Siapakah yang celaru, itulah persoalan yang timbul dibenak ku bila membaca posting terkini Kickdefella.
Untuk kesimpulan yang mudah, aku meletakkan bahawa sebenarnya akulah yang celaru dan kusut, dan aku amat mengharapkan semoga jangan orang lain celaru dan kusut seperti aku. Kekusutan itu perlu dirungkai. Siapakah yang akan merungkainya, bila dilihat semua kusut dan semua celaru. Sekejap boleh sekejap tak boleh
Antara petikan blog yang di link oleh kickdefella
Kita orang awam menjadi mangsa, kita umpama pelayar di tengah lautan di malam hari yang gelap, kita belayar berpandukan suluhan rumah api, sekiranya rumah api itu sendiri berubah-rubah kedudukannya, maka alamat sesatlah kita. Rumah api adalah 'syuhada' ( point of reference) kita, mereka adalah ulama . Aduhai malanglah kita sekiranya ianya berubah-rubah.....
"Kebenaran perlu dicari, tetapi bagaimanakah mengetahui siapakah yang benar, dan apakah itu kebenaran, dan apakah kebenaran itu benar-benar, benar? Serta apakah kayu ukurnya.? dan siapakah orangnya yang boleh kita yakini bahawa memang dia benar" Soal Mat Toy.
Kita tinggalkan kisah Mat Toy yang asyik bertanya itu.
Untuk mengetahuinya apa celarunya dan apa tidaknya klik disini
Selepas baca disitu klik pula disini untuk mendapat maklumat yang lebih sahih
No comments:
Post a Comment