Friday, January 15, 2010

Nabi Muhammad Gagal Dalam Pemerintahan??? Mohd Sabu MtvR 11

Inilah adalah catatan Kuliah Motivasi Rakyat kali (MtvR) ke 11 oleh Saudara Dalam Islam Mohammad Sabu.

Cuaca dunia sudah tidak menentu, jadi duniapun bersidang. Ada yang mengatakan dunia akan kiamat, filem-filem antarabangsapun sekarang mengisahkan mengenai kemusnahan dunia ke arah kiamat pada 2012. Ada yang percaya sungguh akan berlaku malapetaka besar tahun 2012 dan seterusnya kiamat.

Bagi kita kiamat bila? Kiamat itu ilmu Allah yang Maha Mengetahui, tapi tanda-tandanya itu semakin banyak, diantaranya perubahan cuaca yang tidak menentu, mungkin 5 tahun lagi kita pula akan ada salji, di Riyadh, Arab Saudi sudah ada salji tahun lepas Dubai sudah turun salji, mungkin beberapa tahun lagi ikan Ruan (Haruan) boleh diternak di England dan ikan Solmon boleh dibela di Kuala Kedah, pun boleh jadi kerana perubahan-peruahan cuaca yang berlaku.

Sidang Antarabangsa tahun ini bincang mengenai cuaca, yang tidak pernah berlaku sidang yang begitu besar mengenai cuaca. Hampir semua pemimpin dunia hadir, dan ramai yang menganggap dunia ini telah menuju 'the end of world'.

Dunia kiamat Allah yang Maha Mengetahui, tetapi tugas kita manusia, sebagai khalifah di atas muka bumi tetap berjalan sampai bila-bila sehingga dunia ini kiamat. Sebab tidak asda makhluk lain yang diamanahkan menjadi khalifah diatas muka bumi. Allah Taala tidak beri kat semut, Dia tidak beri kat kucin (kucing), Dia tak bagi kat gajah walaupun dia besar, Dia bagi kat orang, manusia sebagai khlaifah di atas muka bumi.

Jadi para nabi dan para Rasul itulah tugas mereka. Dan ada nabi yang kita tahu, sampai dia ada Kingdom, berjaya memerintah dalam jajahan yang luas seperti nabi Daud dan Sulaiman. Ada pemerintahan kerajaan yang hebat, yang bersistem. Ada nabi yang boleh menyeru orang sahaja, kuasa tidak ditangan dia. Kuasa pemerintahan ada ditangan orang lain nabi Zakaria, nabi Yahya,
nabi Isa, mereka menyeru orang sembahlah Allah, jangan melakukan kejahatan, jangan berzina, jangan mencuri dan sebagainya mereka peringkat menyeru, mereka tidak ada kuasa pentadbiran.

Nabi Muhammad saw bersabda, "Jika hendak melihat sifat dan sikap nabi Isa alaihissalam, tengoklah kepada Abu Zar". Sebab kerja Abu Zar ini berdakwah, dia pernah tang manapun dia berdakwah, dia tegur orang, dia hentam penyelewengan, tidak kira yang melakukan penyelewengan itu khalifah kah, orang bawah kah, dia kerja tegur menjalankan tugas amal makruf, nahi mungkar. Jarak antara Nabi Muhammad saw dan nabi Isa alaisalam ialah kira-kira 550 tahun.

Nak tengok nabi Isa alaisalam, tengoklaj Abu Zar yang hidup dalam keadaan sederhana, pakaian sehelai sepinggang, pergi kampung sana, pergi kampung sini, sebab ada riwayat nabi Isa ini sehari kadang-kadang pergi berceramah di 17 tempat. Kira beginilah dia pi Pekan Rabu, dia pangge orang dia bercakap hal-hal ketuhanan, sat lagi dia mai Tambak Bunga dia tengok ada anak-anak muda di simpang jalan, kata ada 10 orang, "mai-mai sat aku nak habaq kat hampa, Tuhan kita Allah, dunia ini akan musnah, kehidupan akhirat kehidupan kekal, jangan kita lakukan dosa dan sebagainya". Sat lagi dia pi Simpang 4 Kangkong pulak, jumpa orang lagi sampai kita kata 17 tempat sehari.

Itu kerja nabi Isa alaisalam, di daerah Syam, Palestin itu, Abu Zarpun macam itu, dia ini kaki tegur orang, kaki kritik, seorang 'alim, ilmu tinggi, dan tempat yang dia pergi masih ada kesan sejarahnya, jika kita pergi Lubnan, dekat dengan sempadan Israel dan Palestin Ada disitu masjid Abu Zar. Saya tanya depa, "Pasai apa hampa pangge masjid Abu Zar?", jawab mereka, "Abu Zar pernah mai berdakwah disini". Pernah menyebar dakwah Islam disini, dan disini adalah anak-anak murid Abu Zar sampai sehingga hari ini secara bergenerasi.

Abu Zar ini mati ditengah padang pasir, dibuang oleh Khalifah kerana dia banyak tegur pemerintahan Islam ketika itu, terutama pemerintahan yang membaziax. Inilah kehidupan seorang pendakwah, macam nabi Isa alaisalam lah.

Walaupun dia nabi, berdakwah dengan begitu hebat, tetapi dia mati disalib, mengikut ajaran Kristian. Dan ulamak Islam mengatakan dia hendak disalib, tetapi diselamatkan oleh Allah dan diangkat ke langit, maka ia akan turun semula menjelang hari kiamat, untuk membawa kembali keadilan. Ini saudara-saudara sekelian khilaflah pandangan. Tetapi yang kita hendak ambil pengajarannya nabi Isa yang membawa ajaran yang benar di zalimi dan dibunuh.

Ini tugas nabi dan Rasul, sebab itu menjadi pemimpin dalam dakwah gerakan Islam, ukuran kejayaannya bukan diukur kita berjaya mencapai pemerintahan atau tidak, berkuasa atau tidak. Ukurannya sejauh mana kita mendapat keredhaan daripada Allah swt.

Sebab itu dipanggil 'Mardhotillah'!!!.

Sebab kalaulah kita ukur, kejayaan dakwah itu disudut pemerintahan, maka banyaklah nabi gagal. In bracketnya...... nabi Isa gagal, nabi Zakaria gagal, yang berjaya memerintah tentulah nabi Daud, Sulaiman, Nabi Musa a.s setelah menghadapi penentangan dan penderitaan yang panjang, nabi Muhammad saw, nabi-nabi lain gagal belaka. Jadi kita tidak boleh ukur disudut Islam, aqidah, disitu kejayaan atau kegagalan disudut berjaya memerintah atau tidak.

Sebab yang paling utama ialah menyampaikan risalah Allah, dan kita penganut agama ini samada kita mendapat keredhaan Allah atau tidak.

Itu kunci kejayaan dalam bidang ketauhidan kerasulan!.

Yang kita semua beriman kepada nabi dan para rasul itu. Kita tahu bahawa pemerintahan yang boleh mengubah struktur masyarakat dia mestilah bentuk payung atau piramid.

Atas ke bawah!

Selalunya bawah ke atas dipanggil revolusi. Revolusi ini boleh menumbangkan pemerintahan, tetapi untuk membentuk pemikiran selepas revolusi, selepas pertukaran dia datang dari atas.

Payung atau piramid, pemerintah yang paling tinggi 'Raja', 'King' atau 'Amirul mukminin', atau 'Presiden' atau 'Perdana Menteri' mesti diturun kebawah begitu (membuat gerakan tangan) kepada sekelian rakyat. Yang kita lihat dalam mana-mana sistem pemerintahan atau sistem masyarakat.

Kita lihat dan dah bincang dalam 2 tiga kuliah yang lalu, pemerintahan nabi Muhammad saw, selalu apabila disebut pemerintahan, kita akan letak 2, iaitu Pembangunan! Keamanan!.

Ini dua, 'Development', 'Food' dan sedikit lagi ditambah Keinsanan ini yang selalu disebut, disudut nilai insan untuk taat setia kepada Allah tanpa berbelah bahagi, tunduk kepada hukum Ilahi (Al-Quran) tidak menjadi ukuran.

Itu sahaja ukuran sesuatu umat dan sesuatu pemerintahan negara iaitu setakat mana pembangunan, keamanan dan hak asasi manusia.

Hadirin yang dihormati sekelian, kadang-kadang kita sendiri bercakap begitu!

Negeri kita aman, tenteram, 'good governance' pemerintah yang baik, tidak kira mulukkiah (beraja) tidak kira Republik tidak kira apapun kita ukur kejayaan itu disudut aman dan pembangunan.

Kalau ukuran itu, maka nabi Muhammad seorang yang gagal memerintah. Kerana 10 tahun nabi memerintah peperangan berlaku 72 kali dan nabi mengetuai 27 kali.

"Apa punya pemerintah ni, perang setahun 3 kali?!!!



Maaf:
Terpaksa hentikan catatan dari rakaman Kuliah Motivasi Rakyat kerana hendak bersiap untuk solat Jumaat dan seterusnya ke

Program Perasmian
Himpunan Pra-Mesyuarat Agung Tahunan
Cawangan-Cawangan PAS
Dalam Kawasan Kuala Kedah
di Kompleks PAS Kedah 4.00 petang, 15 Januari 2010.
Sebelum itu Solat Gerhana Matahari dan Khutbah
akan diadakan di perkarangan kompleks.

Akan sambung kembali, insyaAllah selepas ini jika diberi kekuatan oleh Tuhan Allah yang Maha Perkasa dan Pemilik Alam Semesta ini.

(baru 27 minit 52 saat dari 56 minit 30 saat keseluruhan kuliah, tidak termasuk ulasan isu semasa diakhir kuliah - cacatan kuliah Motivasi Rakyat kali yang ke 11)

3 comments:

Kedahlanie said...

pak aris..tak ada ka sapa yg ada recording MP3 kasi rakam pastu boleh jugak diperdengaqkan kat sini..mudah aja semua tu nak tau cara contact kami kat email..

Aris Awang said...

Terima kasih banyak-banyak kepada Saudara Seislam Kedahlanie.

Kalau boleh jumpa dan berkenalan serta mengajar secara talaqi alangkah baiknya, dari beremail.

Kedahlanie said...

insya'allah suatu masa jika di izinkan olehnya kita berjumpa...so far benda nie bukan susah pon... simple saja bukan sepayah nak menuntut ilmu mengaji kitab kat masjid2 atau surau2...

simple sahaja....kalau berminat laa.. alaaa tanya sahabat yg kat unit penerangan yg buat youtube tu pon boleh rasanya.. dia tahu nak buat tuuu.... bukan susah pon...