Wednesday, July 21, 2010

Pungutlah Nilai Baik Dari sesiapa Sahaja.

”Manusia tidak dilahirkan mulia atau hina, kaya atau miskin, tetapi dilahirkan sama dengan yang lain. Sesiapa yang gigih belajar dan menguasai ilmu dengan baik akan menjadi mulia dan kaya, tetapi mereka yang jahil akan menjadi papa dan hina”.


Petikan ungkapan Yukichi Fukuzuwa, dalam bukunya Galakan Pelajaran dijual sebanyak 600 000 naskah di Jepun pada tahun 1882.


Nilai-nilai utama Yang Diamalkan oleh Masyarakat Jepun


  1. Mura Ishiki – kesedaran sekampung
  2. On atau giri-ninjo – hutang budi dan membalas budi.
  3. Budaya malu
  4. Perikemanusiaan (nasake)
  5. Wa (kerukunan)
  6. Menepati janji dan berdisiplin
  7. Cintakan ilmu – budaya ilmu dalam masyarakat Jepun ialah mereka menjunjung tinggi dan mempunyai sikap hormat kepada pelajaran dan mempunyai sikap ingin tahun yang mendalam terhadap maklumat-maklumat.

Budaya Ilmu Dalam Masyarakat Jepun


Budaya ilmu (budaya cintakan ilmu) telahpun wujud sejak zaman Meiji (1860-an -1880an). Pada akhir tahun 1888, terdapat hamper 30,000 pelajar yang menghadiri 90 buah sekolah swasta di Tokyo. 80% daripada pelajar ini datang dari luar bandar. Pelajar miskin dibiayai oleh biasiswa.


Etika Kerja Jepun


a. Dedikasi

b. Menepati masa

c. Prinsip perniagaan yang teguh

d. Profesionalisme

e. Mengubahsuai idea


Pengurusan Jepun: Terdapat 4 prinsip asas


a) Sesiapa sahaja yang berupaya melakukan tugasannya dianggap bijak dan dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti tugasannya.

b) Berilah peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kualiti kerja mereka.

c) Ahli-ahli dalam satu koperasi membentuk satu keluarga besar

d) Kumpulan kerja itu lebih mustahak daripada individu pekerja.


Konsep Kaizen


Dilaksanakan bagi melahirkan semangat yang berterusan untuk memperbaiki hasil kerja di kalangan pihak pekerja. Ia adalah satu proses penambahbaikan yang berterusan bagi mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi dari semasa ke semasa


Konsep Mottainai


Konsep paling penting dlm. Masyarakat Jepun. yang ber maksud segala harta di dunia adalah pembaziran atau anugerah drp. Tuhan. Manusia sebagai pentadbir dan menguruskan harta-harta yang dipinjamkan tersebut dengan efektif tanpa pembaziran. Jika membazir ia dianggap satu kesalahan besar.



Ahhhh...... Sudah terlajak agak jauh membicara mengenai nilai baik masyarakat Jepun.


Berhenti setakat ini, bimbang mungkin akan ada makhluk Allah yang menghantar SMS kepada sahabat mereka untuk bertanya adakah Aris sudah menganut Agama Shinto dalam senarai nombor 4, kerana menulis mengenai budaya Jepun.


Pemuda dan pemudiku pungutlah perkara yang baik, walau ianya dari seekor kucing kurap, inikan pulak dari manusia demi memartabatkan Islam.


Kebanyakkan budaya baik yang ada dalam kehidupan masyarakat Jepun sudah sedia dalam ajaran Islam, malangnya di tinggalkan oleh kita, sehingga kita tercorot kebelakang dalam segala bidang.




No comments: