Saturday, January 2, 2010

ISU KRISTIAN DIBENAR GUNA NAMA "ALLAH"

Sila klik di sini (Malaysia Kini), di sini (Dr. Maza), di sini (Ketua DPP Pusat), di sini (Ust Idris Ahmad), di sini (Hanif), di sini (Khalid Samad), di sini (Khalid Samad 2), di sini (Fakulti Siasah Syariah) , di sini (Suwari Timur), di sini (tukar tiub), di sini (Arif Omar), di sini (PKPIM), di sini (Herman Shamsudin), di sini (Zulkifli Nordin), di sini (Hasmadi Hamdan), di sini (Tulang Besi), di sini (Ust Zulkarnain Al-Hafiz), di sini (Faisal Tehrani), di sini (Dr. Mohd Nur Manuty) untuk melihat pandangan berbagai pihak mengenai kes penggunaan nama Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly yang berorientasikan agama Kristian mahu menggunakan nama Allah yang telah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi.

Isu Kristinianisasi bergegar semula di Malaysia.

Tahun 1980an PAS menjuarai isu ini.

Tahun 2010an UMNO cuba menjadi juara isu ini.
Demonstrasi merata-rata bela nama Tuhan (Allah), malangnya Tuhan (Allah) yang mereka pertahankan namaNya, tetapi apa yang Tuhan (Allah) suruh laksanakan mereka tak mahu laksanakan dalam pemerintahan dan perundangan? Ini yang aku pelik. Aku pesan juga kepada pemimpin PAS (temasuk aku) yang memerintah negeri jangan lupa untuk menunaikan perintah Tuhan (Allah) jika tidak, kita akan di lihat ............ "seropaaaaaaa. (Kata Ustaz Harun Memali)". Jika tidak mampu lagi, perkara utama yang mesti dilakukan ialah kesungguhan yang nampak jelas untuk menuju ke arah itu.

UMNO pun sudah melaungkan 'Allah Hu Akbar' yang sebelum ini melaungkan 'Hidup Melayu'. Kepada pemimpin UMNO jika benar-benar ikhlas kepada Tuhan (Allah swt) istiharkanlah Malaysia untuk menggunakan hukum tertingginya Al-Quran iaitu Kitab Suci yang di turunkan oleh Tuhan (Allah) yang kamu pertahankan namaNya.

Janganlah berusaha untuk memenangi hati rakyat Islam, tetapi tidak memenangi hukum Tuhan (Allah) dalam Al-Quran. Kita boleh kecoh manusia selama hidup kita ini tetapi kita tidak boleh kecoh Allah yang Maha Mengetahui dan yang dapat membolak-balikkan hati manusia. Hanya kerana untuk menagih undi rakyat kitapun berpura marah kepada penggunaan nama Allah oleh pihak Krisitian, tetapi hakikatnya kita sendiri tidak yakin dengan apa yang di perintah untuk kita laksanakan di dalam pemerintahan dan perundangan oleh Tuhan (Allah) yang kita pertahankan namaNya.

Aku berani kata begitu, kerana jika kamu UMNO yakin dengan Tuhan (Allah), sudah tentu kamu lakukan, tetapi kami PAS telah berusaha meletakkan Hukum Tertinggi di negeri yang kami perintah iaitu di Kelantan dan Terengganu, sebaliknya kamu sudah 52 tahun memerintah masih tidak yakin dengan Hukum Tuhan (Allah), masih yakin dengan Penjajah Bristish. (Apakah British adalah Tuhan kamu juga selain Allah?). Kami PAS tidak dapat laksanakan kerana perlaksanaannya dihalang oleh Kerajaan Pusat yang tidak mahu bekerjasama dalam kes tangkapan oleh Jabatan Polis dan hukuman oleh Jabatan Penjara serta amaran keras oleh Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Janganlah kamu UMNO berpura-pura dengan Tuhan (Allah) hanya untuk meraih kepentingan duniawi yang amat sedikit.

Kepada pemuda pemudiku, perkuatkan aqidahmu, perkuatkan hujjah mu... jadilah kamu Ahmad Deedat untuk melawan dakyah Kristian itu, jangan takut jika kita dipihak yang benar. Ketakutan kerana kita bodoh dan akan mudah terseleweng, bukan dengan menghalang orang lain tetapi dengan menjadikan kita dan anak-anak umat Islam bergeliga otaknya, keperibadian diri yang murni, kehebatan disegi ketamadunan, dalam menghadapi cabaran yang semakin mencabar.

Sila baca hujjah-hujjah di link yang diberi di atas untuk kita bersama mencari pendekatan yang terbaik dalam usaha memartabatkan Islam mengikut acuan Muhammad saw. di maya pada ini.

Yang penting dan paling utama, ikhlaslah sebenar-benarnya kita kepada Allah yang kita mengaku dengan 99 namaNya itu, janganlah kita bertuhankan Manusia.

6 comments:

Хаcмaди Хамдан said...

Asslamualaikum.
Ini dia pendapat orang Alor Serdang pulak:


Tuhan adalah terjemahan daripada perkataan God. God adalah perkataan transliterasi daripada perkataan Yunani iaitu Zeus. Perkataan Zeus disebut di dalam bahasa Peranchis sebagai Deux dan Dios di dalam bahasa Sepanyol. Menurut lagenda Yunan, Zeus atau Zephes merupakan penghulu segala tuhan orang-orang Yunani. Zeus adalah Tuhan Kilat yang menurunkan hujan dan juga mengirimkan petir. Ayahnya adalah Choronos manakal ibunya adalah Riya. Choronos adalah seorang ayah yang selalu menjadikan anak-anaknya sebagai mangsa. Dia menelan anaknya hidup-hidup. Riya yang amat sayangkan Zeus telah melarikannya ke pulau Crete dan menukarkan Zeus dengan patung batu berupa Zeus.

Apabila agama Kristian sampai ke Rom, mereka telah menterjemah perkataan Allah sebagai Zeus untuk memberi kefahaman kepada penduduk Rom yang selama ini mengenali Zeus dengan dekat. Zeus telah dibunuh oleh Thepheson yang merupakan makhluk berkepala manusia berbadan ular. Sebagai peringatan kepada Zeus, orang-orang Yunani telah mengadakan keramaian sukan Olimpik. Para peserta sukan olimpik yang kalah akan dikorbankan dan diserahkan kepada Zeus.

Di kalangan orang-orang Kristian sendiri pun tidak gemarkan perkataan God yang merujuk kepada Zeus ini. Bagi mereka Zeus adalah simbol kepada berhala. Bagi golongan Kristian Timur teruatamanya Kristian Koptik di Mesir, mereka tetap merujuk kalimah Allah dengan perkataan Allah juga.


tulisan sepenuhnya boleh dilayari di http://hasmadi.blogspot.com/2010/01/allah-hak-milik-siapa.html

Anonymous said...

Salam ustaz..minta izin nak copy sikit tulisan ustaz ni..

Aris Awang said...

Wa alaikum salam

Ambillah Penjual Ubat yang mana cek mau...

Pak Teh

mie said...

Assalamualaikum Ustaz, setelah membaca pendapat daripada ustaz dan ulamak lain, saya juga berpendirian bahawa boleh umat kristian gunakan nama Allah,tapi terbit juga rasa kurang selesa kerana risaukan akidah umat Islam Malaysia kini dan kurang yakin dgn komitmen pemerintah untuk berhadapan dgn misi kristianisasi. Hakim membuat keputusan berdasarkan peruntukan perlembagaan maka menangis darah pun tak berguna kerana tiada usaha bersungguh2 selama ini utk menutup lompong2 dalam perlembagaan negara. Sejauh mana perlembagaan kita sekarang dapat melindungi akidah Islam sekiranya pihak kristian memilih untuk menggunakan keputusan mahkamah ini bg tujuan menghina dan mengelirukan umat Islam? Adakah pindaan perlembagaan tanpa penentangan yg mengancam keselamatan sesuatu yg mungkin? Mungkin Ustaz boleh ulas.

Anonymous said...

salam ustaz...ana nak mintak izin copy jugak isu nie ustaz....

pak yeh said...

Isunya adalah
1)Salah guna, bukan guna nama Allah.
Kristian telah Trinitykan Allah dan berkata Allah beranak.
Boleh ke hina Allah begitu.
2)Salah terjemah tuhan kapada Allah.
3Naqma tuhan Yarweh,mengikut Bible tidak boleh di ubah kapada Allah.Itu adalah salah terjemahan.

Kenapa bodoh sangat Ulama PAS nak faham isu ini.???

Kenapa Ulama PAS halalkan menhina Allah oleh Kristian.???

Sila baca rencana2 "Use not abuse the word Allah", "Christian mischief in abusing gods name" dan Dialog on use of Allah by Christians" di blog saya...

http://warongpakyeh.blogspot.com