"Malang sunggoh orang PAS, dipimpin oleh pimpinan bodo sombong, semua masalah kecaq dalam blog dan media" begitulah satu SMS yang aku terima.
Sebaik sahaja aku terima SMS itu aku terus balas kembali, berbunyi seperti berikut: "Akhir zaman......... zaman dah berubah.... teruskan perjuangan".
Bagi ku, sudah tentu SMS itu dari seorang ahli PAS yang cukup tulus ikhlas berjuang untuk mencapai cita-cita perjuangan menegakkan keadilan Islam di atas muka bumi Allah swt ini dan mencapai keredhaan Allah swt diakhirat nanti, tanpa ada niat dan hasrat tersembunyi lain sedikit pun dalam hatinya.
Oleh itu, pemuda dan pemudi ku,
Inilah aset bernilai yang dipunyai oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS), seperti pernah Al-Marhum Ustaz Suhaimi Hj Ahmad (yang digelar Pak Kiyai oleh Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor satu ketika dulu dalam Muktamar Tahunan PAS) mengatakan, "Areh.... aku kalau tak pasai ahli PAS yang berjuang dengan tulus ikhlas, bersungguh, tidak mengharap lain selain dari kerahmatan dan kerahiman Allah di dunia dan di akhirat ini, dan aku hanya melihat kepada kelaku kelayak pemimpin PAS yang setengah macam hawaq sudah lama aku menyebai dan tinggai PAS.... masuk UMNO macam abang aku."
Sedarlah kita mempunyai aset yang cukup bernilai tinggi, yang tidak dipunyai oleh mana-mana parti pun atas muka bumi Malaysia ini. Iaitu ahli yang tulus ikhlas tujuan perjuangan mereka hanyalah kepada perjuangan yang suci yang termaktub di dalam perlembagaan PAS dicapai. Janganlah dek kerana kealpaan ini kita, telah melupakan ahli dan seterusnya kita hanyut dan dipesongkan halatuju sebenar perjuangan.
Kita juga harus sedar bahawa zaman telah berubah, jika zaman dulu orang bersembang di beranda rumah sambil mencari kutu, selepas itu zaman berubah lagi orang bersembang di kedai kopi, zaman berubah lagi orang berbual melalui telefon talian tetap, zaman berubah lagi orang bersembang melalui handphone, zaman berubah lagi orang berbalas pantun melalui SMS, dan zaman terus berubah orang bersembang melalui email dan seterusnya melalui blog yang boleh dikomen.
Kalau dulu kecaq masalah diberanda rumah, lepas itu kecaq masalah di kedai kopi dan sebagainya seperti perenggan di atas, maka sekarang sudah tentulah sedikit sebanyak masalah akan dikecaq diblog. Kita harus faham jika kita tidak menjawab, mengemukakan pandangan di dalam blog dan duduk senyap dik, tak ulas apa kerana kita jadi pimpinan kerana takut orang kata bodo dan sombong, sedang beribu blog lain telah menghandoh (menghentam) PAS bertalu-talu dari kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah. Oleh itu sebagai sebuah jamaah dakwah dan parti politik maka sebagai pimpinan PAS perlu mengeluarkan pandangan agar ahli yang ikhlas akan dapat meneliti pandangan yang diutarakan dengan penuh saksama.
.......... maaf terpaksa berhenti, kerana ada hal.......... nanti sambung balik.
2 comments:
Nasib baik aku takdak abang yang masuk Umno. Kalau tidak aku pun tah ikut macam dia jugak. He...he...
Tuan Haji,
Lepas ni kena sambung betui-betui..
jangan dok pi buat kerja lain lupa dah isi..apa nak tulis..Depa yang dok kecaq dalam blog ni ada yang ahli PAS tapi dok tak pas-pas..
Sampai hari ini ana kalau ada masalah PAS ni ana suka kenang balik kuliah Aruah U.fadhil..
Aruah tak mudah melatah..Aruah tak kalut..Aruah slow tapi pedas cakap dia..Pedas tapi betui..
Post a Comment