Dr. Kevin Barrett, a Ph.D. Arabist-Islamologist, is one of America's best-known critics of the War on Terror. Dr. Barrett has appeared many times on Fox, CNN, PBS and other broadcast outlets, and has inspired feature stories and op-eds in the New York Times, the Christian Science Monitor, the Chicago Tribune, and other leading publications. Dr. Barrett has taught at colleges and universities in San Francisco, Paris, and Wisconsin, where he ran for Congress in 2008. He is the co-founder of the Muslim-Christian-Jewish Alliance, and author of the books Truth Jihad: My Epic Struggle Against the 9/11 Big Lie (2007) and Questioning the War on Terror: A Primer for Obama Voters (2009). His website is www.truthjihad.com
Presiden Mesir, Mohamed Morsi telah jatuh melalui kudeta
tentera. Kejatuhan Morsi menandakan gagalnya strategi Ikhwan Muslim
bersekongkol dengan imperialis Barat.
Tiada siapa yang menafikan bahawa majoriti rakyat Mesir mahu
urus tadbir Islam. Tiada siapa yang menafikan
Presiden Morsi memenangi buat pertama kalinya, melalui pilihan raya yang bebas
dan adil.
Namun pihak elit sekular yang disokong imperialis Barat
tidak bersedia untuk demokrasi sebenar. Mereka tidak bersedia untuk menerima
keputusan pilihan raya yang bebas dan adil. Jadi dengan bantuan imperialis Barat,
mereka memusnahkan ekonomi Mesir, seterusnya menunding jari menyalahkan Morsi,
menipu orang muda yang mudah terpengaruh untuk membanjiri jalanraya, akhirnya
mencipta sebuah kudeta tentera.
Rampasan kuasa
anti-Morsi telah mencekik demokrasi Mesir yang masih dalam buaian.
Ia juga mungkin berakhirnya percubaan Ikhwan Muslimin untuk
mengIslamkan masyarakat Mesir manakala selebihnya Ikhwan Muslimin masih
mengikut kehendak imperialis Barat.
Morsi dan Ikhwan Muslimin telah membuat kesilapan yang
dahsyat dengan menjalin kerjasama dengan imperialis Barat dan boneka serantau. Ikhwan
telah menjadi alat imperialis Barat dan Zionis, yang bertujuan untuk membahagi dan
menakluk Timur Tengah dengan cara mencetus perang saudara antara mazhab Sunni dan Syiah. Syeikh Yusuf al-Qaradawi,
intelektual Ikhwan yang dihormati, telah memalukan dirinya sendiri apabila
menjadi jurucakap Zionis-menghasut rakyat Arab membantu golongan takfiri yang
amat anti-Syiah.
Mungkin Presiden Morsi berfikir jika beliau mengikut
telunjuk imperialis Barat seperti terlibat berperang di Syria, menjaga sempadan
Gaza agar terus ditutup, mengekalkan perjanjian Camp David, terus
memperhambakan orang Mesir kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dan
membiarkan Tentera Mesir untuk terus memerintah seperti yang berlaku di bawah
Mubarak, maka kemungkinan besar dia akan dibenarkan untuk menambah sedikit
sebanyak undang-undang Syariah dalam perundangan Mesir.
Sebenarnya itu adalah perjanjian syaitan ketika diawal pemerintahan, dan
syaitan sekali-kali tidak pernah memegang janji terhadap tawarannya yang telah diterima.
Presiden Morsi dan Ikhwan Muslimin perlu berpatah balik dan
mengkaji karya-karya Ayatollah Ruhollah Khomeini, bapa kepada kebangkitan
politik Islam yang menggoncang dunia.
Pertama: Ayatollah Khomeini menegaskan bahawa tidak ada
ruang untuk sektarian dalam kebangkitan Islam. Umat Islam adalah umat yang
satu, sama ada mereka mengikut Hanafi, Maliki, Hanbali, Shafie atau Ja'fari.
Ikhwan Muslim perlu berhenti mempropagandakan sektarianisme,
dan mesti berani bangun untuk perpaduan
Islam.
Kedua, Ayatollah Khomeini memahamkan kepada semua umat Islam
bahawa mereka mempunyai tanggungjawab moral untuk berdamping dengan golongan
tertindas di seluruh dunia yang disebutnya sebagai "golongan
mustadz'afin" - dalam perjuangan menentang musuh-musuh mereka yang
dinyatakan sebagai “golongan mustakbirin”. Perjuangan menentang imperialisme, apartheid,
Zionisme, keganasan, dan semua bentuk perkauman sempit serta ketidakadilan
adalah perjuangan semua umat Islam.
Ikhwan Muslim perlu berhenti mengikut telunjuk pemerintah dunia
yang zalim, samada pihak imperialis Barat, Arab Saudi atau Qatar, sebaliknya
mesti menyertai perjuangan di seluruh dunia dalam menentang eksploitasi dan
ketidakadilan.
Ketiga, Ayatollah Khomeini menegaskan bahawa revolusi Islam
sebenar perlu menumbangkan rejim lama dan wajib membebaskan diri secara
sempurna darpada pihak imperialis Barat.
Semua diktator boneka Barat, seperti Shah
Iran - terutama pemimpin tentera - amat perlu dikeluarkan daripada kuasa atau
diberi pendidikan semula. Paling penting bagi beliau institusi imperialis
seperti IMF perlu dibuang jauh dari Iran.
Ikhwan Muslim perlu sedar bahawa ia mesti berjuang untuk
revolusi Islam yang lengkap, termasuk menghapuskan semua boneka imperialis
Barat dari kuasa dan memutuskan ikatan yang dikenakan oleh bank-bank imperialis
Barat, jika ia berusaha mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang diimpikan oleh
majoriti rakyat Mesir. Ikhwan Muslimin tidaklah boleh hanya memenangi pilihan raya, sedangkan kuasa
sebenar Mesir kekal ditangan tentera yang menjadi boneka imperialis Barat, jika
perkara itu tidak dipedulikan maka ia seolah-olah tidak melakukan apa-apa.
Ikhwan Muslim perlu melihat kejadian pada kali ini sebagai
satu peluang untuk merenung kesilapan yang dilakukannya.
Kesilapan terbesar adalah keengganan untuk menyertai kelompok
muqawamah - iaitu pakatan Hamas-Hizbullah-Syria-Iran yang menentang Zionis dan
kuasa imperialis, yang telah memperlihatkan kejayaan yang agak ketara.
Sekarang adalah masa untuk celik dari kebutaan.
Apakah kudeta terhadap Presiden Morsi akan membantu
menyedarkan Ikhwan Muslimin?
Adakah Ikhwan
memutuskan untuk mengambil jalan yang baru – iaitu jalan perpaduan Islam dan
revolusi Islam sebenar yang telah dilakukan
34 tahun yang lalu oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini?
Link tulisan Dr. Kevin Barrett klik di sini
Link tulisan Dr. Kevin Barrett klik di sini
5 comments:
Totally syiah
artikel pandangan yahudi yang penuh tipu daya. bersahabat dengan syiah
shiah detected..
Upss,...Ajakan berbendera Syiah,... bila Laknatullah Khomaini ada didalamnya maka pastilah syiah dan itu BUKAN ISLAM
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
Post a Comment