Friday, October 23, 2009

Sokong 100% Peratus Cadangan Tok Guru Nik Aziz

Aku sokong seratus peratus, cadangan Tok Guru Nik Aziz untuk diadakan mesyuarat Agung Khas untuk melakukan usul pertama: pemilihan semula kepimpinan dalam PAS dan usul kedua: memilih nak UG atau nak PR.

Untuk usul pertama: Memilih kepimpinan, tiba-tiba Bang Mat Sabu dipilih menjadi Presiden dan Mat Toy sebagai Timbalan Presiden dan Heh..... heh.. heh, Razak Sentu serta Bakaq Paket Emboi sebagai Naib Presiden aku akan pertahankan mereka sama seperti Ustaz Idris pertahankan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang jika mereka ditendang aku akan boh penerajang balik. Kerana mereka adalah pimpinan dan aku kenali hati budi mereka. Kalau jadi masalah ialah kerena orang keliling mereka sebenarnya. Watak Bang Sabu hampir sama dengan watak Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, tu yang aku syok kat dia tu........

Untuk usul kedua: Memilih nak UG atau PR, tiba-tiba perwakilan memilih nak UG. Aku beri tahu awal-awal lagi aku akan ikut jejak langkah Al-Marhum Ustaz Azahari Abd Razak, bekas Ahli Majlis Syuraa Ulamak PAS juga Bekas Pesuruhjaya PAS Kedah dan dipecat dari Majlis Fatwa Negeri Kedah kerana menyatakan dengan tegas Ustaz Ibrahim Libya adalah mati syahid pada tahun 1986. Beliau telah bertawakuf sepanjang PAS bersama Perikatan/BN (yang ketika itu jika bersama dengan BN sudah tentu boleh jadi EXCO Kerajaan Negeri kerana PAS ada 8 dari 24 kerusi- masa tu mana ada lagi pensyarah Universiti teringin nak aktif dalam PAS, sudah tentu peluang beliau lebih baik untuk jadi EXCO berbanding orang lain). Sebaik sahaja PAS di teranjang keluar BN (aku pun tak tau sehari dua ni suka cakap pasai penendang, peneranjang, penendang dan sebagainya- mungkin macam Pak Daeng Sanusi kut - ketika jadi Ketua Penerangan PAS Pusat dulu, menerang kepada UMNO, balik ke negeri Johor jadi Pesuruhjaya - penerajang sama UMNO) Ustaz Azahari kembali aktif membawa obor dan cita-cita Fasal 5 Perlembangaan PAS kehulu kehilir. Sehinggalah PAS kembali dikenali ramai, menjelas batas iman dan kufur, mengapa tidak boleh menyokong UMNO, apa itu assobiyyah, apa itu sekular dan macam lagi sehinggalah PAS kembali gagah kerana bahanapi perjuangan (taqwa) memenuhi setiap dada ahli dan penyokongnya. Maka ia meluncur laju menerobos angkasa beritahu Pak Garson dari Indonesia, tetapi luncuran tersebut akan kembali menjunam jika bahanapi perjuangan (taqwa) mula kurang didalam tangki (dada) pejuangannya dan sokongan akan memula memudar. Sedarlah, kita tidak dapat menjaga hati manusia, kita hanya mampu berusaha yang membolak balik hati manusia ialah Sang Penciptanya.

Aku beritahu awal-awal bahawa bahawa aku akan tawakuf dari PAS, mungkin ketika itu akan aktif sekejap dalam NGO seperti JIM (mungkin kerana belum pernah aktif dalam JIM) yang telah meletakkan sasaran tahun 2020 (ada 11 tahun lagi) akan melaksanakan Syariat Islam di Malaysia ini. Bagaimana cara untuk capai itu aku sudah tanya pada sahabat JIM di Kedah dan beritahu mereka inilah yang menyebabkan Jeff Oii pening - iaitu tak masuk pilihanraya bagaimana nak memerintah Malaysia, kerana cara selain itu sudah tentu secara rampasan kuasa dan qital sahaja. Wa'allah hu aklam, mereka mungkin ada cara yang lebih hebat, jadi kalau Muktamar PAS pilih nak UG, aku nyong-nyong bawa beg plastik macam Ghafar Baba masuk JIM la kut atau lagi dahsyatnya joint dengan Ahmadi Nijad tolong dia buat emparan untuk mengurai bahan radioaktif serang Israel. Paling koman pulun pintai kueh Pintai Bilis pun rasa lebih faedah dan dapat pahala daripada bersama dengan UMNO/BN. Bila PAS kena rerajang balik dari BN mungkin aku akan masuk semula dan aktif semula, boleh jadi masa berakpun orang basuh dah........ telinga pun tak dengar...... pasai tua bangka dah ataupun pakai mati celik sebab tunggu, PAS keluar semula dari UMNO/BN.

UMNO/BN tidak akan dapat dipulihkan lagi, yang perlu sekarang ia perlu dikuburkan. Kita bina landskap politik baru di Malaysia ini bersama Pakatan Rakyat. Individu kepimpinan PAS iaitu Tuan Guru Hj Abd hadi Awang, terus aku kagumi dan hormati dan beliau adalah seorang yang baik, ikhlas serta jujur dalam firasatku. Oleh itu kepada kepimpinan PAS yang aliran pemikirannya seperti Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat hendaklah sering begulin-garak dengan Presiden, maka racun UG akan dinyahkan dari suntikan maut yang diberikan oleh mereka-mereka itu setiap hari. Malangnya kita hanya menyembur dari kejauhan, rapat dan tusuklah nasihat berguna itu setiap hari dengan menjadi teman setia Presiden demi Islam, demi rasulNya dan demi Allah. Kita mesti berjiwa besar untuk membawa inspirasi Islam kedalam hati manusia.

Tengok cara orang berjiwa besar, walaupun dikatakan bukan anak tempatan beliau tetap selamba je memenuhi undangan. Klik disini

Jangan marah, marah jual.

9 comments:

Anonymous said...

Sekiranya diadakan Muktamar Khas dan perwakilan tetap memilih UG, saya juga Insyaallah akan bertawakuf seperti Ustaz Aris..

Bilal said...

apa yg diputuskan oleh jamaah - itu lah yang akan didokong dan diperjuangkan hingga mati.

hebat setagha mana kita ni kalu nak banding dgn kepimpinan jamaah Islam...walaupun ada sikit title ustaz!

Ibnu Qalil said...

Salam a'laik, ana sokong pendapat Bilal. Keputusan jemaah wajib kita dokongi. Barangkali keputusan itu baik wpun kita tidak suka. Wallahua'lam.

Asad said...

Wa mau komen Aris Awang, yg menyokong TG nik aziz isu EGM pas..
http://kedahlanie.blogspot.com/2009/10/sokong-100-peratus-cadangan-tok-guru.html

aris awang lu pehal? hah? apa
racun2 ug? lu tau ke tg nik aziz tu kene hasut dgn husam n anual bakri? anai2 pas dah besar kepala skang ni sbb tg nik aziz ikut cakap diorang.

"tok guru, tembak stopa ali"

"tok guru, tolong lu ugut nasha keluar pas"

"er... tok guru, suruh buat EGM, kita pecat presiden"

"tok guru... lantik saya jd presiden"

semua diorang sembunyi bawak ketiak tg nik aziz. bawak maklumat salah kat tgna. mau cantas org yg x sehaluan dgn diorang.

lu tau husam n da gang tu dr irc beb. fikrah irc. org bfikrah tarbiyah dapat baca smua ni. lu fikrah apa? irc gak ke? bahalul!

lu tahu ke ug tu mende? hang tak tau ka aris?

wa dgr habaq, lu ni pro najib fahmi, betoi ka? ostaz azizan mb lu pon lu x sehaluan?

wa xtau la lu Kedah Lanie, akan siarkan komen wa atau x.

walausiapapunaku said...

begitu lah lumrah manusia...biasa la tu bila sesuatu yang selari dgn nafsu sendiri..

sikit2 hal merajuk...letak jawatan...uzlah...tawakuf...macam2 la istilah dan tindakan yang diugut...

adakah pimpinan sekarang sudah melanggar hukum syarak? jika 'ya'...wajar la...jika 'tidak'...walak la kepada keputusan jemaah.

TGNA boleh pula buat kenyataan akhbar...kalau hassan ali x boleh...kenapa tidak hadir saja dlm mesyuarat pas pusat atau majlis syura lalu nyatakan cadangan dan bahaskan....

TGNA patut ssbut teruih ja bahawa hanya husam saja yang layak jadi presiden...kan senang...walau pun x sebut tapi semua orang paham dah...

jeebond said...

Asad.. Lu ingat TGNA tu budak2 ka senang2 boleh dipengaruhi oleh manusia2 yang lu cakap tuh? Lu jangan samakan TGNA dengan Hadi Awang ngan puak2 UG nya tuh yang mudah digula2kan dng jawatan oleh Umno?

18 tahun la TGNA perintah Kelantan.. Tok sah lah dok buat fitnah.. Cuba lu bandingkan ngan Hadi yang tak reti dan hanya sepenggal saja perintah Terengganu.. Boroi je lebih..

Azeezi @ Sunan Hayat said...

bila timbul isu ni, aku jadi malu sendiri kerana gagal menjadi ahli pas yang memahami sepenuhnya perlembagaan pas.. aku menjadi keliru sejauh mana kuasa majlis syura pas jika dibandingkan dengan kuasa muktamar..
perlu diingat bahawa pas bukan sebuah pertubuhan demokratik semata-mata.., pas adalah sebuah jemaah ISLAM yang menjadi mata rantai jemaah NABI dan para sahabat.. oleh yang sedemikian, pas tidak memerlukan undi majoriti perwakilan untuk menentukan isu2 yang amat kritikal, sensitif dan strategik.. ini adalah kerana sampai bila2 pun golongan yang bangang lebih ramai dari yang cerdik., yang fasik lebih ramai dari yang soleh., petugas pilihanraya pas yang malas ibadat lebih ramai dari yang abid & tawakkal..
maka, cadangan "memperjudikan" halatuju dan kepimpinan utama pas kepada suara majoriti adalah tidak syar`ei..
khulafa' ar-rasyidin - tiada sorang pun yang dilantik secara demokrasi.. yang melantik mereka adalah beberapa kerat sahabat yang paling soleh dan dijamin syurga oleh RasuluLLAH..
aku harap biarlah krisis kepimpinan tertinggi pas dan dilema ug/pr di putuskan oleh dewan syura pas yang mulia.. dan lebih molek lagi kalau ditambah dengan beberapa ulama` siasah dari luar untuk sama-sama berbincang, berijtihad dan membuat keputusan.. kecerdikan dan pengalaman politik itu penting., tetapi yang keberkatan orang2 soleh dan "pembukaan" oleh ALLAH itu adalah terlebih penting dan mengatasi kelemahan makhluq..

-Sunan Hayat-

Anonymous said...

sokong Tokguru Malauna Hj Husam Musa jadi Presiden PAS!

Unknown said...

masalahnya saudara aris

sekarang ini pun sudah ramai ahli PAS sudah bertawakuf teruntama nya di selangor(tempat lain saya tidak tahu).

ini kerana ramai sudah meluat dengan gelagat pimpinan pas selangor,mereka tamak dengan jawatan di jkkk,masjid dan ahli majlis(serupa di trg 1999-2004)


urusan cawangan di dihiraukan,banyak markas PAS telah
di tutup kerana lebih pentingkan dewan jkkk dan masjid so tak perlu aktiviti parti.

kenapa? tak percaya,bila datang kl/selangor datang jumpas saya.