Sunday, April 18, 2010

KONTIJEN PAS KEDAH BERTUGAS DI KAMPUNG GEDANGSA

Seluruh Petugas Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor yang ingin terlibat dalam pilihanraya kecil P094 Hulu Selangor diharap dapat mendaftar diri di UPU Gedangsa. Kampung Gedangsa ini adalah sebuah Kawasan Rancangan Felda dan mempunyai sekitar 2,000 orang pengundi.

Bila sebut Felda, teringat Pilihanraya Kecil Parlimen Padang Terap dan Persitiwa Lubok Merbau, yang mencatat sejarah hitam, terkorban syahidnya Othman Talib ditangan samseng UMNO. Hj Suhaimi Said ketika itu masih bersama PAS, telah menulis buku mengenainya dan diharamkan ketika itu.

Tetapi kali ini, kita petugas PAS yang akan berkampung di Gedangsa bukan bercadang untuk bergaduh dan ambil balik apa yang depa buat kat kita dulu, Ingatlah kita datang adalah semata-mata untuk mengajak sahabat-sahabat kita di Gedangsa memberi undi kepada Pakatan Rakyat dan menolak APCO Yahudi yang telah diambil menjadi penasihat BN. Gunakanlah seluruh strategi dan pendekatan terbaik yang telah dipraktikan selama ini di dalam pilihanraya umum dan kecil sepanjang sejarah perjuangan kita.

Lebih-lebih lagi situasi di Selangor ialah Negeri Pakatan Rakyat memerintah, dan telah melakukan berbagai kebaikan untuk rakyat. Semua kebaikan itu perlu dikenjahkan oleh seluruh petugas kita kepada rakan dan sahabat Felda kita.

Kontijen PAS Kedah diketuai oleh Kapt (B) Zamri Ibrahim (013-5322316), bersama anak buah beliau Rozaidi Husain, Azman Ahmad, Izham Zainon, Ustaz Fauzi Husain, Mohd Radzi Said, Senu Abd Ghani, Ahmad Said, Hjh Zailah Zakaria dan lain-lain lagi.
Antara tugas yang akan diberikan kepada mereka yang berdaftar ialah:-

1. Kempen dari rumah kerumah, kedai kopi, tempat awam dsb.

2. Ceramah kelompok dan umum

3. Keselamatan Masyarakat dan Petugas

Untuk bahagian keselamatan, terutama Unit Memali amat diharapkan dapat bersabar, profesional dan sentiasa berada dalam situasi 'standby' sahaja. Elakkan dari sebarang tindakan provokatif atau membalas tindakan provokatif pihak BN, harap faham.

Bagi mendapatkan peta kedudukan UPU Gedangsa sila klik
di sini dan selepas itu search Hulu Selangor, Gedangsa.

Pastikan semua petugas yang bertugas berada dalam keadaan "SENYUM TIGE" jangan 'senyum satu' kerana akan memuncungkan mulut, sementara 'senyum dua' pula mulut agak ternganga. Tetapi bila senyum tige maka kita akan sentiasa terkerisin menampak gigi yang kuning (pastikan gosok gigi...) untuk menarik sokongan seluruh Pengundi Hulu Selangor.


Sila pastikan anda mendapat pengesahan dari kawasan masing-masing, untuk memudahkan urusan pendaftaran dan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

ZAID ADALAH AHLI PKR, ZAID SEKARANG CALON PKR, PKR PULA ADALAH KOMPONEN PAKATAN RAKYAT, PAKATAN RAKYAT ADALAH GABUNGAN PARTI UNTUK MENENTANG KEZALIMAN, SALAH LAKU, PENYELEWENGAN, KEJAHATAN PARTI BERNAMA BARISAN NASIONAL (BN).

OLEH ITU ZAID MESTI DIANGGAP SEBAGAI CALON KITA (PAS) BUKAN LAGI CALON PKR.

ZAID PILIHAN KITA! ZAID PILIHAN KITA! ZAID PILIHAN KITA!

SELAMAT BERTUGAS

2 comments:

atas pagar said...

respect u mr aris,your idea and knowledge beyond ur post in the party.Insyaallah,succsesfull,Allahuakbar, will joint ur party next.
wass.

cucumatlela said...

AKU TAK FAHAM DGN ULAMA PAS SEPERTI HANG
AKU LEBIH RESPECT ZAID IBRAHIM DARI SUDUT KONSISTEN DGN STATEMENTNYA.
DIA (ZAID) TIDAK PERNAH MERASA BERSALAH ( MINTA MAAF JAUH SEKALI) KERANA MENYAMAN KERAJAAN KELANTAN DULU.
KERANA MENCARI REDHA MANUSIA (NAK MENANG PILIHANRAYA)SANGGUP LARI DARI REDHA aLLAH.
AKU RASA OSTAT PAS SEDANG SIBUK MENCARI DALIL BAGI MENGHALALKAN CARA DIORANG.
AKU DAH NAMPAK PERSAMAAN HAMID OTHMAN DGN AZIZAN RAZAK.