Saturday, April 4, 2009

NAJIB MACAM SAYA KATA DR. MAHATHIR

Dalam berita jam 8.00 malam TV3 siarkan Dr. Mahathir serah borang UMNO kepada Najib.

Dalam temubual dengan wartawan Dr. Mahathir kata Najib sama macam dia

"Najib sama macam saya, masa baru dilantik menjadi Perdana Menteri, bebaskan tahanan ISA" kata Dr. Mahathir.

Ya, betul Dr. Mahathir telah membebaskan tahanan ISA sebaik sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri..... tetapi selepas itu, kita tahu apakah yang telah dilakukan sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Oleh itu, rakyat tidak boleh lupa semua kezaliman yang dilakukan olehnya, yang akan diteruskan oleh Najib selepas ini.

UNDI PAKATAN RAKYAT DI KETIGA-TIGA KERUSI UNTUK MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN KEZALIMAN MAHATHIR TIDAK DITERUSKAN.

KITA JANGKA BELIAU SUDAH INSAF, RUPANYA TIDAK!!!!!


3 comments:

AFRAR YUNUS said...

salam sdra,
tapi di kedah ramai penyokong pas sanjung dan terhutang budi dengan tun m.

jesse said...

Salam saudara,
Inilah masalah kita orang Melayu walaupun berpegang kpd ajaran Islam. Terlalu sukar utk mengenang jasa baik orang lain apatah lagi utk membalasnya. Lebih menyedihkan, sanggup pula menyumbang kpd menjajakan perkara buruk mengenai seseorang sungguhpun tidak sebenarnya mengetahui kesahihan perkara itu, tidak pula takut akan dosa pahala. Insaflah: Allah tidak berat sebelah (bias) menetapkan dosa pahala seseorang...tetapi kita juga tau bahawa orang yang selalu teraniaya dgn nista saperti yang dialami Dr M (yang sudah tentu berjasa kpd negara, bangsa dan agama, tak kiralah apa orang lain kata) akan mendpt perlindungan Allah dan berada dlm keadaan lebih selamat kerana dia tidak pernah mengata orang-orang apatah lagi yang mengutuknya dalam blog... dia tak kenalpun. Bagaimana nanti anda semua nak mohon maaf???

Aris Awang said...

Salam kembali,

Subhanallah!!!
Jika dikatakan saya menjaja dan tidak mengetahui kesahihan perkara sebenar adalah salah.

Kerana banyak peristiwa kejam selama 22 tahun itu saya sendiri yang kena secara langsung.