Secara rasmi saya selaku individu rakyat dunia, mengucapkan sekalung tahniah kepada wakil tetap Malaysia ke PBB di Vienna, Austria yang mengundi menentang usaha Lembaga Gabenor IAEA menyekat pembangunan nuklear Iran untuk tujuan menjana tenaga gantian di negara mereka.
Dalam mesyuaratnya pada 27 November lalu, Lembaga Gabenor IAEA meluluskan resolusi bertajuk "Resolution on Implementation of the Nuclear Non-Proliferation Treaty (NPT) Safeguards Agreement and relevant provisions of United Nation''s Security Council (UNSC) resolutions, 1737 (2006); 1747 (2007); 1803 (2008) and 1835 (2008) in the Islamic Republic of Iran" (Resolusi Mengenai Pelaksanaan Triti Pengawalan Nuklear (NPT) Perjanjian Perlindungan dan peruntukan berkaitan resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) 1737 (2006); 1747 (2007); 1803 (2008) dan 1835 (2008) di Republik Islam Iran) yang dibentangkan Jerman dan disokong 25 negara anggota IAEA.
Malaysia bersama-sama Cuba dan Venezuela mengundi menentang resolusi itu manakala enam negara lain berkecuali.
Wakil tetap Malaysia di PBB tersebut telah menunjukkan sikap sebenar beliau sebagai warga dunia yang merdeka, beliau tidak gentar dan takut untuk terus tunduk kepada tekanan kuasa besar dunia terutama Amerika yang mempunyai berpuluh-puluh loji nuklear rahsia mereka yang tidak pernah pun diperiksa dan dipertikai oleh IAEA.
Tahniah kepada wakil tetap Malaysia ke PBB, walaupun mungkin undian beliau telah menyebabkan beliau dipanggil pulang oleh Wisma Putra.
1 comment:
syabas!melonjak integreti Malaysia walaupun wisma putra kecut kat amerika
Post a Comment