Bismillah hirRahmanir Rahim
“Ramai orang yang mempunyai niat yang baik-baik, tetapi mereka berada dalam neraka. Mereka mempunyai niat yang baik untuk memberi makan anak isteri, lalu mereka mencuri…………….”
Mungkin setengah cerdik pandai pernah berfikir, perlu tubuh sebuah pertubuhan yang akan memantau semua pertubuhan lain, terutama pertubuhan politik dengan cara memasukkan orang-orang kita disemua pertubuhan yang ada dengan niat melaksanakan system Islam di Negara ini. Kaedahnya cukup mudah iaitu kita kuasai kepimpinan mereka dengan kecerdikan dan tayangan akhlak Islam kita.
Kita kuasai pertubuhan A (Nasionalis), kita kuasai pertubuhan B (Liberal) dan kita kuasai pertubuhan C (Islam), selepas itu kita bincang di dalam Pertubuhan kita sendiri, apa yang patut kita lakukan kepada ketiga-tiga pertubuhan tersebut sebagai batu loncatan menegakan Islam. Jika perlu hancurkan pertubuhan B (Liberal) maka kita hancur atau jika kita lihat di pertubuhan A (Nasionalis) kita boleh letak orang kita untuk cari dana bagi pertubuhan asal kita maka kita letaklah orang kita disitu dan sebagainya.
Yang penting perlu faham kita bukan sebenarrnya menyertai mereka, tetapi hanya sebagai batu loncatan sahaja.
Semua perkembangan disetiap pertubuhan yang diresapi mesti diberi laporan secara tetap dan organisasi utama kita mesti mantap kerana jika berlaku apa-apa musibah kepada pertubuhan yang diresapi kita akan dapat kembali ke organisasi utama secara selamat dan kembali merancang strategi baru.
Subhanallah!, ia adalah satu niat yang cukup baik.
Tetapi sebenarnya mungkin niat kita yang baik itu telah terseleweng dengan kerakusan dan tidak mampu melarutkan diri dalam pertubuhan C (Islam) yang disertai dengan kita masih lagi kita mewala’kan diri kepada pertubuhan asal kita sendiri yang kita rasa lebih dominant dan tinggi darjatnya dari pertubuhan C (Islam).
Maka jadilah dua wala tetapi lebih wala kepada Pertubuhan kita sendiri tidak kepada pertubuhan C (Islam)
Maka akan terjadi bila ada kesempatan akan mengutamakan orang dari pertubuhan asal kita untuk meraih keuntungan sementara.
Maka akan terungkap ungkap menghina kepada pemimpin dan ahli-ahli pertubuhan C (Islam) yang asal sebagai bodoh, bebal, tak reti dan sebagai dengan tujuan kita boleh kuasai pertubuhan C (Islam) itu demi untuk Islam yang kita cita-citakan.
Apakah ini akhlak Islam? Apakah perasaan kita jika ada pula pertubuhan D (orang yang lebih cerdik dari kita)
Apakah akhlak Islam, apabila seorang menantu membahagi harta bapak mertuanya kepada adik beradiknya sendiri, dengan asalan anak-anak bapak mertuanya tak pandai jaga harta, sedangkan mereka yang bodoh itulah yang memugar, meneroka, menanam, menyiram dan membaja. Mungkin niat menantu itu baik tetapi tidak ikut hukum waris dalam Islam.
Semoga ahli cerdik pandai semua selepas ini bertekad menyertai, bertugas, berjuang, berkorban, terkorban, melarutkan diri, berwala dengan sepenuh hati kepada kepimpinan pertubuhan C (Islam) tanpa lagi berjalan mendongak keatas melihat pertubuhan asal masing-masing sehingga akhirnya akan menyepak rakan seperjuangan di pertubuhan C (Islam) yang di pandang lekeh dan selekeh.
Jagalah akhlak! Dunia ini kecil! Akhirat kekal selamanya.
Pesanan untuk diriku dan sahabat seperjuangan dalam menelusuri liku perjuangan yang masih panjang dan penuh mehnah dengan senyum manis yang berbisa.
Semuga fantasi pemikiranku ini tidak pernah terjadi dimana-mana, walau di hujung dunia sekalipun.
No comments:
Post a Comment