Sunday, July 11, 2010

Iran Cipta Robot-Manusia...

Dicopy paste dari:

http://tehranifaisal.blogspot.com/

...dan ia bermazhab syiah tentunya.

Fantasi sains saya dalam 1511H Kombat kian menjadi kenyataan. Saintis Iran telah berjaya mencipta robot-manusia bernama 'Sorena 2' yang berjalan dengan dua kaki, boleh menyebut patah-patah perkataan Parsi dan melakukan beberapa aksi lain.


Sorena 2 dinamai berdasarkan pahlawan Parsi tahun 84 sebelum masehi, pendekar yang berjaya mengalahkan Jeneral Rom, Crassus di medan pertempuran Carrhae. Sorena 2 adalah setinggi 1.45 meter dengan berat 45 kilogram.

Sekumpulan saintis Iran memperuntukkan 10,000 jam untuk mencipta dan membina robot ini yang muncul ketika perasmian 'Industry and Mine Day' di Iran pada 3 Julai lalu.

Majlis tersebut dihadiri oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

Sorena 2 muncul setelah kejayaan 'abangnya' - robot bernama 'Sorena 1'.

Nampaknya, sekatan ekonomi terkini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas inisiatif Amerika Syarikat ke atas Iran tidak dan jauh dari mendatangkan apa-apa hasil

Juga, nampaknya bukan Malaysia yang akan menempa tempat sebagai negara maju dan super power tahun 2020 nanti, tetapi Republik Islam Iran.

Saya menyarankan supaya pelajar-pelajar kita dihantar beramai-ramai untuk belajar sains di Republik Islam tersebut. Apatah pula sekian ramai saintis Islam zaman silam memang orang Parsi dan bermazhabkan syiah (opsssssss!!!). Produk peradaban (dalam hal ini robot) hanya dapat 'menjadi' apabila kita memahami epistemologi dan ontologi orang Iran (dalam hal ini syiah)*. Bukan apa, graduan yang kita hantar ke negara-negara Barat dan Timur (Jepun/Korea) apabila pulang hanya dapat menjadi pengekor. Mereka gagal menjadi pencipta.

Iran telah mencipta bir halal (lihat foto sisi), vaksin, nuklear, bom sendiri dan kapal selam. Kita? Enjin jet pun kena curi, kapal selam pun tak boleh menyelam. Nak naik ke angkasa melancong pun tumpang roket orang.

Orang Iran adalah pendokong 'al-Quran dan itrah nabi'. Orang kita? Tak ada sumber rujukan. Mungkin itulah sebabnya. Jemput baca Tuhan Manusia.





No comments: