Thursday, August 30, 2012

Realiti Depan Mataku Menambah Keyakinan Terhadap مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤)

مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤

Adalah ayat ke 4 dari surah Al-Fatihah yang di ulang baca sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam, namun bacaan tersebut kadang terbang dihembus sela-sela nafas dan hilang tanpa membekas di sanubari.

Walaupun jika di teliti dengan penuh ketelitian dan keimanan maka ia akan menggetar dan menggentarkan hati seorang mukmin yang membaca serta menghayatinya.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, dipenghujung kehidupan yang entah bila akan direntap nyawaku dari jasad oleh malaikat maut, semakin meyakini bahawa memang perlu dan wajib ada   مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّين

Apabila saban hari melihat pembalasan dan hukuman di dunia ini oleh sesama manusia didepan mataku sendiri terlalu banyak berlaku ketidak adilan.

Tuduhan kepada Si A sama dengan tuduhan kepada Si N. Namun atas faktor tertentu Si A dibebaskan, tetapi si N di kenakan hukuman. Dan lebih seronok lagi yang menjatuhkan hukuman juga sering membaca dan menekankan kepada orang lain akan kepentingan meyakini مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ.

Lagi melucukan, kadang-kadang Si H melakukan kesalahan melebihi Si K, namun atas faktor tertentu juga. Si H bebas bergelak ketawa, sedangkan Si K muram durja!

Boleh jadi, mereka sengaja melakukan hukuman yang tidak adil itu didunia ini agar mereka dapat melihat dengan mata terbelalak pembalasan yang paling adil oleh yang Maha Adil di مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ    
 Atau mereka sebenarnya hanya mahu orang lain yang meyakini مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ  itu, supaya senang mereka meratah dunia ini semahunya?

Seperti perli Mohamad Sabu dalam kuliah beliau di Madrasah Al-Hasaniah Tambak Bunga, "Dunia ini sempit dan sedikit, sebab itu masing-masing berebut; sedangkan akhirat luas dan banyak, maka tak payahlah berebut.

Apapun, segala peritiwa pembalasan tidak adil yang semakin menjadi-menjadi didepan mataku, menjadikan aku semakin yakin perlu adanya  مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ

Jika tidak dimana lagi keadilan boleh di harapkan selain dari di masa dan kepada "Yang Menguasai Hari Pembalasan.

No comments: