Pada 4
November hingga 8 November yang lalu aku bersama 12 orang anak muda
Malaysia + 2 telah diberi kesempatan oleh Allah swt untuk mengunjungi Bapak
Abdullah CD dan kawan-kawan di Perkampungan Chulabon Pattana 12,
Shukirin, Thailand.
Beliau adalah Pemerintah Rejimen Ke10 Tentera Nasional Pembebasan Malaya yang berjuang menentang British dan Bonekanya sejak 1940 hingga 1989.
Banyak
pembohongan UMNO sejak sebelum Malaya Merdeka sehingga sekarang berjaya
mencelikkan mata hati ku bahawa selama ini aku ditipu hidup-hidup oleh
sejarah versi pemerintah UMNO dan Periktan/Barisan Nasional, setelah bertemu mata dan berdailog dengan mereka sendiri.
Selama ini mereka dimomokkan oleh UMNO/BN sebagai bandit,
pengganas, jahat, kejam, tiada agama, sesat, bughah dan sebagainya,
kerana UMNO rupanya sejak awal penubuhannya adalah anak manja penjajah
British.
Berikut
adalah Dokumentari video bikinan ku sendiri bersama 12 anak muda + 2,
yang diberi judul "Sejarah Yang Masih Berkata-Kata"
Saksikan beberapa sedutan video tersebut.... yang lain masih dalam pembikinan.
1. INTRO
2. DIALOG
3. AKTIVITI BERSAMA BAPAK ABDULLAH CD
a. Riadhah dan Ramah Mesra
b. Surat antara Bapak Abdullah CD dan Tun Ghafar Baba
Aku tidak mengatakan mereka semua betul, namun aku amat benci kerana aku telah ditipu oleh UMNO/BN sejak aku mula dilahirkan di bumi Malaysia ini.
Klip seterusnya masih dalam pembikinan....
No comments:
Post a Comment