Perjuangan kita adalah untuk menyempurnakan ketaqwaan kepada Allah swt dan kebaktian kepada sesama manusia. Apabila itulah asas perjuangan kita, maka kita mesti sentiasa berada di atas landasan Sirathol Mustaqim.
Oleh itu budaya, yang mungkin sudah sudah sebati dengan orang-orang politik sekular seperti UMNO janganlah menjangkiti diri kamu wahai pemuda dan pemudi PAS. Perjuangan kita adalah perjuangan mencari keredhaan Allah di atas muka bumi sehingga ke akhirat.
Kebanyakkan orang-orang politik sekular menjadikan politik sebagai kerjaya (maksud kerjaya ialah tempat untuk mencari rezeki, sekurang-kurangnya upah), sedang kita memahami politik adalah tanggung jawab untuk mengurus dunia ini dengan agama tanpa upah. Rasulullah berpolitik dan berjuang sehingga mencapai tampuk kekuasaan di Madinah, namun di ketika beliau menjadi penguasa terulung itulah beliau kadang-kadang terpaksa mengikat perutnya dengan ketulan batu, bagi menahan lapar, dan isteri baginda ummul mukminin yang mulia mengadu kepadanya mengenai kesukaran hidup tanpa pembantu rumah. Ayat-ayat Al-Quran telah memaparkannya kepada kita:-
Nabi Nuh:
26:109 Dan aku tidak meminta dari kamu sebarang upah untuk ku – ganjaranku hanyalah dari Pemilik sekelian yang berpengetahuan.
Nabi Hud:
26:127 Dan aku tidak meminta dari kamu upah ganjaran untuk ku – ganjaranku hanyalah dari Pemilik sekelian yang berpengetahuan.
Nabi Saleh:
26:145 Dan aku tidak meminta dari kamu sebarang upah untuk ku – ganjaranku hanyalah dari Pemilik sekelian yang berpengetahuan.
Nabi Luth:
26:164 Dan aku tidak meminta dari kamu sebarang upah untuk ku – ganjaranku hanyalah dari Pemilik sekelian yang berpengetahuan.
Jika Rasulullah saw mahu sudah tentu boleh mendapat upah dan habuan dunia dari pengikut setianya, tetapi tidak beliau lakukan, sehingga akhirnya dalam zaman beliau memerintah, para pendokong perjuangan sanggup menyerahkan seluruh harta, seperti Saidina Abu Bakar As-Sidiq dan Saidina Omar Al-Khatab. Kerana apakah ianya berlaku.Nabi Syuib:
26:180 Dan aku tidak meminta dari kamu sebarang upah untuk ku – ganjaranku hanyalah dari Pemilik sekelian yang berpengetahuan.
Sebabnya tidak lain tidak bukan, apabila melihat contoh orang nombor satu negara yang hidupnya cukup sederhana demi menjaga hak kemanusiaan dan amanah kepimpinan, walaupun sebenarnya beliau boleh hidup dengan lebih mewah kerana memang itu peraturan semasa itu, seperti pemimpin Rom dan Farsi.
Beliau di utuskan untuk menjadi contoh dan tauladan kepada seluruh pemimpin dunia, bahawa amanah sebagai sebagai pemimpin negeri bukan sebagai kerja untuk mencari rezeki melalui Jawatan yang disandang. Tugas beliau adalah untuk menyeru manusia mempercayai akan adanya alam ghaib, mengerja amal ibadah kepada Allah, menafkah rezki yang di anugerah Allah kepada manusia, menegakkan yang makruf dan mencegah munkar dan berikut menegakkan Hukum Al-Quran dengan penuh yakin bahawa Hukum Al-Quran itulah yang mampu mensejahterakan kehidupan manusia.
Inilah perjuangan yang mesti kita teruskan. (Nota: Jangan salah faham aku tidak mengatakan bahawa tidak boleh mengambil upah sama sekali kepada mereka yang memegang tampuk pemerintahan dan petugas mubaligh agama)
Namun apabila politik sebagai kerjaya telah menjangkiti diri kamu wahai pemuda dan pemudiku, maka kamu akan asyik mencari kesalahan UMNO yang memang sedia bersalah, tanpa menghiraukan sebenarnya mungkin dalam kita berpolitik dan memerintah kita juga telah melakukan kesilapan.
Lebih malang jika kesilapan yang kita lakukan itu, apabila ditegur oleh sahabat seperjuangan, bahawa kita telah tergelincir dari landasan, kita melenting dan marah dan mereka yang menjadikan politik sebagai kerjaya akan lebih melenting kerana bimbang kerjayanya akan hancur, maka periuk nasi pun terbalik.
Dan lebih malang lagi apabila kita mengambil Politik sebagai kerjaya maka kita akan menjaga kemenangan ini, hanyalah untuk menjaga Jawatan yang kita sandang sebelum ini tidak akan terlepas, bukan lagi kerana ingin menegakkan cita-cita suci perjuangan.
Dan terlalu teruk lagi, jika kita akan mengatakan 'A' jika UMNO mengatakan 'B' walaupun hakikat sebenarnya perkara itu ialah 'A' dan apabila UMNO mengatakan 'B' maka kita pula akan mengatakan 'Á', walaupun sebenarnya ia memang 'B' tanpa lagi ada perhitungan untuk menegakkan amal makruf, nahi mungkar. Jika budaya ini menjadi sebati dalam diri kamu maka aku bimbang prestasi jihad kamu akan menurun dan kualiti untuk terus berada dilandasan sirathol mustaqim akan hancur berkecai.
Awas janganlah jadikan Politik sebagai Kerjaya, tetapi jadilah politik sebagai meneruskan perjuangan Rasulullah saw tanpa meminta sebarang upah dan tidak akan terikat dengan majikan manusia, sebalik terikat dengan Allah swt.
Ruang kosong dalam borang biasanya di letak: Pekerjaan: ................
Isikan tempat kosong dengan perkataan "Berniaga" jangan letak "Ahli Politik Sepenuh Masa". Kerana pekerjaan yang dimaksudkan di situ ialah pekerjaan yang menagih gaji dan upah dari manusia. Letaklah Berniaga kerana urusan politik kita ialah Urusan Berniaga dengan Allah swt.
"Mahukah Aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang tidak pernah rugi???"
Sekadar renungan bersama....... tidak ada yang lebih dari itu.
No comments:
Post a Comment