Sunday, January 11, 2009

BAGAIMANA MENGAJAR UMNO UNTUK TIDAK RASUAH LAGI




SELAMAT MENGUNDI....... SEMOGA DIBERI PETUNJUK OLEH ALLAH.

Apakah tujuan rasuah?

Tujuan seseorang itu melakukan rasuah ialah untuk memperolehi sesuatu kepentingan dengan menyogokkan sesuatu kepada seseorang dengan harapan memperolehi apa yang dikehendakinya walaupun ia tidak mempunyai kelayakan mendapat perkara tersebut.

Inilah yang sedang dilakukan oleh UMNO/BN dalam kempen pilihanraya Kecil Terengganu, walaupun sebenarnya wang yang digunakan bukan wang mereka, tetapi adalah wang seluruh rakyat Terengganu hasil dari pancutan minyak mentah dari perut bumi Terengganu yang sepatutnya dimiliki oleh semua rakyat Terengganu, tidak akan ada lagi rakyat yang miskin di Terengganu, jika hasil bumi anugerah Allah itu diagih secara adil dan saksama kepada rakyat.

Malangnya wang yang sepatutnya diperolehi secara sah, diberikan secara gelap oleh pemimpin UMNO/BN kepada mereka yang terpilih sahaja, iaitu mereka yang dikenal pasti berat untuk menyokong BN pada 17 Januari nanti.

Kalau aku jadi pengundi di Kuala Terengganu, aku ambik duit yang diberikan BN, kerana aku yakin duit itu adalah duit royalti yang sepatutnya dapat lebih banyak lagi. Bila lepas pilihanraya duit yang aku dapat aku akan sedekah untuk buat kenduri kesyukuran kemenangan calon PAS, YB Abd Wahid Endut, kerana aku akan undi PAS.

Kalau pemimpin BN suruh aku angkat sumpah, janji undi Dacing aku pun angkat sumpah potong ayam janji nak undi Dacing. Masuk bilik mengundi aku undi Bulan.

Sebab apa aku buat begitu? kerana inilah sahaja cara nak mengajar pemimpin UMNO/BN serik untuk melakukan rasuah. Mereka buat jahat 2 kali, pertama mereka salah guna duit royalti kata duit mereka dan kedua mereka guna duit yang bukan duit mereka untuk rasuah pulak.

Tetapi jika kita rakyat dapat tipu mereka balik, dengan ambil semua apa yang mereka berikan dan selepas itu tidak menunaikan hasrat yang mereka kehendaki, maka rasuah tidak akan berlaku dengan sendirinya.

Tapi masalahnya, adakah pengundi Kuala Terenggnu boleh buat macam aku dan Sdr Abu Bakar Rashid buat bila menerima duit dari pemimpin UMNO/BN.

Semoga semua pengundi Kuala Terengganu, gunakan pertimbangan akal yang sewajarnya, kalau takut tertelan kail ketika nak telan umpan, lebih baik jangan telan. Bahaya!!!

TELAN UMPAN - JANGAN TELAN KAIL
JIKA TAKUT TERTELAN KAIL - JANGAN CUBA TELAN UMPAN
AMAT MALANG BILA UMPAN YANG DIGUNAKAN
ADALAH DUIT YANG DICURI DARI TANGAN KITA
TIBA-TIBA KITA TELAN UMPAN SEKALI DENGAN KAIL
AKHIRNYA KITA DISENTAK NAIK KE DARAT
DIGORENG HIDUP-HIDUP OLEH PEMIMPIN UMNO/BN


OLEH ITU APA CARA SEKALIPUN

INSYAALLAH SAYA UNDI PAS
DENGAN NIAT MENGHAPUS RASUAH UMNO/BN

No comments: