Sunday, December 16, 2012

KEBANGKITAN RAKYAT SEBELUM DAN SELEPAS



Ketika bertemu Hj Mohamad Sabu di Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Pulau Pinang, di tepi padang awam Nibong Tebal... Sdr Tarmizi Abdullah sempat snap beberapa keping gambar dan diposted di wall FB Pak Teh, serta tanya soalan, "Bersembang Topik apa tu Pakteh..??"  

(Untuk pergi ke link berkenaan sila klik gambar print screen disebelah) 

Berbagai komen yang dilontarkan secara santai, cerita sebenarnya begini, Timpres PAS sempat kepak jari terhadap beberapa perkara, walaupun ketika itu diganggu oleh muslimat/wanita yang ingin bergambar dengan beliau.

Beliau telah kepak jari beberapa point di bawah yang dirumus hasil pandangan pemimpin Islam serta intisari persidangan yang baru disertainya di Beirut ketika membentang Kertas Kerja bersama Sheikh Kamal Halabawi, Tokoh Ikhwan Muslimin dan lain-lain lagi selepas selesai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Melaka dan Pahang baru-baru ini.

Antara point penting yang sempat disedut secara rawak dan tidak tersusun yang Timbalan Presiden PAS kepak jari adalah seperti berikut:-
  1. Perjuangan umat Islam harus dilakukan dengan kaedah demokratik, damai dan tanpa kekerasan. Kekerasan sekecil mana sekalipun akan melukai perasaan umat Islam dan manusia di seluruh dunia. 
  2. Kebangkitan Islam merupakan fenomena indah yang membuat penindas dan mereka yang angkuh dalam ketakutan. Mereka takut terhadap penyebaran ajaran Islam murni ke seluruh penjuru dunia. Oleh karena itu, Barat sedang berusaha sedaya upaya merampas atau menunggangi gerakan Kebangkitan Islam untuk kepentingan-kepentingan mereka.
  3. Kebangkitan Islam saat ini mesti terus berjalan tanpa penyimpangan dari jalur aslinya. Namun, evaluasi gerakan dan revolusi di Mesir, Tunisia dan Libya harus bebas dari kebingungan. 
  4. Menjauhkan diri dari pihak arogan global adalah salah satu tujuan utama dari gerakan Kebangkitan Islam.
  5. Perdamaian antara Amerika Syarikat dan gerakan Islam adalah benar-benar terkeluar dari tuntutan revolusi dan masyarakat Muslim. Walaupun begitu, kita tidak ingin revolusi dunia Islam berubah menjadi perang melawan arogansi global, tetapi kita harus menjauhkan diri dari mereka agar tidak tertipu. Arogansi global mencoba untuk menggunakan berbagai cara seperti wang, senjata dan sains untuk mendominasi dunia. Tetapi Islam penuh dengan ide-ide baru, ideologi, serta peta petunjuk jalan tapi Barat kekurangan ciri seperti itu. 
  6. Idea-idea baru merupakan titik kekuatan Islam dalam persaingan dengan Barat yang mengunakan senjata, wang dan ilmu pengetahuan. Barat mencoba untuk mempamerkan bahwa syariat Islam tidak memenuhi keperluan masyarakat, tetapi pada kenyataannya Islam telah menjawab semua keperluan umat manusia sepanjang sejarah.
  7. Islam amat mendokong fahaman bahawa rakyat memegang kekuasaan sebenar dan oleh sebab itu Amerika Syarikat atau kekuatan arogan lain tidak dapat mengambil tindakan terhadap kehendak dan tuntutan rakyat di negara umat Islam
  8. Peranan intelektual, penulis, penyair dan ulama sangat penting dalam mencerahkan tujuan Revolusi dan Kebangkitan Rakyat di negara umat Islam. 
  9. Persatuan umat merupakan di antara isu penting dunia Islam, Barat dan Amerika Syarikat mencuba untuk menabur perselisihan di kalangan umat Islam dengan berbagai senario. Dunia Muslim mesti waspada dalam menangani perkembangan dan isu-isu internasional.
  10. Perang lapan hari di Gaza adalah contoh baik dari kemajuan umat Islam untuk bersatu dan saling membantu. Kita harus memuji rakyat Palestin termasuk Hamas dan Jihad Islam yang menunjukkan keberanian mereka di Gaza. 
  11. Kebangkitan Islam merupakan sebuah senario besar dunia diera modern dan sebuah gerakan untuk menuntut keadilan serta melepaskan diri dari sistem arogan dunia. Bangsa-bangsa Muslim dan umat Islam dunia telah menumbangkan rezim-rezim diktator dengan slogan-slogan mulia dan bersumber dari nilai-nilai agama dan fitrah suci umat manusia. Saat ini, kebangkitan besar ini telah menembus jiwa-jiwa umat Islam dan arogansi dunia tidak mampu lagi dengan mudah menguasai dan mendominasi umat Islam.
  12. Oleh itu, sekarang tiba waktunya untuk menjelaskan dan mengenal kembali tujuan-tujuan Kebangkitan Islam kerana kelalaian walau sekecil mana sekali pun secara perlahan akan menyimpangkan revolusi dan perjuangan rakyat  dari landasan aslinya.
  13. Gerakan-gerakan Islam harus menetapkan garis perjuangannya dengan benar dan mengetahui dengan baik dimana posisi Amerika Syarikat dan Barat dalam mengambil sikap terhadap mereka. Masyarakat Muslim hanya akan terbebas dari kejahatan-kejahatan hegemoni Barat jika mereka menjadikan Islam sebagai paksi gerakannya. Sebab tujuan utama Kebangkitan Islam adalah menjadikan Islam sebagai pusat gerakan tersebut serta membela seluruh rakyat tertindas, menegak keadilan dan menghapus kemunkaran.
  14. Salah satu sebab penting melencongnya jalur selepas kejayaan sesuatu revolusi adalah kealpaan dalam membangun sistem. Revolusi yang tidak disertai dengan pembangunan sistem akan menyimpang dari tujuan aslinya dan menjadi kabur serta akan terseret mengikut arus transformasi.
  15. Islam dengan ajaran-ajaran luhur dan konstruktifnya dapat menghadirkan sebuah sistem yang maju untuk mengatur kehidupan umat manusia. Sementara itu, poin lain dalam melestarikan revolusi-revolusi yang baru lahir adalah mempertahankan dukungan rakyat. Kekuatan hakiki ada di tangan rakyat dan pemerintah yang lahir dari Kebangkitan Islam harus berupaya mempertahankan dukungan besar tersebut.
  16. Mempertahankan penyertaan rakyat tidak akan diperolehi dengan hanya menyelesaikan masalah-masalah mereka, tapi rakyat harus selalu dilibatkan dalam kegiatan pemerintahan dan menyedarkan mereka akan konspirasi-konspirasi imperialisma.
  17. Salah satu faktor kemajuan Kebangkitan Islam adalah mendidik generasi muda dengan berbagai displin ilmu pengetahuan. Kemajuan sains dan teknologi akan memperkuat posisi negara-negara Islam dalam percaturan global dan ini tidak akan terwujud kecuali mendorong generasi muda Islam untuk secara serius mendalami berbagai disiplin ilmu pengetahuan.

1 comment:

Anonymous said...

kalu dah menang pilaharaya mesti ada pula himpunan ramai ramai untuk merampas harat menteri untuk dilelong di dataran merdeka jangan lupa