Sunday, January 18, 2009

AlhamduliLLAH

"Alhamdulillah", itu kiriman SMS yang diterima dari sahabat seperjuangan.

Puji dan syukur kepada Allah swt, yang telah memberikan kemenangan kepada Parti Islam SeMalaysia PAS di Kuala Terengganu. Kemenangan bagi kita pejuang Islam ini, ialah apabila telah bersama meletakkan diri untuk berjuang menegakkan keadilan Islam di atas muka bumi Allah swt ini, samada kita gugur sebagai syuhada kerana mempertahankan Islam ini, juga dikira menang atau pun memang kita benar-benar menang memperolehi kekuasaan untuk melaksanakan Islam yang syumul menurut acuan Al-Quran dan Petunjuk Rasul.

Semoga dengan kemenangan ini, tidak akan ada lagi orang Islam yang ragu-ragu lagi terhadap Hukum Hudud yang diperintahkan oleh Allah swt di dalam Al-Quran di laksanakan oleh negeri dan negara seperti seperti mana diperintahkan untuk menunai kewajipan solat 5 waktu kepada setiap individu.

Isu Hudud telah digembar-gemburkan oleh BN bukan untuk memberi kefahaman kepada rakyat seluruhnya, tetapi untuk merenggangkan Pakatan Rakyat supaya wujud kebencian sesama rakan Pakataan, secara tidak langsung kebencian kepada hukum Allah taala ini dikalangan masyarakat bukan Islam, tetapi akhirnya perkara itu memakan diri mereka sendiri. "Mereka merancang, Allah juga merangcang, perancangan Allah adalah lebih baik dan sempurna."

Kepada, pengundi Islam yang mengundi BN kerana tidak mahu kepada hukum Hudud, aku nasihatkan semoga anda semua bertaubat, kembalilah kepangkal jalan, masa belum terlambat lagi. Kepada mana-mana individu yang merasakan ini bukan masanya yang sesuai untuk kita menjelaskan dengan penuh hikmah dan keberanian bahawa Undang-Undang Ciptaan Allah inilah yang paling sempurna dan adil, kerana takut kalah dan orang tak sokong kita, maka pertimbangkanlah dengan semasak-masaknya bila lagikah kita akan menjelaskannya, jika tidak sekarang.

berkaitan klik sini , sini , sini , disini dan disini

Semoga Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu menjadi titik mula untuk semua rakyat menolak sistem demokrasi dalam pagar sekular, kepada sistem demokrasi dalam pagar Islam.


TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SELURUH PETUGAS, TERUTAMA KONTIJEN DARI KEDAH YANG DIKETUAI OLEH YB MOHD NASIR, KPT (B) ZAMRI, HJ NAN, SHUKRI, WAN, ROSLI, MUSODAK, UST HALIM, UST FAUZI, LEE HOCK SENG, ART, LIM CHENG KANG, MAT KEDAI, ZAIDI, AWANG. YB UST FIRDAUS, AZMAN, HJ HAMID, HJ ZUKI, YB CIKGU MD ZUKI, UST IZZAT, YB NASIR ZAKARIA, UST AZIZAN HAMZAH, HJ NABIL, YB CIKGU YA JENERI...... DAN LAIN-LAIN (MAAF TAK TERCATAT DISINI)



TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SELURUH KEPIMPINAN PAS PUSAT, TERENGGANU DAN NEGERI-NEGERI SELURUH MALAYSIA DAN TIDAK DI LUPAKAN KEPADA YB (DOUBLE) HJ ABD WAHID ENDUT

SERTA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA 写博客的人 (xie bo ke de ren) - BLOGGER

TERUSKAN PERJUANGAN, SEMOGA DIBERKATI ALLAH


No comments: