Sunday, October 31, 2010

PRK GALAS: Mungkin kebetulan sahaja...


Mungkin kebetulan sahaja, bila pergi mengadakan ziarah rumah ke rumah, untuk kempen agar mengundi PAS dalam Pilihanraya Kecil Galas 4 November 2010 nanti. Rombongan kami akan terjumpa dengan penyokong PAS yang menyatakan hasrat untuk menyokong BN samada dalam bentuk lisan atau bahasa badan mereka.

Perkara ini. amat membimbangkan.

Petugas Kedah di tugaskan di dalam Daerah mengundi Sungai Terah yang mempunyai 1,830 orang pengundi Melayu, 62 orang India dan 20 orang Cina. Kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Ann Lin Lee: 30 Melayu, 4 Cina dan 57 India, LKT Sungai Terah: 1,337 Melayu, 2 Cina dan 1 India, Kampung Tiong 302 Melayu, 13 Cina dan 4 India, Batu 2, Kuala Nerus: 87 Melayu, Kolam Emas: 17 Melayu dan 1 Cina, dan yang terakhir Kampung Rahmat: 17 orang Melayu.

Pilihanraya tahun 2008, PAS telah menang di Daerah Mengundi Sungai Terah ini dalam dalam majoriti yang agak besar, oleh itu mempertahankan Daerah Mengundi ini adalah amat penting dalam Pilihanraya Kecil Galas ini untuk memastikan dapat membantu Daerah Mengundi lain yang lemah dan akhirnya mampu memberi kemenangan kepada PAS walaupun dalam jumlah majoriti yang agak merosot bagi DUN Galas pada kali ini.

Asakan yang kuat oleh UMNO dan Barisan Nasional di kubu kuat PAS ini wajib dipertahankan oleh petugas PAS dari Kedah dan Perlis dalam saat yang terakhir ini dan kepada pelancong pilihanraya dari PAS (mereka yang datang untuk memerhati kemeriahan suasana Pilihanraya dan mendengar ceramah) wajib memastikan sekurangnya dapat menziarahi 5 buah keluarga sepanjang berada dalam kawasan pilihanraya sebelum 4 November nanti. Gunakanlah segala keupayaan dan skill tersendiri untuk meraih sokongan mereka kepada PAS.

Paling kurang, beradalah di kedai-kedai kopi, masjid, surau kemudian dekatilah pengundi tempatan dan selepas itu pastikan mereka mengundi PAS dan menolak Barisan Nasional.

Duit? ya! duit adalah senjata terakhir yang akan digunakan oleh BN. Jika kita menggunakan pendekatan duit lawan duit dalam mana-mana pilihanraya maka kita PAS akan kalah dengan UMNO, kerana UMNO/BN ada berlambak duit judi dari taukeh judi. Kepada semua petugas PAS tidak kira dari mana negeri atau dimana-mana Daerah Mengundi gunakanlah pendekatan kewarasan pemikiran untuk pengundi menolak BN, kerana tugas kita bukan setakat memenangi sesuatu pilihanraya, tetapi tugas kita juga adalah sebagai juru dakwah yang akan membentuk pemikiran rakyat Malaysia memahami apakah tujuan sebenar sesebuah pemerintahan dalam jangka panjang.

Walaupun begitu, adalah tidak salah untuk menghulurkan buah tangan ketika menziarahi mana-mana keluarga yang memang di dapati daif kehidupannya, anak yang terlantar sakit dan sebagainya. Hulurlah sebagai tanda simpati seperti mana kita lakukan diluar waktu musim pilihanraya, yang memang menjadi budaya Islam yang murni. Buah tangan kita, jika dibandingkan dengan rasuah UMNO/BN memang jauh langit dari bumi jaraknya kepada setiap pengundi sasaran, tetapi buah tangan kita itu adalah sebagai tanda persaudaraan dan persahabatan, berilah jangan malu walaupun hanya RM2.00 seorang kepada anak-anak duafak yang kita ziarahi kerumah mereka dengan penuh kasih sayang.

Ayuh, kepada petugas PAS........

Setelah kita bekerja dengan penuh kesungguhan dan displin. Jika senjata terakhir UMNO BN ialah Rasuah Pilihanraya yang dikatakan meningkat sekarang hingga RM1,000 untuk setiap pengundi dan Set TV bagi rumah sasaran. Namun kita ada senjata terakhir kita iaitu doa.

Pastikan setiap pengundi yang telah kita temui, ambil nama mereka dan doalah secara khusus kepadanya untuk ditetapkan hatinya, dimurahkan rezeki dan khususnya mengundi Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam setiap doa ketika selesai solat fardhu kita.

InsyaAllah kita akan mampu pertahankan DUN Galas, walaupun mendapat asakan bertali arus dari jentera BN.

Ku Li telah berkata, "jika PAS menang, maka itu bonus untuk PAS dan jika BN menang maka ia tidak akan merubah apa-apa."

Oleh itu, pastikan Parti Islam SeMalaysia (PAS) meraih bonus tersebut.

Selamat Bertugas kepada yang baru mula bertugas, dan terima kasih kepada mereka yang telah menyelesaikan giliran bertugas masing-masing.


2 comments:

Anonymous said...

Tuan Hj Aris,
Anta kena ziarah 10 buah rumah. Yang lima lagi tu mewakili ana sebab ana tak dapat pi. Nak jadi pelancong pilihanraya pun tak dapat.Selamat berjuang untuk petugas KEDAH. Takbir....
ZOLKHARNAIN ABIDIN PERLIS

Cenangau said...

Kalau tak dapat pi sana, kalau mampu boleh upah orang pi sana. Lebih kurang macam buat upah haji, boleh kut?