Tuesday, October 13, 2009

TAHNIAH PAS NEGERI SEMBILAN DAN JOHOR

Saya mengucapkan tahniah kepada PAS Negeri Sembilan dan PAS Negeri Johor, kerana berjaya bertugas dengan baik. Tidak dilupakan kepada kepada petugas PAS dari Negeri Kedah dan kawasan-kawasan seluruh Kedah yang diwajibkan menghantar 2 orang petugas setiap kawasan.

Tahniah, kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Saudara Zulkifli Mohammad Omar yang juga calon PAS yang amat komited dengan perjuangan Islam beserta isterinya yang tercinta. Sentiasa tersenyum walaupun dalam keadaan yang cukup tertekan.

Tahniah kepada Yang DiPertua PAS Kawasan Jempol, Saudara Hj Abd Rahman dengan petugasnya yang tangkas dan penuh iltizam - terutama nama yang mudah diingati iaitu Mohd Khomenei Ali Napiah - seorang hitam manis yang mudah tersenyum. Arahlah kemana sahaja dengan pantas akan menunaikan tugasnya.

Tahniah kepada Kapten (B) Zamri Ibrahim, Ustaz Azizan Hamzah, Rosli Darus, Shukri Ahmad, Azman IT, dan lain petugas JPN Kedah yang sentiasa serius melaksanakan amanah yang dibebankan kepada mereka, tidur tak ketahuan tempat dan waktu sepanjang 10 hari kempen.

Tahniah kepada Ustaz Halim, Mat Nox Kubang Jawi, Mat Ali petugas tetap PAS Kawasan Kuala Kedah yang diberi tugas menjaga keselamatan yang sentiasa tak selamat dan sehingga saat akhir Mat Nox kubang Jawi telah diamanah sebagai Counting Agent di saluran 2 Daerah Mengundi Si Rusa.

Tahniah khusus, kepada Lee Hock Seng, seorang China tua, kapiax pulak tu, yang datang bertugas bersama kontijen Kuala Kedah. Telah menyewa basikal tua, membawa risalah berkempen di kawasan Cina seluruh Bagan Pinang dengan penuh semangat. Tiap-tiap hari telefon bagi laporan perkembangan, walaupun kurang fasih berbahasa. Tapi komitmen beliau sepatut memberi tamparan hebat kepada kita, yang mengaku Tuhan ada, Syurga ada dan tahu dosa pahala.

Tahniah kepada petugas PAS dari Negeri Johor, antara yang aku jumpa telah diamanahkan bertugas di Kampung Isa sendiri, palinglah kiri ke kanan ke, belakang ke depan ke semua saudara mara dia, itulah tempat yang diberikan kepada mereka bersama dengan 2 orang petugas dari Pokok Sena, bayangkan pengundi Melayu di situ ada 700 orang lebih, ahli PAS hanya ada seorang. Tetapi usaha telah dilakukan untuk pergi dari rumah-kerumah menyampaikan mesej PAS dan akhirnya dapat dikesan dari 700 orang Melayu, disitu hanya 20 orang yang sanggup menyatakan secara terang bahawa akan mengundi PAS. Kali pertama bendera PAS dapat dipasang sehingga ke pagi hari mengundi sejak 50 tahun dahulu.

Tahniah kepada semua petugas dari mana negeri, kawasan dan kampung yang telah datang berkampung di Bagan Pinang demi tujuan dakwah dan perjuangan yang kita dokongi iaitu Islam.

Oleh itu, semoga semua usaha samada besar, kecil, sederhana kita serahkanlah kepada Allah untuk membalasnya. Semoga kita semua ikhlas untuk agamaNya (Mukhlisin na lahud Deen).

Pilihanraya kecil Bagan Pinang ini, adalah satu hikmah besar kepada PAS Negeri Sembilan untuk menggunakan kesempatan yang ada ini memperkukuh kekuatan asas PAS di Bagan Pinang khususnya dan Negeri Sembilan amnya. Adalah tidak menasabah melalui lojik akal hanya dengan 2 cawangan PAS di Bagan Pinang kita akan mampu merebut kerusi ini dalam pilihanraya yang akan datang, kecuali berlaku sesuatu yang luar biasa atau seuatu 'miracle'.

Aku bertanya, kepada Bang Mat Sabu, ketika beliau berehat selepas merayu undi di hari mengundi , Bang Mat nampak macamana?

Beliau menjawab, "Kalau menang, Cikgu Wan Rahim Kelantan kena lari telanjang, kerana beliau ialah pakar Pilihanraya PAS, ...... ana dok bimbang majoriti BN meningkat!!!".

Dari segi memberi motivasi kepada petugas ketika kempen pilihanraya memanglah tidak boleh sama sekali dikeluarkan perkataan kita akan kalah, tetapi selepas pilihanraya kita mesti melihat bahawa adalah tidak lojik dengan 2 cawangan PAS dan beberapa ratus orang ahli mampu untuk melakukan perubahan besar dalam sesuatu pilihanraya.

Oleh itu, kekuatan asas iaitu kerja-kerja penambahan ahli PAS mestilah menjadi agenda utama PAS Kawasan Telok Kemang dan meletakkan target sekurang-kurangnya 1 daerah mengundi mempunyai 1 cawangan adalah perkara wajib. Usah menoleh kekiri dan kanan untuk mendengar panggilan dan celaan orang yang mencela, teruskan tekad perjuangan kita membawa Fasal 5 Perlembagaan PAS kepada seluruh rakyat Telok Kemang untuk menerima perjuangan kita, yang tidak mungkin disampaikan dalam masa 10 hari, kerana ia melibatkan program umum dan khusus seperti ceramah, kuliah, seminar, kolokium, tamrin, usrah, qiamullail, dakwah fardiyyah, kebajikan, masalah masyarakat dan berbagai pendekatan.

Masa kita masih ada, gunakanlah 2 tahun berbaki ini untuk mempertingkat kekuatan asas parti bagi PAS Kawasan Telok Kemang. Jangan malu perjuangan kita adalah benar, keluarlah membersihkan poster, sepanduk dan banner yang digantung semasa kempen, selesaikan segala hutang piutang, tekadkan azam untuk terusmembawa perjuangan Islam yang suci dan syumul ini melalui wadah Parti Islam SeMalaysia PAS.

Batu asas yang kukuh telah diletakkan oleh seluruh petugas PAS dari seluruh negara di setiap kampung di Bagan Pinang, sudah tentu ada hati-hati yang telah tertarik dengan akhlak dan tingkah laku pemuda dan muslimat PAS samada penamaan calon, semasa kempen dan hari penamaan calon.

Doa Ustaz Idris, yang menyentuh perasaan ditengah terik matahari petang ketika menutup tirai hari mengundi pada jam 4.50 petang di Daerah Mengundi Si Rusa akan menjadi inspirasi kepada petugas untuk bekerja kerana Allah, demi Allah dan untuk Allah. Petugas UMNO/BN dan Polis yang bertugas Alhamdulillah juga terpanggil untuk mengaminkan doa tersebut yang akan dibuka pintu hati mereka setelah balik ke tempat masing-masing.

1 comment:

Paksu Ki said...

This is real comment from the good man