Tuesday, April 29, 2008

Kepada Pemuda dan Pemudi Islam Ku Sandar Harapan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihi

Wahai pemuda dan pemudi Islam,

Kepadamu kusandarkan harapan untuk mengisi kemenangan separa ini dengan Islam. Ku sebutkan kemenangan separa adalah kerana pemuda dan pemudi harus memahami bahawa kemenangan yang kita perolehi sekarang bukanlah kemenangan total Islam.

Sudah tentu semua kamu bersetuju.

Dan kemungkinan, kemenangan kita adalah ibarat, memenangan menubuhkan persatuan banduan di dalam penjara. Janganlah kita terlalu asyik merayakan kemenangan menubuhkan persatuan itu, sedang hakikatnya masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk bebas dari penjara.

Mungkin pihak penguasa penjara dan banduan-banduan jahat lain (yang memang mahu terus berada dalam penjara – kerana suka makan tanggung berak tong) nampak sedikit lunak kepada kita. Oleh itu mungkin kita semua akan terjebak dengan kelunakkan tersebut dengan meninggalkan matlamat sebenar kita iaitu bebas dari penjara dengan apa cara sekali pun.

Demi mengambil hati penguasa penjara setelah dibenar menubuh persatuan banduan, mungkin kita sudah memberhentilan kerja menebuk lubang di dinding penjara.

Demi mengambil hati banduan-banduan jahat yang lain setelah berjaya menubuh persatuan banduan, mungkin kita sudah tidak minat lagi menghasur mereka secara terang-terang bahawa akan kepentingan keluar dari penjara dan membina hidup sendiri.

Harus kita ingat bahawa kedua-dua pilihan tolak ansur jangka pendek di atas yang kita pilih walaupun kadang-kadang untuk sementara waktu sahaja, tetapi akhirnya ia akan menjadi pilihan yang menyeronokkan.

Tolak ansur jangka pendek itu kemudiannya akan menjadi kukuh dan memupuk ketetapan jangka panjang. Apabila berakar umbi sebagai suatu kelaziman dalam tindakan sebuah system politik, ia akan sukar diubah lagi.

Oleh itu wahai pemuda

Nafas Islam mesti didenyutkan dalam setiap gerakkan dan tindakan kita demi membebaskannya dari penjara kegelapan.

Kugantungkan harapan kepada mu pemuda dan pemudi untuk berfikir dan bertindak memecahkan tembok penjara kegelapan antaranya seperti berikut:

  1. Mantapkan Parti Islam Semalaysia (PAS) yang kita dokongi ini, elakkan persengketaan tetapi subur perbezaan pendapat untuk mencari yang terbaik.
  2. Suburkan budaya amal jamaie (kerja berpasukan) disetiap kawasan dan cawangan.
  3. Isikan kemenangan separa ini dengan Islam yang kita perjuangan kepada seluruh rakyat jelata samada yang Islam ataupun yang Kafir. Jelaskan secara lebih terang kepada mereka kebaikkan bernaung dibawah system pemerintahan Islam tanpa rasa teragak-agak lagi.
  4. Kepada pemuda dan pemudi yang memegang amanah parti peringkat negeri berfikir dan merancanglah bagaimana mengunakan kesempatan yang ada untuk memancarkan aura Islam dalam setiap sendi jentera kerajaan secara langsung dan tidak langsung.
  5. Kepada semua yang terlibat sebagai kepimpinan negara, negeri, kawasan, MTD, UPU dan cawangan janganlah berebut ghanimah demokrasi sehingga terlupa matlamat perjuangan asal kita yang cukup jelas iaitu melaksanakan Fasal 5 perlembagaan PAS.
  6. Tentukan capaian bertahap yang ingin kita capai demi Islam, seperti tahap jangka pendek iaitu 100 hari pertama pemerintahan, tahap jangka sederhana setahun sehingga dua tahun pemerintahan, tahap jangka panjang 5 tahun pemerintahan.
  7. Tentukan apakah peranan jihad dan syahid selepas memperolehi kemenangan separa, jangalah setelah beroleh sedikit kuasa tiba-tiba pemuda dan pemudiku menjadi semkin bacul dan malu-malu untuk mempamerkan aura Islam.
  8. Gunakan peluang ini menjadi agen mentarbiyyahan masyarakat kepada Islam yang syumul, jangan tanya siapa perlu buat, tanyalah dirimu apa yang telah engkau buat untuk Islam.
  9. Kepada pemuda dan pemudiku yang diberikan kesempatan mencurah bakti di dalam kerajaan dan anak-anak syarikatnya bimbinglah pegawai kerajaan dengan penuh kasih sayang untuk kembali menghayati keindahan akhlak Islam.

Ya Allah bimbinglah diriku dan pemuda-pemudi Islam yang merindui tertegaknya kembali system Islam di atas muka bumiMu ini.

Sunday, April 27, 2008

Niat Ikhlas Tetapi Masuk Neraka

Bismillah hirRahmanir Rahim

Prof. Zulkiffli Mohammed, dalam ucapannya kepada wakil rakyat PAS di Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1964 antaranya seperti berikut:-

“Ramai orang yang mempunyai niat yang baik-baik, tetapi mereka berada dalam neraka. Mereka mempunyai niat yang baik untuk memberi makan anak isteri, lalu mereka mencuri…………….”

Oleh itu kepada rakan seperjuangan yang bijak berfikir marilah kita merenung tindakan kita yang kadang mempunyai niat yang baik, tetapi tindakan kita mungkin telah menyebabkan kacau ganggu rumah tangga orang, niat kita baik untuk menegakkan Islam tetapi mengguris hati sanubari rakan seperjuangan dan berbagai lagi ragam tindakan yang mungkin kita lakukan dengan niat yang baik tetapi akhirnya meninggalkan musibah buruk kepada kita ketika bangun di Padang Mahsyar di hadapan Rabul Jalil kelak.

Mungkin setengah cerdik pandai pernah berfikir, perlu tubuh sebuah pertubuhan yang akan memantau semua pertubuhan lain, terutama pertubuhan politik dengan cara memasukkan orang-orang kita disemua pertubuhan yang ada dengan niat melaksanakan system Islam di Negara ini. Kaedahnya cukup mudah iaitu kita kuasai kepimpinan mereka dengan kecerdikan dan tayangan akhlak Islam kita.

Kita kuasai pertubuhan A (Nasionalis), kita kuasai pertubuhan B (Liberal) dan kita kuasai pertubuhan C (Islam), selepas itu kita bincang di dalam Pertubuhan kita sendiri, apa yang patut kita lakukan kepada ketiga-tiga pertubuhan tersebut sebagai batu loncatan menegakan Islam. Jika perlu hancurkan pertubuhan B (Liberal) maka kita hancur atau jika kita lihat di pertubuhan A (Nasionalis) kita boleh letak orang kita untuk cari dana bagi pertubuhan asal kita maka kita letaklah orang kita disitu dan sebagainya.

Yang penting perlu faham kita bukan sebenarrnya menyertai mereka, tetapi hanya sebagai batu loncatan sahaja.

Semua perkembangan disetiap pertubuhan yang diresapi mesti diberi laporan secara tetap dan organisasi utama kita mesti mantap kerana jika berlaku apa-apa musibah kepada pertubuhan yang diresapi kita akan dapat kembali ke organisasi utama secara selamat dan kembali merancang strategi baru.

Subhanallah!, ia adalah satu niat yang cukup baik.

Tetapi sebenarnya mungkin niat kita yang baik itu telah terseleweng dengan kerakusan dan tidak mampu melarutkan diri dalam pertubuhan C (Islam) yang disertai dengan kita masih lagi kita mewala’kan diri kepada pertubuhan asal kita sendiri yang kita rasa lebih dominant dan tinggi darjatnya dari pertubuhan C (Islam).

Maka jadilah dua wala tetapi lebih wala kepada Pertubuhan kita sendiri tidak kepada pertubuhan C (Islam)

Maka akan terjadi bila ada kesempatan akan mengutamakan orang dari pertubuhan asal kita untuk meraih keuntungan sementara.

Maka akan terungkap ungkap menghina kepada pemimpin dan ahli-ahli pertubuhan C (Islam) yang asal sebagai bodoh, bebal, tak reti dan sebagai dengan tujuan kita boleh kuasai pertubuhan C (Islam) itu demi untuk Islam yang kita cita-citakan.

Apakah ini akhlak Islam? Apakah perasaan kita jika ada pula pertubuhan D (orang yang lebih cerdik dari kita) cuba menguasai pertubuhan asal kita…….. tetapi masih meletakan bahawa pertubuhan D nyalah sebagai wala’. Sudah tentu sebagai seorang manusia yang waras kita akan marah menyinga jika pertubuhan asal kita disentuh.

Apakah akhlak Islam, apabila seorang menantu membahagi harta bapak mertuanya kepada adik beradiknya sendiri, dengan asalan anak-anak bapak mertuanya tak pandai jaga harta, sedangkan mereka yang bodoh itulah yang memugar, meneroka, menanam, menyiram dan membaja. Mungkin niat menantu itu baik tetapi tidak ikut hukum waris dalam Islam.

Semoga ahli cerdik pandai semua selepas ini bertekad menyertai, bertugas, berjuang, berkorban, terkorban, melarutkan diri, berwala dengan sepenuh hati kepada kepimpinan pertubuhan C (Islam) tanpa lagi berjalan mendongak keatas melihat pertubuhan asal masing-masing sehingga akhirnya akan menyepak rakan seperjuangan di pertubuhan C (Islam) yang di pandang lekeh dan selekeh.

Jagalah akhlak! Dunia ini kecil! Akhirat kekal selamanya.

Pesanan untuk diriku dan sahabat seperjuangan dalam menelusuri liku perjuangan yang masih panjang dan penuh mehnah dengan senyum manis yang berbisa.

Semuga fantasi pemikiranku ini tidak pernah terjadi dimana-mana, walau di hujung dunia sekalipun.

Thursday, April 24, 2008

Ya Allah Ya Tuhanku

Yang menguasai hati manusia

Berikanlah hidayah kepada salah seorang dari dua orang Singh

Ya Allah Ya Tuhanku

Yang menguasai hati manusia

Berikanlah hidayah kepada salah seorang dari dua orang Lim

Ameen, Ya Rabal 'Alamin.

Monday, April 21, 2008

Jadilah Seorang Yang Baik

Kita terbiasa untuk menaruh dendam kepada orang-orang di sekitar kita. Seringkali setelah kita menjalani kehidupan yang baik, kita jengkel kepada orang-orang yang kita anggap buruk.

Ketika ada orang yang memperlakukan kita dengan kejahatan, kita berharap bahawa kita akan membalas kejahatan itu dengan kejahatan juga.

Untuk itu kita sering menutupnya dengan berkata, “Supaya dengan kejahatan ini akan menjadi pengajaran bagi mereka.”

Tetapi tradisi para rasul Tuhan mengajarkan kepada kita untuk membalas kejahatan yang dilakukan orang lain dengan kebaikan.

Bayangkanlah ketika anda berdoa supaya saingan Anda hancur, agar musuh anda binasa, anda akan memperoleh satu manfaat saja: Kepuasan hati kerana hancurnya saingan anda.

Tapi jika Anda berdoa: Ya Allah, ubahlah kebencian musuh-musuhku menjadi kasih sayang, anda akan mendatangkan manfaat kepada semua orang dan memperolehi ramai rakan seperjuangan.

Di antara perbuatan baik yang sangat tinggi nilainya adalah membalas keburukan orang kepada kita dengan kebaikan. Ini bukanlah suatu hal yang mustahil, melainkan ini adalah ajaran kesucian yang akan membawa kita lebih dekat kepada Allah swt.

Oh Tuhan ku jadikan aku memiliki sifat-sifat kebijaksanaan dalam berhubung dengan seluruh manusia selagi hayatku.

Sunday, April 20, 2008

Takwa berarti kita menjaga diri kita. Manusia harus selalu memperhatikan dirinya. Manusia di samping harus mengawasi perbuatan dan amalnya—yakni mengawasi matanya, tutur katanya, telinganya dan tangannya—juga harus mengawasi hatinya. Ia harus waspada agar jangan sampai karakter haywaniah menguasainya ; waspada supaya hati jangan sampai cenderung pada hawa nafsu. Jangan sampai hati terpikat dan tertarik oleh suatu pesona yang menghinakan manusia. Manusia harus waspada terhadap sifat hasud (iri) yang menguasainya; waspada agar jangan sampai berniat buruk terhadap orang lain; waspada agar jangan sampai memberi jalan kepada waswas yang akan masuk ke dalam hati. Sebab, hati merupakan tempat segala keutamaan dan zikrullah serta cinta kepada wali-wali Allah dan cinta kepada sesama manusia. Manusia hendaklah mempunyai takwa pemikiran dan akal. Yakni, hendaklah ia menjaga akal dari penyimpangan: menjaganya dari kesalahan, menyelamatkannya dari tidakaktif dan angan-angan kosong, dan memanfaatkan akal dalam persoalan-persoalan kehidupan. Jadi, selalu waspada terhadap anggota tubuh, hati, pemikiran dan otak adalah (hakikat)ketakwaan.

Waspada Adalah Ciri Orang Yang Bertakwa


Ketidakwaspadaan kita menyebabkan kita banyak mengalami kesalahan dalam pelbagai sepak terjang kita. Banyak dosa kita lakukan karena kelalaian dimana kita tidak melakukan sebagaimana niat kita sebelumnya (yakni karena kita lalai maka amal kita tidak sesuai dengan niat baik kita sebelumnya) Kita kotori lidah kita dengan menghibah (mengumpat) , menuduh, menyebarkan gosip, dan berbohong secara keji. Tangan kita dan mata kita juga demikian. Jadi, kelalaian dapat menjerumuskan kita dalam bencana.


Bila kita benar-benar mewaspadai mata, lidah, tangan, tanda tangan, keputusan, tulisan, dan tutur kata kita maka tidak akan muncul banyak kesalahan dan dosa, baik yang besar maupun kecil. Bila kita mewaspadai hati kita, maka kita tidak terkena rasa dengki, sakit hati, kikir dan rasa takut tidak pada tempatnya. Di samping itu, tamak terhadap harta dan jabatan duniawi dan iri terhadap kehormatan dan harta orang lain tidak akan meresap dalam hati kita. Kewaspadaan ini merupakan jalan keselamatan bagi manusia. Dengan adanya kewaspadaan ini, manusia akan memperoleh akhir kehidupan yang baik:

"Dan akibat yang baik diperuntukkan bagi orang-orang yang takwa." Bila kewaspadaan ini dipertahankan oleh manusia maka kemungkinan kecil bagi dia untuk berbuat dosa. Keadilan seseorang pun bersumber dari kewaspadaan ini.



Buah Kewaspadaan (Muraqabat)



Kekuatan seseorang dan satu umat juga berasal dari kewaspadaan ini. Menuntut kebenaran dan sensitif terhadap kebenaran juga bersumber dari kewaspadaan ini. Kewaspadaan dan ketakwaan ini selalu bersama kita dalam seluruh kebaikan. Hidayah pun terwujud karena kewaspadaan ini. Kemajuan dunia dan akhirat juga berasal dari kewaspadaan ini. Saat kita benar-benar waspada maka fikiran kita pun dalam keadaan aktif dan hati kita pun tidak akan menuju jalan yang bengkok serta anggota tubuh kita pun tidak akan berada dalam kesalahan atau jarang melakukan kesalahan (dosa). Dunia dan akhirat berada dalam naungan takwa. Ini adalah pelajaran dari sunnah Rasulullah saw para sahabatnya. Dewasa ini kita membutuhkan pelajaran ini. Bahkan sejatinya bukan hanya saat ini, namun kita selalu memerlukannya.



Fasa zaman ini begitu penting bagi kita. Perhatikanlah bahwa kita adalah umat Islam. Dengan keinginan kuat majoriti masyarakat, kita dapat mendirikan suatu pemerintahan yang sesuai dengan keimanan dan keyakinan kita di negari ini. Apa tujuan pemerintahan ini? Apa tujuan umat ini?

Tujuannya adalah negari ini—dengan pemerintahan ini—mampu mengemukakan seluruh kebaikan, kemajuan, kebaikan dan keberkahan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap umat yang beriman. Yakni (membentuk) suatu pemerintahan yang Islami. Yang dimaksud pemerintahan yang Islami adalah negara yang menjadikan Islam sebagai inspirasi kehidupan, sumber aktiviti, dan sumber motivasi. Tentu Islam yang tidak memiliki pemikiran yang bengkok; Islam yang tidak jumud lagi menyimpang; Islam yang tidak menciplak; Islam yang membangkitkan keberanian manusia; dan Islam yang memandu manusia menuju ilmu dan sains. Iaitu Islam yang terwujud pada abad pertama Islam dimana ia mampu merangkai suatu kumpulan yang berserakan menjadi puncak peradaban sejarah dan dunia, sehingga peradabannya dan pengetahuannya mendominasi dunia. Dominasi dan penguasaan pengetahuan yang juga mendatangkan kewibawaan politik, kemajuan ekonomi, dan keutamaan akhlak. Semua hal ini dapat terwujud bila memang negara dapat menzahirkan makna yang hakiki dari kata "Islami".

Semoga aku dan kita semua akan terus bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa dalam memimpin rakyat.

Semua mukminin, khususnya para pelaku politik, para ulama dan pemikir serta pemimpin bangsa dari setiap negara, sudah seharusnya menggalang barisan persatuan Islam sekuat mungkin dalam menghadapi musuh zalim ini. Sudah seharusnya kita menghimpun unsur-unsur kekuatan dan membangun ketahanan umat Islam dengan benar.

Ilmu pengetahun, manajemen, sistem penyelenggaraan, kesadaran penuh, rasa tanggung jawab dan komitmen, tawakal dan kepercayaan kepada janji Allah Swt, mengenyampingkan keinginan-keinginan hina dan tak berarti demi mendapatkan keridhaan Allah Swt, beramal atas dasar tugas … semua itu adalah unsur-unsur dasar kekuatan umat Islam yang akan mengangkat mereka untuk tampil merdeka, berwibawa, dan maju, baik secara materiil maupun spiritual. Unsur-unsur itu pula yang akan menggagalkan musuh dalam upaya mereka melakukan tekanan dan campur tangan di dalam negeri-negeri Muslim.

Kasih sayang antarsesama mukminin adalah pilar kedua dan kriteria lain untuk membangun kondisi yang baik bagi umat Islam. Perpecahan dan pertikaian di tengah umat Islam merupakan penyakit yang sangat membahayakan, yang harus segera ditangani dengan segenap kemampuan. Sudah sejak lama, musuh-musuh kita bekerja dan berusaha tak henti-hentinya dalam masalah (perpecahan) ini. Dan mereka sekarang, di era kebangkitan Islam yang telah membuat mereka cemas dan takut, semakin meningkatkan kerja dan usaha keras mereka. Semua pesan pihak-pihak yang prihatin akan masalah ini ialah hendaknya perbedaan-perbedaan itu tidak berubah menjadi pertentangan, juga keragaman itu tidak semestinya berakhir dengan permusuhan.

Mereka terus mempertahankan segala apa yang ada, hanya kerana ada dalam peraturan regim lama.

Agar mereka terus dapat memakan duit rakyat sebanyak mana yang dimakan oleh regim dahulu.

Agar mereka terus dapat memperolehi keselesaan seperti mana diperolei regim dahulu.

Agar mereka dapat belagak seperti mana regim dahlu belagak - ikut Muawwiyah (betul ke?)

Ingatlah setiap duit yang kita makan dari kekuasaan ini adalah duit dari keringat rakyat.

Ingatlah gunakan dengan berhemah

Aku bukan mengingatkan kepada siapa, tetapi kepada diriku sendiri.