Thursday, November 5, 2009

BERTEMU PROF. ZULKIFLI MOHAMMAD TAHUN 2009 DALAM UCAPANNYA 45 TAHUN LALU

Diwaktu Saidina Abu Bakar menjadi Khalifah Rasulullah saw, dia telah berkata, "Wahai manusia telah dijadikan aku ketua (Khalifah) bagi kamu tetapi aku tidaklah paling-paling baik daripada kamu".

Beginilah kita pada hari ini kita telah dipilih rakyat, tetapi itu tidaklah bermakna kita yang paling baik sekali diantara rakyat semua. Tetapi ini adalah satu nikmat yang diberikan oleh Tuhan supaya kita fikir ini adalah satu kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kita yang mesti kita pikul dan tunaikan kewajipan-kewajipannya.

Tuan-tuan yang mulia, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan-tuan atas kejayaan tuan-tuan mendapat kepercayaan rakyat dan nikmat kepercayaan itu yang akan membolehkan tuan-tuan berkhidmat pula kepada rakyat, di dalam ertikata melaksanakan hukum Allah Ta'ala dan menjunjung kedaulatan bangsa kita yang menjadi bumiputera negeri ini.

Tuan-tuan yang mulia, kalau kita lihat kepada Quran, maka dia berkata, "Mereka yang menolong Allah itu, ialah apabila mereka Kami menang mereka dibumi Allah, maka didirikan mereka akan sembahyang, akan agama Allah diberikan mereka akan zakat, akan khidmat-khidmat masyarakat, yang menyuruh mereka dengan kebajikan dan mencegah mereka akan kejahatan.

Dengan ayat-ayat ini dapatlah tuan-tuan membayangkan, bahawa orang yang ditolong oleh Allah swt itu tugasnya telah dinyatakan oleh Quran, menjaga kedaulatan Agama, menjaga perkhidmatan-perkhidmatan masyarakat, melakukan sesuatu yang baik dan mencegah sesuatu yang jahat. Tidak payah kita belajar jauh, tidak payah kita mengkaji masalah-masalah yang dalam, cukup sudah empat peranan yang diberikan oleh Tuhan kepada kita, untuk kita amalkan sebagai seorang yang telah mendapat nikmat kepercayaan rakyat sebagai wakil rakyat ini.

Tuan-tuan sekelian, khalifah-kahlifah Islam yang dahulu dari kita telah menjalankan tugas-tugas negara dengan serba payah dan keikhlasan yang patut kita ketahui. Kalau sudah terluput kita 5 tahun dahulu bagi orang yang telah lama dan kalau telah terluput bagi mengenalinya bagi ahli-ahli yang baru, maka saya tanamkan satu kesalahan yang besar kepada kita yang menjadi wakil rakyat Persatuan Islam SeTanah Melayu ini masih tidak mahu mendekatkan dirinya kepada semangat-semangat pentadbiran Islam, semangat-semangat negara Islam, semangat-semangat wilayah Islam yang telah diberikan kepada kita, saya tahu ada diantara kita yang telah menang dalam tahun 1959 telah tidak sempat mengambil pentadbiran Islam dalam memahaminya, saya tidak katakan dalam melaksanakannya lagi , tetapi di dalam memahaminya.

Maka saya minta tuan-tuan menerima cabaran Tuhan, iaitu jangan dijalan sesuatu kerja, sekiranya kita tidak tahu apa yang hendak kita dijalankan itu, jadikanlah kewajipan tuan-tuan mulai dari hari ini, mengkaji pengajaran Islam supaya tuan-tuan dapat memikul kewajipan tuan-tuan sebagai seorang yang tahu apa yang diajar oleh Islam.

Jangan ada seorangpun yang takbur, merasakan dirinya sudah pandai, bahawa dirinya sudah tahu apa pengajaran Islam, bahawa dirinya tidak perlu diajar oleh sesiapa, kerana dia telah menjadi Wakil Rakyat. Dia perlu mendekatkan dirinya dengan Al-Quran, dengan buku-buku Islam, dengan hadis-hadis nabi Muhammad saw, dengan sejarah-sejarah Islam, supaya kita sentiasa ingat kepada Tuhan.

Tuan-tuan yang mulia, boleh jadi ada diantara kita yang menyangka bahawa Tuhan tidak menyifat kita atas kewajipan kita ini, boleh jadi ada diantara kita yang memandang bahawa masalah yang ada dihadapan kita ini adalah masalah pilihanraya, masalah menjaga kedudukan kerajaan, masalah menjaga hati rakyat, masalah menjaga lebih buruk lagi menjaga kepentingan diri sendiri. Maka saya berharap pada hari ini supaya kita sahut seruan ini, dan kita putuskan dihati kita dan kita jadikan bahawa kita ini petugas-petugas yang diamanahkan oleh Tuhan untuk melaksanakan kewajipan yang Maha Suci, kewajipan yang belum di dapat oleh berapa ribu million manusia peluang untuk berbuat demikian sejak zaman-zaman berzaman hingga hari ini.

Kita meminta rakyat mengundi kita, kita meminta mereka mempercayai kita. Bukan dengan janji-janji khidmat, tetapi dengan janji-janji akan menjalankan hukum Tuhan. Tuhan yang kita sembah, Tuhan yang merenung apa yang kita buat tiap-tiap hari, Tuhan yang memerhatikan kesungguhan hati kita, sebelum kesungguhan perbuatan kita. Inilah saudara-saudara kedudukan kita pada hari ini satu kedudukan yang sungguh dan benar, suatu kedudukan yang bukan dibuat-buat, tetapi sesuatu kedudukan yang memang kita kehandaki supaya Tuhan berikan kepada kita, maka janganlah kita lepaskan peluang ini, dengan kelengahan dan kelalaian, dengan lupa dengan apa yang ada kepada kita ini dan menjadikan apa yang kita dapat ini sebagai satu nikmat yang datang dan lalu, sebab kita ini saudara-saudara akan menghadapi Tuhan.

Marilah kita jadi kesungguhan perjuangan ini satu Motto bagi kita, marilah kita jadi perjuangan menegakkan Islam ini tidak kerja main-main, tidak kerja pilihanraya, bahkan tidak kerja Persatuan Islam SeTanah Melayu, tetapi kerja kita sebagai seorang Islam yang telah mendapat nikmat dari Tuhan bahawa kita telah dipercayai oleh rakyat untuk menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

Ya, saudara-saudara, saya tidak mengingati bahawa hanya kita sahaja yang dapat menyelamatkan dunia ini, tetapi perlu kita akui hanya kita yang telah mendapat peluang untuk berbuat demikian.

Orang di Mesir tidak dapat lagi menjalankan pemerintahan atas nama menjalankan atas cita-cita Islam, orang di negara Arab masing dikongkong, dan bermillion manusia Islam masih belum dapat lagi nikmat tegak dengan sokongan rakyat bagi menjalankan cita-cita Islam. Tetapi kita saudara-saudara telah diberi Tuhan nikmat seperti itu.

Maka marilah kita terima cabaran Tuhan ini, memohon kepada Tuhan supaya kita dibernya taufik dan hidayat, supaya sentiasa kita diberi inyatNya, bagi menjalankan apa yang diwajibkanNya kepada kita. Percayalah saudara-saudara, bahawa saya dan saudara-saudara akan gagal dalam kerja ini kalau kita tidak mahu memperdampingkan diri kita pada Islam.


Sehingga sekarang baru 13 minit 22 saat ucapan Prof Zulkifli Mohammad dari keseluruhan 47 minit 32 saat yang sempat aku salinan perkataan demi perkataan - ucapannya cukup relevan dengan keadaan yang kita sedang alami sekarang ini.

Ucapan yang disampaikan kepada semua wakil rakyat PAS Kelantan dalam tahun 1964, sebelum mengadap Tuhan (seperti yang disebut dalam ucapannya) selepas itu kerana kemalangan jalan raya.

1 comment:

joe penang said...

bleh jual ka dlm btk mp3 kat tempat2 ceramah. x pun bg download dr internet. Panduan terutama dalam krisis kes UG nih