Apa punya pemerintah ni perang setahun sampai 3 kali, ertinya Madinah dilanda dengan berbagai peperangan, istilah yang lain kacau bilau.
Ada golongan munafik, ada golongan kafir, ada golongan Yahudi, ada golongan Rom, ada golongan yang nak menentang dan sebagainya berlaku berbagai krisis, berlaku berbagai peperangan.
Tetapi disudut kaca mata Islam, kerajaan Madinah itulah disebut kerajaan 'baldatun toibahbatun wa Rabul ghafur', disini hadirin sekelian kita kena lihat, kadang-kadang orang Islam terperangkap dengan kepungan intelektual mereka sendiri. Iaitu negara yang baik itu negara yang tak perang, negara yang aman, negara yang dapat buat pembangunan, maka orang Islam pun jadi tidak bersedia dalam bentuk, 'wa a i'ddu lahum mas ta toqtum min qu'ah, wamin ribatil qair turhibu nabihi 'adu walLah wa 'adu wakum'. tidak berlaku atau kurang berlaku kepada orang Islam, sebaliknya 'wa a i'ddu lahum mas ta toqtum min qu'ah' dibuat oleh Amerika, dibuat oleh Russia, dibuat oleh China.
Amerika rakyatnya berperang, lepas Vietnam, lepas itu perang lagi di Afghanistan, lepas tu perang lagi sampai hari ini, tetapi saudara sekelian negara itu dianggap didunia ini sebagai negara yang 'the best'. Jadi kita kadang-kadang pengertian ini kita lihat bila kita memerintah amannnnnnnn......... tak dak apa-apa berlaku kita, "inilah pemerintahan yang baik". Jadi kita kena lihat balik saudara sekelian pemerintahan Nabi Muhammad saw.
Begitu juga kita akan kata, jika kita adil takkan ada orang tentang, kalau khalifah yang adil ia akan mendapat sokongan rakyat.
Tidak!!!
Kadang keadilan itu ditentang oleh puak-puak yang zalim.
Umar Abd Aziz dia hanya memerintah 2 tahun 4 bulan. Keadilannya diratap sehingga kehari ini, tetapi ia diracun di atas keadilannya itu.
4 khalifah semuanya mati dibunuh! Adakah negeri mereka itu huruhara? Tetapi semua ulamak kata ini generasi yang terbaik. Jadi pemerintah yang adil janganlah kita anggap tidak ditentang oleh orang.
Macam kita lihat sekarang di Iran, dulu revolusi dibuat oleh rakyat miskin menentang golongan mustakbirin orang yang berkuasa, yang kaya. Naik orang macam Ahmadi Nejad orang miskin sokong dia, orang kaya pulak tak sokong. Penentang yang berlaku di Iran sekarang kebangkitan orang kaya, iaitu daripada utara Tehran, kerana dasar-dasar Ahmadi Nejad didapati menguntungkan orang miskin. Orang pulak tak suka terutama orang yang nak 'freedom' kebebasan. Kebebasan maksud mereka, kebebasan untuk sembahyang atau tak sembahyang, kebebasan nak pakai tudung atau tak mau pakai tudung, kebebasab nak minum arak atau nak meninggalkan arak, kebebasan untuk pergi kelab malam ataupun tak pergi kelab malam, jadi golongan yang menuntut kebebasan ini menentang Ahmadi Nejad.
Jadi saya sebut disini kalau kita hendak menegakkan keadilan, jangan anggap tidak akan orang akan tentang kita, bukan begitu, sebab, kadang-kadang seseorang itu gugur di atas keadilannya seperti berlaku kepada Umar Abd Aziz.
Misalnya pemerintahan Saidina Ali KaramalLah wajhah, Saidina Ali semua orang tahu paling hebat dalam peperangan. Didalam perang Badar ahli sejarah mengatakan umur dalam 17 atau 18 tahun. Bila nak perang dia ada 'challenge' sorang sama sorang. Mula-mula kerajaan Madinah bawa keluar 3 orang dari kaum Ansar, orang Quraisyh tak mau, dia kata dak, kami mau orang kami yang mai duduk sini ni! Golongan muhajirin.
Keluarlah Saidina Hamzah, seorang lagi, dan seorang lagi Saidina Ali!. Muda dan yang paling pantas tewaskan musuh Saidina Ali. Dia berperang mencari mardhotilLah, dalam keadaan musuh sudah tewas, dia nak tetak, orang tu ludah mukanya. Dia tak jadi bunuh, pasai kalau dia bunuh kerana orang tu ludah muka dia, bukan lagi kerana Allah swt.
"Hai.... tengah perang boleh ada jiwa yang macam itu!?!.
Kepahlawannya begitu hebat, mailah perang apa pun kalau ada Saidina Ali, menang!.
Kita tengok semasa Saidina Ali sakit mata, dia tak keluar berperang, dalam peperangan Khaibar tentera Islam mula kalah, Nabi terpaksa hantar dia juga. Akhirnya Saidina Ali boleh pecahkan pintu Khaibar. Saidina Ali dapat anggkat pintu Khaibar seorang diri, sedang orang lain memerlu 4 hingga 5 orang untuk mengangkatnya. Sehingga orang Melayu bila nak belawan ada yang akan kata kuatkan aku seperti Saidina Ali dan Saidina Hamzah.
Jadi orangpun tahu nak bunuh Saidina Ali ini tak boleh melainkan dalam keadaan dia tidak sedar, masa mana dia tidak sedar?
Sembahyang!!! sebab masa dia sembahyang tu, dia lupa habis dunia ini.
Kita ni dak! Jam kita taruh tang mana tak tau sebelum sembahyang, kadang cari tak jumpa. Bila takbir... Allah huakbar......... Alhamdulillahirabil 'alamin....... ooooooo..... jam aku letak dibilik air tadi. La dia mai teringat masa tu.... aku cukup geram, tapi itu yang berlaku. Masa angat takbir tu, teringat langsung.... aaaaaa malam esok aku ceramah di Kuala Kedah. Ertinya kita tidak berada dialam fana.
Tetapi Saidina Ali ini, masa dia tak sedar, ialah masa sembahyang, ertinya dunia ini habis dah... sebab itu plot untuk bunuh dia, ialah ketika dia sembahyang di Masjid Kufah, sebab masa lain orang kata mata dia belah belakangpun ada. Kalau masa perang orang mai kot belakang dia cantas kot belakang macam tu je. Itu kehebat dia lah.
Jadi saudara sekelian, saya masuk disini, keamanan, pembangunan, dan sebagainya bukan tafsiran mutlak negeri itu dalam keadaan mardhotilLah atau tidak.
Kalau orang suka kita kerana kita tidak melaksanakan perintah Allah, boleh jadi keamanan!. Kita bina masjid untuk orang pergi sembahyang, hang nak sembahyang tak mau balikpun duduklah! kamu nak karaoke kita tak kacau, buatlah sampai pagipun! kamu nak main judi buatlah. Kalau kita larang nanti kita hilang kuasa, sebab orang ini saudara sekelian nanti tidak undi kita. Jadi kita kekalkan keadaan begitu, aman dan tenteram. Tetapi kita berada dalam keadaan mardhotilLah ataupun tidak?. Ini persoalan yang kita kena tanya.
Oleh itu saudara sekelian, pemerintahan dalam Islam ini, yang paling utama yang kita kena lihat ialah mencapai mardhotilLah atau tidak?. Kita berada dilandasan Allah atau tidak?. Kita kata tadi kalaulah mencapai kemenangan semata-mata, maka gagallah nabi Zakaria, nabi Yahya, nabi Isa, sebab mereka ini tidak memerintah. Banyak lagi nabi yang tidak memerintah, tetapi mereka berada dalam keadaan mardhotilLah.
Saya kata tadi pemerintahan dia datang atas ke bawah, yang nak bentuk pemikiran masyarakat, dia tidak boleh bawah ke atas, bawah ke atas revolusi tukar kerajaan boleh, tetapi nak bentuk masyarakat dia atas ke bawah.
Sebab itu kita lihat Saidina Abu Bakar As-Sidiq, bila nak perang .... bila nak kutip derma. Dia derma kesemua harta dia. Orang tanya apa tinggal pada kamu? jawabnya, "Hanya Allah dan Rasul". Pasai apa dia buat macam tu? sebab ketua dia nabi Muhammad saw masa memerintah kepentingan dunia bukan dia kejar, yang dikejar ialah madhotilLah.
Saya dah cakap disini, bagaimana isteri-isteri baginda merungut, hidup bersama Rasulullah saw, kena uli tepung, patut ada orang gaji, dalam keadaan perabut dalam rumah begitu teruk, tidak simpan stok makanan, setelah menjadi ketua negara. Kalau inilah pemimpin, dia seru sesuatu untuk orang infaq, hah........ bergadai goloklah orang itu infaq!.
Ok, kita tidak nampak itu jauh, kita pergi hak dekat sikit.
Ibrahim Libya. Orang Memali ni, orang mana? melayu serupa kita juga. Apa? Awang Pelanduk, Planta pun tak pernah tengok, bila dia kena ISA, masuk kem kemunting, ada Planta untuk makan pagi dengan roti, dia tak makan, dia ingat sabun. Tengok kuning dan baupun lebih kurang macam sabun. Tak pernah tengok planta, tetapi pasai apa orang Memali ni jadi berani?
Sebab, ketua dia!, Ketua dia Ibrahim Libya. Ibrahim Libya ni memang berani.
Saya kena lokap di Alor Setar, Polis dok soal siasat saya tu kata, "kami soal setuju tak setuju perjuangan Ibrahim Libya tu soal lain perjuangannya, tetapi kami respek dia atas keberanian dia, kami nak tangkap dia hidup tak boleh."
Sebab dia bersumpah kalau nak ambil saya bawah ISA, ambil mayat. "Daripada hidup bercerminkan bangkai, lebih baik mati berkandungkan tanah".
Bila dia bersikap begitu, dia suruh orang berani dan dia sendiri berani. Semua itu adalah kerana ketua, ketua yang membentuk fikiran dan tindakan orang bawah. Ini contoh yang mudah kita nampaklah.
Awang Pelanduk tau apa, cari buah genuak dia tahulah, tetapi ketika itu kereta tank, bagi dia tidak ada apa kerana ketua dia Ibrahim Libya.
Baru ni saya pergi Beirut, dalam satu demonstrasi menentang Mesir buat tembok, Yahudi lawan rakyat Palestin biasalah, ini Mesir lebih teruk daripada Yahudi!!!. Dia tutup semua terowong (lubang tikus) yang membawa masuk makanan, perubatan ke Palestin.
Badan NGO, termasuk daripada Malaysia, orang putih. Lagi satu tuan-tuan dan puan-puan orang putih geng hak asasi manusia ni kita kena malu kat depa, depa lawan dengan polis Israel dan Mesir sampai berdarah-darah. Depa duduk disitu sampai tiga empat minggu orang putih ni, kalau kita perasan, 2 hari tak boleh masuk, kita balik dah. Sebab itu dalam ceramah umum saya sebut Palestin akan terbebas atas 2, satu Kebangkitan Gerakan Islam dan dua Pertolongan Gerakan Hak Asasi manusia, terutama daripada negara-negara Eropah, bukan dari kalangan negara Arab.
Demonstrasi yang dibuat di Beirut baru ini setengah juta orang, saya baru tengok orang demonstrasi banyak tu. Berkeritammmmm......... je. Yang keluar tu setengahnya perempuan arab Lubnan pakai baju serupa tak pakai baju.
Nak dengar siapa berucap? nak dengar Hassan NasrulLah. Hassan Nasrullah ada ke dalam dalam majlis tu? Tak dak. Dia sembunyi tah lubang mana, tang mana pun tak tau.
Pakai tayang skrin je, keluar gambar Hassan NasrulLah, orang berteriak seolah-olah histeria, terutama golongan wanita hanya tengok gambar Hassan NasrulLah. Hak tak pakai tudung pun.... uuuuuuuuuuuuuuuuuu...... bereriak.
Sebab apa? dia pemimpin menyeru orang berjihad, dia serahkan anaknya 2 orang kemedan tempur melawan Israel, seorang sudah syahid, seorang lagi belum syahid. Inilah dia 'Leader', kepimpinan.
Itulah dia konsep piramid, atas ke bawah.
Saya bertanya mereka, "Mengapa kamu sokong Hassan NasrulLah?" jawab mereka, "Dia cakap, dia buat". Penyanyi yang teruk-terukpun bila disebut Hassan NasrulLah, "Qa iduna" pemimpin kami.
Sebab itu Rasulullh saw, menterjemahkan kepimpinannya, lahirlah masyarakat yang bertanggung jawab dan akhirnya membentuk satu tamadun baru di atas muka bumi ini.
2 comments:
Satu ja Haji Mat Sabu ni ceramah/kuliah ada lucah sedikit. Pemimpin Islam terkini contoh AhmadiNejad dan Sayed Hassan tak pernah dengar pun dia ceramah macam tu.
apa arr mangkuk hayun... jgn tgk sapa yg brcakap tgk apa yg dicakap
satu lg mana nak sama ahmadinejad, syed hassan ngan mat sabu, nama pun dah tak sama sebutan pun tak sama..
apa punya orang hang nie
eishhhh3
Post a Comment