Monday, October 18, 2010

WR NASIR MUSTAFA, SERAH KEMBALI PERDANA V6


Wakil Rakyat DUN Kubang Rotan, baru-baru ini telah dilantik menjadi Pengerusi Sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (SBK atau GLC) bagi Kerajaan Negeri Kedah . Syarikat ini adalah sebuah syarikat yang agak besar dan dapat menjana pendapatan sendiri. (Ada banyak syarikat yang tidak boleh menjana pendapatan sendiri sejak lama iaitu dari zaman Tok Mehum Makan Dedak)

Setelah beliau dilantik, satu taklimat telah diadakan kepada beliau sebagai Pengerusi Syarikat oleh Ketua Pegawai Esekutif (KPE atau CEO) dan kakitangan Syarikat. Di akhir taklimat CEO telah menyerahkan satu sampul kepada beliau. Apabila di buka di dalam sampul tersebut terdapat anak kunci kereta. CEO menjelaskan bahawa itu adalah kunci kereta Proton Perdana, yang memang menjadi amalan Syarikat akan memberikan sebuah kereta khusus kepada Pengerusi Syarikat.

WR. Nasir ambil kunci dan selepas itu, mencuba kereta Perdana itu beberapa hari. Aku pun tengok dia bawa kereta itu dia pandu dan kadang kala Mat Wira pandu.

Selepas beberapa hari menerai (test drive maksudnya dalam bahasa Kedah) kereta tersebut. Beliau kembali semula ke pejabat GLC berkenaan dan berjumpa dengan CEO Syarikat dan menyerahkan semula kunci kereta tersebut.

Terkejut CEO Syarikat, "Why, any thing happen??? Kereta tu tak sesuaikah atau rosak?"

WR Naset jawab, "Dai aih, saya ada dah kereta saya, lagi pun tempat parking tak dak, payah la...".

Kebanyakkan kakitangan syarikat mulanya berada heran dan terkejut, tetapi akhirnya mengucap syabas kepada WR Nasir.

Nota: Satu perkara yang telah dianggap pelik diakhir zaman ini, tetapi perkara begitu tidak dianggap pelik di zaman permulaan Islam. Neraca ukur zaman awal Islam dengan Neraca Ukur ketika Islam hilang Tamadunnya sekarang ini, dalam soal menggunakan wang rakyat telah jauh berbeza antara langit dan bumi.

WR Nasir Mustafa berusaha merealitikan apa yang telah didengar mengenai kisah sahabat terpilih di dalam Usrah, Tamrin, Muqayyam, Kuliah Subuh, Qiamullail dan Muktamar PAS satu ketika dahulu ketika belum memerintah yang disampaikan oleh Ustaz dan Ustazah. Sekarang beliau cuba merealisasikannya, bantulah beliau untuk terus mengembalikan ketamadun Islam zaman lampau yang sudah hilang itu, walaupun mungkin ada diantara kita yang tidak rela perkara itu direalitikan dengan berbagai kitab dan hujjah.

Kita pernah mengatakan dahulu bahawa, Ustaz UMNO kalau tak boleh kitab kuning, dia buka kitab merah, kalau kitab merah tak boleh, dia buka kitab biru, dan dia akan tunjuk ini kitab biru kata boleh, akan disyarahlah dalam bahasa Arab hujjah kitab tersebut. Oleh itu elaklah diri kita untuk menjadi seperti Ustaz UMNO itu.

Ahli dan rakyat yang sedar akan marah, namun marah mereka tidak akan ditunjukkan atas berbagai alasan tersendiri. Mereka hanya akan membungkamkan diri. Tetapi sedarlah jika sikap seperti Ustaz UMNO yang kita huraikan dahulu terus ditiru pula oleh kita, maka roh perjuangan akan semakin kendur dan akhirnya hilang. Ruh perjuangan adalah ibarat bahanapi kepada roket yang sedang melancar naik, bayangkan apakah akan jadi jika bahanapi telah semakin menyusut dan akhirnya habis di ketika roket berada di angkasa!!!. Oleh itu bayangkanlah pula, apakah akan terjadi kepada sebuah jamaah Islam yang sudah hilang ruh perjuangannya?.

Manusia ke empat terawal memeluk Islam yang masih hidup setelah Rasulullah saw wafat , pernah berkata ketika membantah Penguasa di zamannya seperti berikut:-

"Hai penguasa! Apabila Engkau membangun Istana ini dengan wang engkau sendiri, itu membazir, dan apabila dengan wang rakyat, itu adalah pengkhianatan."

Dia juga pernah berkata kepada seorang penguasa yang lain, "Hai penguasa! Anda telah membuat orang miskin menjadi miskin dan orang kaya menjadi kaya."

Siapa kah manusia keempat memeluk Islam terawal itu, tidak lain tidak bukan Di adalah Jundab ibn Junadah yang akhirnya di kenali oleh Rasulullah saw dan sahabat terpilih sebagai Abu Dzar Al-Ghifari. Menerima didikan terus dari Madrasah Rasullah saw dengan piawaian akhlak dan tingkah laku acuan Junjungan mulia itu.

Tahniah WR Nasir Mustaffa, ADUN Kubang Rotan. Semoga rakyat akan mula mengerti apakah sebenarnya perjuangan kita untuk sangat-sangat mengambil alih kuasa ini. Adakah untuk membina kesenangan diri atau pun menjaga kepentingan rakyat dengan dikira secara berhati-hati hingga sen yang terakhir.


Tahniah sekali lagi. Allah Hu Akbar ( 3 kali)

ARIS AWANG

6 comments:

Anonymous said...

Bersembang dengan seorang kawan pada 16.10.2010. Dia ni bertugas dengan Jabatan Penerangan. Dulu marah kalau diceritakan tentang kebaikan parti PAS. Sekarang ni dia sering mengikuti pengajaran oleh beberapa orang ustaz dari PAS. Dia dah tak marah kepada PAS sebaliknya kurang senang pula kalau ada kawan-kawannya perlekehkan PAS kerana katanya semenjak PAS menerajui Kerajaan Kedah dah nampak ada kelainan. Mana tidaknya? Sekarang ni kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentalon dah jadi kunjungan penduduk sekitar setiap minggu kerana mendengar ceramah Islam oleh tokoh-tokoh agama terkemuka. Dulu masa BN tadbir Kedah bangunan itu cuma meriah bila ada majlis jamuan teh sempena Hari Ulangtahun Keputeraan Yang Dipertuan Agong dan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah saja.

pak tam kobah said...

Pak teh YB bagi balek sebab paking rumah dia dah penuh..apa kata kalau paking ada banyak space lagik..tentu dia ambik paa..he he he

Gurau ja pakteh...YB naik vios tu pon dah Ok dah...

Anonymous said...

Kereta yg ada pun kawan tak larat nak boh minyak. Ni pulak tambah lagi satu. Jika boh minyak free boleh ceramah pusing satu Malaya. Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Anonymous said...

British Head Coach of Iranian Billiard Team Adopts Shia Islam

19 Oct 2010 13:45

Islam Times: The coach, one of the world's billiard champions, chose the name of Davoud (the Islamic version of David) after the ceremony which was also attended by the Chairman of Iran's Physical Education Organization Ali Saeedlou and the Head of the Friday Prayer Leaders' Policymaking Council Reza Taghavi, ABNA reported.

Saeedlou then promised to present the British coach with a Hajj travel and Taghavi offered several Holy Quran books accompanied by English translation as well several books to him.

"I felt great excitement when I visited Mashhad (Iranian northeastern city where the holy shrine of Imam Reza, the 8th Imam of Shiite Muslims, is) and I was willing to adopt Islam," John said after the ceremony.

"I used to be a coach in Dubai, Qatar and Bahrain for several years, I was au fait with Islam, but I was impressed by Iranian culture when I visited the country."

"I went to the city of Mashhad and visited the shrine, there I chose to become a Muslim."

He expressed hope he could be a good Muslim through further studies.

Mat Kola said...

Baguih la kalau camtu...Satu teladan yang mulia whatever his reason.

MB pulak mcmmana??? Tak mau sedekah ka sikit duit elaun yg duk dapat tiap bulan tu?? Mcm TGNAziz duk practise....Ka Kedah tak sama dgn Kelantan...

Anyway, tahniah YB Nasir... Bukan senang nak tolak benda yg seronok..time member lain duk pakat duk rembat...dan duk pakat buka kitab macam macam kaler....

Bezanya akhlak pencinta Ahlul-Bait dengan akhlak pencinta Muawiyah.....buktikan...Allah Hu Akbar!

Anonymous said...

Pemerintahan Pas Kedah lembab.
Pas Kedah ni ada kepakaran ka nak menjana Ekonomi Kedah?

Apa kata Tun M:
1. Malaysians, including Malaysian monetary authorities seem quite happy over the appreciation of the Ringgit against the US Dollar. We think that when our currency strengthens it must be because our economy is strong. Therefore we are doing well.

2. But are we doing well? Is it the Ringgit which is appreciating or is it the US Dollar which is devaluing?

3. Actually it is the US Dollar which is devaluing. It is devaluing against most other currencies, especially against China's currency.

4. Why is the dollar devaluing? Could it be the currency traders are selling dollars? Could it be because the balance of payment is not in US favour?

5. Martin Wolf of the Financial Times, an expert on money has this to say. There is a global currency battle going on. "To put it crudely," he says, "the US wants to inflate the rest of the world, while the latter is trying to deflate the US. The US must win, since it has infinite ammunition; there is no limit to the dollars the Federal Reserve can create. What needs to be discussed is the terms of the world's surrender; the needed changes in nominal exchange rates and domestic policies around the world."

6. Our reserves are represented by the US Dollar, Gold and other currencies which we keep in order to back the value of our Ringgit. The US clearly does not have to hold foreign currencies to back the Dollar. All the US has to do is to create (print) money.

7. When we buy US Dollar bonds, we are in fact lending US Dollars to the US. When we redeem the bonds all the US has to do is to print more dollars to pay us. We are actually exchanging hard-earned money for pieces of paper which some people call toilet paper.

8. I wonder what Malaysia is doing during this currency war. Are we still keeping US Dollars as our reserves? Have our reserves depreciated because the US Dollar has depreciated?

9. Many countries are now "controlling" their currencies. Are we going to go the other way - to remove the last remnants of our control?

10. As I said in a previous article, the daily trade in currency amounts to 4 trillion dollars. Are we going to contribute to that trade?