Wednesday, October 28, 2009

(...sambungan) Ada Masalah Kecaq Dalam Blog..........

Maaf terpaksa tertangguh lama sehingga 4 hari tak sambung-sambung tajuk 'Ada masalah Kecaq dalam blog......', (Nota pesanan untuk diriku sendiri: "lain kali jangan buat mudah dengan janji, apabila kita berjanji maka syaitan akan berusaha untuk kita tidak dapat menunaikan janji tersebut. Seperti pesanan di dalam Al-Quran, apabila berjanji maka katalah InsyaAllah.").

Aku terpaksa berhenti hari itu kerana, ketika itu jam dah menunjukkan 7.30 pagi, sedangkan aku terpaksa pergi Kursus Teknologi Pembungkusan Produk, kursus 2 hari 3 malam. Pembentangan kertas kerja mula jam 8.00 pagi hari tersebut.

Habis kursus terpaksa siapkan kertas usul untuk Mesyuarat Agung Khas PAS Kawasan Kuala Kedah pada 30 Oktober 2009 (hari Jumaat) di Kompleks PAS Kedah, selain kena siapkan kertas usul, kebetulan masa itu juga tarikh akhir untuk menyediakan soalan Dewan Undangan Negeri bagi pihak Naset (ADUN Kubang Rotan) punya la kalut hantar 3 soalan tapi pukai punya pada kali ini setelah berbincang dengan Mat Salleh, Zun Lina, Art serta Shukri MSR.

Lepas itu, sahabat baik aku, Safardi binti Maimunah telah kembali kerahmatullah secara mengejut akibat serangan jantung, AJK PAS Kawasan Sungai Petani, tetapi rumah di dekat Kg. Kemboja........... (Kemboja la bukan Kampuchea) dalam kawasan Jerlun (Parlimen Ustaz Idris Ahmad bertanding). Pergi solat jenazah dan mendengar bacaan talqin di perkuburan bersama Hj Adnan Saad. Takziah untuk isteri, anak dan keluarga beliau dimana sahaja mereka berada.

Pesanan terakhirnya dalam usrah AJK PAS Kawasan Sungai Petani yang sempat Allahyarham Safardi hadir , mengikut cerita Awang Solahudin dan Ustaz Yusof Awang sehari sebelum kematian mengejut beliau ialah tentang isu yang sedang hangat diperkatakan dengan pesanan beliau, "teruslah istiqamah dengan Islam yang diperjuangan oleh kita dan yang paling paling penting ikhlaslah dengan Allah swt, usahlah ikhlas kepada manusia iaitu bermuka-muka dengan manusia untuk mengharap keredaan mereka, yang akhirnya kerugiaanlah yang diperolehi bila mengadap Rabbul Jalil." (mungkin ayat-ayat dalam pesanan itu tidak setepat yang diucap oleh beliau kerana aku hanya mendengar cerita dari mulut sahabat ketika majlis pengkebumian selesai).

Jadi sekarang barulah ada kesempatan untuk menyambung bicara kita sebelum ini.....

Sebagai pemimpin, mestilah berani mengeluarkan pandangan, janganlah tidak berani mengeluarkan pandangan kerana takut silap dan orang akan tahu kita tidak cerdik, tetapi natijah akhirnya menunjukkan kita tidak dapat memimpin pengikut kita, kerana kita telah hilang satu sifat keberanian iaitu, "berkata benar, walaupun pahit".

Inilah yang cuba dipraktikkan oleh pemimpin PAS sekarang ini dengan menggunakan media baru. Aku bimbang anda, sebagai pemimpin tiba-tiba tidak berani mengeluarkan pandangan bukan kerana hendak menjaga jamaah tetapi sebenarnya telah bertukar untuk menjaga keselamatan diri atau dalam bahasa sekarang disebut "play safe". Ketakutan yang bermacam-macam telah menghantui dirinya, takut orang kata bodoh, takut lepas ini tak jadi calon, takut yang entah apa-apa ,takut dilihat condong kesini atau kesana.

Pesanan ku, kita boleh kecaq dalam blog (kalau nak digunakan istilah kecaq) dengan syarat rahsia parti mesti dijaga seperti yang telah dibai'ah bersama ketika menjadi AJK PAS (hampa aku tak tau la, kami PAS Kawasan Kuala Kedah mesti baca bai'ah dalam mesyuarat PAS Kawasan yang pertama selepas mesyuarat Agung yang ada pemilihan dihadapan semua AJK PAS Kawasan untuk bersumpah menyimpan rahsia parti). Setelah tu kenalah tahu pula apa yang rahsia dan apa yang tak rahsia (emmm......... itu kena ikut kursus la pula!).

Akhirnya, gunakanlah kebijaksanaan sebagai pemimpin untuk mengguna kemudahan media baru yang cukup banyak manafaatnya mendidik ahli mencari keredhaan Allah swt. Sehingga akhirnya blog anda akan menjadi seperti pondok Tuan Guru Hj Salleh Sik yang menghimpun ribuan manusia setiap minggu untuk mendengar Kuliah Tauhid yang disampaikannya.

Ikhlaskan niat, bulatkan tekad, teruskan perjuangan memimpin ummah. Takbir.

Aku Sayang dua-dua Tok Guru - Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hj Hadi - semoga mereka terus istiqamah untuk memimpin aku sehingga keakhir hayat dan akan bersama mereka di kehidupan abadi di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Ameen.

2 comments:

Anonymous said...

Salam, bang aris!
Macam takdak keputusan pun malam tadi slepas mesy ajk pusat.

Anonymous said...

Tapi bila baca kat perisik rakyat, macam macam2 yang dibincangkan. Tp bila buat PC, sikit sgt.