dan muslimat, di Memali ketika menyambut Hari Suhada Memali, aku jadi Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan Setiausaha program masa tu. Haji Najib Fahmi dan Pak Cop Husin sudah tentu masih ingat.

Sudahlah kami menghadapi kesedihan dari 3 kerusi 1986 hanya tinggal satu kerusi, tiba dikatakan "Nak menang macam mana, dah bodoh!"

Kami telan perkara itu ketika itu, dan luah sesama kami selepas majlis.

Aku luah kepada kamu-kamu khusus sekarang untuk membuktikan bahawa perlu perkataan yang aku sebut di atas "SABAR!!!". Kerana ada sisi-sisi kebaikan lain yang banyak berbanding dengan lembutnya lidah untuk mengeluarkan kata yang lebih bisa dari sembilu.

Maaf, stop ............ isteri suruh beli nasi lemak, jam 7.45 pagi.

4 comments:

pemerhati PAS said...

mcm mane pulak dgn Tulang Besi @ Rahman Talib ?

AnakKedah said...

SAPA YG MULUT HEBIAQ TU PAK ARIS...
Habaq Mai Sini Sama kita pakat2 nilai yg dok kata orang BODOH tuu...

Anonymous said...

Pemerhati pas , ya la dah bodo kata bodo la,pak cup jadi su perhubungan tak kan cerdik,bodek saja kuat, tak da innovasi dan kreativiti

Anonymous said...

Aku pun pernah dengar ungkapan PAS Kedah bodoh... Selepas kata-kata itulah yg menyebabkan PAS Kedah terasa berdesing di telinga dan mula bangun dari tidur dan seterusnya menang dalam pilihanraya umum yg lalu.. tak gitu Aris Awang? Awat tak bodo.... asyik duk salahkan UMNO sahaja. Duk kata UMNO asyik tipu kita. So .. kalau asyik kena tipu bermakna org bodoh sahaja asyik kena tipu... tak gitu Aris Kedah? Pedih telinga la... yg hang duk kata kat pemimpin tak pedih ka? Pemimpin tegur tu bukannya marah, tapi kerana sayanggggg dekat hang dan PAS. Kalau duk bodek saja, tunggulah saat kehancurannya!