Monday, May 4, 2009

TAHNIAH KEPIMPINAN ULAMAK


Berusahalah mengenali kebenaran.....

Sejak 1982 bermulalah konsep kepimpinan ulamak di dalam PAS yang ada tempias dari Revolusi Islam Iran (sejarah yang tidak dapat dinafikan). Sebelum itu PAS di pandu oleh ulamak melalui Dewan Ulamaknya jika ada perkara berbangkit yang tidak dapat diselesaikan oleh Jawatankuasa PAS Pusat terutama dalam soal syariat Islam.


Untuk memantapkan konsep kepimpinan ulamak maka Perlembagaan PAS telah dipinda melalui muktamar khas dan selepas itu diterima oleh Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan memasukkan Fasal 7 - Hukum, Kekuasaan dan 'MAJLIS SYURA ULAMAK' yang telah memperincikan syarat-syarat kelayakan minima untuk menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Syuraa Ulamak.

Secara ringkas dapat difahami bahawa Majlis Syura Ulamak adalah badan tertinggi yang akan mengawal hala tuju PAS agar tidak terpesong dari landasan Islam yang diperjuangkan. Konsep ini telah diterima dengan baik oleh seluruh ahli PAS dan inilah perbezaan dan kelebihan PAS dari semua parti politik dan NGO Islam yang ada di Malaysia ini.

Alhamdulillah, hasil dari memahami konsep kepimpinan ulamak ini, maka tuan-tuan guru PAS di segenap cerok rantau Malaysia ini telah turun tanpa jemu mengadakan kuliah umum, ceramah, usrah, tamrin, muqayyam, kuliah tafaquh, qiamullail, khemah ibadah, Ilham dan sebagainya dan seterusnya program mereka ini dirakam dan di hebahkan melalui kaset, tulisan, kertas kerja, video, CD, VCD, internet untuk mendidik seluruh ahli-ahli PAS menjiwai perjuangan Islam dengan sebenar-benarnya.

Alhamdulillah hasil usaha mereka ini sejak tahun 1982 yang nama mereka terlalu banyak untuk disenaraikan seperti nama-nama besar iaitu Al-Marhum Tuan Guru Hj Yusuf Rawa, Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat, Al-Marhum Ustaz Hj Fadzil Noor, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Ustaz Hassan Shukri, Ustaz Hj Harun Taib, Al-Marhum Ustaz Azahari Abd Razak, Allahyarham Tuan Guru Hj Yahaya Junid, Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok, Tuan Guru Hj Mohd Ariff, Allahyarham Pak Yazid dan nama-nama kecil di Kedah seperti Ustaz Awang Lanai, Tuan Guru Hj Abd Rahim, Pak Long Sheikh Mohammad, Allahyarham Ustaz Ahmad Yusof, Tuan Guru Hj Yusuf, Tuan Guru Hj Abdullah Samah dan banyak lagi.....

Usaha ulamak-ulamak ini tidak sia-sia, usaha mereka berhasil, anak-anak muda ketika tahun 1982 yang masih terawang-awang tanpa hala tuju yang jelas telah muncul sebagai tokoh yang mampu memimpin perjuangan Islam melalui wadah PAS ini walaupun mereka bukan mempunyai ijazah kedoktoran atau master dalam bidang keagamaan seperti Dr. Mashitah, Dr. Hamid Othman, Dr. Yusuf Noor dan tidak pernah makan gaji kerana mengajar di universiti-universiti, tetapi mereka telah di pasak kukuh dengan aqidah perjuangan, memahami secara teori dan praktik segala selok belok kehidupan di maya pada ini, sedia menempuh berbagai menah dan tribulasi dan telah sekian lama menjadi murabbitun kepada perjuangan menegakkan Islam yang suci.

Sekali lagi sekalung taniah kepada ulamak besar dan kecil PAS yang telah berjaya melahir kepimpinan berkaliber melalui Universiti Islam Terbuka pertama di Malaysia oleh PAS sejak 1982. Hasil graduan yang kamu telah lahirkan adalah insan yang hebat walau mereka tidak pernah duduk dikerusi pengajian Islam secara khusus.

Antara ribuan graduan dari Universiti Islam Terbuka PAS sejak 1982 yang layak diberi segulung ijazah kedoktoran ialah Dr. Hj Mustaffa Ali (Terengganu), Dr. Hj Mohamad Sabu (Penang), Dr. Hj Husam Musa (Kelantan), Dr. Subky Latiff (Wilayah), Dr. Hj Mahfuz Omar(Kedah), Dr. Hj Solahudin Ayub (Johor), Dr. Syed Azman Syed Nawawi (Terengganu), Dr. Wan Mutalib Embong (Terengganu), Dr. Mazlan Aliman (Johor), Dr. Sidek Noor(Perak), Dr. Ir. Hj Phahrolrazi Zawawi (Kedah), Dr. Hj Yusuf Husin (Pak Cop Memali), Dr. Hj Khalid Samad, Dr. Takiyudin Hassan, Dr. Cikgu Husin (Terengganu), Dr. Hj Zulkifli Mamat (Kelantan), Dr. Ariffin Deraman (Terengganu), Dr. Hanifa Maideen, Dr. Wan Nik Yusof (Kelantan), Dr. Hj Abd Wahid Endut, Dr. Hj Sobri Awang (Kedah)........... yang muslimat pun ramai telah layak untuk diberi gelaran doktor sejak yang dididik sejak awal konsep kepimpinan ulamak diperkenalkan tahun 1982 dulu... aduh lengoh jari untuk di masukkan nama-nama mereka yang telah layak untuk di beri gelaran doktor.

Persoalannya? Siapakah yang akan mengiktiraf graduan yang telah berjaya dikeluarkan oleh Universiti Islam Terbuka PAS hasil kerahan keringat, tenaga, masa, hatta nyawa oleh ulamak-ulamak besar dan kecil di dalam PAS ini, jika kita sendiri tidak mengiktirafnya.

Bagi saya mereka yang tersebut di atas cukup mampu untuk menggalas amanah kepimpinan dimana sahaja tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Percaya dan yakinlah dengan produk kita sendiri, insyaAllah kita tidak akan jadi seperti Tipah.

SELAMAT BERMUKTAMAR DENGAN TEMA "BERSAMA MENUJU KE ALAM BAQA' "

1 comment:

komando69 said...

mereka yang keluar dari U PAS semua telah diiktiraf kehebatan mereka. tak dak siapa yang menafikannya. Akan tatapi nak iktiraf mereka sebagai ulama kena tengok dulu ilmu dan penghayatan ilmu mereka macam mana. Ada diantar mereka yang loglag juga, macam mat sabu tu takkan kita nak panggil ulama. Ada ka ulamak bawak L- Suraya mai dok kempen timb. presiden. Dah la dia tu Syiah, pegangan yang tak selari dengan perjuangan Islam di Malaysia. Dia buat celaru denagn L-Suraya pulak. Yang anta dok kempen dia tak habih habih apa hal. Sudah sudahlah kempen tu.