Tuesday, August 31, 2010

UMNO BERPESTA FITNAH DI BULAN BARAKAH

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Cuba bayangkan jika Rasulullah s.a.w ditakdirkan Allah masih hidup di zaman ini. Tidakkah kita fikirkan bahawa Utusan dan Umno mungkin juga akan menemplak tindakan Rasulullah s.a.w yang membenarkan orang-orang Kristian Najran masuk ke masjid dan bersembahyang di Masjid Nabi.

Ahli Parlimen DAP Y.B Teo
Nie Ching diserang-serang habis-habisan kerana berkunjung ke Surau Al-Huda Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut. Beliau telah dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas.

Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.
Kerana seronok memfitnah di bulan Ramadhan , Umno dan Utusan tidak peduli seerah Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang berjaya menonjolkan ruh tasamuh ( toleransi ) yang amat tinggi apabila berdepan dengan golongan non muslim .

Sebagai satu contoh toleransi yang Rasulullah s.a.w tonjolkan adalah sepertimana kisah yang dinyatakan oleh Ibn Ishak di dalam seerah berkenaaan perjumpaan Baginda dengan golongan Kristian Najran.
Ibnu Ishak meriwayatkan golongan Kristian ini telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w di Madinah dan mereka bejumpa Rasulullah s.a.w di Masjid Nabi. Apabila tiba waktu asar golongan Kristian ini bangun ingin menunaikan sembahyang mereka dan ada para sahabat yang cuba menegah mereka. Rasulullah sebaliknya mengatakan “ Da’auhum ! ( biarkan mereka ) .

Rasulullah s.a.w membenarkan golongan Kristian itu bersembahyang mengikut cara mereka di dalam masjid Nabi !! Akhirnya mereka bersembahyang dengan mengadap di sebelah timur ( lihat buku tulisan Yusuf Al-Qardhawi “ Religious Minority from Shariah’s Perspective ).

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Ulama Pas,Dato Harun Taib iaitu mereka yang arif tentang Islam menyatakan tidak salah orang bukan Islam memasuki masjid.
Jika Rasulullah s.a.w yang digambarkan oleh Al-Quran sebagai qudwatun hasanah ( role model ) membenarkan orang bukan Islam bersembahyang cara mereka di Masjid Nabi siapakah Utusan dan Umno yang ingin melarang Ahli Parlimen DAP dari memasuki surau Al-Huda, Kajang. Umno dan Utusan mendakwa kononnya pihak Surau Al-Huda membenarkan Nie Ching memberikan tazkirah sedangkan beliau adalah orang bukan Islam dan tidak menutup aurat.

Sebenarnya ini hujah makan tuan. Baiklah katakan , untuk tujuan berhujah, kami terima pendapat Umno bahawa Nie Ching tidak sepatutnya bertazkirah kerana beliau adalah orang bukan Islam dan tidak menutup aurat . Jika itu hujah Umno kita juga berhak bertanya kenapakah semasa Umno menjadi Kerajaan di Selangor dahulu para alim ulama’ seperti Tuan Guru Nik Aziz, Dato’ Dr Harun Din , Almarhum Dato Ishak Bahrum dan beberapa alim ulama' yang lain juga dilarang memberikan tazkirah oleh pemimpin Umno .Bukankah Tuan Guru Nik Aziz, Dato’ Dr Harun Din , Almarhum Dato Ishak Bahrum adalah orang Islam dan bukankah mereka juga menutup aurat !


Umno katakan Nie Ching tidak menutup aurat ketika bertazkirah . Kita ingin bertanya Umno , adakah hukum atau perintah menutup aurat hanya untuk orang Islam atau juga terpakai untuk orang bukan Islam ? Jika menutup aurat hanya wajib untuk orang Islam sahaja kenapakah kita harus mewajibkan ke atas orang bukan Islam dalam perkara yang Allah tidak wajibkan ke atas mereka. Bukankah pendirian kita bahawa orang bukan Islam yang ingin berkunjung ke masjid mestilah berpakaian sopan. Saya tidak nampak Nie Ching berpakaian tidak sopan hanya kerana beliau tidak bertudung.


Jika Umno begitu serius tentang isu menutup aurat mengapakah Umno tidak ambil peduli sebahagian besar isteri pemimpin Umno dan sesetengah pemimpin wanita dan Puteri Umno yang masih tidak menutup aurat !

Apabila Ahli Parlimen Selayang, Y.B William Leong Jee Keen menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid al-Taqwa, Selayang akhbar Mingguan Malaysia menulis dengan tajuk berikut “ Ahli Parlimen Selayang pula “ bertazkirah” Kesucian Masjid terus dinodai” ( Mingguan Malaysia 29/8/2010 m/s 3 ) . Akhbar itu melaporkan pengarah JAIS Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.


Saya tidak pelik jika JAIS mengambil pendirian begitu kerana bagi saya saki baki pengaruh Umno masih tebal dalam JAIS. Bukankah JAIS di zaman BN dahulu sibuk mengambil tindakan kepada AJK masjid yang dilihat tidak cenderung kepada Kerajaan BN.

Saya mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam isu tersebut kerana saya mewakili lebih kurang 7 buah masjid dan surau yang diganggu oleh JAIS !
Untuk Khusrin kita ingin bertanya soalan berikut : Adakah Rasulullah s.a.w tidak tahu orang-orang Kristian Najran berhadas besar semasa Rasulullah s.a.w membenarkan mereka masuk Masjid Nabi dan bersembahyang di Masjid Nabi ?

Apabila Ustaz Zakaria Ahmad mendoakan di dalam khutbah agar Lim Guan Eng diberi hidayah akhbar proksi Umno memfitnah beliau dengan mengatakan doa Ustaz Zakaria berbunyi begini “ Ya Allah , Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng… ( lihat Mingguan Malaysia 22/8/2010 m/s 5 ). Malahan ada disiarkan di dalam TV bagaimana seseorang membuat komen bahawa khutbah tersebut boleh dikatakan tidak sah kerana tidak ada doa kepada Yang Dipertuan Agung ( YDPA ).

Wow ! sejak bila doa kepada YDPA menjadi rukun khutbah. Habislah semua khutbah Nabi tidak sah kerana di zaman Nabi YDPA tidak ada !


Mengapakah Umno terus menerus memainkan isu seperti ini ?

Jawapannya mudah sekali iaitu amat mudah memainkan emosi rakyat dengan isu-isu sensasi ini. Percayalah Umno akan terus menerus memainkan isu seperti ini kerana bagi Umno undi adalah segala-galanya. Bagi mendapatkan undi matlamat menghalalkan cara. Umno tidak akan peduli sama ada isu yang dimanipulasi itu selaras dengan syara’ atau tidak.


Lihatlah pendirian Umno dalam isu kalimah Allah di dalam akhbar the Herald. Emosi mengatasi ilmu. Lihat pula dalam isu kuil dan memijak kepala lembu . Sekali lagi perasaan mengatasi ilmu pengetahuan.

Lihat pula isu orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Umno tidak peduli seerah dan sunnah Rasulullah s.a.w .

Lihat pula isu khutbah. Umno seronok memfitnah di dalam bulan yang penuh barakah.

Sunday, August 29, 2010

KEJARLAH BONUS DARI PENCIPTA ALAM

Pemuda dan pemudiku,

11 hari lagi, kita akan menyambut 1 syawal. Tiba-tiba terlihat iklan, jualan murah pada 10 sehari berturut-turut sehingga malam raya seperti berikut: Baju kanak-kanak sehelai RM1.00, minyak masak sebotol 5 liter RM1.00, beras cap rambutan 10 kg RM1.00, Kuih-mueh sebalang RM0.50 dan lain-lain lagi bahan keperluan yang dijual luarbiasa murahnya - aku rasa akan pecah kedai yang membuat tawaran seperti itu, silap haribulan terpaksa panggil FRU.

Nah sekarang Allah swt menawarkan ganjaran bonus 1,000 bulan kepada sesiapa yang mendapat malam Lailatur Qadr.

Kejarlah ia sebagai bekalan perbelanjaan di kehidupan selepas mati nanti. Iaitu satu kehidupan yang kekal abadi.

ADUN Kubang Rotan, WR Mohd Nasir Mustaffa menawarkan pakej perlumbaan ini di 10 buah masjid dalam dun Kubang Rotan, ADUN Anak Bukit, YB Amirudin Hamzah menawarkan pakej Tetap di Masjid Putih Sungai Baru (Lama) dan ADUN Pengkalan Kundor, YB Phahrolrazi Zawawi menawarkan pakej pilihan di masjid-masjid dalam DUN Pengkalan Kundor.

Mungkinkah akan pecah masjid-masjid yang dinyatakan kerana manusia akan merebut bonus tersebut???.

Dengarlah iklan yang dirakam di dalam Surah Al-Qadr oleh Allah swt kepada kita semua. Iklan disampaikan oleh Abd Basit Abd Samad



إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ

[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ

[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

[5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Friday, August 27, 2010

Dunia Adalah Bilik Peperiksaan

Pemuda dan Pemudi ku hidup didunia ini adalah umpama sebuah Bilik Peperiksaan Besar. Tuhan ingin menguji kita samada mahu mengakui, mengimani dan seterusnya tunduk patuh kepada perintahnya. Itu sahaja tidak lebih dari itu.

Maka tunduk dan patuhlah kepada perintahnya nescaya kamu bahagia dunia dan akhirat.

Namun memang sifat manusia ini, selalu engkar.

Hayati surah Al-Mulk sebanyak 30 ayat, di alunkan merdu oleh Sheikh Mishary Alafasy semoga diberi keteguhan hati oleh Allah, Tuhan Pencipta Alam di malam Ramadhan yang mulia ini.



تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

[1] Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

[2] Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقاً مَّا تَرَى فِي خَلْقِ الرَّحْمَنِ مِن تَفَاوُتٍ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَى مِن فُطُورٍ

[3] Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِأً وَهُوَ حَسِيرٌ

[4] Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاء الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُوماً لِّلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ

[5] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

وَلِلَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

[6] Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

إِذَا أُلْقُوا فِيهَا سَمِعُوا لَهَا شَهِيقاً وَهِيَ تَفُورُ

[7] Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.

تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ الْغَيْظِ كُلَّمَا أُلْقِيَ فِيهَا فَوْجٌ سَأَلَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ نَذِيرٌ

[8] Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang ingkar), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"

قَالُوا بَلَى قَدْ جَاءنَا نَذِيرٌ فَكَذَّبْنَا وَقُلْنَا مَا نَزَّلَ اللَّهُ مِن شَيْءٍ إِنْ أَنتُمْ إِلَّا فِي ضَلَالٍ كَبِيرٍ

[9] Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "

وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ

[10] Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".

فَاعْتَرَفُوا بِذَنبِهِمْ فَسُحْقاً لِّأَصْحَابِ السَّعِيرِ

[11] Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.

إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ

[12] Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

وَأَسِرُّوا قَوْلَكُمْ أَوِ اجْهَرُوا بِهِ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

[13] Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

[14] Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولاً فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِن رِّزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

[15] Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

أَأَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاء أَن يَخْسِفَ بِكُمُ الأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ

[16] Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?

أَمْ أَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاء أَن يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِباً فَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ

[17] Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?

وَلَقَدْ كَذَّبَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَكَيْفَ كَانَ نَكِيرِ

[18] Dan demi sesungguhnya! orang-orang (ingkar) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.

أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا الرَّحْمَنُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ

[19] Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

أَمَّنْ هَذَا الَّذِي هُوَ جُندٌ لَّكُمْ يَنصُرُكُم مِّن دُونِ الرَّحْمَنِ إِنِ الْكَافِرُونَ إِلَّا فِي غُرُورٍ

[20] Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang ingkar tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.

أَمَّنْ هَذَا الَّذِي يَرْزُقُكُمْ إِنْ أَمْسَكَ رِزْقَهُ بَل لَّجُّوا فِي عُتُوٍّ وَنُفُورٍ

[21] Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).

أَفَمَن يَمْشِي مُكِبّاً عَلَى وَجْهِهِ أَهْدَى أَمَّن يَمْشِي سَوِيّاً عَلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

[22] Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ قَلِيلاً مَّا تَشْكُرُونَ

[23] Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".

قُلْ هُوَ الَّذِي ذَرَأَكُمْ فِي الْأَرْضِ وَإِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

[24] Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".

وَيَقُولُونَ مَتَى هَذَا الْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

[25] Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"

قُلْ إِنَّمَا الْعِلْمُ عِندَ اللَّهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ

[26] Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata".

فَلَمَّا رَأَوْهُ زُلْفَةً سِيئَتْ وُجُوهُ الَّذِينَ كَفَرُوا وَقِيلَ هَذَا الَّذِي كُنتُم بِهِ تَدَّعُونَ

[27] Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang ingkar itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!".

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَهْلَكَنِيَ اللَّهُ وَمَن مَّعِيَ أَوْ رَحِمَنَا فَمَن يُجِيرُ الْكَافِرِينَ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ

[28] Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?".

قُلْ هُوَ الرَّحْمَنُ آمَنَّا بِهِ وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَا فَسَتَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

[29] Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْراً فَمَن يَأْتِيكُم بِمَاء مَّعِينٍ

[30] Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".

Saturday, August 21, 2010

Setelah Menghayati Cerita Dalam Surah Yaasiin Aku Wajib Mempertahan TG Nik Aziz

Hayatilah Bacaan Surah Yaasiin ayat 13- 32 oleh Sheikh Sadaqat Ali

Mengisahkan zaman pemerintahan seorang raja bernama Anticus dalam wilayah Turki. Rakyat negeri itu diutuskan 2 orang Rasul dan selepas itu diutus pula seorang lagi untuk menyeru agar menerima perintah Allah, tetapi di tolak oleh rakyat negeri mentah-mentah sehingga hendak membunuh ketiga-tiga Rasul itu.

Ketika itu datanglah seorang lelaki dari hujung negeri meleraikan cubaan membunuh itu, dan menjelaskan bahawa para rasul ini tidak pernah meminta upah dan menerangkan dengan cukup jelas dakwah yang disampaikan.

Rakyat negeri terus mengerumuninya, sehingga beliau terjatuh dan akhir beliau dinjak sehingga terburai perutnya. Lalu mati.

InsyaAllah, Aku sanggup mempertahan Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat dan apa yang diperkatakan mengenai hudud dalam usaha membalas kenyataan Karpal Sigh dan olokkan pemimpin UMNO sama seperti lelaki dari hujung negeri dalam surah Yaasiin itu.

Untuk ahli UMNO apa yang diperkatakan oleh TG Nik Aziz, bukan lagi atas sentimen kepartian, walaupun Karpal adalah dari DAP sekutu Pakatan Rakyat. tetapi perkara itu adalah kebenaran yang perlu disampaikan kepada siapa sahaja.

Amat malang jika pemimpin UMNO dan ahli UMNO bertepuk tangan seolah-olah Pakatan Rakyat akan berpecah, tanpa berfikir untuk mencari satu usaha yang serius menjelaskan kepada orang bukan Islam mengenai keadilan peraturan yang turunkan oleh Allah swt sehingga mereka menerimanya

Apakah pemimpin dan ahli UMNO, jika turut berada di zaman nabi yang diceritakan di dalam surah Yaasiin itu akan turut sama menginjak perut lelaki dari hujung negeri yang mempertahankan 3 orang rasul sehingga terburai perutnya???

Perkara peraturan Allah bukan sentimen kepartian, tetapi ia merentasi segala sempadan............... menuju ke sempadan akhirat.

Lebih anih lagi..... jika ada pemimpin dan ahli UMNO membaca surah Yaasiin sekurang-kurangnya setiap malam Jumaat, dan ada setengah menghafalnya... namun tidak pernah mahu menghayati kisah yang diceritakan untuk menjadi pedoman dalam kehidupan di dunia yang sementara ini.

Mengapakah liat sangat untuk mengarahkan polis dan jabatan penjara memberi kerjasama merealisasikan perlaksanaan Hukum Allah yang adil di Kelantan?



وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلاً أَصْحَابَ الْقَرْيَةِ إِذْ جَاءهَا الْمُرْسَلُونَ

[13] Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),

إِذْ أَرْسَلْنَا إِلَيْهِمُ اثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوا إِنَّا إِلَيْكُم مُّرْسَلُونَ

[14] Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.

قَالُوا مَا أَنتُمْ إِلاَّ بَشَرٌ مِّثْلُنَا وَمَا أَنزَلَ الرَّحْمن مِن شَيْءٍ إِنْ أَنتُمْ إِلاَّ تَكْذِبُونَ

[15] Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".

قَالُوا رَبُّنَا يَعْلَمُ إِنَّا إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ

[16] Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,

وَمَا عَلَيْنَا إِلاَّ الْبَلاَغُ الْمُبِينُ

[17] "Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".

قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِن لَّمْ تَنتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُم مِّنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ

[18] Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".

قَالُوا طَائِرُكُمْ مَعَكُمْ أَئِن ذُكِّرْتُم بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ

[19] Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".

وَجَاء مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ
[20] Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
اتَّبِعُوا مَن لاَّ يَسْأَلُكُمْ أَجْراً وَهُم مُّهْتَدُونَ

[21] "Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".

وَمَا لِي لاَ أَعْبُدُ الَّذِي فَطَرَنِي وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

[22] Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?

أَأَتَّخِذُ مِن دُونِهِ آلِهَةً إِن يُرِدْنِ الرَّحْمَن بِضُرٍّ لاَّ تُغْنِ عَنِّي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئاً وَلاَ يُنقِذُونِ

[23] "Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.

إِنِّي إِذاً لَّفِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ

[24] "Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.

إِنِّي آمَنتُ بِرَبِّكُمْ فَاسْمَعُونِ

[25] "Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",.

قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ قَالَ يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ

[26] (Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -

بِمَا غَفَرَ لِي رَبِّي وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُكْرَمِينَ

[27] "Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan".

وَمَا أَنزَلْنَا عَلَى قَوْمِهِ مِن بَعْدِهِ مِنْ جُندٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَمَا كُنَّا مُنزِلِينَ

[28] Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.

إِن كَانَتْ إِلاَّ صَيْحَةً وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ خَامِدُونَ

[29] (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.

يَا حَسْرَةً عَلَى الْعِبَادِ مَا يَأْتِيهِم مِّن رَّسُولٍ إِلاَّ كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُون

[30] Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.

أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّنْ الْقُرُونِ أَنَّهُمْ إِلَيْهِمْ لاَ يَرْجِعُونَ

[31] Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan).

وَإِن كُلٌّ لَّمَّا جَمِيعٌ لَّدَيْنَا مُحْضَرُونَ

[32] Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).

UMNO TAK NAK LIM GUAN ENG MASUK ISLAM?

Di copypaste dari Al-Bakistani

Baru sat-sat bersembang dengan seseorang dari negeri Pulau pinang. Dia mendakwa, bahawa kejadian doa dalam Khutbah Jumaat terhadap Lim Guan Eng memang wujud. Tetapi, dia mempersoalkan isu yang sedang di mainkan oleh UMNO, khususnya TPM dan Zahid hamidi.

"kat mana salahnya doa itu?" soalnya.

"Pak imam yang menyebut Nama Lim Guan Eng dalam Khutbah itu, dia berdoa agar Lim guang Eng itu diberikan hidayah oleh Allah SWT.. supaya Lim Guang Eng masuk islam" ujar orang yang umurnya hampir 60 tahun itu.

penerangan itu, mengingatkan aku dengan doa nabi SAW yang berbunyi;

اللهم أعز الإسلام بأحد عمرين


maksudnya;
"Ya Allah, berikan kemegahan kepada Islam dengan islamnya salah seorang dari dua orang yang bernama Umar".

Dua orang umar yang dimaksudkan dalam doa Nabi SAW itu adalah, umar bin Al-Khattab, dan Amru bin Hisham, atau gelaran masyhurnya Abu Jahal [bapa goblok].

dalam doa nabi SAW itu, ternyata Allah SWT memilih Umar bin Al-Khattab, dengan keislaman Khalifah Islam kedua itu keesokkan harinya, di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam.

Justeru, tidak ada salahnya jika benar sungguh wujud Pak Imam yang berdoa di atas mimbar jumaat agar diberikan hidayah kepada Lim guan Eng. Jika ia salah, atas alasan apa ia salah.

Namun, atas alasan politik sempit UMNO itu, sengaja perkara ini diisukan. ia memberi tanda bahawa UMNO memang tidak teringin untuk melihat Lim guan eng memeluk islam, seperti yang sering diharapkan oleh ramai umat Islam yang mahu melihat Islam terlaksana di malaysia.

"UMNO lebih suka orang jadi kafir. yang dah masuk Islam pun, 'ditarbiah' UMNO agar lawan Islam" bisik hatiku.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Nota: Tahniah Ustaz Hafiz Nordin, Khatib yang membaca doa tersebut. Adik kepada Sahabat saya Hisyam Nordin.

Friday, August 20, 2010

Penyelesaian jangka pendek???

Sinar Harian: Menurut perangkaan JAKIM terdapat 81,000 anak luar nikah berdaftar ketika ini. Pada tahun 2007 sebanyak 16,100, tahun 2008 sebanyak 16,541, pada tahun 2009 sebanyak 17,303. Jabatan Pendaftaran Negara mencatatkan dalam tempoh lima tahun sehingga 2009 ialah 74,723 pendaftaran anak luar nikah membabitkan orang Melayu/Islam.

Ada sorang kawan dok kelui minta penyelesaian jangka pendek masalah anak luar nikah dan perzinaan dikalangan remaja yang semakin menjadi-jadi sekarang ini sementara menunggu Hukum Allah Taala (Hudud) dilaksanakan. Lontaran ideanya, itu sekali pandang nampak hebat dan terdepan, kerana tak mahu lagi hukum Allah hendak dilaksanakan (pasai apa aku tak tahulah?)

Katanya, perlu penyelesaian jangka pendek, kerana dah terdesak sekarang ini, jadi dia minta orang ramai tolong bagi idea macammana nak selesai, tapi jangan cakap pasai cara yang Allah Taala tunjuk, beri cara lain untuk jangka pendek ini.

Aku malas nak bagi idea, kerana As-Syahid Syed Qutb telah menulis di dalam Petunjuk Sepanjang Jalan (Yang sering diguna sebagai teks Usrah semasa awal Kepimpinan Ulamak dulu tahun 80án, sekarang mungkin tak sesuai dah kut?). Jika kita melayan seruan penyelesaian masalah jangka pendek itu, maka kita hanya akan berpusing-pusing di dalam hutan belantara tanpa ada kompas yang akhirnya kembali semula ketempat kita mula sesat.

Bila kembali ketempat sesat tadi, bukan setakat 81,000 anak luar nikah, tetapi mungkin sudah menjadi 250,000 orang!

Tulis Syed Qutb:

"Kita sekarang berada ditengah-tengah suasana jahiliyah yang serupa dengan suasana jahiliyah yang ada pada zaman kedatangan Islam dahulu, malah lebih gelap lagi. Segala sesuatu disekitar kita ialah jahiliyah, konsep hidup manusia sekarang, akidah kepercayaan mereka, adat istiadat dan kebiasaan mereka, sumber pelajaran seni dan sastera mereka, peraturan dan undang-undang mereka, hinggakan banyak perkara yang kita anggap sebagai pelajaran Islam, buku rujukan Islam, falsafah Islam dan pemikiran Islam sebenarnya adalah hasil ciptaan jahiliyah!.

Oleh kerana itulah nilai Islam tidak tulus dan tidak hidup subur lagi di dalam jiwa kita, ajaran Islam itu tidak begitu terang lagi di dalam pemikiran kita, dan dikalangan kita sekarang tidak muncul lagi suatu generasi manusia hebat dari model yang dilahirkan oleh Islam di zaman Rasulullah saw.

Oleh itu, di dalam program gerakan ke Islaman, kita mesti membebaskan diri diperingkat permulaan, di peringkat taman asuhan kanak-kanak lagi, dari sebarang pengaruh jahiliyah. Kita mesti rujuk semula ke pangkal jalan, kepada sumber yang murni yang telah ditimba dan dicedok oleh orang-orang sebelum kita. iaitu sumber yang terjamin tidak bercampur baur dengan sumber yang lain. Kita mesti kembali semula kepadanya untuk mendapat ajaran mengenai hakikat wujud, terhadapnya dan juga hakikat wujudnya umat manusia ini dan pertalian dengan Allah swt. Dari situlah kita mengambil pandangan terhadap hidup dan kita mengambil nilai diri dan akhlak kita, serta kita mengambil panduan dalam program pemerintahan, politik, ekonomi, sosial dan segala aspek kehidupan kita.

Bila kita ingin merujuk semula kepada Islam, maka kita mesti berlajar untuk melaksanakannya, bukan dengan kaedah belajar untuk mengetahui, menjadi guru dan pensyarah serta sebagai penglipurlara dikuliah-kuliah. Kita merujuk kepadanya untuk mengetahui apa yang sebenar telah diminta oleh Al-Quran untuk kita lakukan, maka kita lakukan perkara itu, maka di dalam perjalanan itu kita akan bersua dengan kehebatan Al-Quran."

Apabila ingin mengambil langkah jangka pendek, teringat aku cerita seorang sahabat.

Satu hari TVnya rosak tak keluar gambar, dia bunyi syeeeeeeee........... bila buka.

Dia pun tepuk perlahan-lahan belakang TV. Tup! Keluar gambar....... OK... sekeluarga mereka dapat tengok TV semula, termasuk 3 orang anaknya yang masih sekolah rendah.

Selepas itu......... bila TV tidak keluar gambar......... dia akan mengetuk TV itu... maka gambar akan keluar.

Pada hari lain.......... dia tidak ada di rumah....... TV tidak keluar gambar...... anaknya yang bongsu ketuk TV bukan setakat tak keluar gambar.......... punah terus.

Kena beli TV baru.

Itulah penyelesaian jangka pendek........ bukankah mudah jika sejak mula lagi, beliau membuka buku manual TV, untuk dibaiki dan kalau tidak tahu rujuklah kepada tukang baiki TV.

Itu baru mesin ciptaan manusia, inikan pula kita manusia sebuah mesin biologi ciptaaan yang Maha Pencipta. Sudah tentu jika rosak kenalah merujuk kepada manual yang diberikan iaitu Al-Quran. Tiada jalan pintas lain dan tiada berfikir luar kotak yang lain

Kesimpulannya: Apabila ada masalah, terpekik terlolonglah mencari penyelesaian, jangka pendeklah, sederhalah dan sebagainya. Namun sedarlah hasil tidak kemana, kemusnahan dan kehancuranlah yang ditempa. Kembalilah kepada
buku manual pencipta kita sebelum kehancuran yang lebih parah.

Thursday, August 19, 2010

Allah Memerintahkan: Bacalah Kitab Suratan Amal Mu!!!

إِنَّ هَـذَا الْقُرْآنَ يِهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْراً كَبِيراً

[9] Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

وأَنَّ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِالآخِرَةِ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَاباً أَلِيماً

[10] Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

وَيَدْعُ الإِنسَانُ بِالشَّرِّ دُعَاءهُ بِالْخَيْرِ وَكَانَ الإِنسَانُ عَجُولاً

[11] Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru.

وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ آيَتَيْنِ فَمَحَوْنَا آيَةَ اللَّيْلِ وَجَعَلْنَا آيَةَ النَّهَارِ مُبْصِرَةً لِتَبْتَغُواْ فَضْلاً مِّن رَّبِّكُمْ وَلِتَعْلَمُواْ عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ وَكُلَّ شَيْءٍ فَصَّلْنَاهُ تَفْصِيلاً

[12] Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.

وَكُلَّ إِنسَانٍ أَلْزَمْنَاهُ طَآئِرَهُ فِي عُنُقِهِ وَنُخْرِجُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كِتَاباً يَلْقَاهُ مَنشُوراً

[13] Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).

اقْرَأْ كَتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيباً

[14] (Lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)".

Apabila di buka kitab itu diakhirat nanti, tidak ada lagi penyesalan.

Tidak lagi boleh kembali ke bumi ini, untuk membetulkan segala kesalahan.

Oleh itu, mulakan dengan Ramadhan ini, untuk beramal dengan penuh ketundukan kepadaNya.

InsyaAllah sama-samalah berdoa dan beramal agar buku catatan itu kita terima melalui tangan kanan.

Tuhan telah mengingatkan kepada kita: "Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya".

Namun kita meraguinya......... Kenapa???

Tuesday, August 17, 2010

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ؟

Surah Al-Maidah 48- 71

وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِناً عَلَيْهِ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ عَمَّا جَاءكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجاً وَلَوْ شَاء اللّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَـكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُم فَاسْتَبِقُوا الخَيْرَاتِ إِلَى الله مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

[48] Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْاْ فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيراً مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

[49] Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْماً لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

[50] Apakah hukum jahiliyyah yang mereka mahu? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.



Petang berada di kilang Cetak Hj Azlan, di Mergong bersama Hj Nan kerana tolong tempah call card Kak Limah yang mengusahakan Cendawan Tiram, di Seberang Kota, Kuala Kedah....... dekat Marina Castle hasil 'pening'... galan pemerintahan BN Kedah. (Pening.... galan kerana buat habis RM berjuta-juta, akhir tak boleh guna untuk perahu layar, kerana kelebur..... kelebur tu lanyau la....... lanyau tu lumpur lah orang K. Lumpur kate).

Ketika tunggu, designer dia dok setting, Hj Nan memberi tazkirah yang melekat dalam kepala aku hingga sekarang.

Kata dia, "Bila kita cakap أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ؟ maka orang UMNO setengah Pegawai Tadbir 'pening'... galan UMNO/BN akan kata kita tidak mesra pelangan, ganas, tak pandai tadbir, sikit-sikit kira ayat tu je......... ayat lain banyak lagi. Kesimpulannya kita akan di lihat tak baik."

Beliau menambah, "Ukuran baik-baik tidak baik sesebuah perjuangan dan pemerintahan itu, bukan nilaiannya dari kaca mata orang sekular, tetapi nilainya mestilah dilihat dari kaca mata Al-Quran dan kaca mata pejuang-pejuang Islam."

"Jika kita sudah berasa kita baik hasil nilaian mereka yang tidak melihat berdasarkan nilaian kaca mata Al-Quran dan pejuang Islam, maka perjuangan kita yang kita perjuangkan selama ini tidak akan kemana, kebimbangannya kita akan menjadi penampan kepada kebangkitan Islam seterusnya." sambung beliau lagi.

Beliau semakin rancak berkata "Tuhan kata hidup kita ini adalah ujian, sebab itu dia turun undang-undang, kalau kita turun hawa nafsu kita, sudah tentu kita tidak mahu buat. tatpi kita kena ingat ini semua adalah ujian."

Aku dok tenganga dengar, tiba-tiba hand phonenya berbunyi........... Dia jawab telefon, "Ya, semua beli dah, sat lagi balik".

Habis, setakat tu saja, dia pun bergegas balik kerana Rohaya, isterinya telefon suruh bawa balik cepat daging lembu dan beberapa keperluan lain yang nak digunakan untuk berbuka puasa.

Aku balik rumah dengan call card yang dah siap dan cuba search tazkirah petang Ramadhan yang ke tujuh oleh Hj Adnan Al-Ayami (mengikut panggilan Ustaz Ismail Kamis kepada Hj Nan).

Berikanlah kekuatan kepada kami seperti Engkau berikan kepada Rasul dan NabiMu yang ada diantara mereka sanggup dibelah kepala dengan gergaji dan dihumban dalam api yang membakar hanya semata-mata menyeru kepada seruan yang Engkau perintahkan. Ya Allah, Ya Raball Álameen.

Monday, August 16, 2010

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Bacaan Surah Ar-Rahman oleh Syed Sadaqat Ali


الرَّحْمَنُ
[1 (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

عَلَّمَ الْقُرْآنَ
[2 Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

خَلَقَ الْإِنسَانَ
[3 Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

عَلَّمَهُ الْبَيَانَ
[4 Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ
[5 Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

وَالنَّجْمُ وَالشَّجَرُ يَسْجُدَانِ
[6 Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

وَالسَّمَاء رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَ
[7 Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ
[8 Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ
[9 Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

وَالْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ
10] Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

فِيهَا فَاكِهَةٌ وَالنَّخْلُ ذَاتُ الْأَكْمَامِ
11] Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُ
12] Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
13] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?




Ahhh............ sudah 6 hari kita mengerjakan ibadah puasa.

Betapa nikmatnya meneguk air ketika berbuka puasa........

Dari manakah air itu datang, apakah ianya air paip yang dibekalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Ia, memang! tetapi kita perlu membayarnya.

Tetapi apakah mereka boleh bekalkan air itu walaupun kita membayar dengan harga 1 liter RM1,000.00 jika hujan tidak diturunkan oleh Allah swt? Bumi dijadikan kering kontang, semua air mata air tidak lagi memancarkan airnya......

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Aku tunduk dan sujud penuh kesyukuran kepada Mu Tuhan yang menjadi Alam ini. Ya Allah.....

Sunday, August 15, 2010

Aku Sokong Bakar Haq 100%

Copypaste dari: Penarik Beca

Walaupun saya tidak mempercayai agama Sikh, tetapi saya tidak berhak mencela apa-apa pun ajaran agama itu seperti kesh (rambut yang tidak dipotong), kanga (sikat), kara (gelang ditangan kanan), kirpan (pisau kecil yang tidaklah begitu tajam) dan kachha (seluar dalam pendek). Lebih dari itu, saya tidak boleh mencela dan menghina kitab suci agama Sikh, Guru Granth Sahib.

Tetapi semalam, dengan begitu kurang ajar dan biadab Karpal Singh berkata:
"Nik Aziz should realise we do not live in primitive times. In the present time and age, the punishment of stoning to death, which is a cruel and unjust punishment, does not, and cannot have a place" (lihat Malaysiakini semalam "Karpal locks horns with Nik Aziz over baby dumping")
Kalau Karpal hentam Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, itu saya tak payah jawab. Biar Nik Aziz jawab sendiri.

Masalahnya Karpal menghina hukum Islam - tidak kiralah sama ada hukum itu bersumber dari al-Quran atau hadith. Itu kurang ajar dan biadab yang keterlaluan.

Oleh kerana Karpal bukan beragama Islam, takkan nak berhujjah guna nas-nas dalam Islam pula. Dan, saya pun tidak peduli sama ada dia hormat atau tak hormat agama kita. Tetapi, mulut jangan kurang ajar.

Karpal hendaklah jangan kurang ajar dalam hak orang lain yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Perkara 11 (1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan, tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.

Walaupun tidak dilaksanakan, apa-apa hukum di dalam Islam adalah sebahagian dari amalan agama Islam (lihat ayat "berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya").

Saya peduli apa tafsiran orang-orang yang kononnya pakar. Kalau orang kata kefahaman saya mengenai Perkara 11(1) itu salah, itu pun tafsiran depa. Saya peduli apa. Kalau depa mengaji undang-undang dan pandai guna jargon undang-undang pun, belum tentu tafsiran depa betul dan muktamad. Tiap-tiap hari ada tafsiran yang berbeza.

Bagi kita yang beragama Islam, persoalan yang lebih besar yang mesti kita persoalkan ialah adakah perbuatan membuang bayi tidak primitif? Tidak kejam? Bersetubuh sana-sini tanpa ikatan perkahwinan tidak primitif? Tidak anti-sosial? Tidak zalim?

Adakah satu hari nanti bila bersepah-sepah anak luar nikah yang lahir dari perut anak perempuan orang atau dari perut bini orang yang bersetubuh dengan lelaki lain, itu semua tak zalim, tak primitif dan tak anti-sosial?

Adakah yang dikatakan adil, tidak primitif dan constitutional itu ialah kita mengizinkan wujudnya sehingga berpuluh-puluh juta anak luar nikah di dalam masyarakat kita? Bila kita mencapai persetujuan sedemikian, agaknya tidak adalah lagi sesiapa yang membuang bayi kerana masyarakakat telah menerimanya sebagai sesuatu yang bertamadun dan tidak primitif.

Dan, tidak adalah lagi keperluan kepada undang-undang seperti undang-undang Islam kerana masyarakat sudah mengiktiraf bahawa perbuatan bersetubuh sana-sini tanpa ikatan perkahwinan adalah perbuatan yang bertamadun yang sesuai dengan doktrin kebebasan memilih, hak demokratik dan hak asasi.

Persoalannya, adakah orang-orang yang lebih yakin kepada undang-undang Islam tidak ada tempat dalam doktrin kebebasan memilih, hak demokratik dan hak asasi.?

Saya tidak ada hak memilih undang-undang di dalam agama saya? Saya tidak ada hak memilih undang-undang yang diwajibkan oleh Tuhan saya, Pencipta saya?

Mengapa saya tidak ada hak, tidak boleh dan dilemparkan kata-kata kurang ajar dan biadab apabila saya memilih undang-undang Tuhan saya yang saya yakin lebih baik?

Islam tidak menjatuhkan hukuman dengan mudah - bukan main tuduh gitu-gitu lepas tu terus heret dan rejam dengan batu. Islam menyusahkan proses menjatuhkan hukuman. Contohnya, untuk membuktikan seseorang itu berzina memerlukan empat saksi yang dipercayai. Lantaklah kalau sesiapa yang rasa dia bagus sangat nak mempersendakan syarat itu. Yang penting, hukuman tidak boleh dijatuhkan dengan mudah untuk memastikan kezaliman tidak berlaku.

Bagi saya, saya hanya yakin kepada undang-undang yang bertuhankan Allah s.w.t.

Walaupun saya dipaksa patuh dan tidak dibenarkan memilih apa yang saya nak pilih (paksa macam tu bertamadun dan constitutional pulak), saya sama sekali tidak selesa dengan undang-undang yang mungkin dicipta oleh kaki-kaki mabuk atau kaki-kaki zina atau kaki pukul bini atau sekurang-kurangnya kaki-kaki berlagak yang jakun dengan dirinya sendiri yang kononnya pakar undang-undang.

Saya sama sekali tidak selesa dengan undang-undang yang bergantung kepada kepetahan si peguam berhujah atau lebih buruk lagi bergantung kepada kehendak Perdana Menteri jahat yang dipaksakan ke atas hakim yang bertuhankan gaji dan jawatannya.

Saya juga tidak peduli kalau orang-orang seperti Karpal rasa bagus sangat undang-undang yang mungkin dicipta oleh kaki-kaki botol atau kaki jahat jenis lain yang kononnya pakar undang-undang. Itu depa punya fasal.

Bagi mereka agama mereka, bagi saya agama saya. Tetapi, jangan kurang ajar!

Tahniah Tok Guru Nik Aziz dan Seluruh Pejuang Islam Kelantan!!!

Pada 2 Ramadhan Dinar & Dirham Kelantan dilancarkan.

Timbalan Menteri Kewangan dan selepas itu Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri kata akan minta Bank Negara bertindak!!!

Menteri Perdagangan Antarabangsa pun tumpang semangkuk disini

Hudud, UMNO/BN tak mahu dan tentang kata Hudud PAS, Dinar dan Dirham pun UMNO/BN tak mahu juga? Awat Dinar dan Dirham PAS jugak ka?

Kepada pemimpin BN, sebelum bertindak secara semberono dan ingin masih bertuhankan Tuhan Manusia iaitu Amerika dan Bristish bacalah kertas kerja Puan Hajjah Nik Mahani binti Mohammad.


Dinar & Dirham Kelantan Matawang Syariah Oleh Hajjah Nik Mahani Binti Mohamad
Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.

Umat Islam di abad ini tahu dan sememangnya sedar bahawa kita telah kehilanggan pemerintahan
Islam sejak jatuhnya Kerajaan Uthmaniyyah pada
tahun 1924. Umat Islam menunggu akan hari datangnya suatu keadaan di mana umat Islam akan kembali bersatu dan membawa balik ‘daulah’ Islamiyah.

Ramai yang berpendapat bahawa selagi kita belum dapat mewujudkan sebuah pemerintahan Islam maka persatuan ummah tidak dapat zahirkan. Terdapat banyak analisis tentang keadaan umat yang telah ditulis, pelbagai cadangan telah dikemukakan dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyatupadukan umat Islam tetapi umat Islam di abad ini masih belum dapat disatukan lagi.

Kini, telah ada keyakinan bahawa seperkara yang boleh menyatupadukan umat Islam dan untuk
menegakkan semula sebuah kerajaan Islam yang berdaulat ialah dengan mengembalikan semula satu matawang Syariah yang boleh digunakan oleh orang Islam di mana sahaja mereka berada.

Kenyataan
dan fahaman ini adalah berdasarkan satu ayat Al Quran Nul Karim :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

Surah An-Nisa, ayat 59

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan
pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."

Menurut Al-Qurtubi, seorang ahli tafsir al-Quran yang ulung dalam kitab tafsirnya yang termasyhur,
Tafsir Al-Qurtubi (m. 1273); ayat al-Quran tersebut merupakan perintah supaya “mentaati pemerintah dalam tujuh perkara iaitu:
1. Penempaan duit dinar dan dirham.
2. Penetapan berat dan ukuran.
3. Penghakiman.
4.
Pengisyitiharan bagi ibadat haji.
5. Solat Jumaat,
6. Sambutan Aidilfitri dan Aidiladha.
7. Jihad.

Justeru, itu pengeluaran matawang ‘dinar dan dirham’ merupakan kewajipan pertama pemerintah untuk diperintahkan dan dipatuhi. Berdasarkan ayat inilah, matawang Syariah dikembalikan semula.

Perbahasan bahawa umat Islam harus menunggu kebangkitan sebuah ‘ Kerajaan Islam’ dahulu baru
mahu menegakkan yang ‘haq’ adalah suatu pendapat yang kurang tepat pada pendapat penulis. Apakah kita harus tunggu sesiapa untuk kita menegakkan yang ‘haq’? atau yang ‘wajib’?

Sebagai contoh -
apakah jika sebuah negara itu kuffar maka kita tak perlu sembahyang kerana takut dimarahi? Atau apakah kita harus menunggu persetujuan daripada kerajaan kuffar untuk kita menunaikan sembahyang Maghrib? Tentunya perkara yang wajib tetap kita lakukan walaupun ia tidak dibenarkan kerana kita umat Islam wajib menunaikan sembahyang; kerana ibadah sembahyang itu adalah ‘haq’!

Hukuman
‘tidak sembahyang’ tetap kena kepada kita walaupun `Kerajaan Kuffar’ mithalnya, tidak memberikan tempat yang khusus untuk kita menunaikan sembahyang.

Perbahasan apakah kita harus menunggu
sahaja tanpa membuat sesuatu usaha atau apakah kita wajib melangkah terus cuba menegakkan apa yang haq adalah suatu perbahasan yang tiada penghujungnya. Yang jelas; apakah kita di abad ini bertindak dengan hanya kaku menunggu ‘bulan jatuh ke riba’ atau pun mula bangkit melakukan sesuatu agar apa yang kita impikan boleh tercapai?.

Maka inilah keputusan yang diambil oleh pemimpin sebuah
negeri kecil yang ramai memberikan takrif sebagai negeri ‘Serambi Mekah’ - iaitu bertindak mengembalikan semula matawang Syariah – emas dinar dan perak dirham Kelantan yang telah dilancarkan pada 12hb Ogos 2010 Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan dengan
beraninya mengorak langkah membawa balik matawang Syariah ini di tengah-tengah masyarakat mereka kerana rasa tanggungjawab dan kesedaran bahawa ia adalah suatu perkara yang terlalu penting dan menjadi perkara pokok dalam deenul Islam di abad ini. Apakah penghujjahan mengenai matawang Syariah ini? : Umat Islam pada umumnya tahu bahawa perkataan ‘dinar’ dan ‘dirham’ wujud dalam Kitabullah Al Quran Nul Karim. Salah satunya ialah Surah Ali Imran ayat 75:

وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِن تَأْمَنْهُ بِقِنطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُم مَّنْ إِن تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ لاَّ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلاَّ مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَآئِماً ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ وَيَقُولُونَ عَلَى اللّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Bermaksud "Di antara Ahli Kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antara mereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu Dinar, tidak dikembalikannya padamu, kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: "Tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang umi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui.""

Tokoh berwibawa dan terkenal dalam hukum al-Quran, Qadi Abu Bakar ibn al-Arabi, dalam kitabnya yang terkemuka “Ahkamul Quran” berkata: “Pengajaran yang dapat diambil daripada ayat ini ialah larangan mengamanahkan barangan kepada Ahli Kitab.”dan beliau berkata lagi “Perkara berhubung dengan tindakan mengamanahkan harta benda telah tergubal dalam al-Quran. Ini bermakna, ayat tersebut merupakan hukum yang telah ditetapkan dan penting sekali kepada agama.“ Ini bermakna umat Islam berada dalam keadaan yang amat berbahaya kerana kita telah memberikan suatu ‘amanah besar’ kepada kaum Ahlul Kitab iaitu, menyerahkan ‘harta benda’ umat Islam untuk mereka tadbirkan!

Berdasarkan ayat ini sahaja pun jelas kita umat Islam di abad ini telah melanggar
hukum yang telah ditetapkan. Apakah hukumnya? Ya, kita telah memberikan ‘amanah’ kepada Ahli Kitab dengan cara kita membiarkan urusan harta benda kita ke tangan mereka di abad ini atau sejak kejatuhan Kerajaan berkhalifah Uthmaniyyah bermula pada tahun 1924! Bukankah ‘matawang’ adalah ‘harta benda’ dan ‘memberikan amanah’ bererti menyerahkan ke tangan mereka suatu kepercayaan?
Hari ini dan di abad ini kedua-dua perkara yang ditafsirkan dalam ayat ini telah kita cabuli! Allah s.w.t secara khususnya telah melarang umat Islam menyerahkan kepercayaan atas perkara hal ehwal harta kepada ‘Ahlul Kitab’ tetapi bukankah kita sudah melanggar hukum Allah s.w.t.?

Siapa ‘ahlul kitab’ ini? Ya
mereka ialah bangsa ‘Yahudi’ dan `Nasrani’ serta golongan kuffar! Bukankah mereka dan suku sakat mereka yang mengepalai amalan riba di abad ini?.

Amalan riba yang besar di abad ini ialah pada
matawang kertas dan semua sistem perbankan tidak terkecuali perbankan Islam kerana pada asasnya ia sama sahaja. Penyerahan ‘amanah’ ini amat besar ertinya dan sangat tepat sekali larangan Allah s.w.t. Kita telah memberikan persetujuan atau membuat ‘baiah’ dengan memasuki perjanjian Brettonwoods pada tahun 1945 . Itulah ‘amanah’ yang umat Islam bersama-sama umat-umat lain telah berikan kepada ‘ahlul kitab’ ini! Dan sejarah membuktikan betapa mereka telah merosakkan ‘amanah’ tersebut! Pada masa itu bila dunia (44 buah negara) bersetuju menerima Dollar Amerika sebagai ‘matawang resab’ kerana janji mereka bahawa setiap Dollar Amerika telah bersandarkan emas iaitu sebanyak USD35 bagi setiap auns emas, maka maksud perjanjian yang dimeterai itu ialah bersetuju menggantikan sandaran emas pada matawang kertas negara masing-masing dengan Dollar Amerika.

Mereka mengatakan ‘Dollar Amerika as good as gold’! (Dollar Amerika sebaik emas). Apabila semua
negara dalam pakatan perjanjian tersebut akur; mereka mendapati Amerika Syarikat yang memegang amanah tersebut mula menodainya sehingga pada tahun 1971 mereka telah ‘pecah amanah’ dengan mengisytiharkan matawang Dollar Amerika tiada lagi bersandarkan emas! Bukankah sangat tepat tafsiran ayat ini dalam KitabulLah? Kita telah menyerahkan bukan sahaja ‘amanah’ kepada mereka bila kita melangkah kepada penggunaan ‘matawang kertas’ tetapi juga istilah ’harta benda’ melibatkan semua aspek harta benda termasuklah sistem perbankan yang kononnya merupakan institusi penjanaan ‘harta benda’!

Hari ini semua negara
di dunia berada dalam suatu pembohongan yang amat nyata sekali kerana kita bersekongkol dalam suatu sistem Kapitalisme yang amat mengelirukan rakyat jelata.

Dakyah ‘kekayaan’ yang diasaskan atas
amalan riba memberikan kesenangan yang sebegitu menakjubkan, maka benarlah sepertimana gambaran sebuah hadith Rasullullah s.a.w. bahawa dakyah yang mereka bawa ialah seumpama ‘sungai’ dan ‘api’. Wang kertas serta sistem perbankan tidak terkecuali perbankan Islam menjana wang-wang ‘kredit’ yang terhasil daripada sistem perbankan yang mengamalkan apa yang dikenali sebagai ‘fractional reserve banking’ di mana setiap wang yang didepositkan ke dalam sistem perbankan boleh dikembangkan sehingga 20 kali ganda, menjadikan ekonomi semasa berasaskan sistem Kapitalisme dapat memberikan pinjaman hutang yang sebegitu besar yang dengannya menjana ekonomi memberikan kemakmuran kesenangan hidup sepertimana sebuah ‘sungai’ yang mengalir, menyuburkan semua tumbuh-tumbuhan di sekitarnya. Tetapi hadith Rasullullah s.a.w. telah memberitahu kita umatnya, bahawa janganlah sangkakan ‘sungai’ tersebut sebagai benar kerana kenyataan sebenar ‘sungai’ tersebut ialah ‘api’!

Sebabnya?

Ya, sebabnya ialah kesenangan dan
kemakmuran yang dibawa adalah atas asas amalan riba yang akan dituntut oleh ‘api’ kerana ia menzalimi umat manusia seluruh alam. Kezaliman yang diasaskan atas amalan riba ini menyebabkan harta tiada lagi beredar sebagaimana sepatutnya tetapi hanya tertumpu kepada orang-orang kaya semata!

Betapa tidaknya; sistem
Kapitalisme dalam sistem perbankan hanya memihak kepada orang berada di mana mereka yang berharta dan menyimpan wang di bank-bank akan menimba ‘bunga’ atau diistilahkan juga sebagai ‘faedah’ atau ‘interest’ atas simpanan mereka tanpa bekerja walhal satu pihak lagi yang mengambil pinjaman bukan sahaja akan dikenakan cagaran malah pihak bank menghasilkan `wang atas angin’ dengan mengenakan bunga atau ‘interest’ atas pinjaman yang mereka berikan itu.

Apabila berlaku
sesuatu keadaan di mana orang yang berhutang tadi tidak berjaya dalam urusan perniagaan mereka dan menyebabkan mereka tidak berupaya membayar semula pinjaman; maka semua cagaran yang mereka sandarkan tadi akan dileburkan menjadikan keadaan mereka jauh lebih teruk daripada sebelum membuat pinjaman! Berapa ramai umat Islam tergulung dalam dakyah sebegini!

Penggunaan wang kertas pula menyebabkan rakyat tertipu dengan dakyah ‘inflasi’. Apa yang
sebenarnya berlaku ialah setiap kali Kerajaan Pusat mengeluarkan wang Ringgit Malaysia yang baru; ‘kuasa pembelian’ pada setiap keping kertas Ringgit Malaysia akan berkurangan seolah-olah ada satu tangan yang mencurinya daripada poket rakyat! Keadaan ini berterusan berlaku sehinggalah hasilnya –rakyat miskin akan bertambah miskin dan rakyat yang kaya menjadi bertambah kaya tanpa mereka membuat apa-apa kerja! Kepincangan masyarakat yang sebegini mengakibatkan kerosakan dalam masyarakat pada segi sosial dan akhlak sehinggakan masyarakat umat Islam hari ini sebegitu rendah moralnya dan anak-anak muda serta semua lapisan masyarakat Islam hari ini tercemar!

Semua jenis
penyakit dalam masyarakat ada pada umat Islam hari ini! Pada sudut yang lain pula, rukun iman kita telah tercemar apabila kita menggunakan wang kertas untuk menggantikan wang dinar dan dirham!

Bukankah salah satu ‘rukun iman’ ialah percaya bahawa
kitabullah Al Quran Nul Karim tiada cacat cela walaupun satu huruf perkataan? Inikan pula kita telah menggantikan perkataan ‘dinar dan dirham’ dengan kertas Ringgit Malaysia! kertas Rupiah! kertas Dollar Amerika!

Mari pula kita lihat apa kata lain-lain ulama’ terdahulu mengenai perkara dinar dan dirham :
Ibn Khaldun, dalam kitabnya -Al-Muqaddimah telah menulis : “Al-Quran ada menyebutnya (dinar & dirham) dan menetapkan banyak hukum berkaitan dengannya, sebagai contoh zakat, nikah, dan hudud, dan sebagainya. Oleh itu, dalam al-Quran, ia perlu ada hakikat dan ukuran khusus untuk dibuat taksiran (dalam zakat, dan sebagainya) di mana hal ini perlu bersandar pada hukumnya, bukan pada yang bukan syarii (duit yang lain).”

Dan “Ketahuilah bahawa sejak bemulanya Islam dan zaman sahabah serta pengikut, wujud ijmak yang mengatakan sepuluh
dirham syariah setara dengan tujuh miskal (berat dinar) emas… Berat satu miskal emas ialah tujuh puluh dua biji barli, maka 1 dirham yang merupakan tujuh per sepuluh daripadanya iaitu lima puluh dan 5/2 (50.4) biji barli.

Ijmak telah menetapkan dengan jelas
semua ukuran ini.” Jelas apa yang diterangkan oleh Ibnu Khaldun ialah dinar dan dirham ialah matawang Syarii. Ibnu Khaldun dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua matawang ini adalah matawang Syarii kerana kedua-dua matawang ini disebut dalam hukum-hukum berkaitan zakat;nikah dan hudud. dan telah ada ijma’ ulama’ sejak bermulanya Islam; zaman sahabat serta pengikutnya bahawa satu dinar itu ialah 1 mithqal yang hari ini bila dikira dengan timbangan gram ialah 4.25gram. Timbangan berat dinar dan dirham itu dikenali sebagai Piawaian Saiyyidina Umar Al-Khattab r.a.

Timbangan inilah juga yang
digunakan untuk emas dinar dan perak dirham Kelantan. Kembalinya dinar dan dirham Kelantan dalam edaran bermula pada 12hb Ogos 2010 ini adalah suatu usaha yang sangat besar implikasinya kepada umat Islam bukan sahaja kepada rakyat negeri Kelantan tetapi juga kepada umat Islam di abad ini.

Dengan menggunakan dinar dan dirham, kita boleh
menegakkan kembali hukum-hukum yang berkaitan dengannya sepertimana yang dikatakan oleh Ibnu Khaldun; iaitu zakat; nikah dan hudud. Impak yang paling bererti bagi umat Islam di abad ini ialah pembayaran zakat dengan matawang dinar dan dirham nanti. Bermula pada tarikh itu ; rakyat negeri Kelantan khususnya akan dapat melangkah keluar daripada amalan riba dengan keberupayaan berjual beli dengan menggunakan matawang Syariah dinar dan dirham Kelantan.

Pada masa ini lebih daripada
600 buah kedai di Kota Bharu sudah sedia menerima pembayaran dengan menggunakan matawang Syariah dinar dirham Kelantan. Selain itu, 25% gaji akan mula dibayar dengannya; bil-bil air Kelantan akan mula dapat dibayar dengan dinar dirham Kelantan; zakat pada tahun 1431 H akan mula dibayar dengan dinar dan dirham Kelantan, Insya Allah!............bersambung.

Berkaitan: klik di sini

Friday, August 13, 2010

Wahai orang yang berselimut!!!

Bacaan Ayat Suci Al-Quran oleh Sdr. Ameen Pouya, Surah Al-Muzzammil (20 ayat). Di Turun di Makkah. Bacaan dari ayat 1 hingga 9.

(1) Wahai orang berselimut. (2) Bangunlah dimalam hari kecuali sedikit. (3) Seperdua atau kurangilah daripadanya sedikit. (4) Atau tambah daripadanya, dan bacalah Al-Quran dengan perlahan-lahan. (5) Sesungguhnya kami hendak menurunkan kepada engkau perkataan yang berat. (6) Sesungguhnya bangun malam itu adalah lebih mantap dan bacaan lebih berkesan. (7) Sesungguhnya bagi engkau pada siang hari adalah urusan-urusan yang panjang. (8) Dan sebutlah nama Tuhan engkau dan tunduklah kepadaNya sebenar-benar tunduk. (9) Tuhan dari Masyrik (Timur) dan Maghrib (Barat), tiada Tuhan melainkan Dia; maka ambilah Dia jadi pelindung.



Pemuda dan Pemudi ku,

Hari ketiga Ramadhan sudah dilalui. Pergiatkanlah amalan kebaikkan.

Bangunlah malam, berqiamullail untuk memperteguhkan keyakinan bahawa kita dijadikan olehNya (Allah), dunia ini dijadikan olehNya (Allah) dan peraturan juga telah diturun olehNya.

Perkuatkan jihad, dan perjuangan untuk merealisasikannya, kerana ia sebenarnya adalah peraturan yang terunggul walaupun dibenci oleh raja-raja dan penguasa kerana takut dengan Tuhan Manusia mereka iaitu British dan Amerika!

Syahid cita-cita kita! Hari inilah 313 pejuang Islam mencapai kemenangan di Medan Badar.

Wednesday, August 11, 2010

Hayati Kemerduannya........... untuk di ambil pengajaran sebagai bekalan.

Bacaan Ayat Suci Al-Quran oleh Adik Umit Hussein Surah Adh-Dhuha. Surah 93, 11 ayat. Diturunkan di Makkah.

(1) Demi Waktu Dhuha. (2) Demi malam apabila ia telah sunyi senyap. (3) Tidaklah Tuhanmu membuang mu dan tidaklah Dia marah. (4) Dan sesungguhnya kesudahan itu, lebih baik bagimu daripada permulaan. (5) Dan sesungguhnya Tuhan mu akan memberi kepada mu, sehingga engkau redha. (6) Bukankah Ia dapati engkau dalam keadaan yatim, lalu Dia pelihara engkau? (7) Dan didapati Engkau dalam keadaan bingung, lalu Dia pimpin? (8) Dan didapati engkau dalam keadaan miskin, lalu Dia cukupkan? (9) (Oleh itu), anak yatim, janganlah engkau hinakan. (10) Dan adapun orang yang datang bertanya, janganlah engkau herdik. (11) Dan dengan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau dermakan.



Ya Allah ampunilah dosa kami.

Sudah sehari Ramadhan merangkang merentasi waktu.

Namun aku masih belum mampu memenuhi seluruh pesanan Mu melalui Utusan Mu, Ya Allah.

Berikanlah kekuatan kepada ku .......... untuk melaksanakannya.

Oh.... Tuhan ku yang menjadi seluruh alam ini.


Ibu ku........... Bapa ku........ Ibu dan Bapa mertua ku........

Lapangkan kubur mereka di Ramadhan yang mulia ini.

Mudah-mudahan Engkau jadikan kubur mereka sebagai salah satu dari taman syurga.

Ameen. Ya Rabal 'Alameen.