Saturday, May 23, 2009

Jemput Hadir Kuliah Hj Mohd Sabu

Kita mengaku pengikut Junjungan Besar Muhammad saw ....

Apakah contoh-contoh pemerintahan beliau seperti kaisar?

Apakah contoh-contoh pemerintahan beliau penuh dengan kemegahan?

Apakah contoh-contoh pemerintahan beliau sentiasa dihampar dengan karpet merah ?

Apakah contoh-contoh pemerintahan beliau penuh dengan pengawal pengiring yang bengis?

Apakah contoh-contoh pemerintahan beliau penuh dengan penindasan dan kezaliman?

Sudah tentu semua itu tidak....

Jadi bagaimanakah pemerintahan beliau jika tidak seperti di atas namun dapat menguasai hati manusia dalam masa yang singkat?

Ikuti penjelasan selama 1 jam oleh HJ MOHAMAD SABU yang bukan sahaja melihat Junjungan Besar Muhammad saw dari kaca mata pengkaji Islam tetapi juga dari kacamata pengkaji yang bukan Islam.

Jangan lupa hadir beramai-ramai.

Friday, May 22, 2009

Keputusan Mahkamah Rayuan diatur?

Diambil dari blog Husam Musa

Posting saya tiga hari lalu telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini.

Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran DUN Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini.

Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur 'pre-arranged' dalam keputusan ini? Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pada hari ini.

Keputusan ini memberi kesan besar. Baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, Agung atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya.

Adakah negara kita sudah bersedia menerima hakikat kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses tabung uji di luar rahim iatu Dewan Rakyat atau DUN seperti yang difahami sebelum ini? Khususnya Najib, sudahkah bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agung boleh dengan itu melantik PM yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?

Tiga atau lima atu tujuh hakim yang bersidang, bukan lagi ukuran untuk rakyat yakin dengan integriti dan kebebasan kehakiman kita, melainkan keputusan mereka yang dilihat wajar. Apa lagi keputusan Mahkamah ke atas krisis politik, memerlukan lebih ketelitian dan kebebasan.

Berbalik kepada Perak. 'Ramalan' saya seterusnya ialah, Majlis BN akan bersidang. Kemudian Zambry kononnya bersetuju menyerahkan mandat kepada rakyat dengan mengadap Sultan Perak untuk pembubaran.

Memang itu yang dihasratkan oleh PR tetapi proses mahkamah yang dianggap tidak selari dengan prinsip keadilan tetap menjadi satu medan yang tidak akan berakhir dengan pembubaran itu kelak.

Pembubaran, ya.

Proses undang-undang yang adil, juga wajib!!!.

Monday, May 18, 2009

Sajak Mat Sabu Pasai ISA

16 Mei 2009


I.S.A

Kamilah hakim
Kamilah peguam
Kamilah saksi-saksi
Kami penentu masa depan kamu.

Kamulah yang tahu kenapa kamu di sini
Kamu yang mencari tempat ini
Kamu yang memilih untuk ke sini
Kamu suka tempat ini
Kamu menentukan cara hidup kamu.

Kami tidak menyuruh kamu ke sini
Kami tidak suka kamu ke sini
Kami tidak penjarakan kamu
Kenapa kamu penjarakan diri sendiri.

Tak sayangkah kamu kepada anak-anak?
Tak sayangkah kamu kepada emak ayah?
Tak sayangkah kamu kepada isteri?
Kamu menganiaya mereka!
Kamu menganiaya mereka!

Kawan-kawan kamu baik
Kawan-kawan kamu menolong kamu
Kawan-kawan kamu menghantar isteri kamu ke sana ke mari
Kawan-kawan kamu khidmat pada kamu
Kamu percaya pada kawan-kawan kamu?

Tahukah kamu betapa banyak telah berlaku?
Kawan-kawan curang kepada kawan?
betapa banyak isteri pejuang dikhianati kawan?
berapa banyak isteri pejuang memohon cerai?
berapa banyak isteri pejuang melaku curang?

Kamu menentukan ibu kamu derita
Kamu penyebab ayahmu derita
Kamu penyebab anak-anakmu menderita
Kamu penyebab isterimu derita
Kamu penyebab jika isterimu berlaku curang.

Cari jalan keluar dari sini
Kamulah menentukan nak keluar atau terus di sini
Kamu nak keluar besok?
Kamu nak keluar minggu depan?
Kamu nak keluar bulan depan?
Kamu nak keluar tahun hadapan?
Kamu nak keluar 10 tahun lagi?
Kamu yang menentukan!
Saudara......, cari lah jalan keluar!
Kamu menentukan masa depan kamu....

Kamu di sini kerana kamu!
Kamu mementingkan diri!
Kamu nak naik!
Kamu nak terkenal!v Kamu nak pandangan kamu didengar!
Kamu nak kamu dijulang!
Kamu nak nama terbilang!
Kami apa peduli!
Kami jaga keamanan....
Kerana kamu, ucapan kamu, hasutan kamu
Nyawa orang lain terancam
Harta orang lain terancam
Keselamatan orang lain terancam

Kami tak kira menteri
Kami tak kira datok
Kami tak kira Anwar
Kami tak kira Karpal
Kami tak kira Tok Guru
Kami jaga keamanan...
Kami jaga keselamatan

Pintu untuk keluar ada
Pintu untuk taubat ada
Pintu untuk penyesalan ada
Pintu untuk kepangkal jalan ada
Kamulah penentu untuk memilih pintu
Pintu untuk keluar dari sini kamu tentukan

Nak menjadi hero?
Nak menjadi pejuang?
Nak kepada sanjungan?
Nak pertahan pendapat kamu?
Kamulah memilih berapa lama di sini!


(Oleh Hj Mohamad Sabu) * 16Mei 2009

* Sajak ini dikarang sendiri dan dideklamasikan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar pada 16 Mei 2009 (Majlis Jamuan Makan & Pengumpulan Dana Utk Mangsa ISA)

*Ia ditujukan buat semua rakyat buat yang belum kenal, nak mengenal dan telah mengenal ISA, yang belum dan yang telah masuk atau keluar dari ISA itu sendiri.

*Untuk makluman akta ISA itu, dalam dunia ini hanya 3 buah negeri yang masih mengekalkannya iaitu Malaysia, Singapura dan Israel......yang lain semua dah buang dan tutup buku. (Kem Guantanamo bukan seperti ISA....ia tidak dijalankan di Amerika kerana undang-undang Amerika tidak membenarkan penangkapan tanpa melalui mahkamah, sebab itu Kem Guantanamo adalah arahan Amerika tetapi dijalankan di luar negara itu (negara lain menjadi baruahnya).

sumber klik disini

KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARI IMAN

Pemuda dan pemudi ku

"Kebersihan adalah sebahagian dari iman" adalah sebuah maksud hadis.

Dengan itu bererti, apabila seseorang itu sudah masuk iman di dalam hatinya, maka wajiblah ia mengutamakan kebersihan, sebab itulah ada kitab-kitab fekah menghuraikan bab thoharah dan berbagai lagi kupasan mengenai kebersihan di dalam Islam sehingga keperingkat yang detail lagi terperinci.

Persoalannya? apakah kita melencong pemikiran manusia dimuka bumi ini, untuk tidak menumpukan kepada persoalan utama yang paling agung dengan mengungkapkan perkataaan "Apakah usaha menjaga kebersihan itu tidak Islam?" maka dengan itu kita mengabaikan matlamat agung Rasulullah saw diutuskan kemuka bumi ini.

Jikalah persoalan kebersihan sudah Islam, sudah tentu Jepun lebih baik daripada kita kerana Jepun terkenal dengan bersih.
Jika persoalan kemajuan teknologi sudah Islam, sudah tentu Korea lebih Islam daripada kita kerana mereka telah memintas kita dari segi kemajuan teknologi.
Jika persoalan pandai tarik pelaburan sudah Islam, sudah tentu China lebih Islam daripada kita kerana sekarang negara mereka berpusu-pusu pelabor dan pelancong telah datang.

Wahai pemuda dan pemudi ku,

Renungilah dalam-dalam baiah Aqabah Rasulullah saw yang pertama dan kedua yang cukup terkenal dalam catatan sejarah, bertanyalah kepada diri kamu jika sebab hanya kebersihan, jika sebab untuk maju, jika sebab pandai tarik pelaburan, jika sebab kemajuan teknologi yang memang negara Rom dan Farsi diketika itu sudah mencapai tahap tertinggi di zaman itu dalam segala hal sudah tentu tidak akan berlaku baiah 72 orang penduduk Yathrib yang berjalan kaki dan menunggang unta sejauh 410 km, datang berbaiah di malam hari di Mina berdekatan Aqabah. Apalah guna baiah itu jika hanya untuk perkara di atas melainkan ada matlamat Agung yang pasti akan ditentang oleh mereka yang musyrik, fasiq dan munafiq.

Apakah baiah yang agung itu?, yang akhirnya telah mencetuskan satu revolusi ketamadunan kepada umat Islam dan ianya telah runtuh apabila baiah itu telah diabaikan hari demi hari.

Berikut adalah baiah itu.

"Dari Jabir r.a., "Kami bertanya kepada Rasulullah saw., di atas dasar apakah baiah kami?" Sabda Rasulullah saw.

1. "Di atas dasar mesti dengar dan taat kepada aku di masa cergas dan malas"
2. "Di atas dasar bernafkah di masa susah atau senang"
3. "Di atas dasar menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran"
4. "Di atas dasar bangun kerana menegakkan agama Allah swt. dengan tidak menghirau celaan orang yang mencela"
5. "Di atas dasar memberi pertolongan kepadaku apabila aku tiba kepada kamu, kamu mempertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri kamu dan anak-anak kamu"

Seterusnya Rasulullah saw berjanji, "Jika kamu melakukan itu, nescaya diberikan untuk kamu SYURGA"

Setelah selesai menyebut perkara-perkara baiah itu dan mereka bersedia untuk melakukan baiah, dua orang dari kalangan orang-orang yang pertama memeluk Islam dari pendudukan Yathrib telah bangun menjelaskan perlu dan besarnya tanggung jawab bai'ah. Salah seorang daripadanya ialah Al-Abbas bin Ubadah bin Nadlan. Beliau berkata; "Adakah kamu tahu di atas dasar apakah kamu berbaiah dengan orang ini (Rasulullah saw)?. Mereka menjawab, "Ya". Dia meneruskan ucapannya: "Sesunggguhnya kamu berbai'ah untuk bersedia bagi berperang dengan yang berwarna merah dan hitam (darah) di kalangan manusia. Jika kamu berpendapat harta benda kamu menerima bencana-bencana, orang-orang yang terkemuka di kalangan kamu akan terbunuh. Maka demi Allah, jika itulah anggapan kamu, maka kamu sia-sia didunia dan sia-sia di akhirat. Dan jika kamu berpendapat bahawa kamu bersetia dengan apa yang kamu diajak kepadanya, bersedia untuk binasanya harta benda dan terbunuhnya orang-orang yang terkemuka kamu, maka ambilah bai'ah ini, maka demi Allah, baik di dunia dan baik diakhirat."

Mereka menjawab, "Kami mengambil keputusan dengan bersedia di atas musibah yang menimpa dan kematian orang terkemuka kami, maka apakah untuk kami (ganjarannya) ya Rasulullah saw kalau kami bersetia dengan itu?.

Rasulullah saw menjawab, "Syurga"

Mereka berkata, "Hulurkan tanganmu"

Rasulullah saw menghulurkan tangannya.

Pemuda dan pemudiku, jika perjuangan kita hanya untuk mencapai seperti yang dicapai oleh Amerika, Jepun, Korea, China, Thailand sudah tentu Rasulullah saw tidak tidak meletakkan baiah sehingga ketahap menggadai nyawa, darah, harta, maruah diri kerana dicela melainkan ada satu matlamat Agung yang jauh lebih besar.

Pemuda dan pemudiku

Sekali lagi aku tekan, kita mesti berusaha untuk menjaga kebersihan, kita mesti berusaha memajukan diri dan negara, kita mesti berupaya mencipta inovasi baru dalam sains dan teknologi, tetapi kita tidak boleh sama sekali mengabaikan atau benci dan marah-marah apabila persoalan matlamat agung dihadapkan kepada kita untuk diberi keutamaan.

Majulah, bersihlah, laburlah, tetapi janganlah tenggelam dalam perkara itu sehingga matlamat agung baiah Aqabah yang berjaya meletuskan revolusi ketamadunan manusia diabaikan sehingga akhirnya kita, jadi Jepun pun tidak, jadi Korea pun tidak, jadi Mat Salleh hidung kepek, jati diri Islam makin tergadai, akhlak Islam beransur luput, kehidupan Khulafaq Arasyidin jauh panggang dari api, terkontang kanting tanpa arah mengikut apa sahaja yang telah lama terhidang.

Tuesday, May 12, 2009

Masuk - Keluar - Masuk - Keluar

Kawan ni masuk - kawan nu keluar

Kawan nu pula masuk - kawan ni pula keluar

lepas tu kawan ni pula masuk - kawan nu pula keluar

aaaaaaahhhhhhh macam ni penin..... boleh temuntah

Bubarlah senang................

Serah pada rakyat.........

Serah Mahkamah tak selesai........

Serah Raja tak selesai...........

Suroh bertumbuk tak selesai.......

Serah kat rakyat.............. InsyaAllah selesai.

BUBAR DUN PERAK!!!!!!!

Monday, May 11, 2009

TAHNIAH KEPADA HAKIM ABD AZIZ ABD RAHIM



Kepada,

Tuan Abd Aziz bin Abd Rahim
Hakim Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur.

11 Mei 2009

Assalamualaikum wr. wb.


UCAPAN TAHNIAH

Saya rakyat negeri Kedah mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan di atas keberanian Tuan Hakim dalam membuat penghakiman terhadap siapakah Menteri Besar Perak yang sah disisi undang-undang.

Ucapan tahniah ini dibuat bukan kerana keputusan memihak kepada Pakatan Rakyat, tetapi adalah disebabkan keberanian Tuan Hakim mempertahankan undang-undang yang termaktub dan bersedia menerima sebarang kemungkinan risiko selepas ini.

Sekali lagi tahniah diucapkan , semoga Allah swt memberikan kekuatan kepada Tuan Hakim untuk terus berada dilandasan kebenaran dan keadilan.


Aris Awang

Nizar masih Menteri Besar Yang Sah - Mahkamah Tinggi

Ir. Hj Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar Perak yang sah penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Berita lanjut klik disini dan disini

Sunday, May 10, 2009

Aku - Saya - I - Wo - Ana - Teman - Adalah keAkuan

Pemuda dan pemudiku....

Pemahaman terhadap keMahakayaan Allah swt adalah wajib hukumnya, sebagaimana wajib memahami manusia adalah 'fakir'. Jika manusia memahami dirinya 'fakir' niscaya tidak akan timbul egoisme dalam diri mereka.

Jiwa kefiraunan ada pada diri kita semua. Jika tersedia sahaja tapak yang baik untuk tumbuhnya jiwa kefiraunan pada diri manusia niscaya kebanyakkan manusia akan mengatakan, "Saya adalah Tuhanmu yang paling tinggi", kecuali orang yang mampu menghancurkan sifat egoismenya.

Jika sahaja tersedia kesempatan bagi tokoh-tokoh zalim di atas muka bumi sekarang ini untuk mengatakan "Saya adalah Tuhanmu yang paling tinggi", niscaya mereka akan mengatakannya.

Tapak dan kesempatan telah tersedia bagi firaun, maka oleh kerana itu dia mengatakannya ayat tersebut. Demikian juga halnya dengan kita. Seandainya tersedia peluang dan kesempatan bagi kita, niscaya kita akan mengatakan kepada orang yang lebih bawah dari kita "Saya adalah Tuhanmu yang paling tinggi".

Meskipun sekarang kita belum mampu mengatakan kata-kata itu, namun kita telah memulainya dengan cara memuji-muji diri kita, isteri dan anak-cucu kita. Yang kadang-kadang ayat tersebut cukup manis kita rasakan ketika mengeluarkannya, tetapi amat menjengkelkan bagi manusia lain yang mendengarnya.

Semuanya bermula bila kita mengatakan "Saya", "Ana", "Aku", "I", "Wo", "Teman" atau apa sahaja yang menggambarkan keakuan dan inilah ucapan yang akhirnya akan menuju kepada ucapan "Saya adalah Tuhanmu yang paling tinggi".

Semoga kita semua dapat mengelak dari memuji-muji diri sendiri, kerana yang demikian adalah sifat yang buruk. Siapa sahaja yang memuji-muji dirinya niscaya dia akan merugi sebesar ukuran dia memuji-muji dirinya. Jika kita ingin menapak kedudukan yang lebih tinggi maka kita harus menapaknya dengan ketawadhukan.

Dalam sebuah riwayat dinukilkan, "Sesiapa yang sombong maka Allah swt akan menghinanya, dan sesiapa yang tawadhuk maka Allah swt akan memuliakannya."

Kebanyakkan sifat-sifat buruk bersumber dari sifat egoisme. Namun amat disayangkan kebanyakkan manusia tidak mampu menghancurkan sifat egoisme itu. dan oleh itu mereka melakukan dosa-dosa dalam kehidupan ini. Apabila seorang manusia mampu menghancurkan sifat egoismenya maka dia akan mampu memahami dirinya.

Saidina Ali KaramalLah Wajhah pernah berkata, "Aku merasa hairan dengan anak Adam, yang permulaannya adalah air mani dan akhirnya adalah bangkai, serta dia hidup antara keduanya dengan mengusung bekas tahi, namun dia sombong"

Sesunguhnya doa dan munajat kepada Allah swt mencabut akar-akar egoisme dalam diri manusia. Di dalam doa dan munajat kepada Allah swt, mula-mula manusia melihat dirinya lemah dihadapan Allah swt, dan apabila dia meminta sesuatu kepada Allah di dalam doanya, maka disitu beerti dia telah menetapkan keMahakayaan mutlak milik Allah swt dan sekaligus kefakiran mutlak dirinya.

Apabila manusia bermunajat dan berdoa dengan benar-benar menghadirkan dirinya kehadapan Allah swt, pada saat itu dan selepas itu orang tersebut sewajarnya tidak lagi akan memuji-muji dirinya dihadapan orang yang sedang berbicara dengannya.

Sebuah kisah tauladan,

Seorang raja meminta nasihat kepada salah seorang yang ariff.

Lalu orang yang ariff pun bertanya kepada raja, "Jika anda kehausan, dan Anda hampir mati kerana kehausan, apa yang sanggup anda berikan untuk dapat minum air?".

Raja menjawab, "Saya akan memberikan setengah dari kerajaan dan kekuasaan saya."

Ariff itu kembali bertanya, "Jika air yang anda minum itu tertahan di dalam badan anda, apakah yang sanggup anda berikan supaya air kencing anda dapat keluar?"

Raja itu menjawab, "Saya akan memberikan setengah dari kerajaan dan kekuasaan saya yang masih tersisa."

Mendengar jawaban itu ariff itu berkata, "Jadi, tidak ada alasan bagi anda untuk merasa bangga dengan kekuasaan anda yang nilainya sama dengan segelas air yang anda minum dan kemudian anda keluarkannya pula."

Kata-kata "Saya", "I", "Ana" dan sebagainya yang bersifat keakuan banyak sekali dijumpai di tengah-tengah masyarakat, baik dikalangan lelaki mahupun kalangan wanita. Sesungguhnya itu adalah ciri-ciri kefiraunan yang mula tumbuh dalam diri manusia.

Semoga dengan doa serta munajat kepada Allah mampu menghilangkan kata-kata kefiraunan itu dari diri kita.

Selamat Bermuktamar

Wednesday, May 6, 2009

HJ MOHAMAD SABU KENA TANGKAP


6 Mei 2009, 3.35 petang -
Hj Mohammad Sabu telah ditahan polis -

berita lanjut klik



di sini
di sini
di sini
di sini ada video tangkapan
di sini
di sini
di sini

Tuesday, May 5, 2009

MUNAJAT PERDANA DI IPOH

Assalamualaikum warahmatulLAH

Muslimin dan muslimat ahli dan penyokong PAS seluruh Malaysia di jemput dengan segala hormatnya, meninggalkan sekejap keselesaan berada di atas tilam empuk dalam rumah masing-masing diwaktu dingin hujung malam, diketika manusia lain enak dibuai mimpi indah dan ngeri.

Kita sebagai pejuang Islam, pejuang kebenaran, pejuang keadilan, pejuang rakyat, pejuang kemanusiaan marilah bingkas bangun pada jam 4.00 pagi 7 Mei 2009 sama-sama menyucikan diri dengan siap berwudhuk, membawa mineral water sebagai persiapan kecemasan jika terbatal wudhuk, membawa sejadah atau tikar, berbaju hitam sepekat malam tanpa bintang, beristighfar memohon keampunan kepada yang Esa dengan penuh tawajuh dan seterusnya bersedia di lokasi menanti pimpinan memulakan acara Munajat Perdana yang akan berlangsung seperti maklumat di bawah:-

Tujuan Munajat:
Memohon DUN Perak Dibubarkan dan Memberi Keamanan
Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak.

Lokasi:
Masjid Al-Ittihadiah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak.


Tarikh:
7 Mei 2009/ 12 Jamadilawal 1430


Hari:
Khamis


Masa:
Jam 5.00 pagi

Pakaian:
Menutup Aurat, berbaju hitam simbolik 'One Black Malaysia'


Perhatian:
1. Kalangan bukan Islam dari kaum Tionghua, India, Sikh, Siam, Iban dan sebagainya juga dijemput untuk sama-sama berkumpul ditempat khas yang disediakan di lokasi munajat.

2. Tolong jemput atau kejutkan kawan-kawan yang sedang lena untuk sama-sama mengadap Allah yang Esa di rumahNya pada pagi tersebut.

Tiada lagi tempat kami mengadu melainkan kepada Mu Ya Allah..... terimalah doa kami Ya Allah.... hak kami sebagai rakyat telah dicerobohi Ya Allah..... Ya Allah kami berhimpun dipagi yang dingin ini tidak lain semata-mata untuk memohon kepada Mu berilah petunjuk kepada kami.... bebaskanlah kami dari penindasan mereka yang menindas.... lembutkanlah hati mereka Ya Allah.... teguhkanlah pendirian kami Ya Allah...... perbaikilah amalan kami Ya Allah.... berikanlah keampunan kepada kami, kedua ibu bapa kami, seluruh pejuang Islam dan berikanlah hidayah kepada mereka yang bersama kami untuk sama-sama mendaulatkan Agama Mu Ya Allah.... Ameen Ya Rabbal A'lameen.

Sebarang maklumat tambahan hubungi PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat, Badan Perhubungan PAS Perak serta PAS Kawasan seluruh Malaysia.

Monday, May 4, 2009

TAHNIAH KEPIMPINAN ULAMAK


Berusahalah mengenali kebenaran.....

Sejak 1982 bermulalah konsep kepimpinan ulamak di dalam PAS yang ada tempias dari Revolusi Islam Iran (sejarah yang tidak dapat dinafikan). Sebelum itu PAS di pandu oleh ulamak melalui Dewan Ulamaknya jika ada perkara berbangkit yang tidak dapat diselesaikan oleh Jawatankuasa PAS Pusat terutama dalam soal syariat Islam.


Untuk memantapkan konsep kepimpinan ulamak maka Perlembagaan PAS telah dipinda melalui muktamar khas dan selepas itu diterima oleh Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan memasukkan Fasal 7 - Hukum, Kekuasaan dan 'MAJLIS SYURA ULAMAK' yang telah memperincikan syarat-syarat kelayakan minima untuk menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Syuraa Ulamak.

Secara ringkas dapat difahami bahawa Majlis Syura Ulamak adalah badan tertinggi yang akan mengawal hala tuju PAS agar tidak terpesong dari landasan Islam yang diperjuangkan. Konsep ini telah diterima dengan baik oleh seluruh ahli PAS dan inilah perbezaan dan kelebihan PAS dari semua parti politik dan NGO Islam yang ada di Malaysia ini.

Alhamdulillah, hasil dari memahami konsep kepimpinan ulamak ini, maka tuan-tuan guru PAS di segenap cerok rantau Malaysia ini telah turun tanpa jemu mengadakan kuliah umum, ceramah, usrah, tamrin, muqayyam, kuliah tafaquh, qiamullail, khemah ibadah, Ilham dan sebagainya dan seterusnya program mereka ini dirakam dan di hebahkan melalui kaset, tulisan, kertas kerja, video, CD, VCD, internet untuk mendidik seluruh ahli-ahli PAS menjiwai perjuangan Islam dengan sebenar-benarnya.

Alhamdulillah hasil usaha mereka ini sejak tahun 1982 yang nama mereka terlalu banyak untuk disenaraikan seperti nama-nama besar iaitu Al-Marhum Tuan Guru Hj Yusuf Rawa, Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat, Al-Marhum Ustaz Hj Fadzil Noor, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Ustaz Hassan Shukri, Ustaz Hj Harun Taib, Al-Marhum Ustaz Azahari Abd Razak, Allahyarham Tuan Guru Hj Yahaya Junid, Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok, Tuan Guru Hj Mohd Ariff, Allahyarham Pak Yazid dan nama-nama kecil di Kedah seperti Ustaz Awang Lanai, Tuan Guru Hj Abd Rahim, Pak Long Sheikh Mohammad, Allahyarham Ustaz Ahmad Yusof, Tuan Guru Hj Yusuf, Tuan Guru Hj Abdullah Samah dan banyak lagi.....

Usaha ulamak-ulamak ini tidak sia-sia, usaha mereka berhasil, anak-anak muda ketika tahun 1982 yang masih terawang-awang tanpa hala tuju yang jelas telah muncul sebagai tokoh yang mampu memimpin perjuangan Islam melalui wadah PAS ini walaupun mereka bukan mempunyai ijazah kedoktoran atau master dalam bidang keagamaan seperti Dr. Mashitah, Dr. Hamid Othman, Dr. Yusuf Noor dan tidak pernah makan gaji kerana mengajar di universiti-universiti, tetapi mereka telah di pasak kukuh dengan aqidah perjuangan, memahami secara teori dan praktik segala selok belok kehidupan di maya pada ini, sedia menempuh berbagai menah dan tribulasi dan telah sekian lama menjadi murabbitun kepada perjuangan menegakkan Islam yang suci.

Sekali lagi sekalung taniah kepada ulamak besar dan kecil PAS yang telah berjaya melahir kepimpinan berkaliber melalui Universiti Islam Terbuka pertama di Malaysia oleh PAS sejak 1982. Hasil graduan yang kamu telah lahirkan adalah insan yang hebat walau mereka tidak pernah duduk dikerusi pengajian Islam secara khusus.

Antara ribuan graduan dari Universiti Islam Terbuka PAS sejak 1982 yang layak diberi segulung ijazah kedoktoran ialah Dr. Hj Mustaffa Ali (Terengganu), Dr. Hj Mohamad Sabu (Penang), Dr. Hj Husam Musa (Kelantan), Dr. Subky Latiff (Wilayah), Dr. Hj Mahfuz Omar(Kedah), Dr. Hj Solahudin Ayub (Johor), Dr. Syed Azman Syed Nawawi (Terengganu), Dr. Wan Mutalib Embong (Terengganu), Dr. Mazlan Aliman (Johor), Dr. Sidek Noor(Perak), Dr. Ir. Hj Phahrolrazi Zawawi (Kedah), Dr. Hj Yusuf Husin (Pak Cop Memali), Dr. Hj Khalid Samad, Dr. Takiyudin Hassan, Dr. Cikgu Husin (Terengganu), Dr. Hj Zulkifli Mamat (Kelantan), Dr. Ariffin Deraman (Terengganu), Dr. Hanifa Maideen, Dr. Wan Nik Yusof (Kelantan), Dr. Hj Abd Wahid Endut, Dr. Hj Sobri Awang (Kedah)........... yang muslimat pun ramai telah layak untuk diberi gelaran doktor sejak yang dididik sejak awal konsep kepimpinan ulamak diperkenalkan tahun 1982 dulu... aduh lengoh jari untuk di masukkan nama-nama mereka yang telah layak untuk di beri gelaran doktor.

Persoalannya? Siapakah yang akan mengiktiraf graduan yang telah berjaya dikeluarkan oleh Universiti Islam Terbuka PAS hasil kerahan keringat, tenaga, masa, hatta nyawa oleh ulamak-ulamak besar dan kecil di dalam PAS ini, jika kita sendiri tidak mengiktirafnya.

Bagi saya mereka yang tersebut di atas cukup mampu untuk menggalas amanah kepimpinan dimana sahaja tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Percaya dan yakinlah dengan produk kita sendiri, insyaAllah kita tidak akan jadi seperti Tipah.

SELAMAT BERMUKTAMAR DENGAN TEMA "BERSAMA MENUJU KE ALAM BAQA' "