Sunday, October 31, 2010

PRK GALAS: Mungkin kebetulan sahaja...


Mungkin kebetulan sahaja, bila pergi mengadakan ziarah rumah ke rumah, untuk kempen agar mengundi PAS dalam Pilihanraya Kecil Galas 4 November 2010 nanti. Rombongan kami akan terjumpa dengan penyokong PAS yang menyatakan hasrat untuk menyokong BN samada dalam bentuk lisan atau bahasa badan mereka.

Perkara ini. amat membimbangkan.

Petugas Kedah di tugaskan di dalam Daerah mengundi Sungai Terah yang mempunyai 1,830 orang pengundi Melayu, 62 orang India dan 20 orang Cina. Kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Ann Lin Lee: 30 Melayu, 4 Cina dan 57 India, LKT Sungai Terah: 1,337 Melayu, 2 Cina dan 1 India, Kampung Tiong 302 Melayu, 13 Cina dan 4 India, Batu 2, Kuala Nerus: 87 Melayu, Kolam Emas: 17 Melayu dan 1 Cina, dan yang terakhir Kampung Rahmat: 17 orang Melayu.

Pilihanraya tahun 2008, PAS telah menang di Daerah Mengundi Sungai Terah ini dalam dalam majoriti yang agak besar, oleh itu mempertahankan Daerah Mengundi ini adalah amat penting dalam Pilihanraya Kecil Galas ini untuk memastikan dapat membantu Daerah Mengundi lain yang lemah dan akhirnya mampu memberi kemenangan kepada PAS walaupun dalam jumlah majoriti yang agak merosot bagi DUN Galas pada kali ini.

Asakan yang kuat oleh UMNO dan Barisan Nasional di kubu kuat PAS ini wajib dipertahankan oleh petugas PAS dari Kedah dan Perlis dalam saat yang terakhir ini dan kepada pelancong pilihanraya dari PAS (mereka yang datang untuk memerhati kemeriahan suasana Pilihanraya dan mendengar ceramah) wajib memastikan sekurangnya dapat menziarahi 5 buah keluarga sepanjang berada dalam kawasan pilihanraya sebelum 4 November nanti. Gunakanlah segala keupayaan dan skill tersendiri untuk meraih sokongan mereka kepada PAS.

Paling kurang, beradalah di kedai-kedai kopi, masjid, surau kemudian dekatilah pengundi tempatan dan selepas itu pastikan mereka mengundi PAS dan menolak Barisan Nasional.

Duit? ya! duit adalah senjata terakhir yang akan digunakan oleh BN. Jika kita menggunakan pendekatan duit lawan duit dalam mana-mana pilihanraya maka kita PAS akan kalah dengan UMNO, kerana UMNO/BN ada berlambak duit judi dari taukeh judi. Kepada semua petugas PAS tidak kira dari mana negeri atau dimana-mana Daerah Mengundi gunakanlah pendekatan kewarasan pemikiran untuk pengundi menolak BN, kerana tugas kita bukan setakat memenangi sesuatu pilihanraya, tetapi tugas kita juga adalah sebagai juru dakwah yang akan membentuk pemikiran rakyat Malaysia memahami apakah tujuan sebenar sesebuah pemerintahan dalam jangka panjang.

Walaupun begitu, adalah tidak salah untuk menghulurkan buah tangan ketika menziarahi mana-mana keluarga yang memang di dapati daif kehidupannya, anak yang terlantar sakit dan sebagainya. Hulurlah sebagai tanda simpati seperti mana kita lakukan diluar waktu musim pilihanraya, yang memang menjadi budaya Islam yang murni. Buah tangan kita, jika dibandingkan dengan rasuah UMNO/BN memang jauh langit dari bumi jaraknya kepada setiap pengundi sasaran, tetapi buah tangan kita itu adalah sebagai tanda persaudaraan dan persahabatan, berilah jangan malu walaupun hanya RM2.00 seorang kepada anak-anak duafak yang kita ziarahi kerumah mereka dengan penuh kasih sayang.

Ayuh, kepada petugas PAS........

Setelah kita bekerja dengan penuh kesungguhan dan displin. Jika senjata terakhir UMNO BN ialah Rasuah Pilihanraya yang dikatakan meningkat sekarang hingga RM1,000 untuk setiap pengundi dan Set TV bagi rumah sasaran. Namun kita ada senjata terakhir kita iaitu doa.

Pastikan setiap pengundi yang telah kita temui, ambil nama mereka dan doalah secara khusus kepadanya untuk ditetapkan hatinya, dimurahkan rezeki dan khususnya mengundi Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam setiap doa ketika selesai solat fardhu kita.

InsyaAllah kita akan mampu pertahankan DUN Galas, walaupun mendapat asakan bertali arus dari jentera BN.

Ku Li telah berkata, "jika PAS menang, maka itu bonus untuk PAS dan jika BN menang maka ia tidak akan merubah apa-apa."

Oleh itu, pastikan Parti Islam SeMalaysia (PAS) meraih bonus tersebut.

Selamat Bertugas kepada yang baru mula bertugas, dan terima kasih kepada mereka yang telah menyelesaikan giliran bertugas masing-masing.


Monday, October 25, 2010

ADIK IPAR TONY BLAIR MEMELUK ISLAM


Adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan
Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.

Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

"Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

"Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari," katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

Berikut adalah klip video ucapan beliau.

Dihujung ucapan anak perempuannya menyeru untuk orang ramai bertakbir.

Takbir! Takbir! Takbir!

dan di sambut oleh Lauren dengan ucapan

Allah hu Akbar!


Friday, October 22, 2010

Saiz Kerajaan Perlu DiKecil dan Jangan Berniaga Melalui GLC

Didalam ucapan Dasar Presiden PAS di Muktamar ke 56 telah menyebut secara spesifik dalam perkara 68, dimuka surat 24, berbunyi:-

"Penglibatan kerajaan atau orang-orangnya (GLC) yang bersaing dengan kegiatan ekonomi rakyat menimbulkan rasa tidak senang di antara satu sama lain.

Semua perkara tersebut secara langsung atau tidak langsung boleh mencetuskan rasa benci-membenci di antara kaum dan dikalangan sesama kaum. Benarlah tulisan Ibn Khaldu
n di dalam bukunya Al-Muqadimah,

"Kegiatan kerajaan dalam bidang perniagaan membawa keburukan"

Artikel di bawah adalah fakta-fakta yang di bawa oleh Wan Saiful
Wan Jan Ketua Pegawai Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) mengenai Kejatuhan Indeks Kebebasan Ekonomi Sedunia akibat kongkongan kerajaan terhadap putaran ekonomi rakyat.


Berikut adalah tulisan beliau:

Malaysia telah mengalami kejatuhan sekali lagi dalam Senarai Indeks Kebebasan Ekonomi Sedunia ( The Economic Freedom of the World: 2010 Annual Report’), yang telah dilancarkan pada 29 September 2010 oleh Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).

The Economic Freedom of the World: 2010 Annual Report adalah sebuah penerbitan tahunan dari Economic Freedom Network, sebuah jaringan badan-badan pemikir antarabangsa. IDEAS adalah satu-satunya ahli jaringan ini dari Malaysia.

Menganalisa data daripada 141 negara, indeks tahun ini menempatkan Malaysia di kedudukan ke-77. Ini adalah penurunan sebanyak sembilan tempat dibandingkan dengan pencapaian tahun lepas, apabila kita berada di tempat ke-68.

Hong Kong mengekalkan kedudukan tahap tertinggi dalam kebebasan ekonomi di seluruh dunia, dengan skor 9.05 daripada 10. Skor tinggi yang lain dicapai oleh Singapura (8.70), New Zealand (8.27), Switzerland (8.08), Chile (8.03), Amerika Syarikat (7.96), Kanada (7.95), Australia (7.90), Mauritius (7.82), dan United Kingdom (7.81).

Zimbabwe pula merekodkan tahap kebebasan ekonomi yang terendah di antara 141 negara-negara yang dianalisis, diikuti oleh Myanmar, Angola, dan Venezuela.

Indeks 2010 ini menggunakan 42 garis pengukur berbeza untuk membuat penilaian polisi-polisi yang menggalakkan kebebasan ekonomi.

Landasan-landasan asas dalam kebebasan ekonomi adalah pilihan individu, pertukaran secara sukarela, kebebasan untuk bersaing, dan keselamatan pemilikan peribadi. Berdasarkan itu, tahap kebebasan ekonomi diukur dalam lima bidang berikut: (1) saiz kerajaan, (2) struktur undang-undang dan keselamatan hakmilik harta, (3) laluan kepada kewangan yang mantap, (4) kebebasan untuk berdagang di arena antarabangsa, dan (5) regulasi kredit, tenaga buruh dan perniagaan.

Skor kita merosot dalam semua bidang pada tahun ini apabila diukur secara objektif, menggunakan data terkini yang boleh diperolehi.

Lebih membimbangkan, ini bukan kali pertama skor negara kita jatuh, tetapi ia seolah-olah telah menjadi satu trend. Pada tahun 1995 kita di tempat ke-14; tahun 2000 kita yang ke-44; tahun 2005 kita ke-64, dan pada tahun 2007 kita di tempat yang ke-68.

Bagaimanapun, bagi saya Indeks 2010 ini menarik kerana ia turut mengkaji kaitan antara kebebasan ekonomi dengan beberapa bidang keberhasilan penting yang telah diisytiharkan oleh ahli-ahli politik kita sebagai keutamaan, termasuklah KDNK per kapita, pengangguran dan rasuah.

Data daripada Indeks 2010 menunjukkan bahawa negara-negara yang paling bebas ekonominya mempunyai purata KDNK per kapita sebanyak US$ 32,744. Tetapi negara-negara yang ekonominya terkongkong pula memiliki purata KDNK per kapita hanya US$ 3,858.

Bahkan di kalangan negara-negara yang mendapat kedudukan tertinggi, pendapatan purata 10 peratus rakyat termiskin mereka adalah US$ 8,474, iaitu lebih tinggi daripada purata pendapatan ramai rakyat biasa di Malaysia pada masa ini.

Maka, dalam rangka untuk mencapai tahap pendapatan lebih tinggi yang digagaskan oleh Model Baru Ekonomi (NEM), data Indeks 2010 ini menunjukkan bahawa kita wajib menjalankan usaha-usaha lebih agresif untuk memerdekakan sistem ekonomi kita.

Analisa data Indeks 2010 juga menunjukkan bahawa apabila pengangguran akan berkurang apabila ekonomi lebih bebas. Ini berlaku terutamanya di kalangan orang muda.

Jadi, ketika kita mencari cara untuk mengatasi masalah pengangguran siswazah, kita perlu sedar bahawa membekalkan mereka dengan kemahiran, atau menambahkan bilangan institusi pendidikan tinggi, adalah tidak mencukupi. Hanya jika kita meningkatkan kebebasan ekonomi sahaja maka pengangguran boleh dikurangkan.

Dalam menghadapi gejala rasuah pula, didapati bahawa negara-negara yang ekonominya bebas adalah tiga kali lebih bagus daripada negara-negara yang mempunyai sistem ekonomi terkongkong. Dalam kata lain, kadar rasuah adalah lebih rendah di negara-negara yang lebih bebas ekonominya.

Kita biasanya terlalu cepat melihat kepada SPRM apabila menuntut agar rasuah dihapuskan. Memang betul SPRM perlu diperkukuhkan. Tetapi data yang kita perolehi menunjukkan bahawa liberalisasi ekonomi merupakan langkah penting dalam membenteras jenayah rasuah.

Indeks Kebebasan Ekonomi 2010 ini telah menunjukkan bahawa sistem ekonomi berteraskan prinsip keterbukaan sangat penting bukan sahaja jika kita ingin keluar daripada perangkap pendapatan pertengahan (middle-income trap), atau meningkatkan pendapatan per kapita kita dan mengurangkan pengangguran lulusan ijazah, tetapi ia juga menyumbang pada isu-isu penting yang biasanya tidak dikaitkan dengan liberalisasi ekonomi, seperti mengurangkan kadar jenayah rasuah.

Kerana itulah saya menyokong prinsip-prinsip umum di sebalik Program Transformasi Ekonomi Negara. Bagaimanapun, saya bimbang mengenai kebolehan pemerintah kita melaksanakannya.

Satu masalah yang sekian lama menyebabkan skor Malaysia turun dalam Indeks Kebebasan Ekonomi adalah saiz kerajaan kita. Saiz kerajaan Malaysia semakin besar dari tahun ke tahun. Untuk memperbaiki skor kita dalam Indeks ini, kita sangat perlu mengurangkan jumlah penjawat jawatan kerajaan. Kita juga perlu menghentikan penglibatan kerajaan dalam ekonomi melalui syarikat GLC.

Para pembuat dasar ekonomi tidak boleh menutup mata terhadap isu saiz kerajaan yang terlalu besar ini. Jika kita benar-benar mahu menjadi berpendapatan tinggi, setiap pihak perlu berusaha memperkecil saiz perkhidmatan awam dan mengurangkan bilangan GLC. Kita mesti bertegas jika mahu menjadi negara maju dan kaya.

Nota: Wan Saiful Wan Jan Saiful ialah Ketua Pegawai Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS). Indeks Kebebasan Ekonomi 2010 boleh dimuat turun secara percuma dari www.ideas.org.my

Monday, October 18, 2010

WR NASIR MUSTAFA, SERAH KEMBALI PERDANA V6


Wakil Rakyat DUN Kubang Rotan, baru-baru ini telah dilantik menjadi Pengerusi Sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (SBK atau GLC) bagi Kerajaan Negeri Kedah . Syarikat ini adalah sebuah syarikat yang agak besar dan dapat menjana pendapatan sendiri. (Ada banyak syarikat yang tidak boleh menjana pendapatan sendiri sejak lama iaitu dari zaman Tok Mehum Makan Dedak)

Setelah beliau dilantik, satu taklimat telah diadakan kepada beliau sebagai Pengerusi Syarikat oleh Ketua Pegawai Esekutif (KPE atau CEO) dan kakitangan Syarikat. Di akhir taklimat CEO telah menyerahkan satu sampul kepada beliau. Apabila di buka di dalam sampul tersebut terdapat anak kunci kereta. CEO menjelaskan bahawa itu adalah kunci kereta Proton Perdana, yang memang menjadi amalan Syarikat akan memberikan sebuah kereta khusus kepada Pengerusi Syarikat.

WR. Nasir ambil kunci dan selepas itu, mencuba kereta Perdana itu beberapa hari. Aku pun tengok dia bawa kereta itu dia pandu dan kadang kala Mat Wira pandu.

Selepas beberapa hari menerai (test drive maksudnya dalam bahasa Kedah) kereta tersebut. Beliau kembali semula ke pejabat GLC berkenaan dan berjumpa dengan CEO Syarikat dan menyerahkan semula kunci kereta tersebut.

Terkejut CEO Syarikat, "Why, any thing happen??? Kereta tu tak sesuaikah atau rosak?"

WR Naset jawab, "Dai aih, saya ada dah kereta saya, lagi pun tempat parking tak dak, payah la...".

Kebanyakkan kakitangan syarikat mulanya berada heran dan terkejut, tetapi akhirnya mengucap syabas kepada WR Nasir.

Nota: Satu perkara yang telah dianggap pelik diakhir zaman ini, tetapi perkara begitu tidak dianggap pelik di zaman permulaan Islam. Neraca ukur zaman awal Islam dengan Neraca Ukur ketika Islam hilang Tamadunnya sekarang ini, dalam soal menggunakan wang rakyat telah jauh berbeza antara langit dan bumi.

WR Nasir Mustafa berusaha merealitikan apa yang telah didengar mengenai kisah sahabat terpilih di dalam Usrah, Tamrin, Muqayyam, Kuliah Subuh, Qiamullail dan Muktamar PAS satu ketika dahulu ketika belum memerintah yang disampaikan oleh Ustaz dan Ustazah. Sekarang beliau cuba merealisasikannya, bantulah beliau untuk terus mengembalikan ketamadun Islam zaman lampau yang sudah hilang itu, walaupun mungkin ada diantara kita yang tidak rela perkara itu direalitikan dengan berbagai kitab dan hujjah.

Kita pernah mengatakan dahulu bahawa, Ustaz UMNO kalau tak boleh kitab kuning, dia buka kitab merah, kalau kitab merah tak boleh, dia buka kitab biru, dan dia akan tunjuk ini kitab biru kata boleh, akan disyarahlah dalam bahasa Arab hujjah kitab tersebut. Oleh itu elaklah diri kita untuk menjadi seperti Ustaz UMNO itu.

Ahli dan rakyat yang sedar akan marah, namun marah mereka tidak akan ditunjukkan atas berbagai alasan tersendiri. Mereka hanya akan membungkamkan diri. Tetapi sedarlah jika sikap seperti Ustaz UMNO yang kita huraikan dahulu terus ditiru pula oleh kita, maka roh perjuangan akan semakin kendur dan akhirnya hilang. Ruh perjuangan adalah ibarat bahanapi kepada roket yang sedang melancar naik, bayangkan apakah akan jadi jika bahanapi telah semakin menyusut dan akhirnya habis di ketika roket berada di angkasa!!!. Oleh itu bayangkanlah pula, apakah akan terjadi kepada sebuah jamaah Islam yang sudah hilang ruh perjuangannya?.

Manusia ke empat terawal memeluk Islam yang masih hidup setelah Rasulullah saw wafat , pernah berkata ketika membantah Penguasa di zamannya seperti berikut:-

"Hai penguasa! Apabila Engkau membangun Istana ini dengan wang engkau sendiri, itu membazir, dan apabila dengan wang rakyat, itu adalah pengkhianatan."

Dia juga pernah berkata kepada seorang penguasa yang lain, "Hai penguasa! Anda telah membuat orang miskin menjadi miskin dan orang kaya menjadi kaya."

Siapa kah manusia keempat memeluk Islam terawal itu, tidak lain tidak bukan Di adalah Jundab ibn Junadah yang akhirnya di kenali oleh Rasulullah saw dan sahabat terpilih sebagai Abu Dzar Al-Ghifari. Menerima didikan terus dari Madrasah Rasullah saw dengan piawaian akhlak dan tingkah laku acuan Junjungan mulia itu.

Tahniah WR Nasir Mustaffa, ADUN Kubang Rotan. Semoga rakyat akan mula mengerti apakah sebenarnya perjuangan kita untuk sangat-sangat mengambil alih kuasa ini. Adakah untuk membina kesenangan diri atau pun menjaga kepentingan rakyat dengan dikira secara berhati-hati hingga sen yang terakhir.


Tahniah sekali lagi. Allah Hu Akbar ( 3 kali)

ARIS AWANG

Wednesday, October 13, 2010

PERSIDANGAN SOLAT PERINGKAT NASIONAL KE 19

Berikut adalah teks ucapan Ayatollah Syed Ali Khamenei, Pemimpin Utama Iran dalam Persidangan Solat Peringkat Nasional kali ke 19 di Khorasan bermula 12 hingga 13 Oktober 2010

 Bismillahirrahmanirrahim

Membangun sebuah pusat bernama masjid, pertama-tama di Quba' lalu di Madinah adalah salah satu inovasi Islam yang paling indah dan cerdas di awal kelahiran masyarakat Islam. Masjid adalah rumah Allah dan rumah manusia; pusat dzikir, mikraj spiritual, serta medan ilmu, jihad dan pengurusan keduniaan; masjid adalah tempat ibadah dan markas politik. Kesemua itu adalah dua sisi saling berkaitan yang mengenalkan masjid dalam budaya Islam sebagai pusat yang berbeda dengan pusat-pusat ibadah agama lain.

Di masjid, gelora dan kekhusyukan ibadah yang murni berbaur dengan gairah kehidupan yang bersih, cerdas dan sehat. Masjid mendekatkan individu dan masyarakat ke posisi idealnya dalam Islam. Masjid adalah manifestasi perpaduan antara dunia dan akhirat, serta hubungan antara individu dan masyarakat dalam pandangan dan perspektif agama Islam.

Dengan pandangan ini, kalbu kita akan terpanggil ke arah masjid dan dipenuhi rasa cinta dan tanggung jawab. Di antara masjid-masjid yang ada di sekitar kita hari ini, tidak sedikit masjid yang dapat memberikan gambaran nyata dari pemandangan duniawi yang indah dan menawan ini.

Kehadiran para pemuda kita yang berjiwa bersih, para rohaniawan, serta guru yang pandai dan penuh kepedulian, telah menjadikan masjid-masjid kita menjadi pusat dzikir, ibadah, pemikiran dan makrifat, serta menghidupkan kenangan yang mulia dan bernilai di hati kita. Akan tetapi, selama seluruh tugas ini belum terlaksana secara penuh, tidak ada seorangpun dari kita yang boleh dan berhak melupakan bahaya yang mengancam masyarakat, pemuda, keluarga dan generasi mendatang akibat kekurangan masjid atau lemahnya pengelolaan masjid.

Jangan sampai kita kehilangan berkah agung yang diberikan oleh masjid yang ideal dalam Islam kepada negara, pemerintahanan dan rakyat.

Masalah yang terpenting adalah pembangunan masjid dan kehadiran rohaniawan yang layak di sana. Meski saat ini ada puluhan ribu masjid di seluruh penjuru negeri, namun masih banyak desa, kota, daerah, dan taman perumahan yang memerlukan ribuan masjid. Kaum mukmin, para pemuda dan remaja kita sangat memerlukan akses yang mudah ke masjid.

Rohaniawan yang saleh, cerdas, pandai, dan peduli di masjid ibarat dokter dan perawat di rumah sakit. Dia menjadi spriit dan jiwa kehidupan bagi masjid. Para imam jamaah harus meyakini kewajibannya untuk mempersiapkan diri menjalankan peranan sebagai dokter spiritual. Seiring dengan itu, pusat-pusat pengelola urusan masjid dan hauzah ilmiah di mana saja harus membantu mereka. Masjid harus menjadi pengajar ilmu tafsir dan hadis, mimbar bagi ilmu-ilmu sosial dan politik, serta pusat nasehat dan penempaan akhlak.

Suara penuh kasih dari para pengelola masjid harus dapat menarik hati para pemuda yang masih suci. Kehadiran para pemuda dan semangat Basij harus bisa menghidupkan dan menggairahkan lingkungan masjid serta membangkitkan optimisme akan masa depan.

Antara masjid dan pusat-pusat pendidikan di setiap tempat harus terjalin kerjasama dan hubungan yang jelas dan tepat. Alangkah baiknya jika pelajar pintar di setiap tempat mendapat penghargaan dari tangan imam jamaah di dalam masjid dengan disaksikan oleh masyarakat setempat. Masjid harus bisa menjalin dan mempererat hubungan dengan para pemuda yang berniat membangun rumah tangga; dengan mereka yang mengukir prestasi di bidang keilmuan, sosial, seni dan olahraga; dengan mereka yang menaruh kepedulian kepada orang lain sebagai tekadnya yang tinggi; dengan orang-orang berduka yang mencari tempat berkeluh kesah; bahkan dengan anak-anak bayi yang baru lahir ke dunia.

Di semua tempat, masjid harus menjadi tempat berlindung yang aman serta sumber kebaikan dan berkah. Lebih dari itu, masjid jangan sampai menjadi alat untuk mengganggu orang-orang yang bertetangga dengannya. Menyiarkan suara-suara yang menyakitkan khususnya di tengah malam ketika masyarakat sedang larut dalam istirahatnya tentu bukan tindakan yang terpuji dan bahkan -dalam sejumlah kasus- bertentangan dengan syariat Islam. Hanya ada satu suara yang harus disiarkan lewat masjid yaitu suara adzan dengan suara yang indah dan menarik hati.

Adalah tugas dan kewajiban semua orang untuk memakmurkan masjid dan menghiasinya dengan hiasan spiritual dan lahiriyah. Semua orang harus turut serta di dalamnya sejauh kemampuan dan kemauannya. Baik masyarakat maupun pemerintah kota dan pemerintah pusat harus ambil bagian. Seorang rohaniawan yang pandai, bertanggung jawab dan soleh boleh dan harus menjadi penggerak bagi langkah yang suci ini.

Kepada Allah Swt saya memohon taufik untuk semuanya, dan untuk ulama pejuang dan pengabdi yang tulus Hojjatul Islam wal Muslimin Qaraati saya memohonkan umur yang panjang, kesehatan dan taufik yang semakin berlimpah dari Allah Swt.

Wassalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Sayyid Ali Khamenei
10 Oktober 2010

Nota: Semoga Masjid di negeri kita akan mula bergerak ke arah saranan yang diberikan di atas. Alangkah indahnya jika first man dinegeri ini mengungkap, meneladani dan mempraktik setiap inci perutusan di atas.

Namun sekarang yang paling penting ialah setiap individu muslim dekatilah masjid/surau, insyaAllah Tuhan kita yang Maha Pengasih akan memberikan kita akhirnya pembimbing yang muttaqin dan mukhlisin.

Kepada mereka yang sudah menjadi pentadbir masjid/surau usahakan agar saranan yang diberikan seperti di atas dapat dilaksanakan sekurang-kurang dalam ruang lingkup masing-masing, walaupun secara yang agak terhad dan terbatas.

Tuesday, October 12, 2010

Awas!!! Kelalaian Akan Menghancurkan

Pemuda dan pemudiku...

Sebagai pendokong perjuangan Islam yang suci melalui wadah perjuangan Parti Islam SeMalaysia (Aku cadangkan selepas ini kurangkan guna singkatan PAS, tetapi gunakan sebutan Parti Islam dalam pertuturan: Bertujuan untuk menyedarkan kita sedang membawa Islam kepada manusia). Kita ingin mengikuti sepenuhnya apa yang diajar oleh Allah swt melalui NabiNya yang mulia Muhammad saw.

Tetapi, dunia ini adalah pentas ujian, oleh itu sebagai penguji Allah swt membekalkan dalam diri kita nafsu dan disekitaran kita Iblis serta Syaitan yang berupa jin dan manusia. Dunia sendiri adalah ujian kepada kita. Seperti yang selalu disebut oleh Abang Mat Sabu dalam kuliah politik Islamnya secara sinis dan menyindir, "Dunia ni sempit dan sikit, akhirat luas dan banyak, sebab itu masing-masing berebut untuk dunia". (Kuliah dia 17 Oktober 2010 di Madrasah Al-Hasaniah, Kampung Baru, Tambak Bunga, Alor Setar, Lepas Maghrib)

Jika kita lalai dari berwaspada terhadap ujian atau musuh-musuh itu maka kita akan kecundang, hatta kita menjadi anggota Parti Islam sekalipun. Aku ulang sekali lagi, kita tidak boleh lalai dari 3 musuh utama kita iaitu Syaitan, Hawa Nafsu dan Dunia.

Musuh pertama, Syaitan akan sentiasa menjadikan akhirat sebagai enteng dan bahan gurauan dan menjadikan dunia fokus utama serta kemegahan. Ia akan datang kepada kita melalui jalan kemaksiatan atau melalui jalan agama. Aku akan jadi ulamak riak, bangga diri, kepura-puraan serta was-was dan ragu dengan ilmunya sendiri. Aku perlu menunjukkan walaupun aku Ustaz tetapi tahu semua perkara mengenai dunia, itu mungkin kadang-kadang hanyalah dorongan syaitan, kerana Rasulullah saw sendiri sebagai manusia maksum pun menyerahkan kepada ahlinya dalam urusan dunia.

Musuh kedua, Hawa Nafsu, adalah ibarat seperti ular, ia baru akan diam mematuk setelah ditimpa kesedihan (dipukul). Nafsu akan mengoda, meluap-meluap untuk melampiaskan hasratnya, namun setelah hasrat itu dilampiaskan, kesalahan sudah dilakukan, malu mula menjelma, akal fikiran kembali waras.... di saat itu apa yang ada ialah kesedihan atas ketelanjuran.

Musuh ketiga, Dunia, Ya! Dunia adalah musuh yang anih kepada manusia. Al-Quran banyak memperingatkan kita untuk berhati-hati dengan kilauan dunia, waspada dan hati-hati agar tidak jatuh ke dalam tipu dayanya. Kesimpulannya dunia yang haram dan kotor janganlah kita campur dalam mencari akhirat dan redha Allah swt. Manusia mengejar kedudukan dan kepimpinan adalah manusia yang melalaikan akhirat. Paling utama perlu diingat perbuatan menyembah dunia akan menghancurkan negeri akhirat!!!. Manusia sentiasa ada alasan-alasan logik untuk mereka mendapatkan dunia yang haram, makruh dan syubhat. Manusia juga mempunyai alasan untuk memakan harta rakyat demi untuk rakyat.

Alasan yang paling kontemporari
untuk merebut dunia ini ialah, 'Benda ini memang ada dalam peraturan, jadi kita boleh ambik la." Persoalannya peraturan itu siapa buat, bukankah ada di antara peraturan itu kita yang tentang dahulu. Itu semua sudah tenggelam dalam arus kemilau dunia. Jangan lalai sehingga ditipu dunia dan alasan sendiri.

Pemuda dan pemudiku,

Setelah kita sentiasa berwaspada terhadap 3 musuh tadi, kita janganlah lalai akan potensi diri kita. Kelalaian dari potensi diri akan menyebabkan kita tidak mengasah semaksima mungkin kemampuan diri. Terkadang kita menemui seorang yang lapar dan miskin sedangkan dia memiliki sekeping tanah yang terbiar. Saidina Ali Karamallah wajhah pernah berkata, "Barang siapa yang memiliki tanah dan air yang melimpah namun dia fakir, maka Allah akan menjauhkan dia"(Bihar Al-Anwar, jilid 103, hal 65)

Awasi tiga musuh dengan penuh kewaspadaan dan memohon pertolongan Alah swt, membina potensi diri dan seterusnya janganlah lalai akan kematian. Kita hanya menghitung dan membilang kematian manusia lain, sebaliknya kita lalai menghitung saat kematian kita.

Kerana dengan mngingati mati, kita akan sentiasa hidup. Maksudnya hidup dengan penuh beerti di dunia ini untuk menuju kepada kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Kita sekarang sudah terkepung dengan alam langit terbuka, alam siber, alam internet, alam facebook, blog, web, twitter, email, youtube dan sebagainya.

Oleh itu, anggaplah ia sebagai dunia kita. Berinteraksilah, gunalah, pakailah untuk tujuan kebaikan, namun dalam masa yang sama awasilah terhadap kelalaian yang disebut di atas yang mungkin akan menjerumuskan kita kelembah kehancuran, walaupun kamu dari Parti Islam pemuda dan pemudiku.

Gunakanlah facebook untuk menzahir akhlak Islam kita sebagai pemuda Islam di alam maya, gunakanlah blog untuk menegur menasihat mengkritik, memberi maklumat, ilmu dan sebagainya kepada manusia.

Jadilah diri kita sebagai Pejuang Islam di alam realiti, dan seperti itulah juga kita sebagai pejuang Islam di Alam Maya.

Di alam realiti, mana mungkin mengendap rumah jiran di tengah malam hari, maka di alam maya mana mungkin menggendap Mat Saleh dan Minah Saleh, di alam realiti menjaga adap sopan pergaulan lelaki perempuan, maka di alam maya mana mungkin menggunakan bahasa ghairah dan sensual yang memikat............ begitulah seterusnya. Di alam realiti tidak lah terlalu hu...ha... hu... ha, tiba-tiba di alam maya bertukar menjadi teramat hu...ha...hu... ha.... sudah tentulah akan kurang manis.

Jadilah kamu pemuda pemudi Islam yang akan mewarisi perjuangan Islam yang suci kerana Dajjal perosak manusia, Mahdi yang dinantikan dan Isa putra Maryam sudah semakin hampir kedatangannya. Kita sedang berada dihujung umur dunia dalam keadaan Islam yang dianggap dagang, tetapi berbahagialah orang yang dagang itu.

Oleh itu Janganlah Lalai....